Thursday, December 31, 2009

Pengalaman Pertama Melihat Baitullah.

"DAN SEMPURNAKANLAH IBADAT HAJI DAN UMRAH KERANA ALLAH" (Surah Al-Baqarah Ayat 196)

Si Bahlol yang Tolol sebelum Bertahalol.

Sebenarnya semasa pertama kali miqat di Qarnul-Al Manazil kami diminta untuk menukar pakaian biasa kepada pakaian berihram. Sangkeng teruja dan penuh keyakinan aku pun turun bas ke masjid untuk menukar pakaian dan menunaikan sembahyang sunat 2 rakaat seperti jemaah yang lain. Aku yang bahlol ini tak ingat niat apa solat sunat ini kerana buku nya ditinggalkan didalam bas. Maka dengan penuh konfident diniatkan solat umrah lantas terus kedalam bas. Sampai didalam bas isteri ku bertanya sudah solat sunat?.Aku kata sudah kemudian aku terpinga-pinga ..niat apa aku solat tadi kemudian aku membuka buku dan tengok balik niat apa yang perlu dibaca.....subhanalloh niat ihram rupanya.... Dalam diam aku kata aku nak turun balik ke masjid.....dan aku tunaikan semula solat sunat ihram 2 rakaat kerana Allah Taala. Bodoh dan tolol nya aku.........ternyata dalam saat seperti itu keegoan ku masih belum hilang Astagfirullohalazim....

Memasuki Tanah Haram hari dah maghrib . Mutawif membacakan doa memasuki Tanah Haram danterus ke kota Mekah dan kami mengaminkan nya. Kota Mekah agak sesak, Masih lagi traffic jam dan kami memandang keluar dengan penuh Excited. Kelihatan banyak bangunan yang masih dalam pembinaan dengan rancak sekali.Dikatakan pembinaan nya berjalan 24 jam sehari dan bangunan tersebut dikatakan bakal menjadi hotel atau tempat tinggal para jemaah Haji dan Umrah yang semakin ramai saban tahun. Akhir nya bas berhenti dibelakang lorong yang dikatakan dekat dengan Masjidil Haram tetapi tidak dapat memasuki sehingga depan Hotel kerana Orang ramai sedang keluar Masjidil Haram selepas menunaikan solat Isyak. Jam menunjukkan sekitar pukul 7 30 malam.

Kami berjalan kaki ke hotel dengan menongkah arus orang ramai yang balik dari menunaikan solat Isyak. Pandangan ku terpaku Subhanallah ramai nya orang......Penuh jalan yang berukuran 6 lane berduyun duyun.....kata orang kalau musim haji sembahyang pun sampai di depan hotel kita orang.....aku terpaku dan terkedu.....bagaimana nak mulakan tawaf malam ini.Sudah berihram perlu dsegerakan umrah nya kalau tidak menanggung pantang larang yang lama...
Mutawif meminta kami tunggu di lobi hotel pada jam 9 00 malam kepada sesiapa yang nak mengikut nya bertawaf dan sai.

Hampir Jam 9 20 kami bertolak menuju Masjidil Haram. Jemaah yang mengikut tidak ramai tak sampai 10 orang. Yang lain-lain akan buat sendiri kerana kebanyakkan mereka bukan kali pertama datang mengerjakan umrah. So mereka mengambil masa dan mengikut keselesaan sendiri. kami yang bodoh dan dungu ini terpaksa lah mengikut mutawif.....Kami berjalan menuju Masjidil Haram Bertalbiah sendiri dengan membawa uncang pelastik untuk mengisi seliper....

Mutawif menerangkan serba sedikit mengenai hal ehwal Masjidil Haram. Mengikut kata nya pintu utama ditandai dengan menara berkembar dan beliau berpesan untuk mengenalpasti tanda-tanda yang terdapat di pintu yang akan kita masuk dan keluar semula. Semua pintu utama dilabel dengan warna yang berbeza-beza. Ingat no tempat rak letak selipar dan pintu masuk.

Sebelum memasuki bangunan Masjidil Haram kami melalui dataran yang agak luas.Kelihatan ramai orang yang sedang duduk selepas solat isyak, dan ada yang sedang solat..terdapat menara jam disitu. Kami memasuki Masjidil Haram melalui pintu BAB AL MALIK ABD AZIZ Pintu 1 yang berwarna hijau.

Mutawif membaca doa memasuki masjid kami mengaminkan dan memasuki masjid dengan penuh debaran....Mana Kaabah? kata hati ku tak nampak kaabah.....rupa nya kami kena turun satu tangga ke bawah...dalam cahaya terang kelihatan orang sedang bergerak mengelilingi sesuatu ....kami turun satu tangga kebawah lagi........Subhanallah tiba-tiba mata terpaku melihat sebuah bangunan bertutup kain hitam berbetuk segi empat terletak ditengah dataran dibawah lagi........ kami akan turun ke satu tangga yang paling bawah lagi dan mutawif membacakan doa melihat kaabah dan kami mengaminkan nya.........sambil berjalan didataran kaabah mata tak lepas dari melihat kaabah dengan pandangan yang kosong.........kosong sekosong kosong nya......
Sebelum memulakan tawaf aku menunaikan solat Isyak dan Maghrib jamak takhir terlebih dahulu.......Itulah solat ku yang pertama dihadapan Kaabah. Tanpa disedari ketika solat air mata ini mengalir tanpa dipaksa.....ketika berdoa selepas solat jamak makin deras air mata ini mengalir terasa begitu syahdu dan kecil nya diri ini dihadapan Kaabah. Kiblat semua umat islam didunia ini. Kaabah berada di depan mata hanya beberapa meter sahaja.....dan kini aku diberi peluamg mengadap nya sepuas puas nya Subhanalloh syukur kerana diberi peluang ini yang mana tak semua orang berpeluang menikmatinya.......

Setelah itu kami melakukan tawaf sebanyak 7 kali keliling kaabah di ketua oleh mutawif. Inilah tawaf ku yang pertama di waktu malam hari.....setelah selesai tawaf mutawif membacakan doa dihadapan Multazam dengan dialihbahasakan sekali melayu nya air mata sekali lagi mengalir dengan deras....kali ini lebih deras kerana makna doa dibacakan dalam bahasa melayu yang difahami dan nada yang cukup syahdu......(mutawif pun pandai memainkan perasaan orang).
kemudian kami bersembahyang sunat 2 rakaat selesai tawaf dibelakang makam Ibrahim.

seterusnya meminum air zam-zam dan berdoa. Adab minum air zam-zam adalah sambil berdiri dan mengadap kiblat tarik napas dan teguk air itu sedikit demi sedikit dengan bilangan ganjil 3, 5 dan 7 kali doa untuk diberikan ilmu yang berguna,rezki yang luas dan disembuhkan segala penyakit.

Setelah itu kami bersai dari bukit Safa ke Marwah sebanyak 7 kali ulang alik. Terasa jugak letih nya.....dan akhirnya kami bertahalol dan selesailah umrah kami yang pertama pada jam hampir 12 tengahmalam. Kami pulang ke hotel dengan perasaan yang puas, meskipun letih tetapi kami umpama baru lepas keluar dari satu dewan kuliah......dewan kuliah yang besar dengan ilmu iman dan taqwa..........ilmu mengenal diri ..........Subhanalloh....

Maka nikmat tuhan yang manakah yang kamu dustakan? (al Rahman ayat 36).

Bersambung.....

CABARAN PERTAMA

Sebenarnya hampir saban masa semenjak pertengahan tahun ini aku sentiasa berdoa kepada Allah supaya dibukakan hati ku, memberi jemputan kepada ku untuk mengunjungi Makkah dan diberi peluang beramal ibadat di hadapan Kaabah. Semakin dekat waktu keberangkatan semakin gairah aku rasai...tak sabar rasanya nak berangkat......disamping ada juga perasaan takut dan gelisah masih silih berganti....

Lantaran turun sahaja dari tangga kapal terbang Saudi Air yang besar itu aku secara rasminya telah menjejaki bumi Arab ini. Bumi para Rasul dan Nabi, para Ambia dan Syuhada yang mengembang dan gugur mempertahankan Agama Islam sehingga kita dapat menikmati nya sekarang dengan aman. Subhanallah......
Berbaris untuk melepasi Imigresen..Tak pernah ku bayangkan kami terpaksa berbaris yang tidak panjang sekitar 20 orang sahaja dihadapan ku untuk satu-satu barisan tetapi telah mengambil masa sekitar 3 jam....menunggu giliran ku untuk dicop pengesahan kemasukan kami ke Arab Saudi. Ramai yang mengeloh namun bagi kebanyakkan orang ini adalah perkara yang biasa malah agak cepat kerana biasa nya mengambil masa yang lebih lama. Dan mereka yang telah biasa mengatakan inilah cabaran pertama menuntut kesabaran diri yang tinggi apabila masuk ke bumi Arab ini. Kadangkala semasa Umrah bulan Ramadhan pernah berlaku mendarat jam 4 petang dan boleh masuk melepasi imigresen jam 7 pagi esok hari......dan ada yang pengsan kerana menunggu terlalu lama.......Mengikut pemerhatian ku pegawai imigresen ini keseluruhannya bekerja sambil lewa...tidak serius dan dedikasi dan banyak berbual sesama sendiri dan meninggalkan kaunter sesuka hati.......dan kita yang nak berurusan terpaksa lah mendiamkan diri dan melihat sahaja gelagat mereka yang mana rata-rata mereka ini masih muda muda belaka. Dengan ertikata lain mereka menganggap kita ini dengan apa cara sekalipun tetap memerlukan mereka.....untuk memasuki bumi Arab....Wallahualam.

Sekitar jam 11 malam waktu tempatan kami bertolak menaiki bus ke Taif..dengan diketuai oleh Mutawif yang dilantik oleh Syarikat yang menguruskan pakej kami - Andalusia. Selepas sejam perjalanan kami berhenti di R&R untuk berehat dan makan sebelum meneruskan perjalanan ke Taif. Kami tiba di Taif sekitar jam 5 pagi dan memasuki Hotel GRAND BAHADUR AL-HADA dan diminta untuk meneruskan perjalanan semula pada jam 8 pagi. Ramai jemaah yang komplen kerana waktu yang diberi terlalu singkat maka akhir nya kami keluar dari hotel tersebut pada jam 10.30 pagi. selepas mandi solat subuh dan bersarapan namun kami tak dapat melelapkan mata pun.

Perjalanan kami diteruskan untuk ke Makkah namun sebelum sampai di Makkah kami melawat dahulu sekitar bandar Taif dan tempat-tempat bersejarah yang ada kaitan dengan Baginda Rasullullah SAW. Taif merupakan negeri atau wilayah dimana Nabi Mohammad SAW junjungan kita disusu dan dibesarkan. Diantara wilayah di Arab Saudi Negeri Taif ini merupakan yang paling subur dimana banyak aktiviti pertanian dijalankan seperti penanaman sayur, anggur dan delima. Kami sempat bersembahyang Jumaat di Masjid Abdullah Bin Al Abbas RA. Sahabat nabi yang banyak menulis hadis dan dimakam kan disitu . Dan dibawah pohon yang paling rendang diluar masjid tersebut terletaknya 12 orang sahabat Nabi yang wafat dan dikuburkan disitu.

Kami juga sempat melawat sebuah Muzium lama yang menyimpan pelbagai khazanah peralatan harian, senjata dan pakaian tamadun Arab zaman dahulu di Taif disamping dihidangkan dengan makanan nasi mandi-Nasi yang diletakkan dalam talam dengan lauk dan ulam persis nasi ambeng di tempat kita.Satu talam dimakan oleh 5 orang kami pun susah untuk di habiskan. Bagi orang Arab ia dimakan seramai 2 orang sahaja.

Perjalanan diteruskan ke kota Makkah dan dijangka tiba pada jam 7 malam. Di pertengahan jalan kami akan berhenti untuk Miqat atau berniat Ihram di satu tempat yang bernama Qarnul Al -Manazil. dan kami tiba disitu selepas Asar untuk menukar pakaian IHRAM.

Maka bermula lah episod baru dalam diri ku sebagai Muslim yang buat pertama kali memakai Ihram secara rasmi disini...perjalanan ke Makkah masih jauh lebih kurang 3 jam perjalanan lagi...Sebaik sahaja kami memakai Ihram dan menaiki bas kami berniat Ihram dan mula bertalbiah kerana kita diminta untuk bertalbiah sepanjang perjalanan ke Makkatul Mukarromah.....Aku bertalbiah mengikut arahan Mutawif......selepas 10 minit bertalbiah keadaan kembali senyap....ramai yang tidur dan ada yang meneruskan bertalbiah sendiri-sendiri termasuk aku antara lena dan jaga.........antara talbiah dan mimpi.......Labbaikalloh Humma Labbaik..Labbaikala Sarikala-kala baik Innal Hamda Wan nik mata Lakawalmulk La sarikalak....

Memasuki kota Mekah .....(sambungan)

Wednesday, December 30, 2009

TAHUN BARU..

Assalamualaikum..
Sudah agak lama saya tidak melayari blog ini lantaran tugas yang agak membataskan kesempatan untuk mengunjunginya.Rindu untuk membaca entry baru,memberi respons dan komen.Nampaknya kebelakangan ini blog agak sepi, ke mana ya menghilangnya ahli keluarga ini?Kepada Abang Danuri dan Kak Ida, Selamat pulang ke Tanah Air. Maaflah tidak dapat menyambut kepulangan kalian di lapangan terbang dan di rumah tempoh hari, tanggungjawab pada negara harus dilaksanakan.Apa pun tahniah kerana berjaya mengunjungi Tanah Suci dan menjadi tetamu Allah.Semoga esok lusa saya dan keluarga akan dapat mengikut jejak langkah abang dan kak Ida.

Kepada Lan dan isteri, Tahniah dan rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru.Inai di jari masih lagi merah, bulan madu masih manis, harap-harap kalian mampu menggalas tanggungjawab sebaiknya dalam memainkan peranan masing-masing..

Kepada Niah, wah..nampaknya persiapan untuk menjadi raja sehari semakin rancak, kak Tie dan Kang Mis pun bertambahlah sibuknya.Alahai membuat kenduri menerima menantu kali pertama la katakan walaupun bukan menantu yang pertama.Walau apa pun berhemahlah dalam membuat perbelanjaan, rancanglah dengan baik, berbincanglah dengan suasana yang harmoni dan terbuka antara ahli keluarga.Mana yang boleh dibantu, kita bantu dan mana yang boleh kita murnikan kita sama-sama laksanakan.

Kepada anak-anak yang akan memulakan persekolahan semester baru di tahun baru,selamat kembali ke sekolah.Teruskan usaha dengan lebih gigih, tanamkan tekad dan capailah azam yang positif, semoga kejayaan milik kita.Farah akan menduduki PMR, Anis akan menduduki SPM, Siapa lagi ya yang akan menduduki peperiksaan awam tahun ini?

Kepada anak-anak buah yang lain teruskan usaha dalam mengejar impian, cita-cita dan visi, tapi awas jangan terlalu mengejar keduniaan hingga lupa tujuan tanggungjawab sebagai hamba Allah.Saya pun sebenarnya mengingatkan diri sendiri yang selalu alpa, sama-samalah kita berusaha menjadi insan yang lebih baik dari segi hubungan kita dengan Maha Pencipta mahupun hubungan kita sesama manusia apatah lagi dalam kalangan ahli keluarga..

Kasuttanpastokin, bagaimana dengan rancangan untuk bermuzakarah dengan ahli keluarga di tempat yang lebih dingin dan nyaman?Rasanya cadangan itu menarik, tapi kesempatan agak terhad.lagipun setiausaha kita cik Norasyikin agak sibuk dengan kerjayanya. Namun demikian saya mengharapkan agar kasuttanpastokin terus menulis dalam blog ini kerana ramai dalam kalangan kita perlu bimbingan dan panduan dari yang senior...

TRAVELOG UMRAH DAN ZIARAH

"Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?" (Surah Al-Rahman ayat 36)

Catitan ini ku tulis selepas kembali nya saya dari mengerjakan Umrah dan Ziarah. 17 -29 Dis 2009 1muharram 1431H - 11 Muharram 1431 H. Perasaan bersyukur teramat sangat ku panjatkan kepada Allah SWT kerana telah memberi kesempatan menunaikan Umrah dan Ziarah dengan diberikan Tufik dan hidayah yang tidak terhingga sehingga hati kami begitu berat dan masih merindukan rumah mu Baitullah. Namun tuntutan terhadap urusan dunia ini juga merupakan satu tanggungjawab yang wajib diuruskan sehingga akhir hayat dan kami kembali semula ke bumi machang ini untuk melaksanakannya.
Catitan ini juga ku tulis bagi menggambarkan perasaan kami dan sebagai motivasi kepada mereka yang belum pernah menjejak kaki ke bumi para ambia ini. Dan catitan ini hanyalah catitan peribadi dari saorang hamba nya yang daif dan dungu tentang Agama dan sering membuat dosa dan menzalimi diri sendiri dengan pengetahuan yang sangat terhad dan cetek terhadap agama Islam itu sendiri.Astaghfirullah, Subhanallah, Alhamdulillah.

Mengapa Umrah?. ...tidak Haji?...
Ini soalan pertama yang sering ditanyakan kepada ku...Jawapannya mudah. Haji itu wajib tetapi dalam keadaan sekarang kita perlu tunggu giliran dan giliran ku masih belum sampai. Umrah juga wajib bagi yang sudah berkemampuan dan boleh dilakukan bila-bila masa. Sebenarnya keinginan untuk mengerjakan Umrah telah lama terpendam.Sejak tiga tahun dahulu sebaik sahaja aku dinaikkan pangkat kepada Pensyarah Kanan. Namun jemputan nya tiba hanya dalam 2 bulan sebelum berangkat dimana hati ini telah nekad untuk tidak mahu memikirkan sebarang urusan yang boleh membantutkan rancangan dan cuba mencari ketenangan yang abadi kerna makin lama ditangguhkan hati ini makin resah, gundah dan semakin banyak perkara-perkara yang tidak menyenangkan hati yang ku hadapi. Sedangkan sebelum itu terlalu banyak perkara yang perlu dibuat dan difikirkan sebelum betul-betul berani membuat keputusan untuk meningalkan segala hal urusan dunia, keluarga kerjaya dan sebagai nya.
Subhanallah.........
Sebulan lagi nak berangkat perasaan yang berbagai-bagai ku rasai. Takut dengan pelbagai balasan keatas dosa-dosa yang telah dilakukan, masih tidak hafal doa-doa yang panjang dan banyak ....ditambah pula dengan berbagai syarat peraturan yang perlu diikuti jika dilanggar akan menyebabkan ibadat kita terbatal malah boleh di kenakan dam....walaupun membuat Umrah...Masyaallah....Lalu bertanyalah kepada ustaz-ustaz yang ada di kampus ini mencari tip-tip dan panduan disamping mencari kekuatan rohani....dan sedikit keimanan...yang memang senipis kulit bawang pun barangkali tak ku punyai....Akhir nya Ustaz kata disitu bukan tempat pembalasan tetapi tempat untuk kita menyucikan jiwa..Insyaallah pohon kemudahan dan petunjuk sebelum pergi berangkat....Bangun malam buat sembahyang taubat... tahajud...dan hajat.....Dan itu lah yang aku praktikkan saban malam disamping sebenarnya itulah latihan awal sebelum kita ke Tanah Suci......
Aku dan isteri berangkat ke KLIA dari Airport Pengkalan Cepa dalam hujan gerimis selepas subuh 17 Dis 2009 dan tiba di KLIA jam 9 30 pagi. Emmi sudah menunggu di sana lalu masih ada urusan dunia lagi yang belum diselesaikan. Terus menuju ke Bangunan Canselori UiTM Shah Alam untuk sesi penggambaran bagi penyelidik-penyelidik UiTM (Nampak nya nama ku sudah tersenarai sebagai salah saorang penyelidik di Universiti ini). Ia bagi dimasukkan dalam profil buku penyelidikan Universiti. Sesi Fotografi tamat jam 11.30 terus ke rumah emi untuk bersiap ke KLIA kerana perlu berkumpul pada jam 1 petang.

Jam 4 30 petang kami terbang dengan Saudi Air ke Jeddah....penerbangan mengambil masa lebih 8 jam. Rombongan kami dianggotai seramai 200 lebih orang jemaah atau 5 bas. Kami transit di bahrain namun tidak turun sebelum meneruskan perjalanan ke Airport Jeddah dan tiba disana sekitar jam 7.30 malam. 17 dis 2009 1 Muharram 1431 H. Kami menyambut tahun baru Hijrah tahun ini di bumi para ambia. Semoga sambutan Maal Hijrah ini menjadi titik tolak mengubah sempadan keimanan kami. Amin...

Di airport Jeddah dugaan pertama yang kami tempuhi.... (sambungan bahagian 2).

Wednesday, December 23, 2009

melaka bandaraya bersejarah

segalanya terjadi tanpa dirancang. memang kebiasaan kami akan bercuti pada akhir tahun. waktu itu cuti sekolah yang panjang dan ahli keluarga juga balik kerana cuti semester. sally tahun ini tamat pengajian; juga akan cuti panjang. nahar sebelum bekeluarga inilah waktu yg beliau dapat bersama adek beradek. waktu sebenarnya semakin pendek sedangkan tempat yg sesuai belum dimuktamadkan. tahun lepas kami ke langkawi, naik cabel car di gunong mt. cincang. tahun-tahun sebelum itu semasa aku di tk. intan kami sering bercuti di pulau pangkor. memandangkan makan agak susuh, kini tempat itu tidak lagi menjadi pilihan pertama.

minggu lepas aku telah mendapat arahan menjalankan tugas di melaka. tarikhnya pada 21 hb disember. oleh kerana aku tidak biasa dgn bandar melaka dan perlu berada pagi di sana maka aku merancang utk bermalam sehari sebelum. kawan yg tinggal di melaka telah ku minta bantuannya bagi mendapatkan penginapan. malangnya banyak hotel dan resort telah ditempah awal sehingga lepas krismas. mujurlah nahar telah berjaya mendapatkan hotel. dari situlah percutian akhir tahun keluarga ku dapat dilaksanakan.

mulanya kami membayangkan bandar melaka seperti bandar-bandar lain di negara kita. sebenarnya ia berbeza. pelancungan adalah produk melaka. kerana itulah apabila aku menjalankan tugas, keluarga yg turut serta telah melawat tempat-tempat bersejarah dan tempat-tempat pelancungan. begitu banyak tempat yg disediakan sehingga lewat petang masih ada yg belum dijejaki. sebelah malam setelah mandi kami sempat menyusuri sg melaka menaiki bot, kata mereka venice timur. suasana malam sangat mengasyikkan dgn lampu-lampu disepanjang tebing terutamanya rumah-rumah di kg. morten. tapi benarlah kata ramai orang, suasananya berjaya diceriakan; tetapi bau air sg. yg kurang menyenangkan masih gagal diatasi. kata nahar, sg. kallang lebih teruk dari itu telah dapat di jernihkan begitu juga dgn sg di korea. sepatutnya sg melaka bersih dan jernih kerana ianya produk pelancungan. wajarkah kita menjual produk yg berbau kurang menyenangkan!

