Tuesday, October 8, 2013

IA MENDAMAIKAN


Assalamualaikum semoga kita semua dirahmati Allah.
Minggu lepas berkesempatan untuk berkunjung ke Kota Bharu dan Machang. Sudah hampir 2 tahun tidak kembali ke daerah ini. Kami bertolak menaiki kereta Rasmi dari Shah Alam ke Kota Bharu melalu lebuh raya utara selatan  terus ke Gerik dan menyeberangi banjaran titiwangsa melintasi tasik Belum. Hampir jam 10 malam baru kami tiba di Kota Bharu dan menginap disalah satu hotel dibandar tersebut. Hotel ini terletak ditebingan sungai kelantan.

 Ketika awal tebingan sungai kelantan dibena "umpama water front" beberapa tahun dahulu ia ramai dikunjungi oleh orang ramai untuk aktiviti makan -makan dan bersantai. Kini tempat ini tinggal sepi dengan meja dan kerusi yang kaku tidak berpenghuni. Agak menghairankan juga. Saorang rakan saya bertanya hal ini dan saya memberi jawapan kemungkinan.....iaitu bagi mengelakkan muda mudi berpasangan duduk bersama sehingga larut malam....tentu tidak manis dipandang orang dan menjaga adab negeri ini sebagai negeri yang digelar serambi mekah....

Selesai makan malam dan sempat mengelilingi bandar KB ternyata selepas jam 10 malm keadaan nya mulai sepi dan sunyi. Hanya didalam gerai dan warung serta restoran makan sahaja yang kelihatan masih dikunjungi oleh orang ramai. Membandingkan kehidupan disini dengan apa yang saya alami sekarang dibandaraya memang ia sangat kontras. Ia merupakan dua suasana yang berbeza.

Berada disini telah memberikan saya peluang untuk bersolat subuh di Masjid Muhammadiah yang terletak ditengah bandar KB. Masyaallah selama 11 tahun saya pernah menjadi warga negeri ini namun inilah pertama kali saya berkesempatan untuk solat subuh di Masjid yang sangat terkenal ini. Berjalan kaki dari hotel penginapan untuk solat subuh mengembalikan kenangan saya saolah -olah berjalan kaki  ke Masjidil Nabawi di Madinah. Masyaallah ia kenangan yang tak akan dilupakan semoga ada rezeki saya lagi untuk berkunjung ke sana. Namun masjid di tempat kita sama seperti di tempat-tempat yang lain....ia tidak setanding dengan masjidil Nabawi dan Masjidil Haram...Bagi saya meskipun ia hanya saf sebanyak 2 baris namun kesyahduan nya sangat terasa.....

Subuh di Masjid Muhammadiah KB-
Insyaallah hujung minggu ini kita akan ke Cini utnuk menyambut hari Raya Aidil Adha..Tahun lepas saya tidak menyambut nya kerana berada di Arafah...Insyaallah tahun ini kita semua sama-sama ke Cini bagi menyambut hari raya Korban pada tahun ini. Kabar nya menu menarik telah disediakan oleh tuan rumah...Nasi Ambeng serunding kerang....++..

Jumpa lagi

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification