tadi malam aku catting. ia seorang yg bersemangat dan motivasi tinggi. maklom jiwa muda. katanya sukar sekali menyampaikan pendapat kepada generasinya pada waktu ini. ditegur berkias tak faham, ditegur direct pun make-do-no je.
aku terkedu buat seketika.
memang style anak sekarang begini...' yo..yo... ape wat tu bro...' sambil tangan digerakkan kedepan dan belakang macam menggosok lantai licin. kepala pula terhanguk-hanguk.
aku terkedu kerana anak muda ini menyadarkan ku bahawa zaman telah berubah. tahun-tahun ayat melankolik era 70an telah berlalu. ini mellanium baru .. bro!
dalam penelitian keilmuan Islam, dikatakan setiap 1/2 abad akan lahir seorang 'perobah zaman' ulama terkenal Al-Ghazali dikatakan seorang dari hirarki. pada hematku setiap dekad akan ujud satu era. satu perubahan genre. setiap genre ada pelopor dan pengikutnya. apabila era beranjak, yg tinggal hanya nostalgia kpd sang pengikut. radio era yg memutar lagu-lagu retro hampir pasti tiada dalam kotak memori seorang rokers. kalaupun ter klik adalah secara tidak sengaja dgn ketentuan takdir.
aku membesar pada era 70an. anonymus tahu, mungkin kami satu genre. kerana itu dia dapat memahami. anak muda seperti ebal pula faham kerana meminati penulisan. pastinya ia mengkaji berbagai genre. sama spt peminat musik. faham dan tahu berbagai aliran.
aku sebenarnya seorang tukang wayang. tapi wayang-wayang ku spt filem p.ramlee. ramai sukakannya, ketawa dgn jenakanya. tetapi sebilangan sahaja yg mengerti maksud tersirat disebalik kelucuan yg dipaparkan.
pendapatku: kalau ingin mengajar dgn rotan, pukulannya biar lunak; tetapi sakitperihnya biar lama. menusuk dalan kalbu.
depa tak paham kot.....kata ku menasihati anak muda tadi yg sedang kebingungan, supaya tidak mudah putus asa dalam usaha murninya. kita memerlukan banyak bibit begitu dalam warga ini.
tetapi sebenar-benarnya aku sedang menasihati diriku sendiri. inilah yg dikatakan suria supaya sepatuku tidak hangit. dapat dipinjam orang lain. mulailah bersetokin. suria, tahukah kau kalau aku bersetokin, identitiku malah bisa hilang!
generasi ini benar-benar membuatku lelah.
Wednesday, November 11, 2009
tak paham kot.
2:15 PM
mohdnasir
11 comments
11 comments:
mmg mereka yg baca buat dono gak, x paham2...
masa ebal buat lagu khulafa' ar-rasyidin dulu, orang hanya paham kulit sahaja, isinya yang sinis dan tersirat x siapa pun tahu...mmg ebal pun lelah dgn generasi sndiri...
ebal,
adakah kita mau berhenti?
surut kebelakang
sesuatu yg baik & bermenafaat
pasti ada cabarannya sebelum dimiliki
setiap perobahan
pasti ada penghalangnya
sang selesa sukar meninggalkan keselesaan
walaupun busok dan berlumut.
marilah terus melangkah
walau bagaimana lelah sekalipun
setiap tapak adalah gerak
setiap gerak adalah kemajuan
hanya yg maju akan sampai
hanya yg sampai akan merasai,
kemanisan dan kenikmatan.
perjalanan esek thowo
langkah masih awal
kalau kita berpaling
lantaran oleh generasi ini
bilakah akan sampai, atau
siapakah membimbing!
pada waktu-waktunya kita pemimpin
pemimpin darjat negarawan
adalah yg paling kuat cabarannya
paling sakit kehidupannya
tetapi paling diingati.
takdir menentukan segala
hanya doa melapangkan.
ebal x pernah pun terniat nak berkata putus asa, biar mcm mne dugaan pun ebal x kan berhenti, kan kat entri setahun infinitesane ebal dah bgtau perjuangan x kan terhenti selagi nafas tak terhenti...
bravoo
mari suburkan keyakinan
perjuangan belum selesai
dan perlu diteruskan
walaupun yang lain
telah lari meninggalkan
urep anak jowo!
ko jowo mane bal
johor ke selangor.
ni mesti member ebal ni...yg ebal promote blog ni...aku jowo selangor la...kan aku org klang...
ahli keluarga sakijan ada sifat degil.
tidak mudah mengalah.
sifat ni dah nampak pada ebal
pewaris keluarga.
tapi awas...bukan semua DEGIL itu sikap yang positif, adalakalanya menerima pendapat orang lain lebih positif daripada mempertahankan sikap degil.....
Itu adalah sisi gelap sikap degil tu bibik...mmg ebal pernah ade gak sisi gelap degil tu, tapi insyaAllah, skrg dah tak lagi kot...Sultan Al-Fateh tak pernah putus asa dalam usahanya menawan Constantinople walaupun berbulan-bulan lamanya dan ada pengikutnya mulai lelah dgn usaha mereka yang menemui jalan buntu, tapi dia enggan mengalah...tak berputus asa juga adalah salah satu sisi degil jgak...
emmm... betol2... kadang2 xleh degil xbertempat... kne terime pendapat org len gak kan... ;p
ni ngata sapa ni
macam aku je...
sapa makan cili rawit diala yang kena cirit
Post a Comment