sebagai warga yg patriotik, aku sayang negara ini. tetapi nampaknya masih ramai rakyat yg memandang dingin kepada pembangunan jatidiri. lainlah kalau kau pendatang. matlamat keberadaan kau hanyalah mengumpul dana sebelum kau larikan ke negara kau. dinegara lain yg menjadikan pelancungan sebagai produk negara, rakyatnya mempunyai kesedaran tinggi utk turut menjaga persekitaran dan suasana. mereka akan turut sama menjaga kebersihan kawasan dgn mempastikan sampah dan bahan kotoran tidak dibuang merata. tetapi disini tong sampah hanya hiasan semata.

sebagai bandar tua dan bersejarah, melaka banyak musium. musium samudra, tentera laut, kastam dan berbagai lagi. bandar yg telah lama wujud memang mempunyai banyak peninggalan. dimana lagi kalau tidak dilonggok di musium. aku memang sentiasa menghargai sejarah silam dan sesiapa yg tahan mengikut aku akan bertambah pengetahuannya dalam memahami salasilah negarabangsa. aku gemar berziarah ke musium. tapi sayang, ada beberapa musium pintunya telah terkunci! memanglah mengurus musium memerlukan dana, dan peminatnya dalam negera yg sedang pesat mengejar meterial amatlah kurang. kerana itu agaknya ia telah ditutup. mungkin sementara waktu.. tetapi sayang sekali aku tidak dapat menikmatinya pada kesempatan ini.

didalam ilmu sosiologi kehendak manusia telah di bentuk secara piramid. manusia akan memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum berupaya memenuhi keperluan yg lebih tinggi. orang-orang akan memenuhi keperluan makan minum dan tempat tinggal terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan rohani dan kejiwaan seperti seni, sastera dan renungan. kerana itulah kita kurang menghargai arts, tetapi menggemari artis kerana artis dipromosi secara kasar dan gosip. kerana itulah kita tidak menggemari musium dan tidak menjaga taman kerana jiwa kita belum cukup halus bagi memahami sesuatu yg seni dan keindahan. benarlah melaka telah mengesahkan kita bangsa bertamadun, tetapi dapatkah kita mempertahankannya. nampaknya kita seperti berada di pentas sandiwara.

kami balik semalam dgn fikiran berbagai. kagum dgn pembangunan pesat bandar melaka dan kesungguhan pemerentahnya. kesal kerana banyak musium tutup pintu. sedih kerana taman mini asean terbiar rumah-rumahnya yg dalam beberapa tahun lagi akan memudahkan produser pilem hantu dan seram membuat penggambaran dan terharu kerana layanan baik sahabat yg telah lama tidak bertemu.

disepanjang jalan balik aku terlena, memimpikan hang tuah lima beradek, taming sari dan puteri hang lee po. tahun hadapan kemana kita ye...



klg.

MAKLUMAT KELUARGA BAH. 2


Assalammualaikum kpd smua ahli keluarga ku,
terima kasih ats maklumat keluarga yg telah anda berikan TETAPI masih byk lg fam. yg belum memberi apa2 maklumat.
Setakat ni fam. paman amy dan fam. shahri je dh lengkap cuma klu leh emailkn skali gmbr fam. tp sorg2 punyelh.
So ingin sy seru skali lg, tlg berikan maklumat keluarga masing kepada saya melalui blog ini atau email kpd muhamadnahar@gmail.com

maklumat yg saya perlukan:
1. maklumat kakek.
2. maklumat keluarga masing2 termasuk tarikh nikah dsb.
3. nama penuh anak2.
4. gambar setiap org.

kerjasama anda semua amat dialu-alukan.
sekian, terima kasih.

Sunday, December 20, 2009

1413 Hijrah.

18 hb disember 2009, bersamaan juma'at- hari mulia utk beraleh tahun. hijrah 1431. penutup 1430 kelmarin dikunci dgn doa akhir tahun. aku sempat membacanya 2 kali. sekali dipejabat sebalum balik dan sekali lagi di trafic light kapar. hampir-hampir maghrib memang aku selalu di situ. doa itu adalah doa memohon keampunan kerana salah yg kita lakukan sepanjang tahun lepas. selepas maghrib, kita buka pintu tahun baru dengan doa awal tahun. kita panjatkan pemeliharaan dan mohon kebaikan dilimpahkan sepanjang tahun ini. aku sedar ramai tidak membacanya. sangking sebok atau tidak ambil kesah.

syariat Islam telah lebih 1,400 thun. syariat Nabi Isa bertahan 500 tahun lebih kurang lalu umatnya meminda-minda hingga syariat asal tercemar. lalu Islam menggantikan.aku akan berdoa agar semangat/ spirit keislaman tidak meninggalkan malah makin menguat pada jiwa setiap ahli keluarga ini; walau dimana mereka berada sejauh USA atau sabah.. bah.

sewajarnya tahun beraleh, azam kita juga diperbaharui. banyak perkara positif boleh diambil sebagai azam tahun baharu. kepada pelajar, berazamlah untuk membuat pencapaian yg terbaik. pada yg sukar bangun pagi berazamlah utk berubah dan jadikan subuh sebagai pembuka hari, bukan subuh gajah. mereka yang akan balik 'u' berazamlah utk dapat anugrah dekan. banyak faedah kalau ianya kau capai. boleh sambung ketahap lebih tinggi. dalam keluarga ini masih belum ada Phd. bukan pingat hasud dengki. bagaimanapun kita telah ada enginear dan akauntant. siapakah bakal doktor?

mereka yg telah tamat belajar berazamlah utk menjadi pekerja kelas pertama. ramai yg baru bekerja tapi motivasi, nol! aku turut menghadapinya. pegawai muda yg angkuh dan berasa pandai dalam era maya ini. hargailah kerja kerana kini kerja sukar diperolehi terutama dalam bidang kita. percayalah apa yg kita pelajari di'u akan tidak berguna dalam pekerjaan. yg dapat kau gunakan adalah keyakinan diri dan pengalaman menyediakan tesis dimana kau tak tidur malam serta tension menghadapi pepereksaan akhir tahun. ianya akan sangat berguna apabila kau diarah menyediakan kertas kerja oleh bos mu kelak.

ibu-ibu muda berazamlah utk mendidik anak-anak dgn cara terbaik. fitri ku lihat kurang tangisnya, kau memang mengamankan ayahibumu. tetapi adam & co jeritnya bertingkah. sekampong bisa gamat. ibumu juga gawat. suria anakmu sudah 4. tentu ada no.3, berlainkah dengan saudaranya? tapi kau telah lali dengan kerenah anak-anak. kau akan matang dengan sendirinya. ingatanku hanya satu. kau perlu sensitif, anak-anak cepat berubah dan setiap perubahan harus dipastikan pada landasan yg betul. mengurus anak bukan sukar, tapi kau perlu sabar. anak sebenarnya mengikut ibubapa. kitalah idola mereka, kitalah fokus mereka. berikan tauladan yg baik. sentiasalah nasihati mereka, tetapi dengan cara berbeza kerana setiap anak ada pembawaan sendiri.

pengantin baru apakah azam kalian.

tengahmalam semalam aku dapat masage nuri. beliau sedang transit di bahrain. kau tahu pukul berapa disana? 7.20 mlm. 5 jam kebelakang. petang tadi dia beritahu baru balik subuh di Masjidilharam. aduh.. nadanya sangat syahdu. ditempat yg sangat suci itu, kita tidak berupaya membuka minda jahat dan nakal kita. aku yg suka mengusik kalian, pasti akan menulis secara tulus disana. tapi takdirku belum sampai. Insyallah nuri akan mendoakan kita di multazam. tempat yg sangat mustajab doanya.

kepada mereka yg masih ghairah mengejar dunia, aku nasihatkan kejarlah dgn sepenuh dayamu. syarikatmu masih baru dan muda. carilah kerja sebanyak mungkin. kau perlu memperelok profail syarikat dgn pengalaman kerja. tetapi jangan lupa cari ilmu. mengurus perniagaan bukan mudah. setiap pelaburan pastikan pulangannya. setiap RM yg kau belanja wajar kembalinya lebih dari itu. 2 x RM. peniaga selalunya orang yg bodo-bodo sikit. oleh itu gunakan orang yg pandai. umpamanya yg ada BBA. mintalah bantuan bagi memahami kewangan dan kosting. saudaraku yg pandai itu bila buat niaga masih jatuh/bangun. rekaan baru yg diciptanya sehingga mendapat pengiktirafan antarabangsa tidak pun diimplimentasikan. katanya lebeh biasa yg tradisional. dia semacam dgn leanardo da vincci banyak mencipta tapi tak digunakan.

saudara-saudara senior kita, apa azam wak. telah ku katakan semakin tua kita, semakin kecil dunia ini dan semakin burok. kerana kami tahu suatu waktu kita akan berpisah dengannya. kesayuan itu membuat dunia ini semakin kabur dan tidak kita sayangi. seperti kekasih yg membenci, biarlah kita lupakan.

aku tahu kepada sebahagian orang, tahun yg telah berlalu itu telah menghulurkan sembilu yang menghiris hati dan perasaan. perasaan adalah cahaya. sekali cahaya terobek bayangnya pasti terlihat walau bagaimana kau cuba menyembunyikan. bagaimana pun ketahuilah bahawa cahaya hanya bisa dirawat oleh cahaya. dari itu dekatilah cahaya agar cahaya yg luka itu bisa disembuhkan.

berbagai cadangan telah ku lontarkan buat azam kalian pada tahun ini. tidakkah ada yg ingin bertanya mengenai azamku. aku pun punya azam tetapi tak akan ku nyatakan. biarlah ianya menjadi ingatan ku semata. seringkali apa yg kita azamkan pada awal tahun tidak dapat kita laksanakan. ini menunjukkan betapa lemahnya kita.perkara ini perlu kita perbaiki. tetapi pastinya setiap tahun kita akan berubah dan pengalaman kita akan bertambah. dapat memenafaatkan pengalaman juga satu pencapaian yg membanggakan kerana didalamnya ada ilmu yg disembunyikan. berazamlah utk menambah ilmu dan pengetahuan dalam apa bidang sekalipun.

semuga Maal-hijrah ini akan memberi kebaikan kepada semua ahli keluarga sakijansaamah. wassalam.

salam hijrah.
klg.

Wednesday, December 16, 2009

Memohon keampunan dari semua.

