Dirumah bapak terdapat sebuah almari lama. semasa aku kanak-kanak almari itu selalu menjadi objek aku sementara mata terlena. seringkali kalau bapak tiada dirumah aku akan membukanya, tentunya dengan hati-hati. isinya tidak lain hanyalah buku dan kitab-kitab. aku panggil kitab kerana ianya bertulis jawi. tulisan jawi begitu sinonim dengan bahasa kitab. kalau ianya hikayat 1001 malam atau kisah layla dan majnun pun ku kira ianya kitab!
Al-quran yang nuri gunakan utk belajar mengaji tidak diletakkan disitu. ianya diletakkan diatas para bersebelahan tingkap. lama kelamaan antara aku dan almari itu telah ujud satu hubungan bathiniah yg tidak dapat digambarkan. dimana aku selalu ingin kepadanya, menyentuhnya dan meneliti isinya. disitulah kecintaanku kepada buku telah bertunas.
Sekarang baru aku sadar bapakku sakijan adalah seorang pencinta buku. kini aku anaknya telah memasuki sepatunya, aku sedang mencari kepada siapa sepatu itu bakal ku wariskan diantara cucu-cucunya.
Seringkali kita beranggapan persahabatan kita dgn buku-buku akan berakhir setelah zaman persekolahan kita tamat. ianya seperti seorang ahli bola menggantung stopolnya dipenjuru gobok setelah waktu kegemilangannya melabuhkan tabir. apabila memasuki alam pekerjaan atau berumahtangga, buku mulai jadi orang asing dalam rumah. tiada siapa peduli. pada hakikatnya beliaulah yang meletakkan mu pada darjat ini; sebagai seorang pegawai, guru atau lecturer! tetapi beliau yg membimbingmu kesudahannya berada dibawah tangga. kedinginan dan kegelapan.
beberapa hari ini apabila polemik diantara aku dan ebal mulai membakar entry nuri, aku berpendapat teradisi ilmu dalam keluarga sakijan wajar disemarakkan. apinya mesti dikobarkan agar terus membara dalam jiwa setiap entiti keluarga ini. teradisi bukan satu paksaan. teradisi terlandas pada sikap kesedaran didalam hati dan keinginan untuk mengekalkan! sambutan harijadi malah valentine days yg lagho pun cik cikin serta generasi seangkatan dgn nya jadikan teradisi, mengapa tidak teradisikan ilmu dan buku-buku.
mulailah dgn disiplin yg kalian minati. topik-topik ringan yg kurang mencabar minda. katakanlah buku cerita dan novel-novel. membaca cerita novel seperti melihat slot astro-tv, tidak perlu menganalisa. tulisanku ini pun ku kira agak berat kerana ku harap kau dapat memahami hasrat ku yg terpendam. kerana itulah awal lagi yg ingin ku wariskan kepada anak-anak sepatu sakijan; bukan sepatuku. sepatuku sudah sedikit berat malah hangit. aku juga bermula dari novel dan buku-buku puisi. ini kerana cita-cita untuk menjadi sastrawan. satu sajakku pernah terpamer dimajalah sarina. majalah yg dapat bertahan beberapa tahun sahaja. ku katakan 'terpamer' kerana ianya tidak dibayar royalti. sajak-sajak kepada DBP hanya diterima dan diucapkan terima kasih. atas pengaaruh itu agaknya entry ku punya elemen sastra.
nuri memberitahu tulisanku sudah ada follower [ah, malu sekali aku mendengarnya..] dan berpotensi utk dikomersilkan. dibarat memang benar, tulis buku atau novel boleh jadi jutawan! tiadalah sampai pemikiranku ketahap itu. bagi nuri setiap objek dan fenomina ada nilai komersilnya, ada duitnya. pandangannya sama macam kak ti. dua beradik ini memang mata duitan. teradisi ini kemudian diikuti oleh adek baru mereka-suria.[sekadar mengusik emosinya agar bingkas berpolomik] sebenarnya ini satu tradisi yg baik; tetapi aku tidak akan mengulasnya disini kerana aku tidak mahu entry ini memasuki simpang lain. biarlah laluan kita terhadap buku semata! mungkin kalau masih dibenarkan oleh web-master emi, akan ku tulis mengenainya dilain tahun.
beberapa bulan yang lalu aku telah dihubungi oleh individu yang tak ku kenali buat meminta nasihat. ianya berkaitan perkara yg tidak boleh ku beritahu kepadamu. cukuplah ku katakan ini satu sessi kaunsling. fenomina ini kurasa agak aneh dan asing kerana aku tidak pernah menghadapinya sebelum ini. semena-mena aku merasa cukup tua. kerana orang tualah sering dimintai nasihatnya. ku kira pandanganku telah dapat mententeramkan beliau dgn puashati. ini dikeranakan beliau tidak menghubungi lagi.
sudah pastilah buku-buku yg ku telaah .........
Saturday, November 7, 2009
BUKU...buku...buku
2:48 PM
mohdnasir
No comments
0 comments:
Post a Comment