Friday, May 28, 2010

~AkAUn PerSatUAN~

salam satu keluarga...

kite sejak akhir2 ni bz skit.. tp 2 mggu lepas da bkak akaun maybank tuk ahli keluarga msokkan yuran k...
bulan 5 ni bru pmn nok, pmn emi, wak psr pnjg, naha ngn kite yg bayar....
hope pasni sume byr k... yg tertunggak pon... =)
pas2 klo da byr...bgtau.. klo x dikire xbyr.... huhu~

NI NO AKAUN MAYBANK: 162218515586

*xsempt nk taip pnjg2 ni..ringkas dan padat jer.. ;p
*p/s: jgn wat2 xnmpak tau post nie... jgn lupe byr... hahaha~ =)

laut

dahulu kita begitu akrab
begitu tulus
begitu setia
lalu cinta daku tumpah dibibirmu
bibirmu nan basah
bibirmu nan ghairah.
kita sering terbuai
pada senja-senja mengasyekkan.
maka camar terbang ulang alek
cemburu kepada kasih kita.

setiap kali dunia bertindak ganas dan keras
melukai nadi dan jantung,
kepadamu daku datang
kekasih dan ibu.
pelukanmu begitu lembut dan menenangkan
belaianmu membuat ku lupa
betapa kejam dunia.

aduhai,
mengapa yang ingin terhalang
takdir berbeda,
memang kasih selalu diuji
sayang sering merana.
camar,
masihkah kau cemburu
ataukah simpati.

senja ini,
dihadapanmu jiwa ku bergetar
diwajahmu ada kaca
ada tangis
ada rindu.
dibibirmu ada keluhan
ada bisikan.
aduhai, betapa tulus, betapa setia.
betapa kejam daku
kepada kekasih, kepada ibu
dikejauhan
kasih sayang masih terpantul
pada bayang-bayang senja nan redup,
sedang camar terbang ulang alek
resah mengharap
pecahan duka bertaup
sebelum senja melabuh tabir.

disenja ini
dimata ku
laut membiru
camar memburu.


sg.hj.dorani
24 mei 2010

Wednesday, May 26, 2010

Perghh...Penatnye...

Asslammualaikum semua...
lama rsnya x masukkan entry kt blog nie...
Sptutnye mgu lepas nk masukkan cite tp masa terlalu mencemburui aku..huhu...
Sebenarnya aku menceritakan tentang pengalaman pasukan Futsal LUAS yang telah menyertai Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya Kosmo! pada 15 Mei 2010 yang lalu..

Memang ramai giler org kt cna tapi pertandingan berjalan seperti biasa...
Kami tewas diperingkat kumpulan tetapi masih mampu memenangi satu perlawanan dan sentiasa memberi saingan kepada lawan. Namun, pihak lawan tanpak lebih bersedia...

Xpelah...itulah namanye pengalaman...

Ok, sampai cni dlu...lepas nie..aku akan ceritakan pengalaman Dinner KSK LUAS yang kami anjurkan...lagi pening...

Bye...Wasalam...


Gaya seorang Manager..haha..Baju siap nama sekali..


Semua Player yang dapat aku kumpulkan hari 2..
Tahniah kepada semua...

Perlawanan Persahabatan Pilihan Perdana Menteri vs Pilihan Kosmo!

Tuesday, May 25, 2010

CONGRATULATIONS

Assalamualaikum
Tahniah kepada Ahli yang bergeraduan ia itu Cik Sally, Salbiah Bt Mohd Nasir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dan Cik Ana, Syazana Bt Danuri Diploma In Microbiology sempena Konvokesyen UiTM kali ini. Semoga anda semua akan terus mencapai kejayaan dimasa hadapan dan ingat lah segulung Ijazah dan Diploma hanya sebagai suatu titik permulaan untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di dunia dan akhirat.
Terus berjuang untuk mencapai kejayaan.



Menara Gading
Machang

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU

Guru hari ini tak perlu menjadi lilin
Panas membakar diri
menerangi orang lain

Guru hari ini perlu menjadi Matahari
Yang sentiasa panas dan membakar
Cahaya nya tersebar ke seluruh alam

Guru hari ini perlu menjadi Bulan dan Bintang
dikala malam menjelang menghiasi kegelapan
Indah dipandang sejuk dan tenang.

Selamat hari guru yang bergelar cekgu.
Semoga ilmu yang dicurah diberkati Allah.
Terima kasih kepada semua guru-guru ku
Yang mendidik ku hingga aku berjaya.

Selamat hari guru Cekgu Syamsiah
Selamat hari guru Cekgu Saniah
Selamat hari guru Cekgu Nizam
Selamat hari guru kepada Cekgu Nurul Huda
Selamat hari guru kepada Cekgu Liza (Isteri Abang Lan) kalau salah nama minta maaf.

salam dari
guru menara gading.
16 mei 2010

Thursday, May 13, 2010

kesedihan

salam semua.
selawat dan salam buat Nabi Junjungan saw
kami dalam kesedihan
semalam pagi ikan dlam akuarium kami telah meninggal dunia.
lebih setahun ia bersama kami.

pagi ini
ruang terasa sepi.
hanya meja akuarium yg kaku
dingin dan beku.

tiada lagi
gerak tari sirip dan ekor
renung mata lembut
syukur menangkap rezeki.

memang aku telah bersalah dgn mu
membiarkan sendiri dlm ruang kecil;
maafkan daku
kerana aku juga seperti mu
terpenjara diruang kecil.

selamat jalan sahabat
kesudian mu menemani sepanjang hayat
menjadikan ku semakin sepi
semakin terpenjara.

13 may 2010
-buat sahabat yg telah pergi meninggalkan daku-

Tuesday, May 11, 2010

Jalan-jalan cari makan di Guangzhou


Jalan jalan cari makan di Restoran Muslim bangsa Uigur
Naik under ground metro serta train ke Senzhen.
Bandar Senzhen terletak bersempadan dengan Hong Kong.
I jam 30 minit dengan Bullet train 200 km sejam.

Canton Fair 107th Guangzhou China



Ini semasa melawat Canton fair di Guangzhou China.
Kalau kita melawat setiap booth satu tahun pun tak akan selesai.

Sunday, May 9, 2010

Guangzhou Cina


Assalamualaikum kepada semua ahli persatuan
1Mei 2010 kami berkesempatan melawat Canton Fair 107th di Guangzhou China. Berlepas dari LCCT jam 4 15 petang dan tiba di Guangzhou jam 8 10 malam . Sa orang rakan kenalan menjadi tourist guide kami sudah menunggu di Baiyun International Airport - Kathy panggilan nama nya.
Boleh berbahasa Inggeris tapi dengan loghat Cina yang agak sukar difahami. Bahasa mandarin adalah bahasa rasmi dituturkan oleh semua rakyat China.
Pertama kali menjejakkan kaki di China bahasa merupakan masalah utama kepada para pengunjung luar seperti kami. Mereka tidak tahu berbahasa Inggeris. Apabila kita berkomunikasi banyak menggunakan isyarat dan pen serta kertas untuk di tulis secara roman atau di lukis secara lakaran. Namun bagi tujuan jual beli sudah ramai yang memahami bahasa asas Inggeris untuk berurusan.
Makanan halal juga merupakan suatu masalah kepada kita yang muslim. Walaupun ada banyak restoran Halal muslim kebanyakkan nya dari bangsa Uigur. mereka ini Islam dan kebanyakkan mereka membuka kedai makan berhampiran dengan hotel-hotel besar yang dikunjungi pelancong luar termasuk pelancong Islam. Kita perlu bertanya kepada pekerja hotel atau pemandu pelancong untuk mengetahui lokasi restoran tersebut. Alhamdulillah hotel-hotel yang kami duduki tidak jauh dari restoran tersebut. Menu.. ada nasi dan biasa nya mee. Saiz pinggan semua nya besar-besar..lauk daging kambing, lembu dan Kok..kok..kok (ayam). Kena buat bunyi baru mereka faham..
Guangzou adakah sebuah bandarraya yang sangat besar. Moden dan dipenuhi dengan bangunan pencakar langit untuk kediaman. Tak ada beza nya dengan Kuala Lumpur. bandar ini sangat sebok. pengankutan awam nya banyak dan efficient. Leboh raya nya bertingkat-tingkat.


Ada yang sampai 4 tingkat setinggi bangunan 10 tingkat. Penduduk nya sangat ramai dan sentiasa bergerak. Kita tidak akan jumpa anak-nak muda yang duduk lepak-lepak. Mat rempit langsung tiada kerana tak ada sebuah motorsikal pun dibenarkan melalui jalan raya. Hanya basikal sahaja dan kereta. Rata-rata mereka hanya berjalan kaki dan menaiki kenderaan awam seperti bas, teksi, trem bandar, keretapi dan underground train yang dipanggil metro.
Agak mengejutkan buat pertama kali sampai di sini bandaraya ini malah disemua bandar di China adalah bebas dari anjing dan haiwan peliharaan. kita tidak akan jumpa anjing dan tokong cina didepan rumah atau di tepi kedai. Kebanyakkan mereka tidak mengamalkan agama jadi takada bau colok yang terbakar dan memedihkan mata sepertimana rumah cina dan kawasan penempatan cina di negara kita. Mereka mengamalkan Ekonomi kapitalis, masih berfahaman komunis dan tidak mengamalkan agama. Bandar mereka bersih tetapi sesak untuk didiami.
Sebagai pelancong kita tidak merasa bimbang dan selamat untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Meskipun mereka masih berfahaman komunis tetapi mereka megamalkan nilai-nilai murni sejagat yang tinggi. Banyak perbezaan nya diantara Cina di negara China dengan Cina di Malaysia.

jumpa lagi.

Thursday, May 6, 2010

tumpang lalu...




selamat hari lahir,selamat hari guru,selamat hari ibu,selamat...

Monday, May 3, 2010

SEKADAR BERTANYA...



As Salam smua...
skdr nk bertanyelh...
bile nama Pengerusi n Tim. Pengerusi nk tukar 2???
rsnye dh dkt sbln pelantikan baru...
hehe...jgn mare...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification