Wednesday, December 30, 2009

TAHUN BARU..

Assalamualaikum..
Sudah agak lama saya tidak melayari blog ini lantaran tugas yang agak membataskan kesempatan untuk mengunjunginya.Rindu untuk membaca entry baru,memberi respons dan komen.Nampaknya kebelakangan ini blog agak sepi, ke mana ya menghilangnya ahli keluarga ini?Kepada Abang Danuri dan Kak Ida, Selamat pulang ke Tanah Air. Maaflah tidak dapat menyambut kepulangan kalian di lapangan terbang dan di rumah tempoh hari, tanggungjawab pada negara harus dilaksanakan.Apa pun tahniah kerana berjaya mengunjungi Tanah Suci dan menjadi tetamu Allah.Semoga esok lusa saya dan keluarga akan dapat mengikut jejak langkah abang dan kak Ida.

Kepada Lan dan isteri, Tahniah dan rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru.Inai di jari masih lagi merah, bulan madu masih manis, harap-harap kalian mampu menggalas tanggungjawab sebaiknya dalam memainkan peranan masing-masing..

Kepada Niah, wah..nampaknya persiapan untuk menjadi raja sehari semakin rancak, kak Tie dan Kang Mis pun bertambahlah sibuknya.Alahai membuat kenduri menerima menantu kali pertama la katakan walaupun bukan menantu yang pertama.Walau apa pun berhemahlah dalam membuat perbelanjaan, rancanglah dengan baik, berbincanglah dengan suasana yang harmoni dan terbuka antara ahli keluarga.Mana yang boleh dibantu, kita bantu dan mana yang boleh kita murnikan kita sama-sama laksanakan.

Kepada anak-anak yang akan memulakan persekolahan semester baru di tahun baru,selamat kembali ke sekolah.Teruskan usaha dengan lebih gigih, tanamkan tekad dan capailah azam yang positif, semoga kejayaan milik kita.Farah akan menduduki PMR, Anis akan menduduki SPM, Siapa lagi ya yang akan menduduki peperiksaan awam tahun ini?

Kepada anak-anak buah yang lain teruskan usaha dalam mengejar impian, cita-cita dan visi, tapi awas jangan terlalu mengejar keduniaan hingga lupa tujuan tanggungjawab sebagai hamba Allah.Saya pun sebenarnya mengingatkan diri sendiri yang selalu alpa, sama-samalah kita berusaha menjadi insan yang lebih baik dari segi hubungan kita dengan Maha Pencipta mahupun hubungan kita sesama manusia apatah lagi dalam kalangan ahli keluarga..

Kasuttanpastokin, bagaimana dengan rancangan untuk bermuzakarah dengan ahli keluarga di tempat yang lebih dingin dan nyaman?Rasanya cadangan itu menarik, tapi kesempatan agak terhad.lagipun setiausaha kita cik Norasyikin agak sibuk dengan kerjayanya. Namun demikian saya mengharapkan agar kasuttanpastokin terus menulis dalam blog ini kerana ramai dalam kalangan kita perlu bimbingan dan panduan dari yang senior...

5 comments:

kasuttanpastokin said...

aku dah tua
aku tak nak bimbing korang lagi
pandai-pandai la koran bawak diri
sume pun dah pandai
ape gune balajo tingi-tingi
kalo tak dipraktikkan
adios.

suria said...

Betul..betul..betul..
Tapi kat universiti pensyarah tak ajar cara-cara bawa diri...
Lagipun orang yang lebih tua dah lama makan garam sebab itu ada penyakit darah tinggi..
adios.

salbiah said...

betol..betol..betol.... =)

Ini Iqbal Nasir said...

ebal rase ebal paham...agaknye lah...

shoeswithoutsocks said...

hanya org no.3
faham kepada no.3

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification