Saturday, November 7, 2009

buku...buku...buku [part:2]

......sudah pastilah buku-buku yg ku telaah memberiku keupayaan dan idea nasihat dalam interaksi diatas. asasnya adalah kreativiti dlm berfikir. satu ketika dahulu aku begitu tertarik dengan edward de bono, pelopor leteral thingking. dimana sahaja ku dapati buku de bono pasti ku beli. percaya kau! aku telah berhabis beratus-ratus rm utk itu; dan akulah antara individu didunia ini yg telah mengkayakan de bono. oleh kerana rumahku kecil dan minat telah berubah buku-buku berkenaan telah ku wariskan kpd nuri pada raya aidilfitri tahun 1428H yg lalu utk bermukim di negeri cek siti wan kembang.

aku bertelahan akan ada kelak suara sebegini didalam talian hayatku.. ' paman, ada sorang awek sebelah rumah begini...begitu...begini... apa pandangan paman...' ku katakan talian hayat kerana h/p ku berakhir dgn no.999 [019-2562999]. kalau aku tidak pernah meneliti buku de bono bagaimana aku bisa menyelamatkan anak saudaraku yg sedang terkapai-kapai ini. lebih-lebih lagi kalau jejaka tampan si-naim yg digilai ramai amoi-amoi ipoh. aku taulah kerana aku pernah menelusuri bandaraya berkenaan. dalam hal ini aku tidak kuatir sama sekali kerana aku ada nuri yg telah meneliti dgn lebih jitu teknik-teknik leteral thinking utk ku rujuki. paling mungkin pun ku pindahkan pasien ini kepadanya utk dirawat.

anak-anak,
tidak ada ruginya menjadi ulat buku! jangan jadi ulat-ulat yg lain. umpamanya ulat rokok. ulat rokok sudah semakin kepanasan lantaran tarif makin meningkat. usahlah kau salahkan PM kerana hal itu. niatnya baik utk memanjangkan hayat warga. jelan yg bakal memasuki alam baru setelah memperolehi kekasih hati, bunohlah ulat rokok mu. mulaii dgn menyeksanya secara mengurangi bilangan batang yg kau hisap. mencari kaedah bagi membuang ashtray mu merupakan assighment buat mulai membaca. carilah bahan-bahan mengenainya atau hubungi paman mis yg bertapa ditasik cini bagi mendapatkan mantra ampuh. beliau dulunya perokok tegar. tidak usahlah ku beritahu ketegarannya kerana ceritaku membuatkau tak perlu menemuinya pula.

asalnya kau bayi yang disuap dgn nestum atau pisang lenyek. musim ubi dituai, perutmu di isi dgn gaplek dan ngetewul. jasad mu membesar dan gagah. apakah makanan jiwa mu! jiwamu terbiar kehausan dan kelaparan. jiwamu kerdil dan tidak bermaya. manakala musuh menyerangmu kau pun melawan dgn seru sekali, bahkan kegagahanmu menewaskannya. bagaimana kalau setan menyerang jiwa mu? sedangkan jiwamu lemah dan lelah. ketahuilah anakku; ilmu adalah makanan jiwa. ilmulah yg berupaya membesarkan jiwamu. menjadikan jiwamua gagah, mengupaya melawan musuh dalaman mu. musuh luar dapat kau lihat, kau elak atau lari darinya. tapi musuh dalammu tidak dapat kau lihat. ilmulah yg menyoroti utk kau awasi. cukuplah setakat ini yg dapat ku beritahu. ada banyak lagi yg halus-halus yg memerlukan pengamatan mendalam bagi memahami persoalan ini. perlahan-lahanlah dan sabarlah dalam mencarinya. pada diri bapak pun ada ilmu tersembunyi yg diperolehi melalui guru yg diulanginya pada beberapa malam dalam seminggu.

mulailah membaca dan memcari ilmu. usah biarkan dirimu menjadi goyim yg di giring kesana kesini sesuka mereka. aku pun baru tahu mengenai goyim melalui blog yg ditunjuki ebal. gunakanlah pelbagai media yg ada dgn sebaiknya. sebab itu aku menyukai sumber buku kerana tahu pengarangnya. blog kurang berautoriti, tetapi bacalah. hanya yg perlu kau lakukan kalau ragu-ragu, pastikan kesahihannya. inilah teradisi keilmuan silam yg terbukti keberkesanannya- bertukar fikir dan menyuburkan muzakarah. bukankah Nabi saw telah memberitahu, halakah ilmu lebih disukai malaikat dari halakah zikir.

kalau tak ku fikir blog ini juga punya hak bagi cikin yg baru turun dari tanah-tinggi-genting, hampi pasti akan ku sambung lagi. penceritaan ilmu sebenarnya tidak akan berakhir sehingga kehadiran malaikalmaut. ini memungkinkan entry ini menjadi terlalu panjan. sbelum kalian jemu atau terleka sehingga adam menjerit-jerit lantaran botol adek-adeknya tidak di isi dgn milo panas, sebaiknya ku hentikan.

harapku agar buku, membaca dan ilmu menjadi teradisi kepada setiap entiti keluarga sakijan. semuga semuanya dapat memakai sepatu yg satu ini bersama-sama.

wassalam.



dzuhor-asar
7 nov09
klang.

9 comments:

Anonymous said...

Buku buku memang suatu medium untuk menyimpan dan menyebarkan ilmu. Tetapi roh pencarian ilmu itu yang perlu disuburkan. satu lagi mengikut pengalaman aku masih ramai lagi orang yang berilmu tapi takut nak berkongsi dengan orang lain. Ilmu nya pun takut nak ditulis sebarkan kepada umum. takut rahsia nya diketahui ramai konon kata nya apa yang dia ada adalah hak eksklusif dia sorang. dan dalam erti kata mudah -takut rugi. Bukan kah elok kalau ilmu itu disebar dan selagi digunakan oleh orang dengan cara yang baik dia tetap dapat saham di akhirat. pelik nya orang kita tak macam orang putih. beribu buku diterbitkan kita nak dapat maklumat dan tulis satu buku se abad pun belum tentu keluar satu buku. kesan nya ilmu yang hebat orang kita pupus bersama hayat nya..... menang jadi arang..kalah jadi abu.

Ini Iqbal Nasir said...

Hahaha...goyim...abah dah bacalah tu...mmg ebal setuju sgt dgn apa yang abah cakap tu...ni pun terpaksa pergi cyber cafe kat luar kjap...wifi asyik x de je...dh nk msuk 2 hari dah ni...
Tapi skrg, ada cubaan dan godaan yg lain melanda ebal dan ebal percaya kpd generasi2 ebal skrg ni, iaitu ber-facebooking, mksudnya, asyik main facebook je, padahal klu ikut blog yg ebal bce( x pasti la kesahihannya), facebook tu CIA yg punye...pastu main game di komputer, yg main game ni pun ebal ada la addict skit2...tapi ebal addict satu game je la...game bola...rasanya dulu masa zaman abah x de kot godaan camni, x tau la godaan apa masa zaman abah. Org skrg mmg ske baca, baca status org lain kat facebook, x slh ber-facebook krn ia merapatkan yg jauh, ramai member skola ebal yg blaja kat luar negara, mcm2 negara la...bole di connect dgn facebook, tapi jgn la smpai solat pun sampai hujung waktu krn facebook...ia satu kejayaan kpd musuh islam untuk menjauhkan org islam dari islam. Pastu klu nak menggagalkan rancangan musuh islam tu, kita kna jgak berjihad, jihad apa? jgn igt jihad angkat senjata je, jihad menentang nafsu, atau seperti tjuk lagu Native Deen, Jihad of the Nafs...Kpd org2 baya ebal, koreklah ilmu sedalam mana yg mampu, klu korek hidung, nikmatnya sekejap je, klu kita berilmu, kita rasa bersedia, x salah klu petani nak blaja struktur badan manusia, badan manusia masih banyak misteri yg belum dibongkari...yg ebal tgk kat rakan sebaya ebal, sgt menyedihkan, tapi nak crita karang panjang sgt, nanti ebal buat satu entri khas kat blog ebal...(keyboard CC ni x best, asyik nak ter-typing error je)(buku2 ebal beli tu bnyak lagi x abis bace...)

penulis entry said...

terlalu banyak isunya berkait hal buku dan ilmu. awalan dari itu adalah persolan ini, sejauhmana amalan membaca mendominasi dlam jiwa kita. if yes ok, if not? 2,000 buku ditulis pun kau masih tidak sadar. kerana itulah entry ini ku buat. barat dikata punya minda kelas pertama kerana banyak membaca. keluarga ini pun patut punya minda kelas pertama. itulah sarananku supaya ilmu menjadi tradisi ahli kita. anonymus, kau dah dapat menyelami hasratku yg terpendam.pastinya kau sorang scholer kerana dapat membaca yg berat dan tersembunyi. sedap sekali kau mengenakan aku!
mengenai buku-buku barat, aku ingin membaca ulasan ebal.

Ini Iqbal Nasir said...

Ebal ada jgak buku2 barat, contohnya, law of attraction, lawannya pun ebal ada, tapi ebal tinggalkan kat rumah kasi mak baca, quranic law of attraction, pastu buku Dr. YKK : You are creative, selain quranic law of attraction, 2 buku ni ebal brjaya habiskan baca...
klu boleh, ebal x gemar dgn anonymous ni, sbb nak tau siapa punya ilmu ni...boleh dirujuk...klu bnda baik, x baik sorok2, pendapat je...sbb ada bbrpa org je yg dikenali di sini mencurahkan idea2 yg baik, ada org yg berilmu tapi x punyai ilmu si bodoh...maksudnya x semua ilmu kita tahu, ada org lain yg arif dalam bab lain, kita rujuk la satu sama lain...
untuk membentuk minda keluarga kita sebagai minda kelas pertama, kita perlulah mengurangkan ketaksuban dengan hiburan2 yg melalaikan...ebal pun suka dgr lagu, suka menyanyi, menari dan sebagainya...tapi jgn smpai lupa bnda priority...

Anonymous said...

caya lah abah! erm.. kte pon suke bce buku gak... tp mukabuku la.. kire buku gak kan??? huhuhuhu~ *yay! da berjaya komen... ;) ;) ;)

Ini Iqbal Nasir said...

Trimas kepada ebal yg ajar...hahaha...

Anonymous said...

Salam keluarga sakijan.
Saya seronok membaca blog ini. Ada polimik yang boleh didebatkan. Bagus sekali entry ni kerana mengajak ahli keluarga menyuburkan budaya membaca tu.Meskipun sesetengah perkataan tu saya tak tau makna nya barangkali bahasa jawa, penyampaiannya memang bersastera genre akhir 70an. komen saya ditafsirkan dengan berbagai makna. Apa yang kita perlu fahami adalah semua makna bergantung kepada konteks. Dengan kata lain tidak ada makna dalam hidup ini selain daripada makna yang kita berikan kepadanya.
Apabila kita melihat pada satu pengalaman, kejadian, pendapat dari satu perspektif, ia mungkin kelihatan buruk. Tetapi apabila kita mengubah pandangan kita pada perkara yang sama makna nya pun akan turut berubah. Mungkin positif mungkin negatif. Apa sahaja dalam hidup ini mempunyai potensi menjadi baik ataupun buruk. Ia bergantung kepada persepsi anda. Pesan saya jangan cepat buat keputusan tanpa membuat pertimbangan sewajar nya. Bagi setiap utara ada selatan, bagi setiap luar ada dalam, bagi setiap krisis ada peluang, bagi setiap kepala ada ekor dan bagi setiap yang berakhir ada permulaan. hal ini dikenali sebagai hukum polariti.
Teruskan berpolimik kerana ia dapat menyuburkan minda. sya tetap menyatakan Orang melayu masih malas dan bermalas-malas untuk membaca. mana mungkin nak menulis walau sebaris ayat yang punya makna..teruskan lah menulis supaya kita dapat mentafsirkan makna nya.

Ini Iqbal Nasir said...

Wah...siapa la pulak anonymous 7:32pm ni, org luar ke? bgusnya klau camtu, kpd keluarga sakijan, x best ke klu org2, masyarakat satu hari nanti merujuk kepada keluarga sakijan? Rasa best kan? Polemik2 boleh didebatkan di sini, biar kita rasa enjoy berilmiah...x kesah la sastera zaman 70an ke, 80an ke, millenium-an ke, yg pnting ilmu dan isi yg sampai ke jiwa org itu pnting. Kalau btul la yg anon kat atas tu org luar, dipersilakan beri pendapat, pandangan, dan boleh ajak teman2 lain baca blog ini...kpd anon di atas, mmg melayu masih malas, tapi ayuhlah kita sama2 ajak mereka buang sifat malas itu, mmg mereka ssh nak dgr, tapi sekurang2nya kita berusaha dan berdoa diberi hidayah...kalau dibiarkan, bila nak berubah? Allah x mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri mengubahnya, ayat yg sgt biasa kita dgr, apa lagi, grakkan usaha...

penulisentry said...

t.kasih anon. pandangan anda sangat memberangsangkan. patriotisma anda juga tinggi. mungkin angkatan 70an. era 70an adalah era pembangunan - pengisian kemerdekaan. mereka yang melalui era itu semangat cinta bangsa dan negara sangat jitu. inilah yg tersirat dalam entry kali ini. itulah juga maksud tulisan ini 'agak berat'.yg tersirat berlapis-lapis. matlamatnya sebagai yg anda sebutkan, mengubah melayu jadi rajin membaca, menjkaji sterusnya membuat pembaharuan atau penambahbaikan.
aku mulai dgn diri dan ahli keluarga. kalau mereka berubah, akan adalah sebahagian dari melayu yg telah berubah. sebahagian lagi akan diubah oleh orang lain; mungkin anda sendiri.
aku juga kesuh bila melihat perasarana yg di sediakan pada tahap kelas pertama telah diguna pada tahap kelas ketiga. masih mencangkung juga diatas tandas duduk!
sumbangan ini sangat kecil dalam membentuk negarabangsa malaysia yg terbilang, melayu yang cemerlang. akupun melayu walau surat beranak bertulis, bangsa: melayu-jawa. sama-samalah kita.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification