Wednesday, November 18, 2009

anak yang pelik

Keluarga-keluarga pada tahun 60an mempunyai hubungan erat diantara adek beradik. rasa memerlukan dan pergantungan sentiasa ujud. hirarki dalam keluarga juga jelas. abang sulong sentiasa dihormati dan ditaati. dalam masa sama beliau juga membina rasa tanggungjawab kerana bapak selalu berkata: ' jaga adek-adek bila aku dah tak ada nanti '.

oleh kerana kami adek-beradek selalu bersama, adalah kenalan bapak yang bertanya: ' iki anak mu jan, kok laen rupane....' tentu kau dapat mengagak kepada siapa kata-kata itu ditujukan. kadang-kadang bapak dengan nada bergurau akan menjawab: ' anak keleng pt.4...' sesiapa yang tinggal di pasir panjang, sekinchan dan sg. burong tentu tahu penduduk majoriti pt.4. sg. burong. pada zaman kanak-kanak aku memang agak aggresif dan lebih banyak menghabiskan masa diluar. kerana itulah aku lebih ' irengg' dari nuri dan kang mis. kak tie tak usah ceritalah; dara pingitan mana keluar rumah!

dalam keluarga aku anak no.3. kata orang anak no.3 agak pelik. pembawaan dan sikap mereka berbeza dari adek beradik. kalau yang lain baik, dia degil. kalau yang lain ramah, dia reserve dan kurang bercakap. selalunya dia tersisih kerana cannot match with the others. sebenarnya jiwa anak ke-3 sering memberontak, rebellion, sentiasa ingin perubahan dan reformasi. kerana itulah mereka kreatif!

aku tahulah kerana aku anak ke-3.
mari kita semak anak ke-3 dalam keluarga. arie, kak oya, ebal, afik dan alia.

nahar, salbiah dan kak oya pernah menggunakan kereta lama aku ke The colmar tropicale di Bukit Tinggi, Janda Baik. pusat peranginan yang menggunakan thema kota perancis tu. ku kira pastinya nahar yang memandu, tetapi kata salbiah; kak oya yang memandu! aku sendiri tak konfiden menggunakan lebuhraya karak setiap kali ke cini kerana laluan berbukit; kak oya malah mendaki puncak curam untuk ke pusat peranginan tersebut. dgn kereta burok!
apakah yang kau faham mengenai sikap dan fikirannya. tentunya kini ia tidak ragu-ragu nak kemana sahaja dengan kereta barunya.

arie pernah meninggalkan kampong utk. bekerja pomen moto di ceras kalau tak silap aku. tapi dia bukan minggat. bapaknya dulu pun pernah meninggalkan kampong utk. kerja kilang di shah alam. bapaknya pun bukan minggat, hanya nak menolong keluarga. tapi bila dengar arie nak kawin, tiadapun lembaran kisah laila-majnun yang boleh dibaca dimana-mana mengenainya. kau sangat berani arie!

ebal? sangatlah aku fahami. ia adalah sebahgian dari aku. blognya infinitesane menyatakan segalanya. agak menongkah arus dari rakan segenre. teruskan momentum mu, tapi dengan hati-hati kerana penulis harus ada empathy.
tiada lagi catatan dalam mindaku tentang afik dan alia. watak dan keperibadian mereka masih berkembang. tetapi ibubapa mereka pasti mempunyai cerita sendiri mengenai anak-anak ini.

no-3 adalah nombor yg tidak lengkap. nombor yang lengkap adalah no.8. kerana itulah ia sentiasa resah dan tidak puas hati, sentiasa mundar mandir mencari jalan keluar. jika ia mendapat lorong yang betul, dia akan bahagia. jika ia menemui lorong gelita, kegelapan dan kesukaran bakal ditempuh.

aku sering menghadapi cabaran dalam hidup ku. waktu sekolah rendah aku pernah patah tangan kerana ditimpa hendal basikal, hendal basikal je bro ! sedangkan nuri lebih banyak jatuh basikal. kalau kesawah penyengat sangat gemar menyerang aku, sedangkan nuri atau kang mis ada disebelah. aku percaya mereka yang senombor dgn ku juga begitu; pada situasi dan senario zaman mereka.

anak no.3 jangan dibiar sendirian dalam menjalani hidup. ia perlu dibimbing dan diperhati. jiwa nya sentiasa bergelora dan bergelojak, seperti lahar gunung berapi sentiasa mencari jalan keluar; membakar siapa menghalang. oleh itu ia perlu mengikut lorong yang benar. mendapat lorong yang benar perlu penunjuk arah, agar tidak sesat atau kesasar.

anak-anak yang pelik, sebenar-benarnya kau sedang diperhati. insaf dan tahulah. hanya mata rabunmu membutakan kau dari melihat sang pengawas. pengawas tidak pernah tidur atau alpa. ditangannya buku dan pena pencatat. malulah kalau catatannya burok dan busok. tega kah kau menatap atau menghidunya!

begitulah nasib kami, sentiasa diperhatikan kadang-kadang dengan curiga; segalanya.... sehingga kepada sepatu kita. begitulah kita anak no.3 yang pelik.

jumpa lagi.
wassalam.

18.novem.09
10 mlm rabu
klang.

31 comments:

Ini Iqbal Nasir said...

Sbnarnya ebal x nak prcaya, tapi klu ikut pola, mmg ada bnarnya, sbnrnya...dlm ebal menongkah arus, terkdg ebal rasa sunyi...sbb x de siapa sekepala dlm lembaran hidup ebal...chotto sabishii na...wlupun ebal tau Allah sntiasa ada, tapi dlm kalangan makhlukNya, x siapa mengerti apa yg ebal cuba juangkan...wlupun ebal tau abah sntiasa peka dgn ebal, abah adalah satu sisi lain...sbb tu kdg2(agak slalu) ebal berborak sorang2...bkn ebal ada masalah mental, tapi hanya ebal yg tahu perasaan ebal...ebal hnya x jadi gila sbb memikirkan ini mngkin adalah ujian Allah, Allah x akan menguji hambanya di luar kemampuannya...

Anonymous said...

arie pernah meninggalkan kampong utk. bekerja pomen moto di ceras kalau tak silap aku. tapi dia bukan minggat
pembetulan ... bukan pomen la paman...

penulisentry said...

oww.... ye ke,sory la maklumat tak tepat.
yg pernah paman dengar, pomen
apa yg betul ye.

SaudagarKelapa said...

dare to try new journey and face the risk! that is how i describe myself. bertindak tanpa berfikir panjang, kadang2 pun slalu kita buat. tp bukn bermakna m'buta tuli. cuma keputusan diambil dlm masa yg singkat. selalunye kita redah je jln yg ada depan mata. mungkin ada yg setuju, mungkin jugak ada yg m'bangkang prinsip kita.

tp kita percaya 1-kalau dah ditakdirkan nak jadi, jadilah. apa cara kita buat sekali pun utk elak benda dr terjadi, tetap akn terjadi. it's the matter how we manage the thing when it happens. kita ada Allah yg sentiasa bersama kita selagi kita bersamaNya. InsyaAllah kita selamat.

suria said...

kepelikan itu kita sendiri yang menciptanya...kalau kita rasa kita unik, maka uniklah jadinya... kalau kita nak jadi lain dari yang maka lainlah kita jadinya...
Menjadi pelik ini adakalanya satu keistimewaan namun janganlah sengaja mencari kepelikan yang boleh menggusarkan orang lain terutama keluarga dan orang tersayang. Kalau pelik kerana memperjuangkan yang betul, dan kena pada jalannya, rasanya tak salah tapi kalau pelik dan menyimpang dari yang normal, itu yang tidak seharusnya...
Ada hati yang perlu dijaga ada perasaan yang perlu difahami..jangan mengharapkan orang lain sahaja yang memahami kita...walau sepatu masing-masing, kita masih perlu memakai sepatu yang bersesuaian mengikut majlis, aktiviti dan keadaan. Takkan nak pakai slipar jepun untuk ke opis semata-mata nak kelihatan pelik?

Anonymous said...

kah...kah...kah..
kena gak kao sebijik mat..

Ini Iqbal Nasir said...

Sebenarnya nak berpolemik pasal ni pun mcm x best sgt...sbb x mnyumbang kemaslahatan ummah pun...whoever can be whoever they want...bntuklah diri sndiri mnjadi hamba yang betul2 beriman kepada Allah, bkn setakat menanam tebu di bibir je...utk betul2 jadi org mukmin pun berat ujiannya, klu x tahan godaan dan cubaan, kita belum berjaya...bole terus mencuba lagi...

salbiah said...

sape2 ank no 3 jgn saje2 nk cr perangai pelik ek klo xdek... hahahaha~ ;)

halimi sakijan said...

assalamualaikum...

sebenarnya aku rasa didalam keluarga sakijan & saamah nie aku yang paling pelik. cuba semua renungkan & sama-sama fikirkannya.

sekian...

penulisentry said...

hanya mereka yang
dapat memahami
kesukaran , bagi simiskin
kepedihan , bagi sisakit
kesedihan , bagi siyatim
kebahagiaan , bagi majnun
begitulah hidup
dengan serba kemungkinan...

jgn biarkan idup anda d'selubungi mist3ri..!!! said...

anak yg no.3 ni la slalunyer yg berjaya..hehe3..

Kasut tumit tinggi said...

Ala tak de kena mengena dengan nombor ni. Engkorang jangan percaya sangat. Segala nya sebenar nya pembawaan masing-masing. Kalau anak no 3 tu jangan perasan sangat dengan kepelikan yang dialami. No lain pun sebenarnya lebih pelik lagi.
Ebal jangan perasan diri tu terlalu pelik sampai orang lain pun nak comment semua nya diterima dengan rasa pelik. Dalam dunia ni tak ada yang pelik nya. Semua dah di tentukan tuhan tapi kita masih ada hak untuk mengubahnya. Rezeki secupak boleh jadi segantang. Kais pagi boleh makan sepanjang hidup you kalau kena gaya dan cara nya. Tuhan bagi kita akal untuk berfikir dan menggunakannnya. Kesian orang lain yang duduk bukan no 3 keh...keh...keh Rilex la brader jangan sensitif sangat.......

Tali kecapi said...

nombor 3 ni sememangnye no yang ganjil...secara kebetulan nya...org yang bernaung bawah no 3 ni pun ganjil juga perangainya....tapi....jgn lupa banyak lagi nombor2 yang ganjil 1,5,7,9....senang kata nombor apa pun...masing2 ada keistimewaan yang tersendiri... perlu diingatkan juga, jika keistimewaan itu disalah gunakan ianya mungkin akan membawa padah.. mungkin juga padah kepada diri sendiri malah juga kepada org lain.... tak percaya?? lihat lah dalam setiap diri masing2 mst punya kepelikkan yang tersendiri...

suria said...

sekadar ingin menghangatkan lagi pendapat...

Bukan berpolemik, malah membincangkan sesuatu yang ada kaitan dengan diri kita juga ada sangkutannya dengan keluarga. Apabila ada kaitan dengan keluarga tentu ada kaitan dengan masyarakat atau yang Ebal istilahkan sebagai ummah. Bukankah ummah yang kuat bermula dengan individu yang kuat (stabil emosi dan fizikalnya)? Lagipun melalui cara ini juga seseorang itu dapat meluahkan perasaannya sama ada ikhlas dari hatinya atau mewakili orang lain yang tak mampu meluahkan perasaan.

Nombor sebenarnya bukan satu isu..isunya ialah individu itu sendiri. Kalau si miskin pernah menghadapi kesukaran, tentunya dia berusaha untuk keluar dari kepompong itu, kalau si sakit melalui kepedihan tentunya dia tegar mencari ubat, dan kalau kesedihan pernah menyelubungi si yatim tentunya dia tidak mahu perkara itu berterusan. Kita punya pilihan...sedangkan di akhirat, tuhan juga telah memberi pilihan,sama ada neraka atau syurga? Cuma kita tak berdaya menolah takdir-Nya.

Analoginya mudah..kenapa perlu menongkah arus?
Kalau rasa ingin disayangi, tentulah kita perlu menyayangi, kalau rasa ingin dihormati, berilah penghormatan kepada orang lain..kalau hidup ingin dihargai jangan lokek menghargai orang lain, dan kalau ingin difahami...berilah ruang dalam hati untuk memahami orang lain...

Opsss... maaflah menantu Haji Sakijan yang seorang ini sering saja terlepas laku...itupun abang iparnya yang sering beri dorongan agar tidak membisu....

penulisentry said...

masih segar dalam ingatan ku...waktu-waktu malam musim panen, rumah kami meriah sekali. kang somad, paman kemi dan sorang dua lagi saudara dari pt. baru, akan datang utk. menuai bendang kami, bik nah dan beberapa saudara lain.sesudah makan malam dan menunaikan isya' mereka dan bapak akan duduk bercerita; aku anak-anak hanya mendengarkan, tak tahu nak masuk dalam perbualan mereka dan hormat.selalunya perbualan merlarutan sehingga ada yg mengingatkan bahawa esok masih ada bendang yg perlu dikerjakan.baharu mereka tidur.
momen itu kini nostalgia. oleh itu apabila suria sudah bingkas dan yg lain-lain walau berlindung dibalik topeng anonymus atau ingin memberitahu kasut tumit tingginya buat menyambut lebaran mendatang, suasana meriah rumah bapak pada musim panen dapat ku hidu semula.
aromanya wangi dan segar, wlaupun ramai yg mengenakan ku.ku kira ini satu gurauan. terima kasih kerana mengembalikan laman silam itu walaupun dalam situasi maya.

DANURI SAKIJAN said...

Salam semua .tahniah kepada mat kasuttanpastokin kerana berjaya mengetengahkan isu baru. Isu nya simpel je Anak NO 3 dan kepelikkan perangai nya. Tapi telah berjaya mengajak response yang aku kira rating yang tinggi sepanjang blog ini dialammayakan. Dari satu sudut ia telah berjaya memanaskan suasana dingin hujan paras kuning di pantai timur masa kini dan dari satu sudut lain ternyata blog ini masih meriah dilayari oleh keluarga sakijan meskipun masing-masing berselindung dibalik nama yang aku kira kreatif. Entry entry yang agak berat nampak nya semacam kurang mendapat response tetapi entry mat kali ini mengundang respones yang sangat baik. Tak kira lah mereka berselindung disebalik tabir yang penting objektif blog ini diadakan tercapai iaitu Membudayakan Membaca, Menulis dan Menyampaikan idea.
Memang betul kata mat dulu rumah Hj Sakijan musim panen memang meriah.Tempat Lepak sedara mara yang jauh mengambil upah sempena musim menuai padi. Alhamdulillah sekarang pun meriah semula dalam keadaan yang berbeza. maklumlah zaman dah berubah. Aku pun macam mat jugak bila tengok banyak komen dari junior-junior ni tak tau nak masuk belah mana.
Apa-apa pun teruskan lah. Kita demokrasi bebas menyuarakan pendapat dan idea. terimalah secara terbuka.......Syabas kasuttanpastokin.Tak beli kasut baru ke nak raya haji ni?....Kalau nak yang Bundel datang lah kat jalan ketanah merah machang ni....boleh pilih....Dah seminggu aku sakit mata .. tapi tekanan darah masih normal...Alhamdulillah..Polemik-polemik jugak jangan lupa pertemuan Keluarga Sakijan Di Cini Pahang Sambut Raya Haji ni...Kita korban Naga....
jumpa lagi.

Ini Iqbal Nasir said...

Bibik...bibik dah salah faham...bibik x bace blog ebal ye? klu bibik baca, InsyaAllah bibik faham...tapi klu x nak bace pun x pe...x bole nak paksa pun...menongkah arus, mksudnya di sini, rakan2 sebaya...mereka x perlu dibuktikan lagi, mmg skrg agak jahil dgn Islam dan kesyumulan Islam hanya di kelas2 agama shaja, ebal menongkah arus dgn tidak hidup sebagaimana remaja2 hidup skrg, rilek la brader...istilah itu x patut wujud semasa kita hidup di dunia yang penuh penipuan, mksudnya x kekal la...kita beria sibuk dgn dunia sedangkan ia pasti akan berakhir, beriman dgn hari akhirat ada dalam rukun iman yang enam itu, salah satu tripod agama kita... islam, iman dan ihsan...istilah rilek x patut wujud klu kita nak mendamba syurga...ebal bknnya nak jadi pelik, tapi org skrg pndang bnda yg sepatutnya betul dan benar sbgai pelik...ebal hnya cuba mengintrepetasi persepsi org lain terhadap ebal...pelik itu adalah luar dari kebiasaan, org kini x biasa hidup cara Islam, tu yang jadi pelik tu...sedangkan di facebook pun ebal jadikan tmpat nak brdakwah...tapi mmg kekuatan ummah dijana dari institusi keluarga, jadi mmg ebal belum brjaya dalam perjuangan ebal sbb keluarga ebal sndiri belum berjaya meloloskan sepenuhnya dari gejala sekularisma...jgn salah faham, sekularisma adalah musuh dalam selimut, kita x sedar pun yang kita telah mensekularkan agama sendiri...lagi kena baca blog ebal...ebal brgaul dgn arus inilah ebal tau cara hidup mereka, ebal bole nasihat, tapi mereka yang akan berubah atas kehendak sendiri...agak2nya mnjawab x persoalan 1. jgn perasan pelik 2. jgn menongkah arus?
klu dah terang2an apa yang mereka buat itu salah dan menjadi kebiasaan, x kanlah ebal x nak jadi pelik dgn x mengikut cara mereka? fikir2kan...lain kali klu nak menilai jgn dari kulit, biarlah ke teras2nya...silalah melawat blog ebal...paman...ebal ada baca, klu nak menyampaikan ilmu dan pendapat, baik guna nama sndiri sbb seumpama takut org tahu ilmu yang kita ada...biar org tahu Iqbal Nasir pnya pndapat...ini subjektif...tiada yang betul la...
Ikan Salmon berenang menongkah arus hanya untuk bertelur, selepas itu mati...ebal menongkah arus hanya untuk Allah...Nyawa ebal hanya di tangan Allah...biarlah usaha ebal ni dapat merubah arus skrg, andainya ebal masih gagal sehingga hujung nafas ebal, ebal berdoa agar ada org akan meneruskan perjuangan itu...

Ini Iqbal Nasir said...

Satu lagi, mmg x digalakkan kita percaya nombor2 sgt ni...sbb ia menghampiri tilikan...mcm ebal bagi komen sebelum ni, sesiapa berhak mnjadi istimewa, samada mereka nak atau tidak, terpulang pada mereka sndiri...jgnlah jadi lembu yang dicucuk hidung sahaja...mengikut tanpa berfikir dahulu...biarlah identiti Islam kita x tercemar...

suria said...

SALAM...
Terima kasih kerana memberi komen...tahniah kepada Abang Nasir kerana bak kata Abang Danuri berjaya menyuburkan budaya membaca dan menulis.

Kepada Iqbal...
Bibik faham maksud Iqbal..apa yang bibik maksudkan menongkah arus bukan menyimpang dari rakan-rakan yang banyak terpengaruh dengan elemen sekarang sehingga lupa akar dan tiang dalam menegakkan satu-satu budaya...
Teruskanlah kalau apa yang ebal perjuangkan betul, persoalan yang bibik cuba ketengahkan ialah jgan merasa diri tersisih atau tidak difahami sekiranya kita tidak cuba memahami orang lain. Maksud memahami ini juga subjektif, bergantung kepada konteks. Kalau nak berdakwah, kita harus ada empati...apatah lagi zaman sekarang ini cabarannya berjuta. Kalau setiap komen kita anggap sebagai memperlekeh atau tidak difahami sampai bila dakwah kita akan diterima? Ebal pun tahu generasi sezaman Iqbal banyak alasan... mendekati mereka bukan dengan emosi tapi dengan kebijaksanaan..maaflah..bibik sekadar memberi pendapat. Bibik faham, hasrat Iqbal tapi Iqbal kena ingat satu perkara..adakalanya berlapang dada menerima pendapat orang lain menjadikan kita lebih bersedia dengan buah fikiran lebih bernas. Lagipun respon bibik selama ini berdasarkan entry yang ditulis..bukan dakwah Iqbal dalam blog Iqbal... Relaks la brother bukan bermakna kita mengenetepikan tripod agama cuma berilah peluang kepada diri memahami pendapat orang lain walaupun tak asemestinya kita setuju...

penulisentry said...

relax bal,
bibik ko cuma usik sikit je tu, ko jawab sampai cini. senior mempunyai cara sendiri nak oriented jr. oleh itu pintu kreativiti dan sensitiviti perlu dibuka seluas2nya bagi mencerap setiap gerak dan nada. org muda kena belajar sabar, kerana sabar akan mematangkan kita. buah yang matang saja yg akan dihidang dimeja. buah mengkal akan disimpan lagi dipenjuru dapur.
kita mempunyai ide dan pendapat bagus, kalau disampaikan dgn cara kurang tepat, kita malah dicurigai. oleh itu ko perlu hemah; seperti senyuman yg bisa menyejukkan marah. lainlah aku, senyuman tidak berapa bererti lagi sejak pagar dah roboh ni!

Ini Iqbal Nasir said...

okey, mmg betul ebal masih terusik dan emosi tapi ebal x pernah menyisihkan diri dgn org lain...klu x, ebal x bkk facebook pnyer...ebal x main pun game2 kat facebook tu...ebal join facebook sbb nak dkat dgn target audience la...tapi ebal masih x berjaya...ebal rasa ebal nak berehat kejap la...bkn sbb merajuk atau berputus asa, tapi nak menyusun strategi baru setelah cara lama x berjaya...lagipun ebal risau tiap ilham yg terjelma kat ebal, akan tersulam emosi mengatasi akal...kerana ebal mmg cepat terusik bila org memperlekehkan agama sndiri, baik ebal kumpulkan kekuatan utk mengatasi emosi ini...sakitnya tak payah ceritalah...harapnya dgn strategi baru nnt org akan lbih mengerti dgn setiap apa yg disampaikan, apa yg ebal ngan abah dpt perhati, org rmai kini x nmpak yg tersirat, hnya nmpak yg tersurat...dan harapnya masa itu, emosi ebal yg sensitif ni dapat dikawal...hasta luego...

penulisentry said...

my dear ebal,
dlm lateral thingking de bono ada satu teknik dipanggil 'change the entry point'. ini bermaksud mengubah kebiasaan dalam menyampaikan sesuatu.umpamanya murid malas belajar kerana hilang tumpuan; oleh itu matlamat murid pandai tidak tercapai.maka kaedah mengajar secara konventional telah di ubah dengan cara nyanyian. minat belajar telah timbul dan matlamat tercapai. mungkin begitu juga dgn entry-point mu.

hasrat ebal ingin meninggalkan gelangang sangat tidak dialu-alukan. gelangang ini kecil! jika seorang mengangkat kaki untuk tidur dan mencari mimpi, kesunyian pasti akan mengisi tempatmu.kau tidak boleh mengharapkan paman nok utk menggantikan kerana ia sedang sebok mengawasi warna amaran banjir! bila-bila boleh beraleh dari kuning ke merah.bibik mu itu pun bila-bila boleh meninggalkan gelangang. komitmen beliau banyak. kalau semua anak-anak berteriak inginkan milo, lebih lamalah baharu dapat datang semula.itu sebab baru kini dia ada. tapi kita memang memerlukan kakidebat seperti beliau, baru minda kita tercabar.

minda adalah kenderaan yg kita guna bagi menyampai kita kepada sesuatu matlamat.ide adalah peta yg kita gunakan, manakala emosi dan rasional adalah suasana yg ditempuh sepanjang pemanduan. emosi umpama kabut menyelubungi laluan, ianya membuat kita letih dan ingin berehat. hanya pemandu berpengalaman dapat memandu dalam kabut tanpa lelah serta ragu-ragu.

seorang pilot dikira berpengalaman berdasarkan jam penerbangan yg dilakukan.semakin lama diudara semakin senior.ini disebabkan setiap kali take-off ia akan berhadapan dgn situasi dan kemungkinan baru! bagaimana ia mengatasinya akan mematangkan pengalamannya.sebaliknya kalau ia gagal, disaster akan menunggu.

penulis juga seperti pilot.semakin lama dan banyak ia menulis, semakin banyak pengetahuan dan pengalamannya. ia semakin matang dan dapat menghadapi sebarang hujah serta kritikan! emosinya juga dapat dikawal kerana setebal mana sekalipun kabut menyelubungi kenderaanmu, kau tetap fokus kepada laluan dan dapat memandu tanpa henti.

oleh itu keluar dari halakah ini bakal memutuskan waktu mengumpul pengalamanmu yang sangat berharga. kau berpotensi dan punya minat dalam menyampaikan ide dan pandangan. tunas baru tumbuh masakan dicantas! apa yg kami lakukan adalah satu peroses pengajaran. seorang kestria perlu diuji tanpa senjata sebelum diberi pedang.kalau dalam peperangan pedangnya patah atau dirampas, ia tidak akan lari kerana telah diajar bertempur tanpa senjata.begitu juga penulis.

komen dan pandangan berbeza akan menjadikan kau seorang pengurus ide yg matang dan jitu.ide perlu diurus dengan betul. seperti masa, jika salah menguruskannya ia akan berlalu dengan siasia.kerana itulah Allah mengingatkan kita supaya menguruskan masa dengan baik dan betul.

dalam debat memang pehak lawan akan mencari kelemahan hujah kita, walau sebaik manapun ia telah disampaikan.ada juga yang ingin menduga. ini adalah salah satu sifat aku yg menjengkelkan. tetapi mungkin niatnya baik. membaca ruang dalam diri seseorang bukan hal mudah, tetapi kita telah diingatkan supaya bersangka baik. siapa lagi yg wajar diikuti kalau bukan nabi kita saw.

teruslah dalam halakah ini! walaupun tidak bersuara. sekurangkurangnya kalau aku dan bibik mu bercerita kau boleh menyampuk dgn ungkapan 'ye ke..' cukuplah! tanpa meninggalkan gelangang kau masih menyambung pengalaman supaya suatu masa nanti bakal menjadi pilot yg baik kepada boing 747 keluarga ini.
insyallah.

Ini Iqbal Nasir said...

Sedikit penjelasan,bah, ebal x berenti menulis la...ebal still update entri kat blog ebal...cuma klu ada perdebatan yg mengganggu emosi ebal, ebal x lanjutkan je...baik diam...takut kesan dia lebih teruk...mcm ebal prnah ckap, ebal pernah brmuzakarah kat facebook tentang soal halal, haram dan syubhah...tentang kes Dr Asri...ebal still bermuzakarah...tapi klu emosi ebal terganggu, ia menjejaskan hujah ebal je...klu nak komen ke kritik ebal ke, x kesah...

abh said...

ok,

suria said...

salam...

Ebal dan sesiapa sahaja yang membaca,

Bukan semua orang mempunyai matlamat yang jelas dalam melakukan sesuatu perkara apatah lagi anak-anak muda zaman sekarang. Adakalanya apa yang dilakukan kerana pengaruh, suka-suka, atau mengikut trend semasa.

Bibik pernah berhadapan dengan beberapa orang murid seperti Ebal selama beberapa tahun bibik mengajar. Pada mulanya bibik tak pandai mendekati mereka, tak faham pemikiran mereka dan menganggap mereka kurang matang. Tapi lama kelamaan bibik rasa orang seperti mereka ini tidak boleh dibiarkan sebaliknya perlu dibimbing, ditegur dan diasah.

Orang seperti ini punya kebolehan, faham dan jelas matlamat mereka cuma ia bergantung sampai peringkat manakah mereka telah tiba...itulah sebabnya perlu ada yang memimpin...Apa yang Ebal cuba perjuangkan amat baik dan bibik sokong..tapi seperti yang abah pernah cakap kita perlu ada empati dan kebijaksanaan melalnui pembacaa, pemelajaran, pengalaman dan pemerhatian. Apa yang Ebal lalui sekarang adalah proses pemelajaran... Andai ada orng beri pendapat ,atau respos itu bererti satu kejayaan juga kerana sekurang-kurangnya mereka membaca atau memberi perhatian....

Esok lusa Ebal akan lebih dewasa...semua ini bekalan sebenarnya, jadi teruskan tanpa ada rasa putus ada, belajar kawal emosi...Perjuangan nabi pun bukan setahun dua, malah nabi pernah dipulau, dilontar dengan batu, malah diburu untuk dibunuh! Tapi Nabi tidak emosi, tidak berdendam malah terus berdoa dan merancang strategi yang lebih jitu..Jadi Ebal, apalah sangat dengan kata-kata picisan dalam blog yang yang tak seberapa ini...go, Ebal go...buang E...terus GO

DANURI SAKIJAN said...

Salam semua
Pagi ini cuaca masih mendung.Hujan tak berhenti selama hampir 4 hari menyebabkan jalan kota bharu ke Kuala Lumpur terputus di Kuala Krai. Air yang diturunkan oleh Allah telah melebihi keperluan manusia di bumi pantai timur ini. Aku sentiasa melihat perubahan alam ini sejak sekian tahun hampir 10 tahun bertapa dibumi negeri cek siti wan kembang.Pelbagai warna amaran hujan telah dikeluarkan.Mungkin sekarang kuning dah jadi jingga.
Air adalah suatu keperluan untuk kehidupan. Tanpa air makhluk hidup akan mati kehausan.Terlebih air pun akan menjadi kemudaratan atau bencana. Seorang guru perlu mengambil masa bertahun-tahun menimba ilmu sebelum digelar tok guru atau GURUS. Aku masih ingat kata-kata guru ku " menjadi cekgu adalah umpama lilin yang membakar diri. Menjadi cekgu biar umpama air yang mengalir" Lembut dan mengikut bentuk. Jangan mengeras tetapi menghakis. Kalau air menjadi keras dan bertenaga batu yang besar akan pecah, pokok dan penempatan akan musnah dan air akhir nya menjadi bencana.
ebal sebagai anak sedara yang mempunyai jiwa anak muda perlu melihat konsep air ini. Walau kemana kita nak membawa diri, berhujah, beremosi dan sebagai nya ikut lah resmi air yang sejuk dan menyejukkan. Itu lah yang paman amalkan. kalau tidak mana mungkin paman berupaya tinggal diperantauan sekian lama berdebat dengan sekian orang yang berlainan fahaman dan haluan dengan sang pengkritik yang tak pernah mengaku salah. Kita perlu menyerap dan kita juga perlu membentuk diri kita mengikut acuan,(Mould)kehidupan. Sesekali kita perlu juga melimpahkan air untuk membersihkan persekitaran membuang kekotoran kehidupan. Sekaligus memastikan kewujudan kita dihargai....
Jangan lah mengalah ...jalan kehidupan mu masih jauh. Masih banyak onak dan duri ranjau yang perlu dilepasi...Arwah kakik pernah berkata asah tajak tu biar sampai tajam.....tapi sampai sekarang paman nak asah pisau pun tak tajam-tajam....

wassalam
menara gading . machang.

penulisentry said...

aku pernah bercinta. biasalah org muda yg sehat fizikal dan mental. akhirnya berpisah. biasalah cinta monyet. kekecewaan kerana gagal bercinta sesunguhnya sangat hebat. itu baru cinta monyet, oleh itu aku fahamlah bagaimana saudaraku yg sorang tu sedang menghadapi kesukarannya.
semasa aku dalam kesakitan dan putusasa itu, tiada siapapun menyedarinya. aku pun tidak memberitahu sesiapa dan org yg hampir dgn ku pun tidak dapat mengesan. aku pun cuba mengubatinya sendiri, seperti seekor kucing menjilat lukanya hinga semboh.

kini ebal dan ahli keluara yg seangkatan sangat beruntung kerana telah ada 'gurus' yg berpengalaman dan memahami psaikologi. nada tulisan sahaja mereka dapat mengesan apa isi hatimu dan warna emosimu. lebihnya mereka kerana dapat memberi nasihat dan panduan. masakan tidak, bibik mu tu kan guru cemerlang. pamanmu pula telah menang pingat emas diluar negeri!

org tua memang sentiasa resah melihat generasi muda sekarang. kami memang sangat ingin supaya kita tidak ketingalan dalam dunia serba mencabar.tetapi percayalah usia kami menolak kami ketepi dari arus persaingan ini. aku sendiri pun sudah mulai tua dan sakit, seperti singa tua dalam pilem lion king; sesekali sahaja mengaum. kadangkala mengerunkan penduduk rimba, kadangkala tidak dipedulikan!kekadang kalian dengar kataku, kekadang tidak kalian pedullikan.

untunglah kau masih ada penunjuk arah. anak ke-3 memang memerlukan pembimbng, begitu juga yg lain-lain. hayatilah setiap kata-kata mereka, nasihat mereka dan hasrat mereka.dengan lapang dada dan fikiran terbuka.satu teknik leteral thingking de bono adalah 'delay judgement'= tidak terus menerima or menolak setiap pandangan, kerana semua pandangan = betul belaka. cuma ianya sesuai sekarang atau tidak.jika sesuai terima, jika belum jadikan ingatan.sebenarnya kami sedang menyediakan kesatria dalam keluarga ini, kerana langkah kita masih panjang. you are the knight!

walaupun kiamat semakin hampir, nabi saw tetap menyuruh kita terus bertanam, walau sepohon kurma. selalunya kata-kata ku berakhir dgn hasrat yg mendalam. renungkanlah..

menara pldg.

halimi sakijan said...

dasyat la semua komen-komen kat sini, tak tercapai akal & minda aku yang hanya berada di menara 2 tingkat ini...
teruskan menulis, diri ini antara pemerhati setia saban hari saban waktu, seperti kata menara peladang, walaupun esok adalah hari kiamat. menanam pohon tetap d teruskan.
sekian...halimi sakijan.

kasuttanpasetokin said...

memanglah dasyat komen-komen kami..
suria mengakhiri komennya dgn cabaran, go..bal..go.. buang e.. terus o...
nuri mengakhiri komennya dengan kiasan,
asah tajak biar tajam, sampai sekarang beliau asah pisau tak tajam-tajam.... maknanya sampai sekarang pun ilmu dan pengalaman beliau belum cukup tuntas kerana beliau masih muda.
aku mengakhiri komen yg sarat dgn hasrat,
supaya kalian terus melangkah kehadapan dgn penuh kecemerlangan; dunia dan akhirat. ini kerana aku sudah mulai tua.

walau apa pun aliran dan kaedah dalam penyampaian, paling penting bagaimana kalian menerimanya, menyerapnya dan mempraktikkannya.
kami yakin kalian cukup berpengetahuan, cukup bermaklumat dan lebih terbuka menerima keritikan.

cuma emosi muda kadangkala liar utk dikawal.
kami juga pernah muda dan menghadapi situasi sama. pengalamanlah yg mematangkan. oleh itu jangan diputuskan jalur pengalaman dari diri kalian.

memang betullah kata emi, kita memang dasyat!

Anonymous said...

Dasyat....
Keluarga ini memang suatu komuniti yang dasyat..
Jarang saya jumpa keluarga berpolimik sesama sendiri seperti ini....Biasa nya ramai yang bawa diri sendiri dan tak perdulikan ahli keluarga yang lain...Syabas.

halimi sakijan said...

terima kasih banyak-banyak kepada semua yang memberikan komen untuk entry ini, kukira merupakan entry yang paling banyak menerima komen samaada dari ahli keluarga sendiri mahupun orang luar. terima kasih semua...sekian

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification