Thursday, October 22, 2009

SEKADAR SUATU RENUNGAN

Sudah dua hari aku memandu ke beberapa kawasan di Kota Baru. Menyinggahi dari satu bengkel pembuatan batik ke satu bengkel yang lain. Tujuannya hanya untuk mengumpul maklumat. Aku sedang melaksanakan suatu kajian profiling batik dengan grant penyelidikan dari ECER. Di temani seorang rakan bekas kakitangan perbadanan kemajuan kraftangan yang dah pencen juga bertindak sebagai informer aku memasuki bengkel-bengkel tersebut satu persatu. Ada sebanyak 191 pengusaha yang berdaftar dengan Kraftangan di seluruh kelantan. Hari ini baru 8 bengkel yang aku pergi.
Selama 2 hari ini terlalu banyak yang aku pelajari. Erti Sebuah kehidupan. Erti sebuah kegigihan. Ketekunan dan kegilaan. Semua nya digabung dan diolah dipintal menjadi tali kehidupan.
Aku membaca entry dari suria. Anak-anak zaman sekarang umpama kain putih yang dicorakkan dan diwarnakan oleh ..........mungkin terlalu banyak yang terlibat. tidak seperti dahulu. Dah tentu oleh emak bapak sendiri. Aku masih teringat kecik-kecik dulu ruang lingkup kehidupan kita amat terbatas sekali. rakan sepermainan kita hanya adik beradik dan rakan jiran terdekat. Hiburan hanya lah radio. Itu pun sentiasa berebut stesen dengan kakti terutama apabila ada bangsawan diudara. nak tengok tv kena pergi ke kedai arsad atau kedai kopi pak kasim. Itu pun kena tengok ikut tingkap atau duduk depan kedai kopi pak kasim waktu petang. Hitam putih pulak tu. Sekarang macam-macam ada kat rumah sendiri. TV Astro vcd segala-gala nya ada. Game yang ada nak mencabar sikit main tembak-tembak itu pun buat senapang sendiri lepas tu kubang kat parit belakang sampai merah mata main Konda kondi atau main bola rounders dan baling seliper. Sekaraang segala macam game ada depan komputer. tak cukup boleh down load dari internet.
maghrib mesti dah berada di rumah. lepas maghrib mesti mengaji. Ngaji dengan emak ok. Dengan kakti kena piat telinga. dengan bapak kena jentik telinga sebab tu telinga aku jadi keras. Lepas subuh kena ngaji lagi.... Bagaimana kita sekarang......bagaimana anak-anak kita dan bagaimana kita pulak sebagai ibu bapa mendidik mereka......
Lepas subuh .....kena kejut lepas tu sambung tidor sampai tengahari kalau waktu cuti.
Dulu subuh kalau terlewat baru dengar motor bapak depan kedai hj mat nooor berlari turun loteng masuk bilik air.....takut. sekarang bilik air tepi katil......... pun kalau tak kejutkan subuh dinosor lah depa. lepas subuh cepat-cepat capai buku .....buat lah apa yang patut sebab dia akan cek kita.........
Waktu sarapan mesti bersama...itulah waktu nya bapak akan memberikan syarahannya dan kita tak boleh lari dari mendengar syarahan nya sebelum di sudahkan denganmeninggalkan wang saku sebanyak 20 sen. Sekarang anak-anak kita berapa duit jajan nya ke sekolah.....

Marilah kita renungkan. Keadaan memang dah berubah, persekitaran dah jauh berubah.
Mak bapak pun dah berubah. Mendidik anak pun dah berubah caranya. Zaman dah berubah.Kadang-kadang seronok juga mengingat kesah lama kalau zaman itu boleh muncul semula dan anak-anak dididik mengikut zaman kita dulu........

asal kapas jadi benang
dari benang dibuat kain......

jumpa lagi.


1 comments:

suria said...

Waktu melaui zaman itu macam terasa perit, apabila mengenangkannya terasa manis dan sesudah mengecapi kesannya terasa indah....Begitulah hidup.. kadang-kadang terasa tak layak menjadi ibu bapa lantaran kurangnya ilmu di dada, lemahnya diri untuk terus istiqamah membimbing anak-anak sedangkan di luar cabarannya beribu...apapun pengalaman saudara terdahulu menjadi panduan....
kalau dulu.....
sehari selembar benang
lama-lama menjadi kain
tapi sekarang
sehari tidak mengingatkan
lama-lama terus tak kenal...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification