Thursday, December 31, 2009

Pengalaman Pertama Melihat Baitullah.

"DAN SEMPURNAKANLAH IBADAT HAJI DAN UMRAH KERANA ALLAH" (Surah Al-Baqarah Ayat 196)

Si Bahlol yang Tolol sebelum Bertahalol.

Sebenarnya semasa pertama kali miqat di Qarnul-Al Manazil kami diminta untuk menukar pakaian biasa kepada pakaian berihram. Sangkeng teruja dan penuh keyakinan aku pun turun bas ke masjid untuk menukar pakaian dan menunaikan sembahyang sunat 2 rakaat seperti jemaah yang lain. Aku yang bahlol ini tak ingat niat apa solat sunat ini kerana buku nya ditinggalkan didalam bas. Maka dengan penuh konfident diniatkan solat umrah lantas terus kedalam bas. Sampai didalam bas isteri ku bertanya sudah solat sunat?.Aku kata sudah kemudian aku terpinga-pinga ..niat apa aku solat tadi kemudian aku membuka buku dan tengok balik niat apa yang perlu dibaca.....subhanalloh niat ihram rupanya.... Dalam diam aku kata aku nak turun balik ke masjid.....dan aku tunaikan semula solat sunat ihram 2 rakaat kerana Allah Taala. Bodoh dan tolol nya aku.........ternyata dalam saat seperti itu keegoan ku masih belum hilang Astagfirullohalazim....

Memasuki Tanah Haram hari dah maghrib . Mutawif membacakan doa memasuki Tanah Haram danterus ke kota Mekah dan kami mengaminkan nya. Kota Mekah agak sesak, Masih lagi traffic jam dan kami memandang keluar dengan penuh Excited. Kelihatan banyak bangunan yang masih dalam pembinaan dengan rancak sekali.Dikatakan pembinaan nya berjalan 24 jam sehari dan bangunan tersebut dikatakan bakal menjadi hotel atau tempat tinggal para jemaah Haji dan Umrah yang semakin ramai saban tahun. Akhir nya bas berhenti dibelakang lorong yang dikatakan dekat dengan Masjidil Haram tetapi tidak dapat memasuki sehingga depan Hotel kerana Orang ramai sedang keluar Masjidil Haram selepas menunaikan solat Isyak. Jam menunjukkan sekitar pukul 7 30 malam.

Kami berjalan kaki ke hotel dengan menongkah arus orang ramai yang balik dari menunaikan solat Isyak. Pandangan ku terpaku Subhanallah ramai nya orang......Penuh jalan yang berukuran 6 lane berduyun duyun.....kata orang kalau musim haji sembahyang pun sampai di depan hotel kita orang.....aku terpaku dan terkedu.....bagaimana nak mulakan tawaf malam ini.Sudah berihram perlu dsegerakan umrah nya kalau tidak menanggung pantang larang yang lama...
Mutawif meminta kami tunggu di lobi hotel pada jam 9 00 malam kepada sesiapa yang nak mengikut nya bertawaf dan sai.

Hampir Jam 9 20 kami bertolak menuju Masjidil Haram. Jemaah yang mengikut tidak ramai tak sampai 10 orang. Yang lain-lain akan buat sendiri kerana kebanyakkan mereka bukan kali pertama datang mengerjakan umrah. So mereka mengambil masa dan mengikut keselesaan sendiri. kami yang bodoh dan dungu ini terpaksa lah mengikut mutawif.....Kami berjalan menuju Masjidil Haram Bertalbiah sendiri dengan membawa uncang pelastik untuk mengisi seliper....

Mutawif menerangkan serba sedikit mengenai hal ehwal Masjidil Haram. Mengikut kata nya pintu utama ditandai dengan menara berkembar dan beliau berpesan untuk mengenalpasti tanda-tanda yang terdapat di pintu yang akan kita masuk dan keluar semula. Semua pintu utama dilabel dengan warna yang berbeza-beza. Ingat no tempat rak letak selipar dan pintu masuk.

Sebelum memasuki bangunan Masjidil Haram kami melalui dataran yang agak luas.Kelihatan ramai orang yang sedang duduk selepas solat isyak, dan ada yang sedang solat..terdapat menara jam disitu. Kami memasuki Masjidil Haram melalui pintu BAB AL MALIK ABD AZIZ Pintu 1 yang berwarna hijau.

Mutawif membaca doa memasuki masjid kami mengaminkan dan memasuki masjid dengan penuh debaran....Mana Kaabah? kata hati ku tak nampak kaabah.....rupa nya kami kena turun satu tangga ke bawah...dalam cahaya terang kelihatan orang sedang bergerak mengelilingi sesuatu ....kami turun satu tangga kebawah lagi........Subhanallah tiba-tiba mata terpaku melihat sebuah bangunan bertutup kain hitam berbetuk segi empat terletak ditengah dataran dibawah lagi........ kami akan turun ke satu tangga yang paling bawah lagi dan mutawif membacakan doa melihat kaabah dan kami mengaminkan nya.........sambil berjalan didataran kaabah mata tak lepas dari melihat kaabah dengan pandangan yang kosong.........kosong sekosong kosong nya......
Sebelum memulakan tawaf aku menunaikan solat Isyak dan Maghrib jamak takhir terlebih dahulu.......Itulah solat ku yang pertama dihadapan Kaabah. Tanpa disedari ketika solat air mata ini mengalir tanpa dipaksa.....ketika berdoa selepas solat jamak makin deras air mata ini mengalir terasa begitu syahdu dan kecil nya diri ini dihadapan Kaabah. Kiblat semua umat islam didunia ini. Kaabah berada di depan mata hanya beberapa meter sahaja.....dan kini aku diberi peluamg mengadap nya sepuas puas nya Subhanalloh syukur kerana diberi peluang ini yang mana tak semua orang berpeluang menikmatinya.......

Setelah itu kami melakukan tawaf sebanyak 7 kali keliling kaabah di ketua oleh mutawif. Inilah tawaf ku yang pertama di waktu malam hari.....setelah selesai tawaf mutawif membacakan doa dihadapan Multazam dengan dialihbahasakan sekali melayu nya air mata sekali lagi mengalir dengan deras....kali ini lebih deras kerana makna doa dibacakan dalam bahasa melayu yang difahami dan nada yang cukup syahdu......(mutawif pun pandai memainkan perasaan orang).
kemudian kami bersembahyang sunat 2 rakaat selesai tawaf dibelakang makam Ibrahim.

seterusnya meminum air zam-zam dan berdoa. Adab minum air zam-zam adalah sambil berdiri dan mengadap kiblat tarik napas dan teguk air itu sedikit demi sedikit dengan bilangan ganjil 3, 5 dan 7 kali doa untuk diberikan ilmu yang berguna,rezki yang luas dan disembuhkan segala penyakit.

Setelah itu kami bersai dari bukit Safa ke Marwah sebanyak 7 kali ulang alik. Terasa jugak letih nya.....dan akhirnya kami bertahalol dan selesailah umrah kami yang pertama pada jam hampir 12 tengahmalam. Kami pulang ke hotel dengan perasaan yang puas, meskipun letih tetapi kami umpama baru lepas keluar dari satu dewan kuliah......dewan kuliah yang besar dengan ilmu iman dan taqwa..........ilmu mengenal diri ..........Subhanalloh....

Maka nikmat tuhan yang manakah yang kamu dustakan? (al Rahman ayat 36).

Bersambung.....

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification