Monday, August 20, 2012

SELAMAT HARI RAYA -MAAF ZAHIR BATIN

Allahuakbar.Allahuakbar Allahuakbar Walillah Hilham....
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil fitri maaf zahir batin dari kami sekeluarga.
 Kepada semua pembaca saya mohon maaf jika ada salah dan silap sepanjang saya mengisi entry entry yang lepas. Tidak ada sebarang maksud lain yang tersirat hanya kerana Allah semata-mata jika ada sedikit terselit peringatan adalah khusus untuk diri sendiri dan kepada kita semua sebagai hamba Nya yang beriman.

Malam raya saya bertakbir di Masjid negeri selepas solat Isyak buat pertama kali dalam sejarah hidup ini. Masyaallah...akhir nya Allah buka kan juga pintu hati saya didalam usia yang sudah lewat kerana ramai anak muda yang bersama-sama didalam jemaah tersebut. Terasa syahdu dan sayu mengucapkan takbir dan tahmid secara beramai-ramai. Sebelum ini waktu begini saya hanya duduk menghadap TV sambil menonton berita dan makan-makan  sahaja. Itulah amalan biasa yang telah sekian lama dipraktikkan...Allah..Allah ampun kan lah aku...genap sebulan saya berulang alik ke masjid ini...akhir nya hari ini adalah hari kemenangannya. Saya teringatkan bapak yang tidak dapat merasai solat terawikh di masjid yang serba indah ini dan bertakbir serta bertahmid seperti saya waktu ini di sini.  Kau ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapa kami Allah. Perluaskan kubur mereka. Pancarkan Nur kasih-sayangMu. Izinkanlah mereka menjadi penghuni di syurgaMu. Dan temukanlah kami di sana ya Allah.

Usai solat Eidul Fitri kami sekeluarga bermaaf-maafan.......seperti tahun tahun lalu baraan di jenjarum adalah pada hari raya pertama....petang ada kesempatan untuk mengunjungi sedara terdekat satu-satu nya yang tinggal berdekatan dengan kami di kelang utama.....KTS yang di kenali dalam blog ini.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin semoga kita berjumpa lagi di lebaran 1434 H.





Macam Promo Watak utama filem...
Tuan rumah mengalahkan dayoh menjamu selera...moga ada keberkatan nya.


Wassalam



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification