Sunday, November 15, 2009

sudut pandangan

Salam pelayaran..
Agak lama juga saya tidak menulis atau memberi sebarang komen, bukan ketandusan ilham atau tidak faham tetapi rutin harian membataskan waktu untuk menyumbang atau berkongsi pemikiran. Beberapa isu cuba dibangkitkan dalam seminggu dua ini, antaranya menyemai semangat cintakan ilmu melalui pembacaan dan fenomena generasi sekarang yang tentunya berbeza dengan era 70-an seperti kasuttanpastokin. Walaupun membesar selepas era 70-an, saya faham akan maksud penulis entry. Saya menghadapi generasi sekarang yang semakin kehilangan jati diri malah kadang-kadang terkikis nilai murni. Walaupun bukan semuanya begitu namun sebahagian besarnya sedang menuju ke arah itu. Mungkin isu ini bukan isu baru namun pada pandangan saya semuanya bermula dari rumah.Setuju atau tidak ibu bapa penyumbang besar kepada gejala sosial yang berlaku. Memang terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi pemikiran dan tindakan anak-anak muda sekarang tetapi asuhan awal merupakan bekalan utama dalam menangkis atau benteng gelombang perubahan yang kononnya era kemajuan.
Bukan nak menuding jari menunjuk salah siapa tetapi sebagai individu dalam masyarakat, setiap dari kita perlu memainkan peranan. Kalau tak besar pun sumbangan yang boleh dilakukan memadai kita melakukan sesuatu yang yang kita termampu. sebagai ibu bapa pula kita hendaklah mengikut garis panduan dalam agama kita dalam mendidik anak-anak. Contohnya ketika anak berusia tujuh tahun, hendaklah kita menyuruh mereka mendirikan solat dan seandainya mencapai umur 9 tahun masih tidak sembahyang, kita wajar merotannya. Itu merupakan satu perkara yang kita sendiri gagal laksanakan. Saya pun sebenarnya sedang belajar ilmu keibubapaan, menjadi ibu bapa bukannya mudah apatah lagi zaman sekarang bak kata abang Danuri macam-macam ada dari alam cybernya sampailah iklan dalam tv semuanya mampu mempengaruhi.

Sebagai seorang yang terlibat secara lansung dalam dunia pendidikan saya menyokong seratus peratus akan kepentingan membaca. Membaca bukar sekadar untuk lulus dalam peperiksaan tetapi sebagai pelengkap ilmu di dada. Selain itu, tentunya kita tidak mahu mengulangi Zaman Gelap yang pernah melanda Eropah (middle ages) sebelum Renaissance dan Zaman Jahiliyah di tanah Arab sebelum kedatangan Islam. Semuanya berlaku kerana ketandusan ilmu. Sebab itulah wahyu pertama menyuruh umatnya membaca.....

Satu perkara lagi yang ingin saya ajak pembaca soroti ialah berkaitan hubungan sesama manusia (hablum minnas) Dewasa ini kita semakin sibuk dengan urusan masing-masing sehingga adakalanya kita lupa untuk menjalin hubungan dengan keluarga, sanak saudara, sahabat handai ataupun bermasyarakat. Sehebat mana pun kita kalau hubungan sosial kita cacat, kita belum berjaya. Contohnya, kita sekarang ini malas untuk ke majlis ilmu kerana banyak tugasan tak kiralah tugasan sebagai pekerja ataupun pelajar. Kita sekarang ini malas kenduri kendara kerana tak cukup masa berehat hujung minggu. Kita sekarang malas nak berbual dengan pakcik @makcik (orang lebih tua) sebaliknya kita lebih senang menonton tv atau berbalas sms dengan teman-teman sekepala. Itulah sebabnya kita merasakan hidup kita sudah tidak sezaman dengan angkatan dulu-dulu. Walaupun bukan semua yang dulu itu baik dan bukan semua yang sekarang ini tidak baik tetapi bukankah kita belajar melalui pengalaman. Sejarah mengajar kita menjadi orang yang lebih baik....

Kalau benihnya benih baik
kalau bajanya baja molek
kalau tanihnya tanih cantik
pasti pokoknya cepat naik

3 comments:

Ini Iqbal Nasir said...

tak tau la klu itu typing error sengaja atau tidak, tapi tu (hablum minanas)...

Ini Iqbal Nasir said...

ebal pun dah silap type, *hablum minannas*

suria said...

Terima kasih kerana membetulkan...sebut betul tapi menaip kurang betul...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification