Friday, March 11, 2011

ALLAH MENGASIHI HAMBANYA

Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan Muhammad S.A.W..
Salam buat semua..

Setiap orang pasti pernah mengalami sesuatu peristiwa atau keadaan yang menduga. Dugaan itu pula boleh jadi sesuatu yang mencabar, menyakitkan, menimbulkan rasa kecewa, kesusahan, kepayahan, kesedihan, ataupun rasa kehilangan. Sama ada besar atau kecil sesuatu dugaan itu, bergantung kepada kita yang menerimanya. Andai kita melihatnya sebagai suatu masalah atau bebanan yang maha berat, maka beratlah yang kita tanggung. Andai kita menganggap dugaan yang datang itu sebenarnya cabaran dan kita harus cari jalan penyelesaian maka kita akan memaksa diri kita menyelesaikannya.

Semua dugaan itu datangnya dari Allah dan pastinya ada sebab musabab kita diduga. Hanya Dia yang maha tahu. Dan sebenarnya bukan musibah sahaja yang Allah turunkan sebagai dugaan adakalanya nikmat kegembiraan, kekayaan, kesenangan, ataupun kesejahteraan juga merupakan satu dugaan untuk melihat sejauhmana kita ingat kepada-Nya, bersyukur pada kurniaan-Nya, redha pada ketentuan-Nya, serta ikhlas menghambakan diri terhadapnya. Setiap musibah yang diturunkan kepada kita pula sebenarnya adalah sesuatu yang mampu untuk kita hadapi. Sebagaimana Allah menurunkan sesuatu penyakit pasti Dia akan turunkan juga penawarnya. Begitulah juga dengan musibah yang dihadapi. Allah tidak akan menduga insan dengan dugaan yang tidak mampu untuk kita tanggung melainkan itu adalah bala ataupun kifarah di atas dosa-sosa atau kekhilafan yang pernah dilakukan.

Sebagai hambanya banyak pendekatan yang boleh dilakukan andainya kita diduga...pertamanya kita perlu muhasabah diri kita...kenapa kita diduga, bagaimana hubungan kita dengan-Nya, hubungan kita sesama manusia. Keduanya kita perlu bertaubat agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita, ketiganya berdoa dan bermunajat agar dipermudahkan segala urusan kita, keempatnya banyakkan sedekah dan menggembirakan orang lain terutamanya orang yang memerlukan.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..kerana itulah jangan ikut rasa kerana ikut rasa binasa, ikut hati mati, ikut nafsu lesu dan membiarkan emosi menguasai diri samalah seperti memberi peluang kepada syaitan membisikkan amarah dalam hati.

Kita selalu mengeluh kerana kita tidak berkasut, tetapi sebenarnya ada orang lain yang bukan sahaja tidak berkasut malah tidak berkaki...maknanya sesusah-susah kita ada orang lain yang lebih susah. Waallahhu'alam...suatu renungan buat diri sendiri yang serba kekurangan dan serba tidak sempurna.

Panggilan Mesyuarat

Persatuan Keluarga Sakijan Saamah

Ahli-ahli persatuan yang budiman,

MESYUARAT KELUARGA KALI PERTAMA TAHUN 2011

Perkara di atas adalah dirujuki.

2. Berikut merupakan butiran mesyuarat:

Tarikh: 13 Mac 2011 (Ahad)
Masa : 10 pagi
Tempat: Rumah Encik Danuri Sakijan dan Faridah Basri

3. Agenda:

3.1 Perutusan pengerusi
3.2 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3.3 Perkara berbangkit
3.4 Hari Keluarga 2011
3.5 Hal-hal lain

4. Sehubungan itu, diharap semua ahli keluarga dapat menghadirkan diri bagi tujuan tersebut. Sumbangan jamuan adalah dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

KEIKHLASAN DAN KEPRIHATINAN

Saya yang menjalankan tugas,

Suria
Setiausaha Kehormat.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification