Salam bulan baru untuk semua.
Hari ini 1 Nov 2009. Bulan baru dalam kalendar Masihi 2009. Hampir seminggu blog ini agak sepi tidak diisi dengan entry baru. Bulan lepas memang meriah. Kemeriahan nya cukup terasa. Bagai menyambut kelahiran baru. Harapannya agar kemeriahan itu dapat bertahan lama. Umpama harum bunga sundal malam mewangi dimalam hari, wanginya usah pudar bila terbitnya fajar pagi. Dari jauh blog ini sentiasa dipantau, diteliti dan dan dikaji dan diperiksa.
Minggu bulan pertama November ini memang bulan peperiksaan. Aku rasa dimana -mana pun Hari ini pun aku terlibat menjadi ketua pengawas peperiksaan di Universiti tempat aku bertugas. Seawal jam 8 pagi aku sudah menghulurkan ibu jari untuk didaftarkan kehadiran ku. Terus aku ke bilik kebal untuk mengambil soalan pepriksaan lalu dibawa ke dewan peperiksaan. Berbaris meja dan kerusi disusun dengan begitu sempurna, lurus dan kosong menunggu calon-calon yang bakal menjawab soalan yang dikemukakan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Di luar dewan kehadiran para calon agak meriah. Namun majoriti nya adalah kaum Hawa. Masing-masing dengan kerenah nya sendiri. Disudut-sudut tertentu masih ada yang berusaha membuka buku teks dan nota-nota. Membelek-belek dengan harapan yang tak pasti. Dikelompok besar agak riuh dengan suara-suara yang tak jelas butir bicaranya, kadangkala di selangi gelak ketawa kecil barangkali telah yakin dengan segala usaha yang telah disiapkan atau barangkali telah pasrah dengan nasib lantas menutup rasa gundah gulana hati masing-masing.
Jam 8.45 dengan pembesar suara ditangan aku menjemput calon-calon masuk ke dewan peperiksaan yang telah ku aturkan kedudukan nya. Satu persatu peraturan peperiksaan ku sampaikan. Rutin dan prosedur biasa bila setiap semester peperiksaan diadakan ayat yang sama diulang-ulang. Umpama menaiki pesawat peramugari akan memberikan tunjuk kajar mengenai prosedur keselamatan kepada penumpang.
Tepat jam 9.00 dengan lafaz Bismillah dan kata-kata semoga anda semua dapat menjawab soalan dengan baik maka peperiksaan dimulakan. Suasana hening dan sepi, hanya bunyi air cond dari blower diatas kepala mencemari suasana. Satu perstu calon-calon ku lihat wajah mereka. Ada yang serius, ada yang selamba dan tak kurang juga yang berkerut barangkali cuba mengingat fakta yang pernah dihafal tapi hilang dalam ingatan. Aku berjalan dari satu baris ke satu baris.Setelah berpuashati dengan perjalanan peperiksaan aku pun menaiki pentas dewan dan melihat mereka dari kedudukan atas. Teringat semasa aku sebaya mereka duduk dikerusi itu cuba menjawab soalan-soalan yang diberikan....... ....................
Peperiksaan hanyalah merupakan suatu instrumen untuk membuat penilaian. Menilai samaada kita telah dapat menguasai sesuatu perkara yang kita pelajari. Atau menilai sesuatu perkara yang kita telah sampaikan dengan pelbagai prosedur samaada berjaya diterima atau sebaliknya.
Apa pun maksudnya kita tidak dapat menghindarkan diri dari dinilai, diperiksa dan sebagainya. Hidup ini memang untuk di nilai. Tiap hari markah kehidupan kita dicatat oleh malaikat. Dan akan dikira dosa dan pahalanya. Keadaan kehidupan kita samaada miskin atau kaya didunia ini bukan kah itu juga satu ujian. Yang miskin dengan ujian untuk golongan miskin...Yang kaya dengan ujian untuk golongan kaya....
Anak-anak memang tak dapat lari dari ujian dan Peperiksaan. Selagi dia belum membesar dan meninggalkan zaman persekolahan itu lah fenomena yang perlu di hadapi. Kita yang dah senior ni dah melalui nya dahulu. Beza nya hanya semangat dan azam sendiri yang tertanam didalam sanubari. Kita dahulu memang kuat semangat dan cekal menghadapinya. Aku teringat semasa didalam darjah 5, Ujian Penilaian darjah 5 masa itu, sanggup bangun pagi seawal jam 4 pagi.Tidak dikejutkan oleh kedua ibu bapa pun. Tujuan nya hanya untuk mengulangkaji dan menghafal pelajaran. Waktu itu hanya berlampukan pelita minyak tanah. Elok sikit lampu yang ada Cemeni kaca bagi menerangi suasana pekat gelap malam diatas loteng. Kemudian mandi seawal jam 6 pagi di Parit belakang. Masa itu tidak ada jam loceng. masa itu tak ada lampu letrik. Dan masa itu tak ada paip air yang bersambung ke rumah. Jadi apakah yang mendorong aku berbuat demikian ......aku pun tak ada jawapan yang pasti.......
Memang betul kata amat. Doa ibu bapa amat penting dan menyumbang kepada kejayaan anak-anak nya. Kemudian doa adik beradik juga saudara mara...Aku rasa semasa aku di STAR Kelang banyak doa-doa yang mengiringi kejayaan aku. Doa Kang Mis Bahkhulmunir. semasa aku duduk tumpang berteduh, makan dan minum sebelum memasuki asrama....bermula di Bukit Badak Kg Kuantan.......kemudian doa amat yang sanggup mengayuh basikal dari Pasir Panjang ke Kelang menghantar basikal........sungguh mengharukan dan sudah pasti doa nya sepanjang jalan untuk selamat tiba ke kelang.......budi mereka tak terbalas sehingga kini. Masih sanggupkah kita bersusah payah begitu berkorban dan berdoa demi kejayaan orang lain selain dari diri sendiri.....untuk sedara mara kita sendiri....
Wahai anak-anak inilah secebis kesah kejayaan orang yang dulu-dulu diceritakan semula dalam suatu versi baru.....
Ada yang berkorban demi kejayaan orang lain. Ada yang berkorban demi memenuhi cita-cita kedua orang tua. Orang yang terdahulu telah membuktikan pengorbanan masing-masing. Lantaran kemiskinan, keperitan hidup dan ketidak upayaan untuk membantu dari segi wang ringgit, telah didoktrinkan kedalam fahaman anak anak bahawa hanya dengan ilmu pengetahuan dapat merubah kehidupan. Itulah semangat nya. Itulah senjata nya yang paling ampuh. Didalam keadaan serba kekurangan masing-masing memainkan peranan. Bagaimana anak-nak kita sekarang..............
Perkara yang lalu telah jadi sejarah. Menjadi bahan cerita bualan dimasa tua. tetapi biarlah semangat nya tetap membara didalam jiwa anak-anak kita masa kini. Mereka tidak melaluinya. Zaman kehidupan mereka telah berubah namun semangat dan roh jiwa usaha orang yang terdahulu perlu dihayati dan tetap di suburkan cuma keadaan dan cara nya dalam bentuk-bentuk yang berlainan. Dan bentuk-bentuk yang berlainan ini lah yang kita sama-sama kena pikirkan..........buat masa ini aku tak ada jawapannya.
berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
.......
uitm kelantan.
wassalam.
Sunday, November 1, 2009
3:24 PM
DANURI SAKIJAN
7 comments
7 comments:
Setuju...betullah bahawa kesenangan itu satu ujian...kerana dgn kesenangan kita akan berasa selesa dan tak belajar dan mengerti apa itu erti perjuangan...
ujian kesenangan lebih halus dari ujian kesusahan, kesusahan lebih nampak pada mata orang lain dan lebih terasa kesakitannya kepada penerimanya. sedangkan kesenangan tidak langsung terasa kesakitannya; walaupun hakikatnya ia juga sajenis penyakit.
fikirkanlah mengikut kemampuan mu.
kesenangan adalah satu virus, virus ini meresap di segenap ruang tubuh manusia, virus ini susah di detect oleh antivirus2 yg ada. Andainya terasa selesa dan senang, berhati2lah agar tak terkeluar dari landasan.
bukan saja landasan yg perlu dijaga.keretapi yg sedang melaluinya juga perlu dijaga. pemandu jangan terleka. bencana [disaster]seringkali berlaku lantaran sesaat terleka.sesaat itulah yg menjadi kekesalan sepanjang hayat.kesenangan adalah keretapi mu, landasan adalah destinasimu. kalau kau anggap kesenangan boleh membawakau kemana-mana dgn bebas dan sesukanya, pada kiraanku kau silap. cobalah utk mengurangi virus kesenangan; virus itu sebenarnya sangat menyukaimu dan kau juga begitu.
Okey...betullah tu, dah ada entri baru dah kat blog ebal...
mengapa debat dimulai sebelum abis pereksa!
memang dah lama dah nak tulis pasal tu...sebelum exam lagi...
Post a Comment