Salam semua,
Ketika entry ini ku tulis aku sedang bersiap kemas apa yang patut untuk ku bawa ke Tanah Suci esok 17 Dis 2009. Perjalanan ini memang ada kelainan nya dengan perjalanan jauh yang pernah ku tempuhi sejauh benua kecil India malah ke kota London sekalipun. Tension dan dugaan nya sangat berlainan sekali. Ku kira ini merupakan pengalaman baru dalam siri pengembaraan ku di bumi Tuhan yang maha kaya ini. Kali ini aku menjadi tetamu nya bakal mengunjungi rumah suci yang menjadi kiblat setiap manusia yang berugama Islam di dunia ini Insyaallah.
Niat ini telah lama ku pendam.Namun benarlah kataorang kalau belum dapat jemputan kita tidak akan sampai ke sana. Jemputan istimewa untuk umat nya yang ku kira juga istimewa. Aku bermohon kepada Allah SWT agar aku menjadi tetamu nya yang istimewa. Yang sangat istimewa. Ya Allah terima lah kami sebagai tetamu mu yang istimewa dengan segala kemudahan dan jauhkan lah kami dari segala kepayahan sepanjang kami menjadi tetamu mu.Jangan lah engkau pesongkan niat suci kami untuk beribadat dan menyucikan jiwa kami. Jauhkan lah kami dari perasaan ingin bershoping dan malas sebalik nya sentiasa berperasaan cintakan rumah mu, dan memperbanyakkan waktu ku untuk mendekati mu. Beramal ibadat dan bermunajat kepada mu Ya Allah. Berilah aku tempat yang paling istimewa untuk ku pohon kan doa di Multazam, bersembahyang dihadapan Kaabah yang paling hampir dan mengucup Hajjar Aswad. Ya Allah berilah kesihatan kepada kami sepanjang kami menjadi tetamu mu, berilah kekuatan fizikal, emosi dan mental kepada kami dan jauh kan lah kami dari berselisih faham diantara kami sebagai suami isteri dan jauh kan lah kami dari menyakiti orang lain sepanjang kami di tanah suci. Ya Allah ya Tuhan kami jauhkan lah kami dari perasaan riak dan membangga diri sebalik nya kami datang sebagai tetamu mu yang sangat daif yang menzalimi diri sendiri dan penuh dengan dosa Ya Allah permudahkan lah urusan perjalanan kami pergi dan kembali dengan selamat. Semoga perjalanan dan pengalaman ini dapat mengubah sempadan keimanan kami ya Allah .....Robbana Aatina Fiddunia Hasanah Wafil Aakhiroti Hasanah Wakina Aza Ban...Nar. Amin.
Kepada semua pembaca Blog ini kami memohon keampunan zahir dan batin doakan kami mendapat Umrah yang Mabrur.Insyaalah pengalaman ini akan ku kongsi bersama dalam entry akan datang sekembalinya kami dari Tanah Suci.
Amin.

Machang
Kelantan

Monday, December 7, 2009

Subject: surah al-quran sbg petua
Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh Surah Al Baqarah - Ayat 102
Anak2 pandai belajar Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Anak2 lembut hati/ elak panas baran Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 malas sekolah Surah Toha ayat 1-5
Supaya Suami tak kawin lain Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil
Ayat pendinding Ayat akhir surah At Taubah
Bg anak2 yg suka keluar malam Surah Ar Ruum Ayat 31.. Baca 33x
Untuk jadi pendinding rumah Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah

* Langkah 1:

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* * WA SAHBIHI AJMA'EEN
* Langkah 2:

* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan

* Langkah 3:

* Forward email ini kepada insan yang anda kasihi.

* Hasil 1:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
* mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.

* Hasil 2:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
* mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.

* Hasil 3:
* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan
* kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para Malaikat

Foward dari kenalan melalui email
Wallahhualam.

Sunday, December 6, 2009

Raya Haji 09


Lagi gambar hari raya haji lalu...
Minta sesiapa yang lain yang ada mengambil gambar (Ayun) ataupun yang lainnya silalah persembahkannya...

Hari Raya Korban 2009

Assalamualaikum..

Setelah Hari Raya korban berlalu 2 minggu inilah antara gambar-gambar yang sempat diambil sempena hari raya korban yang telah kita
sama-sama sambut di kediaman Hjh Siti Khabsah & Hj Miskiran Tukimin di 193 Felda chini 5





Gambar di pagi Hari raya korban



Mesyuarat selepas solat hari raya membincangkan
1) Majlis perkahwinan En Azlan
2) Majlis perkahwinan En Nahar
3) Majlis Cik Saniah
4) Next Year Event (Family day-Cadangan Langkawi)
3) Hal-hal Berbangkit lain




Gambar di Cherating Hari Raya kedua

Pagi sblm bertolak pulang ke destinasi masing-masing
Tidur lagi da.. Bangun oi Sembahyang subuh.. ooo lepas sembahyang kot.

Majlis perkahwinan anak bibik roh di seksyen 16





KUTIPAN YURAN PERSATUAN 2009

Assalamualaikum..
Seperti yang telah kita putuskan didalam majlis mesyuarat yang telah diadakan pada hari raya korban yang lalu 22 nov 2009 dikediaman siti khabsah & En miskiran. saya memohon jasa baik semua ahli keluarga untuk membuat bayaran pada 13.12.2009 semasa berkumpulnya semua ahli keluarga di rumah Kang misbakhulmunir di pasir panjang atau membuat bayaran secara online @ bank0in kedalam akaun persatuan keluarga yang telah di buka oleh suria (016-6850859) A/c no CIMB BANK (BCB) :- SAMSIAH BINTI SOBAR 1226-0075906-52-4.
Seperti yang telah semua sedia maklum dan telah dimaklumkan,baki tunai didalam bank (akaun keluarga tersebut berjumlah RM200.++), dengan terkumpulnya duit tersebut dapatlah kita melakukan pelbagai aktiviti persatuan kelak, seperti hari keluarga (membeli hadiah, hotel, perjalanan & segalanya)-seperti yang sedia maklum.
Jumlah bayaran yuran juga telah kita semua persetujui iaitu RM120.00 kepada ahli yang masih bujang tetapi telah bekerja, & RM240.00 kepada semua ahli yang telah berkahwin.
senarainya adalah seperti tersebut:-
1) Keluarga Misbakhulmunir RM 240.00
2) Keluarga Siti Khabsah & miskiran RM 240.00
3) Keluarga En Kasuttanpastokin RM 240.00
4) Keluarga En Danuri Menara Gading RM 240.00
5) Keluarga Halimi & Suria RM 240.00
6) Keluarga Pn Kamisah & En Yusof RM 240.00 @ USD 240.00
7) Keluarga Shahri & Pn Balkis RM 240.00
8) Keluarga En Azlan RM 180.00 (Diskaun Baru kawin)
9) En shahrul nizam RM 120.00
10) En Muhd Nahar RM 120.00
11) Cik Norasyikin RM 120.00
12) Cik Saniah RM 120.00
13) En Khairul Anuar RM 120.00
14) Cik Nurul huda RM 80.00 (Bekerja & Belajar)

Jumlah kewangan wang sepatutnya dapat di kumpul adalah sebanyak RM 2540.00

Diharap agar semua ahli memberikan perhatian kepada perkara ini.

Sekian.

Thursday, December 3, 2009

MAKLUMAT AWAL KELUARGA


Assalammualaikum,
atas jawapan yg memberangsangkan utk wt salasilah keluarga nie, so sy kita akan mulakan skrglh.
utk permulaan sila berikan nama penuh arwah kakek & embah (klu sape2 ade tarikh bile diaorg kawen lg bgs & bg skali tarikh diaorg meninggal).
pastu bagi sekali nama masing2 n pasangan dgn tarikh kawen skali.
klu nk bg maklumat anak2 skali lg bgs.
tuk semua bg tarikh lahir skali..
lain2 akan di imform kemudian...skrg xleh nk ingat semua.

Wednesday, December 2, 2009

Last month of this year....

Inspire, Hope, Dream, Peace

Moga-moga bulan terakhir tahun ini memberi kita ilham...harapan untuk lebih memperbaiki diri pada tahun hadapan...dan angan-angan yang kita impikan pada tahun ini menjadi kenyataan sebelum tirai tahun ini dilabuhkan dengan ketenangan dalam diri kita...mahupun dalam kehidupan kita....

Jadikan lah inspirasi dalam keluarga ini sebagai contoh untuk kita lebih berjaya pd masa hadapan....

"Nothing gonna change our life, if we are not desire to change ourself"

and

"Always prepare the next step in our life...coz yesterday is a history...today is a story and tomorrow is a mystery"

wassalam....

from:

Tuesday, December 1, 2009

Berkorban untuk jadi cemerlang

Ketika aku memandu ke cerating sabtu lalu dengan Wak Miskiran kami berbual mengenai masa dahulu dan sekarang. Betapa bertuah nya anak-anak sekarang. Dahulu tak pernah terpikir pun kami akan mengalami keadaan seperti ini. Bercuti ke Cerating. Memandu dari satu negeri ke satu negeri yang lain dengan kereta masing-masing samaada baru atau secondhand.
Bermalam didalam bilik yang dilengkapi dengan Tv plasma katil antik dan ada ruang tamu yang selesa. Dahulu ruang perjalanan kami hanya lah sekitar kampong dan hanya melintasi sempadan daerah sahaja. Pergi pagi dan balik lewat petang. Kolam renang hanya gambaran dirumah orang kaya.Kolam renang kita hanyalah parit di tepi sawah. Tapi kita main bola dalam kolam renang di Impiana sabtu lalu.
Zaman telah berubah. Malah kita telah merancang untuk mengadakan Hari Keluarga pada tahun depan cadangan nya ke Langkawi. Ketika ini Mat sedang menjadi Parawisata di Jogjakarta. Jam 1tengahari tadi kasuttanpastokin ini mengirimkan mesej kepada ku mengatakan dia baru sampai di Jogja. Tidak dapat aku pastikan samaada dia pakai stokin ke Jogjakarta atau tidak. Pun aku pasti dia tak terfikir untuk sampai ke pulau Jawa tempat asal usul keluarga kita. Sebagaimana aku telah sampai ke Jakarta Bogor dan Bandung April lepas. Pastinya dia akan membawa cerita baru dari sana.
Ada masa dan ketika perjalanan hidup ini disandarkan kepada takdir. namun kita perlu merancang. Kemudian diikuti dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan tawakkal. Perancangan dan usaha bersungguh-sungguh perlu bagi mencapai keputusan yang cemerlang. Kita perlu menjadi cemerlang. Dengan kecemerlangan kita akan punyai banyak pilihan. Untuk menjadi cemerlang kita perlu pengorbanan. Korban masa, tenaga,emosi,pemikiran wang ringgit dan mengorbankan perkara yang paling kita sukai -tidor, berehat bermain dan bermalas-malas.
Jenerasi yang senior memang telah banyak berkorban demi kesenangan jenerasi junior. Bak kata wak miskiran kami adalah peneroka, jenerasi seterusnya perlu memajukannya. Oleh itu mereka perlu meneruskan pengorbanan ini demi kelangsungan jenerasi seterusnya dan jangan lalai ditengah jalan oleh secebis kejayaan yang belum berakhir.
Kejayaan hidup umpama perlumbaan diantara sang arnab dan kura-kura. Meskipun sang arnab itu gagah, pantas tetapi ia tidur dan berehat ditengah perlumbaan manakala sang kura-kura yang lambat tak pernah berhenti berlumba dan akhirnya dia berjaya kegarisan penamat dan diistiharkan sebagai pemenang. Musim cuti dan hujan ini isilah masa dengan membaca, berdiskusi dan merancang untuk tahun hadapan. semoga mejadi ahli keluarga sakijan saamah yang cemerlang.

machang.Klntan.

Inspirations

Moga ini menjadi inspirasi kalian

ADA SATU CADANGAN . . .


Kepada semua follower,
aku ade satu cadangan...
aku penah wt salasilah keluarga kt my heritage.com
so aku ingat nk kembangkan dr arwah kakek & embah...
ape pendapat semua??
kalau ok..leh aku start wt sbb nnti anak2 kecik semua leh pkai tuk sek dia nnti sbb msti cikgu bagi tugasan salasilah keluarga nie..
nnti xdelh serabut kepala bdk2 2...
mcmne???
sila berikan cadangan masing2....
tqvvvm....

Tuesday, November 24, 2009

Korban

Salam..
Dah agak lama tertunggu-tunggu kasuttanpastokin masukkan entry yang baru, rasa ketagih untuk membaca dan memahami pemikirannya...yelah junior perlu berguru dengan senior...

Cuti sekolah telah bermula..mungkin bagi yang tidak berada dalam alam persekolahan lagi, cuti sekolah tidak membawa apa-apa makna, bagi ibu bapa pula inilah masanya untuk bersama anak-anak sama ada untuk bercuti atau melapangkan masa berkualiti dengan anak-anak. Bagi saya, tentu sahaja cuti sekolah amat dinanti.. he..he..walaupau masih ada tugasan yang perlu dilangsaikan sekurang-kurangnya cuti sekolah memberi ruang dan kelapangan untuk diri sendiri.

Sempena Aidiladha yang bakal kita sambut pada hari Jumaat ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya...semoga hari ini membawa erti dalam hidup kita dan merupakan satu titik tolak untuk memperbaiki diri kita...sejauhmana kita sanggup berkorban?

Saya harap, ini entry yang ringan yang setiap ahli keluarga bolehlah nyatakan pemahaman tentang korban dan sejauhmana kita sanggup berkorban..... Ayuh tulislah sesuatu

Wednesday, November 18, 2009

anak yang pelik

Keluarga-keluarga pada tahun 60an mempunyai hubungan erat diantara adek beradik. rasa memerlukan dan pergantungan sentiasa ujud. hirarki dalam keluarga juga jelas. abang sulong sentiasa dihormati dan ditaati. dalam masa sama beliau juga membina rasa tanggungjawab kerana bapak selalu berkata: ' jaga adek-adek bila aku dah tak ada nanti '.

oleh kerana kami adek-beradek selalu bersama, adalah kenalan bapak yang bertanya: ' iki anak mu jan, kok laen rupane....' tentu kau dapat mengagak kepada siapa kata-kata itu ditujukan. kadang-kadang bapak dengan nada bergurau akan menjawab: ' anak keleng pt.4...' sesiapa yang tinggal di pasir panjang, sekinchan dan sg. burong tentu tahu penduduk majoriti pt.4. sg. burong. pada zaman kanak-kanak aku memang agak aggresif dan lebih banyak menghabiskan masa diluar. kerana itulah aku lebih ' irengg' dari nuri dan kang mis. kak tie tak usah ceritalah; dara pingitan mana keluar rumah!

dalam keluarga aku anak no.3. kata orang anak no.3 agak pelik. pembawaan dan sikap mereka berbeza dari adek beradik. kalau yang lain baik, dia degil. kalau yang lain ramah, dia reserve dan kurang bercakap. selalunya dia tersisih kerana cannot match with the others. sebenarnya jiwa anak ke-3 sering memberontak, rebellion, sentiasa ingin perubahan dan reformasi. kerana itulah mereka kreatif!

aku tahulah kerana aku anak ke-3.
mari kita semak anak ke-3 dalam keluarga. arie, kak oya, ebal, afik dan alia.

nahar, salbiah dan kak oya pernah menggunakan kereta lama aku ke The colmar tropicale di Bukit Tinggi, Janda Baik. pusat peranginan yang menggunakan thema kota perancis tu. ku kira pastinya nahar yang memandu, tetapi kata salbiah; kak oya yang memandu! aku sendiri tak konfiden menggunakan lebuhraya karak setiap kali ke cini kerana laluan berbukit; kak oya malah mendaki puncak curam untuk ke pusat peranginan tersebut. dgn kereta burok!
apakah yang kau faham mengenai sikap dan fikirannya. tentunya kini ia tidak ragu-ragu nak kemana sahaja dengan kereta barunya.

arie pernah meninggalkan kampong utk. bekerja pomen moto di ceras kalau tak silap aku. tapi dia bukan minggat. bapaknya dulu pun pernah meninggalkan kampong utk. kerja kilang di shah alam. bapaknya pun bukan minggat, hanya nak menolong keluarga. tapi bila dengar arie nak kawin, tiadapun lembaran kisah laila-majnun yang boleh dibaca dimana-mana mengenainya. kau sangat berani arie!

ebal? sangatlah aku fahami. ia adalah sebahgian dari aku. blognya infinitesane menyatakan segalanya. agak menongkah arus dari rakan segenre. teruskan momentum mu, tapi dengan hati-hati kerana penulis harus ada empathy.
tiada lagi catatan dalam mindaku tentang afik dan alia. watak dan keperibadian mereka masih berkembang. tetapi ibubapa mereka pasti mempunyai cerita sendiri mengenai anak-anak ini.

no-3 adalah nombor yg tidak lengkap. nombor yang lengkap adalah no.8. kerana itulah ia sentiasa resah dan tidak puas hati, sentiasa mundar mandir mencari jalan keluar. jika ia mendapat lorong yang betul, dia akan bahagia. jika ia menemui lorong gelita, kegelapan dan kesukaran bakal ditempuh.

aku sering menghadapi cabaran dalam hidup ku. waktu sekolah rendah aku pernah patah tangan kerana ditimpa hendal basikal, hendal basikal je bro ! sedangkan nuri lebih banyak jatuh basikal. kalau kesawah penyengat sangat gemar menyerang aku, sedangkan nuri atau kang mis ada disebelah. aku percaya mereka yang senombor dgn ku juga begitu; pada situasi dan senario zaman mereka.

anak no.3 jangan dibiar sendirian dalam menjalani hidup. ia perlu dibimbing dan diperhati. jiwa nya sentiasa bergelora dan bergelojak, seperti lahar gunung berapi sentiasa mencari jalan keluar; membakar siapa menghalang. oleh itu ia perlu mengikut lorong yang benar. mendapat lorong yang benar perlu penunjuk arah, agar tidak sesat atau kesasar.

anak-anak yang pelik, sebenar-benarnya kau sedang diperhati. insaf dan tahulah. hanya mata rabunmu membutakan kau dari melihat sang pengawas. pengawas tidak pernah tidur atau alpa. ditangannya buku dan pena pencatat. malulah kalau catatannya burok dan busok. tega kah kau menatap atau menghidunya!

begitulah nasib kami, sentiasa diperhatikan kadang-kadang dengan curiga; segalanya.... sehingga kepada sepatu kita. begitulah kita anak no.3 yang pelik.

jumpa lagi.
wassalam.

18.novem.09
10 mlm rabu
klang.

Sunday, November 15, 2009

sudut pandangan

Salam pelayaran..
Agak lama juga saya tidak menulis atau memberi sebarang komen, bukan ketandusan ilham atau tidak faham tetapi rutin harian membataskan waktu untuk menyumbang atau berkongsi pemikiran. Beberapa isu cuba dibangkitkan dalam seminggu dua ini, antaranya menyemai semangat cintakan ilmu melalui pembacaan dan fenomena generasi sekarang yang tentunya berbeza dengan era 70-an seperti kasuttanpastokin. Walaupun membesar selepas era 70-an, saya faham akan maksud penulis entry. Saya menghadapi generasi sekarang yang semakin kehilangan jati diri malah kadang-kadang terkikis nilai murni. Walaupun bukan semuanya begitu namun sebahagian besarnya sedang menuju ke arah itu. Mungkin isu ini bukan isu baru namun pada pandangan saya semuanya bermula dari rumah.Setuju atau tidak ibu bapa penyumbang besar kepada gejala sosial yang berlaku. Memang terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi pemikiran dan tindakan anak-anak muda sekarang tetapi asuhan awal merupakan bekalan utama dalam menangkis atau benteng gelombang perubahan yang kononnya era kemajuan.
Bukan nak menuding jari menunjuk salah siapa tetapi sebagai individu dalam masyarakat, setiap dari kita perlu memainkan peranan. Kalau tak besar pun sumbangan yang boleh dilakukan memadai kita melakukan sesuatu yang yang kita termampu. sebagai ibu bapa pula kita hendaklah mengikut garis panduan dalam agama kita dalam mendidik anak-anak. Contohnya ketika anak berusia tujuh tahun, hendaklah kita menyuruh mereka mendirikan solat dan seandainya mencapai umur 9 tahun masih tidak sembahyang, kita wajar merotannya. Itu merupakan satu perkara yang kita sendiri gagal laksanakan. Saya pun sebenarnya sedang belajar ilmu keibubapaan, menjadi ibu bapa bukannya mudah apatah lagi zaman sekarang bak kata abang Danuri macam-macam ada dari alam cybernya sampailah iklan dalam tv semuanya mampu mempengaruhi.

Sebagai seorang yang terlibat secara lansung dalam dunia pendidikan saya menyokong seratus peratus akan kepentingan membaca. Membaca bukar sekadar untuk lulus dalam peperiksaan tetapi sebagai pelengkap ilmu di dada. Selain itu, tentunya kita tidak mahu mengulangi Zaman Gelap yang pernah melanda Eropah (middle ages) sebelum Renaissance dan Zaman Jahiliyah di tanah Arab sebelum kedatangan Islam. Semuanya berlaku kerana ketandusan ilmu. Sebab itulah wahyu pertama menyuruh umatnya membaca.....

Satu perkara lagi yang ingin saya ajak pembaca soroti ialah berkaitan hubungan sesama manusia (hablum minnas) Dewasa ini kita semakin sibuk dengan urusan masing-masing sehingga adakalanya kita lupa untuk menjalin hubungan dengan keluarga, sanak saudara, sahabat handai ataupun bermasyarakat. Sehebat mana pun kita kalau hubungan sosial kita cacat, kita belum berjaya. Contohnya, kita sekarang ini malas untuk ke majlis ilmu kerana banyak tugasan tak kiralah tugasan sebagai pekerja ataupun pelajar. Kita sekarang ini malas kenduri kendara kerana tak cukup masa berehat hujung minggu. Kita sekarang malas nak berbual dengan pakcik @makcik (orang lebih tua) sebaliknya kita lebih senang menonton tv atau berbalas sms dengan teman-teman sekepala. Itulah sebabnya kita merasakan hidup kita sudah tidak sezaman dengan angkatan dulu-dulu. Walaupun bukan semua yang dulu itu baik dan bukan semua yang sekarang ini tidak baik tetapi bukankah kita belajar melalui pengalaman. Sejarah mengajar kita menjadi orang yang lebih baik....

Kalau benihnya benih baik
kalau bajanya baja molek
kalau tanihnya tanih cantik
pasti pokoknya cepat naik

Wednesday, November 11, 2009

Raya Haji November 2009

Salam semua.

Lama gak kita tak tulis apa2 entri. Bukan tak nak, tapi tak sempat. Time sempat lak, tak leh online. Huhu.. Finally sempt gak time nih. Tu pun pas Pmn Emi ingatkn.. hehe.. tenq Pmn Emi.

I won't take too long, just to check Raya Haji nanti. How's the plan? Confirm kan semua datang beraya kat Chini? Ishk! Byk benda kene kemas kat umah tu nanti. Takpe.. Tu keje Kak Niah sebab dia balik awal.. Hihi.. Meriah sket Raya Haji thn nih.

Agak2 hari apa nak bertolak ke Chini? Rabu ke khamis..pagi ke ptg ke mlm? Kalo gerak sama pun best gak. Wak dari Pasir Panjang, Pmn Amat dari Klang, Pmn Nok dr Machang ngan Pmn Emi dr Saujana Putra. Kita balik khamis petang. Balik sama nak? Meriah sket.. :)


Location : Medan Tuanku

tak paham kot.

tadi malam aku catting. ia seorang yg bersemangat dan motivasi tinggi. maklom jiwa muda. katanya sukar sekali menyampaikan pendapat kepada generasinya pada waktu ini. ditegur berkias tak faham, ditegur direct pun make-do-no je.

aku terkedu buat seketika.

memang style anak sekarang begini...' yo..yo... ape wat tu bro...' sambil tangan digerakkan kedepan dan belakang macam menggosok lantai licin. kepala pula terhanguk-hanguk.

aku terkedu kerana anak muda ini menyadarkan ku bahawa zaman telah berubah. tahun-tahun ayat melankolik era 70an telah berlalu. ini mellanium baru .. bro!
dalam penelitian keilmuan Islam, dikatakan setiap 1/2 abad akan lahir seorang 'perobah zaman' ulama terkenal Al-Ghazali dikatakan seorang dari hirarki. pada hematku setiap dekad akan ujud satu era. satu perubahan genre. setiap genre ada pelopor dan pengikutnya. apabila era beranjak, yg tinggal hanya nostalgia kpd sang pengikut. radio era yg memutar lagu-lagu retro hampir pasti tiada dalam kotak memori seorang rokers. kalaupun ter klik adalah secara tidak sengaja dgn ketentuan takdir.

aku membesar pada era 70an. anonymus tahu, mungkin kami satu genre. kerana itu dia dapat memahami. anak muda seperti ebal pula faham kerana meminati penulisan. pastinya ia mengkaji berbagai genre. sama spt peminat musik. faham dan tahu berbagai aliran.
aku sebenarnya seorang tukang wayang. tapi wayang-wayang ku spt filem p.ramlee. ramai sukakannya, ketawa dgn jenakanya. tetapi sebilangan sahaja yg mengerti maksud tersirat disebalik kelucuan yg dipaparkan.

pendapatku: kalau ingin mengajar dgn rotan, pukulannya biar lunak; tetapi sakitperihnya biar lama. menusuk dalan kalbu.

depa tak paham kot.....kata ku menasihati anak muda tadi yg sedang kebingungan, supaya tidak mudah putus asa dalam usaha murninya. kita memerlukan banyak bibit begitu dalam warga ini.
tetapi sebenar-benarnya aku sedang menasihati diriku sendiri. inilah yg dikatakan suria supaya sepatuku tidak hangit. dapat dipinjam orang lain. mulailah bersetokin. suria, tahukah kau kalau aku bersetokin, identitiku malah bisa hilang!

generasi ini benar-benar membuatku lelah.

Saturday, November 7, 2009

buku...buku...buku [part:2]

......sudah pastilah buku-buku yg ku telaah memberiku keupayaan dan idea nasihat dalam interaksi diatas. asasnya adalah kreativiti dlm berfikir. satu ketika dahulu aku begitu tertarik dengan edward de bono, pelopor leteral thingking. dimana sahaja ku dapati buku de bono pasti ku beli. percaya kau! aku telah berhabis beratus-ratus rm utk itu; dan akulah antara individu didunia ini yg telah mengkayakan de bono. oleh kerana rumahku kecil dan minat telah berubah buku-buku berkenaan telah ku wariskan kpd nuri pada raya aidilfitri tahun 1428H yg lalu utk bermukim di negeri cek siti wan kembang.

aku bertelahan akan ada kelak suara sebegini didalam talian hayatku.. ' paman, ada sorang awek sebelah rumah begini...begitu...begini... apa pandangan paman...' ku katakan talian hayat kerana h/p ku berakhir dgn no.999 [019-2562999]. kalau aku tidak pernah meneliti buku de bono bagaimana aku bisa menyelamatkan anak saudaraku yg sedang terkapai-kapai ini. lebih-lebih lagi kalau jejaka tampan si-naim yg digilai ramai amoi-amoi ipoh. aku taulah kerana aku pernah menelusuri bandaraya berkenaan. dalam hal ini aku tidak kuatir sama sekali kerana aku ada nuri yg telah meneliti dgn lebih jitu teknik-teknik leteral thinking utk ku rujuki. paling mungkin pun ku pindahkan pasien ini kepadanya utk dirawat.

anak-anak,
tidak ada ruginya menjadi ulat buku! jangan jadi ulat-ulat yg lain. umpamanya ulat rokok. ulat rokok sudah semakin kepanasan lantaran tarif makin meningkat. usahlah kau salahkan PM kerana hal itu. niatnya baik utk memanjangkan hayat warga. jelan yg bakal memasuki alam baru setelah memperolehi kekasih hati, bunohlah ulat rokok mu. mulaii dgn menyeksanya secara mengurangi bilangan batang yg kau hisap. mencari kaedah bagi membuang ashtray mu merupakan assighment buat mulai membaca. carilah bahan-bahan mengenainya atau hubungi paman mis yg bertapa ditasik cini bagi mendapatkan mantra ampuh. beliau dulunya perokok tegar. tidak usahlah ku beritahu ketegarannya kerana ceritaku membuatkau tak perlu menemuinya pula.

asalnya kau bayi yang disuap dgn nestum atau pisang lenyek. musim ubi dituai, perutmu di isi dgn gaplek dan ngetewul. jasad mu membesar dan gagah. apakah makanan jiwa mu! jiwamu terbiar kehausan dan kelaparan. jiwamu kerdil dan tidak bermaya. manakala musuh menyerangmu kau pun melawan dgn seru sekali, bahkan kegagahanmu menewaskannya. bagaimana kalau setan menyerang jiwa mu? sedangkan jiwamu lemah dan lelah. ketahuilah anakku; ilmu adalah makanan jiwa. ilmulah yg berupaya membesarkan jiwamu. menjadikan jiwamua gagah, mengupaya melawan musuh dalaman mu. musuh luar dapat kau lihat, kau elak atau lari darinya. tapi musuh dalammu tidak dapat kau lihat. ilmulah yg menyoroti utk kau awasi. cukuplah setakat ini yg dapat ku beritahu. ada banyak lagi yg halus-halus yg memerlukan pengamatan mendalam bagi memahami persoalan ini. perlahan-lahanlah dan sabarlah dalam mencarinya. pada diri bapak pun ada ilmu tersembunyi yg diperolehi melalui guru yg diulanginya pada beberapa malam dalam seminggu.

mulailah membaca dan memcari ilmu. usah biarkan dirimu menjadi goyim yg di giring kesana kesini sesuka mereka. aku pun baru tahu mengenai goyim melalui blog yg ditunjuki ebal. gunakanlah pelbagai media yg ada dgn sebaiknya. sebab itu aku menyukai sumber buku kerana tahu pengarangnya. blog kurang berautoriti, tetapi bacalah. hanya yg perlu kau lakukan kalau ragu-ragu, pastikan kesahihannya. inilah teradisi keilmuan silam yg terbukti keberkesanannya- bertukar fikir dan menyuburkan muzakarah. bukankah Nabi saw telah memberitahu, halakah ilmu lebih disukai malaikat dari halakah zikir.

kalau tak ku fikir blog ini juga punya hak bagi cikin yg baru turun dari tanah-tinggi-genting, hampi pasti akan ku sambung lagi. penceritaan ilmu sebenarnya tidak akan berakhir sehingga kehadiran malaikalmaut. ini memungkinkan entry ini menjadi terlalu panjan. sbelum kalian jemu atau terleka sehingga adam menjerit-jerit lantaran botol adek-adeknya tidak di isi dgn milo panas, sebaiknya ku hentikan.

harapku agar buku, membaca dan ilmu menjadi teradisi kepada setiap entiti keluarga sakijan. semuga semuanya dapat memakai sepatu yg satu ini bersama-sama.

wassalam.



dzuhor-asar
7 nov09
klang.

BUKU...buku...buku

Dirumah bapak terdapat sebuah almari lama. semasa aku kanak-kanak almari itu selalu menjadi objek aku sementara mata terlena. seringkali kalau bapak tiada dirumah aku akan membukanya, tentunya dengan hati-hati. isinya tidak lain hanyalah buku dan kitab-kitab. aku panggil kitab kerana ianya bertulis jawi. tulisan jawi begitu sinonim dengan bahasa kitab. kalau ianya hikayat 1001 malam atau kisah layla dan majnun pun ku kira ianya kitab!

Al-quran yang nuri gunakan utk belajar mengaji tidak diletakkan disitu. ianya diletakkan diatas para bersebelahan tingkap. lama kelamaan antara aku dan almari itu telah ujud satu hubungan bathiniah yg tidak dapat digambarkan. dimana aku selalu ingin kepadanya, menyentuhnya dan meneliti isinya. disitulah kecintaanku kepada buku telah bertunas.

Sekarang baru aku sadar bapakku sakijan adalah seorang pencinta buku. kini aku anaknya telah memasuki sepatunya, aku sedang mencari kepada siapa sepatu itu bakal ku wariskan diantara cucu-cucunya.

Seringkali kita beranggapan persahabatan kita dgn buku-buku akan berakhir setelah zaman persekolahan kita tamat. ianya seperti seorang ahli bola menggantung stopolnya dipenjuru gobok setelah waktu kegemilangannya melabuhkan tabir. apabila memasuki alam pekerjaan atau berumahtangga, buku mulai jadi orang asing dalam rumah. tiada siapa peduli. pada hakikatnya beliaulah yang meletakkan mu pada darjat ini; sebagai seorang pegawai, guru atau lecturer! tetapi beliau yg membimbingmu kesudahannya berada dibawah tangga. kedinginan dan kegelapan.

beberapa hari ini apabila polemik diantara aku dan ebal mulai membakar entry nuri, aku berpendapat teradisi ilmu dalam keluarga sakijan wajar disemarakkan. apinya mesti dikobarkan agar terus membara dalam jiwa setiap entiti keluarga ini. teradisi bukan satu paksaan. teradisi terlandas pada sikap kesedaran didalam hati dan keinginan untuk mengekalkan! sambutan harijadi malah valentine days yg lagho pun cik cikin serta generasi seangkatan dgn nya jadikan teradisi, mengapa tidak teradisikan ilmu dan buku-buku.

mulailah dgn disiplin yg kalian minati. topik-topik ringan yg kurang mencabar minda. katakanlah buku cerita dan novel-novel. membaca cerita novel seperti melihat slot astro-tv, tidak perlu menganalisa. tulisanku ini pun ku kira agak berat kerana ku harap kau dapat memahami hasrat ku yg terpendam. kerana itulah awal lagi yg ingin ku wariskan kepada anak-anak sepatu sakijan; bukan sepatuku. sepatuku sudah sedikit berat malah hangit. aku juga bermula dari novel dan buku-buku puisi. ini kerana cita-cita untuk menjadi sastrawan. satu sajakku pernah terpamer dimajalah sarina. majalah yg dapat bertahan beberapa tahun sahaja. ku katakan 'terpamer' kerana ianya tidak dibayar royalti. sajak-sajak kepada DBP hanya diterima dan diucapkan terima kasih. atas pengaaruh itu agaknya entry ku punya elemen sastra.

nuri memberitahu tulisanku sudah ada follower [ah, malu sekali aku mendengarnya..] dan berpotensi utk dikomersilkan. dibarat memang benar, tulis buku atau novel boleh jadi jutawan! tiadalah sampai pemikiranku ketahap itu. bagi nuri setiap objek dan fenomina ada nilai komersilnya, ada duitnya. pandangannya sama macam kak ti. dua beradik ini memang mata duitan. teradisi ini kemudian diikuti oleh adek baru mereka-suria.[sekadar mengusik emosinya agar bingkas berpolomik] sebenarnya ini satu tradisi yg baik; tetapi aku tidak akan mengulasnya disini kerana aku tidak mahu entry ini memasuki simpang lain. biarlah laluan kita terhadap buku semata! mungkin kalau masih dibenarkan oleh web-master emi, akan ku tulis mengenainya dilain tahun.

beberapa bulan yang lalu aku telah dihubungi oleh individu yang tak ku kenali buat meminta nasihat. ianya berkaitan perkara yg tidak boleh ku beritahu kepadamu. cukuplah ku katakan ini satu sessi kaunsling. fenomina ini kurasa agak aneh dan asing kerana aku tidak pernah menghadapinya sebelum ini. semena-mena aku merasa cukup tua. kerana orang tualah sering dimintai nasihatnya. ku kira pandanganku telah dapat mententeramkan beliau dgn puashati. ini dikeranakan beliau tidak menghubungi lagi.

sudah pastilah buku-buku yg ku telaah .........

Sunday, November 1, 2009

Salam bulan baru untuk semua.

Hari ini 1 Nov 2009. Bulan baru dalam kalendar Masihi 2009. Hampir seminggu blog ini agak sepi tidak diisi dengan entry baru. Bulan lepas memang meriah. Kemeriahan nya cukup terasa. Bagai menyambut kelahiran baru. Harapannya agar kemeriahan itu dapat bertahan lama. Umpama harum bunga sundal malam mewangi dimalam hari, wanginya usah pudar bila terbitnya fajar pagi. Dari jauh blog ini sentiasa dipantau, diteliti dan dan dikaji dan diperiksa.

Minggu bulan pertama November ini memang bulan peperiksaan. Aku rasa dimana -mana pun Hari ini pun aku terlibat menjadi ketua pengawas peperiksaan di Universiti tempat aku bertugas. Seawal jam 8 pagi aku sudah menghulurkan ibu jari untuk didaftarkan kehadiran ku. Terus aku ke bilik kebal untuk mengambil soalan pepriksaan lalu dibawa ke dewan peperiksaan. Berbaris meja dan kerusi disusun dengan begitu sempurna, lurus dan kosong menunggu calon-calon yang bakal menjawab soalan yang dikemukakan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Di luar dewan kehadiran para calon agak meriah. Namun majoriti nya adalah kaum Hawa. Masing-masing dengan kerenah nya sendiri. Disudut-sudut tertentu masih ada yang berusaha membuka buku teks dan nota-nota. Membelek-belek dengan harapan yang tak pasti. Dikelompok besar agak riuh dengan suara-suara yang tak jelas butir bicaranya, kadangkala di selangi gelak ketawa kecil barangkali telah yakin dengan segala usaha yang telah disiapkan atau barangkali telah pasrah dengan nasib lantas menutup rasa gundah gulana hati masing-masing.

Jam 8.45 dengan pembesar suara ditangan aku menjemput calon-calon masuk ke dewan peperiksaan yang telah ku aturkan kedudukan nya. Satu persatu peraturan peperiksaan ku sampaikan. Rutin dan prosedur biasa bila setiap semester peperiksaan diadakan ayat yang sama diulang-ulang. Umpama menaiki pesawat peramugari akan memberikan tunjuk kajar mengenai prosedur keselamatan kepada penumpang.

Tepat jam 9.00 dengan lafaz Bismillah dan kata-kata semoga anda semua dapat menjawab soalan dengan baik maka peperiksaan dimulakan. Suasana hening dan sepi, hanya bunyi air cond dari blower diatas kepala mencemari suasana. Satu perstu calon-calon ku lihat wajah mereka. Ada yang serius, ada yang selamba dan tak kurang juga yang berkerut barangkali cuba mengingat fakta yang pernah dihafal tapi hilang dalam ingatan. Aku berjalan dari satu baris ke satu baris.Setelah berpuashati dengan perjalanan peperiksaan aku pun menaiki pentas dewan dan melihat mereka dari kedudukan atas. Teringat semasa aku sebaya mereka duduk dikerusi itu cuba menjawab soalan-soalan yang diberikan....... ....................

Peperiksaan hanyalah merupakan suatu instrumen untuk membuat penilaian. Menilai samaada kita telah dapat menguasai sesuatu perkara yang kita pelajari. Atau menilai sesuatu perkara yang kita telah sampaikan dengan pelbagai prosedur samaada berjaya diterima atau sebaliknya.

Apa pun maksudnya kita tidak dapat menghindarkan diri dari dinilai, diperiksa dan sebagainya. Hidup ini memang untuk di nilai. Tiap hari markah kehidupan kita dicatat oleh malaikat. Dan akan dikira dosa dan pahalanya. Keadaan kehidupan kita samaada miskin atau kaya didunia ini bukan kah itu juga satu ujian. Yang miskin dengan ujian untuk golongan miskin...Yang kaya dengan ujian untuk golongan kaya....

Anak-anak memang tak dapat lari dari ujian dan Peperiksaan. Selagi dia belum membesar dan meninggalkan zaman persekolahan itu lah fenomena yang perlu di hadapi. Kita yang dah senior ni dah melalui nya dahulu. Beza nya hanya semangat dan azam sendiri yang tertanam didalam sanubari. Kita dahulu memang kuat semangat dan cekal menghadapinya. Aku teringat semasa didalam darjah 5, Ujian Penilaian darjah 5 masa itu, sanggup bangun pagi seawal jam 4 pagi.Tidak dikejutkan oleh kedua ibu bapa pun. Tujuan nya hanya untuk mengulangkaji dan menghafal pelajaran. Waktu itu hanya berlampukan pelita minyak tanah. Elok sikit lampu yang ada Cemeni kaca bagi menerangi suasana pekat gelap malam diatas loteng. Kemudian mandi seawal jam 6 pagi di Parit belakang. Masa itu tidak ada jam loceng. masa itu tak ada lampu letrik. Dan masa itu tak ada paip air yang bersambung ke rumah. Jadi apakah yang mendorong aku berbuat demikian ......aku pun tak ada jawapan yang pasti.......

Memang betul kata amat. Doa ibu bapa amat penting dan menyumbang kepada kejayaan anak-anak nya. Kemudian doa adik beradik juga saudara mara...Aku rasa semasa aku di STAR Kelang banyak doa-doa yang mengiringi kejayaan aku. Doa Kang Mis Bahkhulmunir. semasa aku duduk tumpang berteduh, makan dan minum sebelum memasuki asrama....bermula di Bukit Badak Kg Kuantan.......kemudian doa amat yang sanggup mengayuh basikal dari Pasir Panjang ke Kelang menghantar basikal........sungguh mengharukan dan sudah pasti doa nya sepanjang jalan untuk selamat tiba ke kelang.......budi mereka tak terbalas sehingga kini. Masih sanggupkah kita bersusah payah begitu berkorban dan berdoa demi kejayaan orang lain selain dari diri sendiri.....untuk sedara mara kita sendiri....
Wahai anak-anak inilah secebis kesah kejayaan orang yang dulu-dulu diceritakan semula dalam suatu versi baru.....

Ada yang berkorban demi kejayaan orang lain. Ada yang berkorban demi memenuhi cita-cita kedua orang tua. Orang yang terdahulu telah membuktikan pengorbanan masing-masing. Lantaran kemiskinan, keperitan hidup dan ketidak upayaan untuk membantu dari segi wang ringgit, telah didoktrinkan kedalam fahaman anak anak bahawa hanya dengan ilmu pengetahuan dapat merubah kehidupan. Itulah semangat nya. Itulah senjata nya yang paling ampuh. Didalam keadaan serba kekurangan masing-masing memainkan peranan. Bagaimana anak-nak kita sekarang..............

Perkara yang lalu telah jadi sejarah. Menjadi bahan cerita bualan dimasa tua. tetapi biarlah semangat nya tetap membara didalam jiwa anak-anak kita masa kini. Mereka tidak melaluinya. Zaman kehidupan mereka telah berubah namun semangat dan roh jiwa usaha orang yang terdahulu perlu dihayati dan tetap di suburkan cuma keadaan dan cara nya dalam bentuk-bentuk yang berlainan. Dan bentuk-bentuk yang berlainan ini lah yang kita sama-sama kena pikirkan..........buat masa ini aku tak ada jawapannya.

berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
.......

uitm kelantan.
wassalam.

selamat menghadapi pereksa vs selamat berjuang.

dua minggu lepas aku memesan tentang persediaan. anak-anak tentunya telah bersedia. seawal adam sekalipun pasti telah dingatkan pentingnya pereksa dan dapat menduduki kelas terbaik pada tahun hadapan. sebahagian dari ingatan itu bagi memenuhi kehendak ego kita.

minggu hadapan minggu pereksa. minggu penting kepada seorang pelajar. ianya menjadi lebeh penting kepada pelajar akhir tahun. beberapa tahun lalu anak memesuki kebun, bertanam, membaja dan mengawasi - hasilnya bakal dituai. kita mengharapkan hasil terbaik yg bisa terjual dan memberi keuntongan.

kami yg tua-tua [walau ada yg belum berapa tua] pastinya telah mendoakan, munajat kehadirat Allah Yang Maha Esa agar anak-anak diberi kekuatan dan kejayaan. inilah air penerang hati buat kalian. seperti air yg di minum memberi kesegaran dan semangat hidup, begitulah harapan kami tatkala kalian menghadapi kertas pereksa.

pereksa bisa menjadi momok kepada sang penakut. ketakutan berupaya mengubah tunggul menjadi hantu menakutkan. ku harap anak, kau tidak menghadapi pepereksaan dengan takut atau gegabah! kalau kau menghadapi secara itu, sebahagian kekuatanmu telah hilang. keyakinan mu akan menurun; oleh itu hadapinya dengan tenang, dgn sabar dan kehatihatian.
ikutilah nasihat ini!

menghadapi pereksa seumpama kau memasuki satu medan peperangan. musuhmu adalah soalan yg tersembunyi. senjatamu adalah pengetahuan yg kau kumpul beberapa minggu ini. lazimnya pasukan punya persenjataan lebih banyak dan teratur akan dapat memenanginya. tetapi ingatlah peperangan bukan ditentukan oleh senjata semata.
peperangan juga permainan seterategi!
aku kurang arif tentang seterategi. arip mungkin lebih arip. tetapi bibiksuria dan paman nok serta yg same spesis dgn mereka lebih arif. aku kurang pasti samaada mereka masih berminat menulis atau punya waktu lagi utk itu.

anak-anak teguhlah dgn matlamatmu - peperangan ini mesti dimenangi - dgn kejayaan.
sesungguhnya kejayaan itu:
sebahagiannya usha - sebahagiannya doa.
kalian berusaha - kami mendoakan - selain doamu sendiri.
semuga berjaya anak!
insyaAllah dgn cemerlang sekali.

wassalam.
klg.okt.31[12tghmlm]

Sunday, October 25, 2009

SUARASA SEORANG IBU

Esok Adam akan menghadapi peperiksaan akhir tahun, darjah satu bagi tahun ini. Ini bukanlah kali pertama Adam menghadapi peperiksaan. Tapi, sebagai seorang ibu, debarannya lebih dirasai...mungkin ada pendapat mengatakan apalah sangat dengan peperiksaan budak sekolah rendah, darjah/tahun satu pula tu. Kalau SPM lainlah ataupun paling tidak UPSR. Persoalannya ialah sebagai seorang ibu, kita biasanya mengharapkan anak kita mendapat yang terbaik. Atas faktor itulah seseorang ibu sering menasihati anak-anaknya agar mengulang kaji pelajaran atau atau lebih tepat berleter. Situasiku juga begitu. Adam tidak istoqamah dalam mengulangkaji pelajarannya. Dia lebih leka main, menonton siri kartun kegemarannya atau bertengkar dengan adik-adiknya. Menjelang hari-hari peperiksaan baru ditunjukkan jadual peperiksaannya. Sudahlah begitu dia sedikitpun tiada perasaan risau sebaliknya mengharapkan kita yang menunjukkan setiap jawapan latihan ulangkajinya. Peperiksaan Akhir Tahun akan menentukan kelas yang akan didudukinya tahun depan. Takkan nak duduk di kelas 2 Dahlia ? Paling terukpun biarlah 2 Bakawali kalau tak dapat 2 Anggerik pun...Itu belum kira nombor berapa dalam kelas/darjah, berapa A nak dapat? Sebagai seorang ibu bukan sahaja prestasi anak yang difikirkan, prestasi diri sendiripun kena jaga, yelah kalau rakan sejawat tanya," anak kau macamna? Naik darjah 2 apa? Nombor berapa?" Itu belum jiran-jiran/saudara mara tanya, " hai anak cikgu pun tak boleh score ke?" Siapa nak menjawab tu.....tekanan ni....

Friday, October 23, 2009

mari kita doakan mereka

sewaktu aku menduduki PTK beberapa tahun lalu, aku telah menghubungi kak ti pada malam sebelum pereksa.'mimpi apa ni' mesra bunyi suaranya dari tengah hutan cini. kakti kepada aku suaranya sentiasa mesra. kalaupun dia tak puas hati atau mendongkol perasaannya, dia tak kan marah. marah kepada adeknya yang seorang ini, tak bererti langsung. ngetablek!
aku katakan aku nak ambik pereksa dan minta dia doakan supaya aku berjaya. aku percaya kak ti telah mendoakan aku kerana keputusan pereksa - aku lulus!

dalam hidup ini kita tidak bersendirian. hidup ini adalah satu rantai. keluarga sakijan-saamah adalah satu rantai. setiap orang adalah mata rantainya. semalam baru aku sedar ianya telah memanjang lagi. haikal bin sahri. selamat datang. semuga tangisanmu lebih kuat dari abahmu semasa bayi. anak sulong patut lebih kuat teriakannya, kerana kau akan menjaga adek-adek mu. kalau dapat lebih lagi dari paman adam mu dan kalau boleh kembangan idungmu lebeh besar darinya apabila kau marah atau tak puas hati.

setiap dari kita mempunyai hubungan telepatik yang tidak berjasad. kalau kita ada kembaran ianya lebih kuat daya sentuhnya. kerana itulah tatkala ebal dan pamannya sedang mengata aku dalam box-catting- aku boleh resah dan batuk-batuk. kalau martabat aku tinggi, aku malah dapat mendengarnya melalui bisikan kalbu!

memang seringkali kita kelelahan untuk ziarah atau tiada cerita untuk dikongsi, oleh itu kita tidak berhubung. lalu kita menyepi tanpa kabar. sesekali perayaan dan rumah terbuka, baru kutatap wajah mu dan ku renung mata mu. perhubungan selalu kita bataskan dengan hubungan fizikal semata. sedangkan kita boleh berhubung secara batin, secara dalaman!
aku mengingati mu ini pun satu bentuk hubungan dalaman- kalau telepatik mu cukip power; kau akan dapat merasainya. bukan ingatan sahaja hubungan dalaman; malah satu bentuk hubungan dalaman yang sangat kuat kuasanya adalah : doa.

kerana itulah aku minta doa kak ti kerana aku tahu betapa mapannya kuasa doa yang yang dipohonkan oleh orang yang menyayangi kita.

beberapa minggu lagi ku kira semester tahun ini akan tamat. beberapa orang dari ahli keluarga sakijan pula sedang menuntut di pusat pengajian tinggi. salybie di uitm, begitu juga zana. ebal pula di uthm, naim di polyteknik uo, arif dan huda, paman kurang pasti dimana. maaf !
pastinya meraka sedang memerah otak dan bersengkang mata belajar bagi menghadapi pereksa akhir. minggu lalu salybie beritahu tidak tidur selama 43 jam kerana menyiapkan projek dan tesis. hanya aku saja yang boleh tidur lena kalau pereksa dah dekat. suria jenis strugle, tentu dia tidak sealiran dengan aku.

anak-anak kita ini adalah generasi baru keluarga sakijansaamah yang akan menjenamakan semula keluarga ini. bakal memberi image berlainan. merekalah yang bakal mengenalkan keluarga ini dengan enginear, lecture, pilot, doktor, arkitek atau artis.malah munkin jutawan!
oleh itu jangan biarkan mereka sendiri-sendiri dalam mengalas tangungjawab berat ini. kita adalah sebahagian dari mereka. marilah kita hubungi mereka bagi menyatakan sokongan kita. sekurang-kurangnya secara dalaman.

bukankah telah ku katakan, doa adalah kuasa ampuh buat seorang insan. dari itu marilah kita sama-sama munajat kehadirat Allah swt semuga mereka semua beroleh kejayaan yang cemerlang, terang hati, mudah mengingat apa yang dipelajari. doakan juga agar kesihatan mereka terpelihara, emosi mereka tenang dan hati mereka tenteram. Amin!

aku sangat yakin dan percaya tiada doa yang ditolak. lagi-lagi kalau doa yang baik. tetapi kita tidak tahu doa siapakah diantara kita yang di makbulkan Allah swt. kerana itulah aku berharap semua dari kita melaksana kannya sebanyak mungkin dengan harapan diterimanya salah seorang dari kita. aku juga beerharap supaya ada diantara kita yang mempunyai ketahanan diri bagi melaksanakan puasa sunat atau solat hajat kerana ini juga mempunyai kuasanya yang tersendiri.

sumbangan ini tidaklah seberapa, tetapi sangat bermakna kepada mereka dan penjenamaan keluarga ini.
sesunguhnya: hidup ini pendek, marilah kita panjankan dengan zikir dan doa.

wassalam.

arip join persatuan???

hai.. apa khabar kepada ahli keluarga sakijan saamah??
`Arip baru nak join persatuan ni sebagai ahli biasa je...
tak yah kena bayar yuran kot, sebab belum berkerjaya lagi...
tak de apa crita lg la.. crita raya dah habis...
apa- apa pun, keep contacting...

CADANGAN AKAUN

Assalamualaikum..

seperti yang telah kita semua sedia maklum.. persatuan kita memerlukan dana untuk bergerak & juga tabungan untuk sebarang perkara.
saya mencadangkan agar kutipan yang dulu pernah kita kutip digerakkan semula, apa yang saya ketahui dana yang ada pada akaun persatuan pada puan samsiah berjumlah rm100 lebih sahaja. apa kata kalau kita mulakan tabungan bermula dengan setiap ahli yang telah berkeluarga membuat bayaran rm 216.00 setahun bermakna 18.00 sebulan. bagi yang telah bekerjaya (bekerja) bayaran rm 10.00 sebulan @ 120.00 setahun akan dikenakan.
bayaran boleh dibayar sekali setahun @ 2x . bermakna kita boleh mengumpul rm2352.oo

mungkin ada sesiapa yang mempunyai idea yang lebih baik?.

banyak aktiviti-aktiviti yang boleh kita jalankan dengan duit kutipan ini seperti membuat perjumpaan (gathering) ataupun membantu sesama ahli keluarga yang memerlukan. kalau dana kita banyak mungkin boleh kita usulkan untuk sebarang pelaburan bagi menggandakan dana yang sediaada.

sekian..

KENANGAN LALU


Kadang-kadang kenangan lalu perlu juga kita ingati, cuma ini yang ada pada aku untuk dikongsikan bersama.



gambar dengan kaktie








Gambar dengan Nuri masa kecik





Gambar dgn lan









MADAH UNTUK PANDUAN HIDUP

ADAH UNTUK SEKADAR RENUNGAN DIPAGI JUMAAT

Jika kamu memancing ikan..setelah ikan itu terlekat di mata kail...
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu...
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu
sahaja...
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu...
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada
seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja...
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu...
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu. ..

Jika kamu menadah air biarlah berpada...
jangan terlalu mengharap pada takungannya. ..
dan janganlah menganggap ia begitu teguh...
cukuplah sekadar keperluanmu. ..
Apabila sekali ia retak...
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
akhirnya ia dibuang...
sedangkan jika kamu cuba membaikinya. ..
mungkin ia masih boleh digunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya...
Apabila sekali dia melakukan kesilapan...
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ..
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. ..
Sedangkan jika kamu memaafkannya. ..
boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya...

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.. .
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.. .
Kamu akan menyesal...

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu...
Menyayangimu. Mengasihimu. ..
Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain...
Terlalu mengejar kesempurnaan. ..
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal...


Thursday, October 22, 2009

SEKADAR SUATU RENUNGAN

Sudah dua hari aku memandu ke beberapa kawasan di Kota Baru. Menyinggahi dari satu bengkel pembuatan batik ke satu bengkel yang lain. Tujuannya hanya untuk mengumpul maklumat. Aku sedang melaksanakan suatu kajian profiling batik dengan grant penyelidikan dari ECER. Di temani seorang rakan bekas kakitangan perbadanan kemajuan kraftangan yang dah pencen juga bertindak sebagai informer aku memasuki bengkel-bengkel tersebut satu persatu. Ada sebanyak 191 pengusaha yang berdaftar dengan Kraftangan di seluruh kelantan. Hari ini baru 8 bengkel yang aku pergi.
Selama 2 hari ini terlalu banyak yang aku pelajari. Erti Sebuah kehidupan. Erti sebuah kegigihan. Ketekunan dan kegilaan. Semua nya digabung dan diolah dipintal menjadi tali kehidupan.
Aku membaca entry dari suria. Anak-anak zaman sekarang umpama kain putih yang dicorakkan dan diwarnakan oleh ..........mungkin terlalu banyak yang terlibat. tidak seperti dahulu. Dah tentu oleh emak bapak sendiri. Aku masih teringat kecik-kecik dulu ruang lingkup kehidupan kita amat terbatas sekali. rakan sepermainan kita hanya adik beradik dan rakan jiran terdekat. Hiburan hanya lah radio. Itu pun sentiasa berebut stesen dengan kakti terutama apabila ada bangsawan diudara. nak tengok tv kena pergi ke kedai arsad atau kedai kopi pak kasim. Itu pun kena tengok ikut tingkap atau duduk depan kedai kopi pak kasim waktu petang. Hitam putih pulak tu. Sekarang macam-macam ada kat rumah sendiri. TV Astro vcd segala-gala nya ada. Game yang ada nak mencabar sikit main tembak-tembak itu pun buat senapang sendiri lepas tu kubang kat parit belakang sampai merah mata main Konda kondi atau main bola rounders dan baling seliper. Sekaraang segala macam game ada depan komputer. tak cukup boleh down load dari internet.
maghrib mesti dah berada di rumah. lepas maghrib mesti mengaji. Ngaji dengan emak ok. Dengan kakti kena piat telinga. dengan bapak kena jentik telinga sebab tu telinga aku jadi keras. Lepas subuh kena ngaji lagi.... Bagaimana kita sekarang......bagaimana anak-anak kita dan bagaimana kita pulak sebagai ibu bapa mendidik mereka......
Lepas subuh .....kena kejut lepas tu sambung tidor sampai tengahari kalau waktu cuti.
Dulu subuh kalau terlewat baru dengar motor bapak depan kedai hj mat nooor berlari turun loteng masuk bilik air.....takut. sekarang bilik air tepi katil......... pun kalau tak kejutkan subuh dinosor lah depa. lepas subuh cepat-cepat capai buku .....buat lah apa yang patut sebab dia akan cek kita.........
Waktu sarapan mesti bersama...itulah waktu nya bapak akan memberikan syarahannya dan kita tak boleh lari dari mendengar syarahan nya sebelum di sudahkan denganmeninggalkan wang saku sebanyak 20 sen. Sekarang anak-anak kita berapa duit jajan nya ke sekolah.....

Marilah kita renungkan. Keadaan memang dah berubah, persekitaran dah jauh berubah.
Mak bapak pun dah berubah. Mendidik anak pun dah berubah caranya. Zaman dah berubah.Kadang-kadang seronok juga mengingat kesah lama kalau zaman itu boleh muncul semula dan anak-anak dididik mengikut zaman kita dulu........

asal kapas jadi benang
dari benang dibuat kain......

jumpa lagi.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification