Monday, March 6, 2017

OSAKA CITY PERCUTIAN YANG DIRANCANG (PART 1)

Ia merupakan percutian yang memang sudah dirancang..
September 2016...Arina berjaya menamatkan pengajian nya di peringkat Diploma di KPTM Bangi. Lantas saya mengucapkan Tahniah kerana berjaya menamatkan pengajian dengan jaya nya. Lantas saya sebagai ayah berasa gembira dan menawarkan untuk pergi bercuti. Asal nya tawaran berlegar disekitar dalam negara sahaja. Entah bagaimana hati ini berbisik apa salah nya   kalau unruk keluar negara ...Vietnam atau Indonesia....Lantas saya pun cuba untuk mengusha usha kalau kalau ada tiket tambang murah....Ahh biasalah Air Asia...

Suatu hari Zana memberitahu MAS ada offer tambang murah ke Osaka untuk tahun 2017....RM800.00 seorang pergi balik dengan lagage 30 kg dan makan..+ Sur Charge 100.00 jadi jumlah tambang untuk sorang pergi balik ialah 900.00 ..AIR ASIA Juga menawarkan tambang murah basic nya sekitar 800 juga tetapi makan harga lain..pilih tempat duduk harga lain dan beberapa charge lagi dikenakan dengan jumlah seorang melebihi RM1100.00 Lantas rancangan ini dipanjangkan untuk semua anak anak dan menantu....Semua setuju untuk bercuti ke Jepun ...Tarikh nya Feb 2017. Salah satu syarat tiket tambang murah MAS adalah sekurang kurang nya tinggal 5 hari didestinasi yang dipilih ...lantas tarikh 8 Feb - 15 Feb 2017 dipilih kerana bertepatan dengan waktu cuti semester. Ada 6 bulan lagi dari tarikh booking tiket ..lantas setiap ahli rombongan perlu membayar sendiri harga tiket tersebut dan menyimpan wang belanja sendiri dengan anggaran 500.00 sebulan untuk penginapan makan travel dan jajan....... Tiket setiap orang perlu membayar kembali kepada saya kerana ia didahulukan dengan kad kredit ...hahaha...no free..

# Tip untuk booking tiket secara Online untuk keluar negara ..masukkan sahaja No Passport...secara dummy jika anda belum membuat passport antarabangsa...dan masukkan no passport yang betul setelah membuat passport di imigresen ketika anda membuat pengesahan Check In Tiket 48 jam sebelum berlepas secara on line.

Tamat Langkah pertama...


TOKYO - FLASH BACK

Assalamualaikum semoga kita semua diberkati Allah SWT.
TOKYO ibu negara Jepun yang sangat terkenal dengan kesebokan penduduk nya yang ramai dengan berjalan kaki...akhir nya pada 2 february 2015 Allah mengizinkan saya untuk menjejaki bumi nya setelah mengambil penerbangan selama hampir 7 jam setengah dari KLIA ke Haneda yang tiba pada jam 8 30 mlm.

Kami melepasi emegresen dan kastam dengan mudah walaupun terpaksa beratur agak panjang. Menaiki metro train terus menuju ke stesyen keretapi Ueno sebelum menukar train lagi ke hotel yang telah ditempah iaitu  APA Hotel Kanda-Jinbocho -Eki-Higashi .

Suhu agak dingin..jaket kulit yang dibawa pasti nya sangat membantu..seperti biasa makanan utama bagi mengalas perut di waktu malam ditempat yang sangat asing dan baru pasti nya Mee segera dan kopi segera...

Diwaktu malam jalan raya yang agak jauh dari pusat bandar Tokyo sangat lengang..Tiada kenderaan yang lalu lalang sesebok di tempat kita. Yang ada pun hanya Teksi sahaja. Hirok Pikok suasana bandaraya seperti di tempat kita langsung tiada. Suasana sangat aman dan mendamaikan lebih lebih lagi dengan suhu yang sejuk dan dingin...pasti nya setiap orang akan berada didalam premis atau rumah masing masing.....

Bilik Hotel standard size untuk berdua di Tokyo atau Jepun rata rata bersaiz kecil. Hanya muat untuk tidur dan berdiri sahaja. Katil double hanya muat untuk berbaring lurus untuk dua orang berkongsi. Sangat kecil namun kemudahan asas nya mencukupi dan bersih serta teratur. Ia sangat berbeza dengan saiz bilik hotel dinegara kita... meskipun double standard masih boleh berguling dilantai malah boleh diisi dengan dua orang dewasa atau satu keluarga lagi.
Hotel di Tokyo



Jam 10 Mlm..sudah sunyi
Malam itu saya dan rkan hanya memasak meggi dan kopi O sebagai dinner kami. Biasalah ia merupakan bekalan makanan wajib jika ingin berperantauan terutama kenegara yang sukar untuk mendapatkan makanan halal....





Wednesday, January 20, 2016

Selamat Tahun Baru Masihi 2016

Assalamualaikum semoga sehat sejahtera dibawah lindungan Allah SWT.
Tahun baru masihi 2016 sudah masuk minggu yang kedua namun belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru masihi 2016 kepada semua ahli persatuan keluarga Sakijan Saamah.

2015 tehan berlalu meninggalkan kita dan tak akan kembali lagi segala detik peristiwa yang kita lalui sepanjang tahun lalu. Pasti nya meninggalkan pelbagai kenangan pahit dan manis suka duka atau mendatar sahaja seperti hari hari biasa. Beberapa peristiwa yang boleh dijadikan kenangan bersama adalah Hari Keluarga yang ketiga kali nya berjaya diadakan di Hot Spring Felda Sungkai Perak....meskipun ia dirancang dengan begitu singkat hanya dalam tempoh sebulan namun ia berjaya  dilaksanakan juga...semoga Hari keluarga akan datang dapat dirancang dengan lebih teliti...

Tahun 2015 juga memberi rezeki kepada Wak Ireng AKA kasut tanpa stokin...tahniah beliau telah dinaikkan gred yang lebih tinggi dan bertukar tugas ke Ipoh. Meskipun perkhidmatan beliau dengan kerajaan hanya tinggal lebih kurang 2 tahun namun demi tugas terpaksa lah akur dengan arahan. Semoga terus dimurahkan rezeki...

2015 tidak banyak meninggalkan kenangan buat ana...alhamdulillah kehidupan berjalan seperti biasa dikuriakan kesihatan dan keluarga yang bahagia...banyak azam yang tidak kesampaian untuk dipenuhi...bila direnung kembali banyak kelemahan nya pada diri sendiri...ana tidak cukup hebat untuk mencapai cita cita yang dihajatkan...azam tinggal azam.malu untuk dikenang kembalu.....moga tahun 2016 ini lebih baik dari tahun lalu....

Tahun ini ada peristiwa baru yang bakal ana hadapi...hanya menunggu hari dan mulai hari ini detik itu hanya tinggal sebulan sahaja lagi...Ana bakal menerima menantu...entah lah semakin dekat hari nya perasaan semakin bercampur campur...maklumlah rumah ana bakal mengadakan majlis walimatulurus.....sahabat handai..sedara mara..rakan sekerja jiran tetangga bakal diundang untuk menyerikan majlis nanti...semua nak kena fikirkan...jamuan ..kemah...kemas rumah...akad nikah ..parking kereta...ohhhh...macam..macam...Harap harap Allah dapat menenangkan hati ana ..yang bergelar wali ini...

Alhamdulillah sedikit sebanyak persiapan awal sudah di mulakan...moga ana dapat melaksanakan tugas ini dengan baik dan mengikut syariat nya...Jemput lah ya hadir semua...

Blog ini semakin sepi ..awal tahun ini ada yang pos untuk ucap selamat tahun baru...nampak nya media baru Wassap lebih popular...lebih mudah di access  namun blog ini ada juga kelebihan nya..mari lah kita hidupkan semula blog kita ini agar tidak sepi...

Moga jumpa lagi..
wassalam..



Friday, January 1, 2016

Salam Tahun Baru 2016

Assalammualaikum kepada semua ahli keluarga,

Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua, semoga segala perancangan dapat dilakukan dan segala azam telah dilaksanakan.


Wednesday, May 20, 2015

Aku tanya Apa khabar...

Assalammualaikum...

Lama rasanya blog ini menyepi tanpa sebarang entry..Hampir setahun sejak kali terakhir di update oleh ahli..

29/5 - 1/6/15 ini akan diadakan Family Gathering bagi persatuan sejak kali terakhir diadakan pada tahun 2012 yang lalu di Janda Baik. Pahang. Pada tahun ini, ahli telah bersetuju secara undian majoriti untuk mengadakan Family Gathering di Umang-Umang Chalet, Melaka yang terletak di Tepi Pantai Kuala Sg Linggi, Melaka bersempadan dengan Negeri Sembilan.

SAMA-SAMALAH KITA SEMUA MENJAYAKANNYA.





Monday, July 14, 2014

SALAM RAMADHAN 1435 H

Assalamualaikum semoga semua ahli persatuan Sakijan Saamah sentiasa di Rahmati Allah.
Sudah 4 bulan blog ini tidak diisi dengan entry baru. Ia semakin ditinggalkan sepi oleh ahli-ahli nya. Begitu juga ana nampak nya hampir kecundang untuk menyumbang entry baru dimana kali terakhir nya adalah kesah perjalanan lawatan ke Sabah Negeri di Bawah Bayu pada Februari yang lalu. Itu pun kesah perjalanan tersebut tidak berjaya untuk ditamatkan.

Penyumbang entry lain juga sudah tidak tegar untuk menulis lagi disini. KTS yang dah bertukar identiti kini dikenali sebagi WI -Wak Ireng menerusi coment FB juga semakin hilang ditelan keirengan nya. Bait-bait tulisan beliau yang mempunyai kandungan yang puitis sering kali dirindui untuk dibaca kerana ada content sastera klasik yang sukar didapati sekarang juga kecundang.Cekgu Suria juga sudah tidak mampu menekan  aksara menjadi bait - bait tulisan yang prolifik serta menarik untuk dibaca juga sudah kecundang, sebagaimana tewas nya Argentina kepada German subuh tadi dalam kejohanan Bola Sepak Piala Dunia.

Tidak dapat dinafikan tuntutan tugas dan tanggung jawab kepada kerjaya banyak menyumbang kepada kegagalan kita untuk istiqomah menulis entry baru. Ana pun begitu. Juga kerana tiada idea atau isu-isu yang perlu dihighligh kan membuat kita rasa malas menekan aksara di keybord komputer. Tambahan lagi barangkali sudah ramai ahli kita yang lupa dengan PIN dan Password untuk mengakses blog kita ini.

Waktu berlalu cukup pantas. Salam Ramadhan tahun lepas masih belum luput dalam ingatan kini Ramadhan yang baru pula tiba. Sebenarnya pelbagai peristiwa telah berlaku dalam tempoh tersebut. Anak anak kita semakin membesar. Yang bersekolah telah tamat persekolahan dan kini memasuki era baru dalam menuntut ilmu. Termasuklah dalam keluarga ana -tahun ini tiada lagi yang masih bersekolah. Ini bermakna ana pun sudah memasuki fasa baru dalam kehidupan. Pening melayan kerenah anak bersekolah sudah berlalu dan kini keadaan telah berubah. Anak-anak menjadi remaja, dan semakin dewasa namun cabaran nya berbeza pula. Cabaran yang lebih besar sebagai ibu-bapa yang semakin banyak usia.

Alhamdulillah semakin berusia ini rumah ana masih ramai penghuni nya.  Biasa nya semakin berusia rumah pun semakin sepi dengan anak-anak meninggalkan kita mencari rezeki dan haluan masing-masing. Namun di rumah ana masih lagi ramai termasuk anak-anak sedara yang tinggal bersama. Tahniah kepada Khairul Naim yang telah mendapat pekerjaan di Damansara sebagai Juruteknik... Kak Oya menimba pengalaman berniaga di Bazar Ramadhan SS19 saban petang...Arina menuntut di Politek MARA Bangi dalam bidang Perniagaan, Muhammad Afiq mengikuti kursus Culinary Art ... Salbiah pula sedang melanjutkan pengajian PhD nya di UiTM...begirtulah perkembangan mereka yang di ketahui...

Sepanjang 4 bulan tiada entry baru juga banyak kesah perjalanan kehidupan yang telah dilalui oleh ahli-ahli persatuan kita ini..Emi dan Syamsiah telah mengunjungi Beijing di Cina ..ketika kejadian kehilangan MH 730 masih baru berlaku....begitu juga dengan lawatan mereka sekeluarga ke Sabah... KTS juga pernah membuat lawatan ke negeri dibawah bayu ini....Keluarga di Amerika pula melalui FB sedang melakukan pengembaraan ke Yellowstone....ia merupakan kesah-kesah pengembaraan yang menarik jika dapat di kongsi bersama....

Apa pun Ramadahan tetap datang dan kita bersyukur kerana masih diberi peluang oleh ALLAH SWT untuk menyambutnya dan diberi peluang juga untuk mendapatkan kerahmatan nya. Beberapa orang saudara mara kita telah dipanggil untuk menemui pencipta nya terlebih dahulu. Arwah Paman Ngit ...Arwah Wak Onn Parit Baru sudah meninggalkan kita semua. Marilah kita mengambil peluang yang masih diberi oleh ALLAH ini dengan menggandakan amalan kita dibulan Ramadhan yang penuh keberkatan dengan niat hanya kerana Allah ...gandakan amalan kita..sedekah kita...doa kita moga kita mendapat pengampunan nya dan dijauhkan dari api neraka. Bersyukurlah kita kerana masih berada didalam keadaan aman sejahtera ..masih bebas beribadah tanpa ganguan tidak seperti saudara seagama kita seperti di Palestine, Syria, Mesir. Myanmar Iraq dan pelbagai negara lain yang ditindas dan dinafikan hak sebagai muslim, dibunuh dengan kejam tanpa prikemanusiaan dan sama-sama kita doakan agar merek tabah menghadapi dugaan dibulan Ramadhan ini.
Insyaallah marilah kita mencari malam lailatulqadar malam yang penuh keberkatan ganjaran nya 1000 bulan dimalam 10 terakhir.

Jumpa lagi.





Sunday, March 2, 2014

3 malam di KK

Kami tiba ke Kota KInabalu (KK) waktu tengahari dan menginap diMarina Cort Apartment. Sudah 2 kali ana menginap disini sekitar tahun 2007 dan 2010. Dahulu ia berada dikawasan yang sangat indah betul-betul mengadap laut tanpa ada halangan dan apabila matahari terbenam kita boleh menikmati pemandangan matahari mencecah kaki langit dari apartment tersebut. Tetapi pada hari ini ia sudah terletak agak kebelakang dan pemandangan laut sudah terlindung dengan pembinaan bangunan baru di water front. Jika ingin menikmati pemandangan matahari terbenam kita perlu berjalan keluar ke tepi laut.

Apartment ini juga terletak dikawasan tumpuan pelancong. Kita cuma perlu berjalan kaki sahaja untuk ke Pasar Kraftangan Philipine, Pasar basah petang yang menjual hasil laut yang sangat segar saban petang, Pasar ikan masin malah shoping compleks yang terletak bersebelahan dengan nya juga pasar malam jalan sinsuran yang di buka pada setiap malam. Anda boleh membeli hasil laut yang segar itu dengan harga yang jauh lebih murah jika dibandingkan di tempat kita dan memasak nya di Apartment...so heaven.

Condo Apartment Yang berwarna Pink tempat kami menginap selama 3 malam.
Water front ..kk







Apartment kami tinggal mempunyai 3 bilik dengan satu ruang tamu, ruang makan dan dapur. Ia dilengkapi dengan segala kemdahan termasuk mesen basuh...Harga nya Hemmmm berpatutan kalau kita share ting tong-ting tong ....ia mencukupi untuk semua ahli rombomgan kami tinggal dengan selesa.... Recomendation...ok lah ..very confortable....


Prepare for the dinner...Sambal Udang putih..dan Ikan putih goreng. nasi puteh .Umph yummy...


































Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification