Sunday, October 25, 2009

SUARASA SEORANG IBU

Esok Adam akan menghadapi peperiksaan akhir tahun, darjah satu bagi tahun ini. Ini bukanlah kali pertama Adam menghadapi peperiksaan. Tapi, sebagai seorang ibu, debarannya lebih dirasai...mungkin ada pendapat mengatakan apalah sangat dengan peperiksaan budak sekolah rendah, darjah/tahun satu pula tu. Kalau SPM lainlah ataupun paling tidak UPSR. Persoalannya ialah sebagai seorang ibu, kita biasanya mengharapkan anak kita mendapat yang terbaik. Atas faktor itulah seseorang ibu sering menasihati anak-anaknya agar mengulang kaji pelajaran atau atau lebih tepat berleter. Situasiku juga begitu. Adam tidak istoqamah dalam mengulangkaji pelajarannya. Dia lebih leka main, menonton siri kartun kegemarannya atau bertengkar dengan adik-adiknya. Menjelang hari-hari peperiksaan baru ditunjukkan jadual peperiksaannya. Sudahlah begitu dia sedikitpun tiada perasaan risau sebaliknya mengharapkan kita yang menunjukkan setiap jawapan latihan ulangkajinya. Peperiksaan Akhir Tahun akan menentukan kelas yang akan didudukinya tahun depan. Takkan nak duduk di kelas 2 Dahlia ? Paling terukpun biarlah 2 Bakawali kalau tak dapat 2 Anggerik pun...Itu belum kira nombor berapa dalam kelas/darjah, berapa A nak dapat? Sebagai seorang ibu bukan sahaja prestasi anak yang difikirkan, prestasi diri sendiripun kena jaga, yelah kalau rakan sejawat tanya," anak kau macamna? Naik darjah 2 apa? Nombor berapa?" Itu belum jiran-jiran/saudara mara tanya, " hai anak cikgu pun tak boleh score ke?" Siapa nak menjawab tu.....tekanan ni....

1 comments:

tentu kauorg tau siapa aku... said...

bukan mudah menjadi ibubapa terutama pada mellinium kini.semuanya perlu diupdatekan.pengetahuan dan pendekatan. dulu pendekatan rotan sangat berkesan. makin banyak rotan singgah ditangan atau belakang, makin kurang nakalnya. kini, rotan; anak lari dari rumah- minggat!mak/bapak boleh dicharge- mendera. semua ibubapa mempunyai perasaan seperti itu. anak tak pandai dan apa nak jadi. sebenarnya kita disembunyikan kepada perkara-perkara akan datang. inilah rahsia kepada segala rahsia! kalau kita tahu apa nak jadi kepada kita tahun hadapan, tentu kita bertindak mengikut situasi. pastinya org kurang bergntung kepada Yg. Maha Esa. sedangkan kita diminta memohon kepada Nya. teruslah berusaha, mendidik, chegu sewajarnya punya kaedah betul dan teratur utk melaksanakan. tetapi kejayaan bukan kita yg menentukan. jangan putusasa atau terseret kepada emosi sekeliling. yg penting doa! semuga kejayaan menyebelahi kita. wassalam

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification