Wednesday, November 30, 2011

perjalanan ke5

bahagian I

siapa ana.
ana sorang yg aktif. advenctures, jiwa pejuang. ana tak suka duduk diam, inginkan perkara-perkara baru. ana menanggapi sesuatu melalui perspektif sains. rasionil. sikap ini akan memberi gambaran sebenar disepanjang pengembaraan ini. Perjalan ini juga turut disertai istri. seorang yg sangat panut dan sangat membantu. tetapi kadangkala ana terpaksa mengedjust keadaan semasa dgn keinginan sendiri.

4 kali panggil, nak seru apa lagi.
Benar. Ini bukan panggilan kali perrtama. ramai yg sudah tahu ana sepatutnya ke Mekah bersama Kang Mis Pahang dan Kak Ti tahun 2008. Ada 2 kali tawaran lagi yg ana tolak kerana isteri tidak tersenarai. Tahun ini sekali lagi tawaran, juga sendiri. Tolak or terima! Tapi hati berat menerima. Ana terima dan merayu buat isteri. Rayuan tak diterima kerana ana tak dapatkan t/tangan kadi daerah. beliau tiada dipejabat, lagipun hanya mengesahkan potosted surat nikah; bukan surat pengesahan nikah yg dibuat berasingan. tetap tak boleh. dgn bantuan biras yg bertugas di pejabat agama klang, dapat disempurnakan. Alhamdulillah, isteri juga dapat turut serta.
[ tip- pastikan jika kalian mendaftar haji di pejabat tabing haji (TH) supaya suami/isteri mendaftar pada hari yg sama. utk mendaftar, pastikan suami dan isteri telah membuka akaun TH. masalah kami disebabkan ana dan isteri tidak mendaftar pada hari yg sama. kata mereka tak apa, sapa dapat boleh merayu. mudah cakap, kalau isteri/ suami belum buka akaun; bukak dulu baru daftar]

Peserta yg aktif, pelajar cemerlang.
ana kursus haji di mesjid sg. pinang bandar, klang. masjid hijau. mulanya ana dapat panggilan di masjid seberang sg. klang. kg. sg. udang. bila tanya balik TH samaada ada masjid berhampiran tempat tinggal kami, baru kami tahu ada. kami mohon tukar. tiada masaalah. mereka pun hanya mencadangkan, dan tidak berapa pasti tempat tinggal kita. kami dapat mengikuti semua siri kursus diberi walaupun ada beberapa program pejabat. sepanjang kursus analah yg paling banyak bertanya. hinggakan masalah wanita pun ana turut bertanya. Kami juga telah hadir kursus haji intensif di masjid ar-rahimiah klang, depan hospital klang selama 2 hari. disana keutamaan praktikal, ikat kain ehram, tawaf, saie dan melontar. pada akhir kursus ada test, ana dapat full marks. 25/25, isteri kurang sikit. tapi masih cemerlang. anda lulus, boleh pergi haji! kemudian kami juga hadir kursus perdana haji di masjid negeri selama 2 hari 1 malam. mana yg duduk hampir klang dan shah alam ada yg tidak bermalam. tetapi kami bermalam. ini bagi memberikan kami pengalaman bermalam di arafah dan mina. bagaimana menghadapi kesulitan tandas dan tidur beramai-ramai, serta melontar dimalam hari. pada malam qiamulail itu ana bertemu seorang yg menceng kiblatnya disebelah ana. dalam hati terdetik mungkin ana akan menghadapi banyak dugaan di Mekah nanti.
[ tips - elok sangat kalian hadir kursus haji. haji juga ibadah yg memerlukan pengetahuan bagi pelakunya. sama seperti solat, puasa dan zakat. jangan segan bertanya sebarang kemuskilan walaupun rasanya soalan bodo. masalah kalian yg educated ialah rasa malu kalau nak bertanya soalan bodo. percayalah sebenarnya kita membantu org lain yg juga malu. secara tak langsong di Mekah ana jadi rujukan seorang teman yg sama kursus di sg. pinang.]

banyakkanlah solat taubat dan tahajud...
ini nasihat ikhlas dari paman korang, nuri. dia sudah kesana. walaupun umrah, spiritnya sama. malah dia juga tahu haji lebih hebat dari tempuhan pengalam beliau. dia membaca pengalaman org yg telah berhaji. tapi hati ana keras.hanya sekali dua ana buat. selebihnya tidur nyenyak. isteri nampak lebih bersedia. buku solat-solat sunat tak lepas dari tangan sehabis maghrib. katanya dia banyak tak tahu. ana pula rasa banyak tahu. soalan beliau dapat ana jawab mudah. tapi amalannya..... sebenarnya dalam hati ana kuatir... hanya Allah saja tahu.
[ tips - ikutlah nasihat org tua-tua. mereka lebih dulu makan garam, sebab itu ada darah tinggi...]

persiapan terakhir.
kata penceramah, persiapan kita tak tuntas selagi belum berangkat. buka tutup bag setiap hari. ana telah sedia list barang nak bawa. sering bertukar itemnya. penjaaan diri:- berus gigi, ubat gigi, sabun, losyen uhv, gunting, pisau lipat, marker, ketip kuku, pen, buku nota, putik kapas. sikat, screw driver cermin mata. Pakaian :- ihram, kain, baju melayu, t-shirt, selimut, tuala, cukin, sejadah nipis, tali pingang besar, selipar, jubah, seluar jerut. peralatan letrek:- hand-phone, charger, kamera, top-up, rooming, sim card arab [beli di masjid negeri], adapter plug.
[ tips - ramai menasihati kita supaya tak banyak bawa pakaian dan peralatan. itu betul. disana juga banyak dan harganya berpatutan. pakaian memang bawa yg minima, tapi elok 2 pasang. kain ihram, ana syorkan satu yg tebal, satu buat sendiri dari kain kotton biasa warna putih. selain nipis akan banyak membantu semasa di arafah dan mina. terutama bila ketandas dan semasa berpindah menaiki bas. ana boleh guna pakaian 5 hari tanpa ganti. memang baunya agak kurang menyenangkan, ini ukuran manusia. Allah suka org haji dalam keadaan kusut masai. kalau ana basuh ada lagi satu pasang utk 5 hari lagi, sedangkan basuh pagi, petang dah kering. sila dapatkan panduan para haji dan hajah semasa buat persiapan. nasihat mereka sangat membantu. ada beberapa barang yg kami tertinggal dan beberapa barang tak digunakan semasa disana. kalau jumpa ana free je, no consultant fees. belanja teh O without sugar...]

tak buat kenduri?
masa telah berubah.masa ana kecil dikampung dulu, org pegi dan balik haji glamour. sekampung nak menghantar ke port swetternham. naik kapal. balik, seminggu cerita Mekah tak habis. tukar nama lagi. terutama nama jawa, kepada nama arab. boleh tukar di dalam ic pulak tu. kini, ada org nak pergi haji esok, malam nie masih borak-borak kat kedai mamak. oi... sok aku nak gi haji la... pak haji la ko pas nie.... tak sapa kisah sangat. nuri tanya bila nak kenduri selametan, ana kata nantila wat kat umah ko masa kenduri bik pah...masa tu sume adek beradik ada kut... terasa sedih dan sebak bila ana ucap terima kasih dan minta maaf segala kesalahan. adek beradek macam air, dicincang tak putus. salah fahan dan terasa hati adat manusia ada perasaan, tapi kita akan segera melupakan. kak ti dan kang mis ada bermalam diumah sebab tak dapat menghantar di Kelana Jaya. kami faham. kadangkala terasa rindu kasih-sayang mak, kak ti lah pengantinya. masa ini ada org tolong hantar beg besar kat KJ dan balik pun sudah cukup. tak payah sewa teksi. tetapi di pejabat ana buat sikit jamuan. cuba teliti ucapan ana dalam majlis tersebut, antaranya:-
... saya telah mendapat panggilan Rabuljalil bagi mengunjungi rumahNya. lembaian kaabah begitu lembut terasa. insyallah ana akan berangkat pada 4 okt. 2011. matlamat kita melaksanakan haji adalah mendapat haji mabrur. haji yg baik dan diterima Allah swt. bukan haji mardud, haji burok dan ditolak. prasyarat haji mabrur adalah pengunjungnyamemasuki kota suci sebagai seorang bayi yg baru dilahirkan. hadir tanpa bintik-bintik noda dan kesalahan. ana manusia lemah, daif dan penuh kekurangan. oleh itu pastilah banyak titik-titik dosa dan kesalahan. makin berusia, makin banyak berhubung, makin banyak buat salah silap.
oleh itu ana dengan rendah hati, penuh rasa hurmat & takzim dgn tulus dan penuh pengharapan memohon keampunan diatas ketelanjuran kata, laku perbuatan, mengunakan harta tuan tanpa kebenaran, mengunakan wang ringgit tn tanpa sedar. sekiranya ada hutang, mohon tangguh. kalau dihalalkan- lagi baik. kemaafan tn sekurang2nya dapat mengurangi berat dosa yang ditangung.
tuan-tuan,
jika pertemuan kita ini menjadi perpisahan semantara, jadikanlah perpisahan ini perpisahan yang diberkati.
jika perpisahan kita ini menjadi pertemuan terakhir, jadikanlah pertemuan ini pertemuan yg di rahmati.
semuga perpisahan ini menjadi perpisahan semantara, yg diingati dan dirahmati.
insyallah, 60 hari lagi, kita akan bersua kembali.
setelah memasuki kota suci, sebagai janin bersih.
wassalam.



Tuesday, November 29, 2011

Seharian memandu

Semalam masih cuti sempena sambutan maal hijrah. Jam 10 pagi Emi &Co datang kerumah untuk mengajak saya survey tempat yang sesuai bagi mengadakan hari keluarga persatuan kita..
Tempat yang dituju ..Pantai Morib.

Sudah bertahun-tahun saya tidak ke morib. Apa yang ada disana seingat saya hanya pantai yang landai tapi tidak menarik kerana air nya yang keruh. Kami tiba disana jam 11 pagi. Pantai awam bersebelahan padang golf tidak ramai dikunjungi orang. Gerai jualan banyak yang tutup. terus berkereta naik ke atas menuju tanjung sepat. Di penghujung padang golf ada hotel baru. Impian Morib. kami singgah untuk mendapatkan maklumat. Hotel nya menarik juga ada kolam renang dan kawasan untuk bermain volleyball. Ada beberapa chalet yang mengadap laut selat melaka. Yang lain Blok bertingkat menempatkan bilik-bilik penginapan biasa. Gambar nya saya tak ada . Cekgu Syamsiah yang merkamkan foto sekitar kawasan tersebut. Tak tau bila dia nak upload kan. Kata nya senarai AJK dan tugas tugas serta senarai kumpulan sudah disiapkan.

Kami meneruskan perjalanan kali ini singgah di Gold Cost Morib. tak jauh dari situ. Bangunan seperti aprtment bertingkat-tingkat..Didalam nya ada taman tema air mini...rasa nya untuk buat hari keluarga tak sesuai. Perjalanan diteruskan ke Bagan Lalang..
Sudah lama tidak melalui jalan ini. terasa jauh manakala perut pula terasa lapar. Cuaca mendung sekitar jam 12 30 kami sampai di Golden Palm Gold Cost Sepang. Ia merupakan chalet yang didirikan bertiang tinggi diatas air. Di pantai sekeliling nya merupakan pantai awam. banyak gerai dan kami sempat makan laksa penang campur air hujan kerana tempias. Mengikut pemerhatian saya tempat ini juga tak sesuai untuk mengadakan hari keluarga..

Jam 3 petang kami kembali dan singgah di Jenjarum. Sempat memetik rambutan di rumah kak leha yang baru balik dari sungai petani selepas menghadiri majlis pernikahan anak lelaki beliau.
malam jam 8 malam saya ke Bandar Baru Salak Tinggi untuk menghanrtar arip ke kolej nya...hari yang memenatkan...
Tiada keputusan resort mana yang akan dijadikan tempat mengadakan hari keluarga kita yang dirancang akan diadakan pada 29 dis -1 jan nanti.... Siapa yanga ada idea kemukakan lah cadangan....

Monday, November 28, 2011

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433 hjrah

Assalamualaikum semua Semoga dirahmati ALLAH.

Azam

Tertunaikah azam kita sepanjang tahun lalu. Atau azam kita tinggal dibelakang seperti mana berlalu nya hari hari biasa tanpa sebarang pencapaian. Atau kita langsung lupa apa kah azam yang kita niat kan untuk kita capai sepanjang tahun lepas..

Semalam kita menyambut tahun baru hijrah bagi tahun 1433. Ia dikira sejak penghijrahan nabi muhammad SAW dari kota Mekah ke Kota Madinah dulu dikenali sebagai Yathrib. KTS baru pulang dari mengunjungi kedua-dua kota tersebut. Tentu kenangan nya masih segar diingatan dan kita semua masih menunggu entry catatan travelog beliau disana.

Ketika saya merenung kembali dan mencari catatan azam saya untuk tahun lepas ternyata saya berada didalam katagori yang ketiga..lupa azam yang diniatkan malahan lebih teruk lagi hilang catatan azam yang di tulis didalam buku catatan saya. Jadi rumusan nya saya tidak berjaya mengukur samaada azam saya tercapai atau tidak kerana azam sendiri yang ditulis secara specific telah lupa dan tidak dijumpai. Untuk tahun ini saya akan mencatatkan nya dan meletakkan ditempat yang mudah kelihatan serta boleh dibaca saban hari. Buat pertama kali nya doa akhir tahun dan awal tahun telah dapat saya baca selepas solat maghrib. Semoga ia permulaan tahun yang baik bagi saya. Azam kalian bagaimana.....

Kak Oya

Petang semalam dia datang ke rumah. Keadaan kesihatan nya nampak semakin pulih.Boleh berjalan seperti biasa. Kata nya baru balik dari berurut di Puchong Prima..Dia bertanyakan saya jika ada rumah untuk disewa sekitar shah alam. Beliau dan beberapa orang rakan nya ingin menyewa rumah di sekitar sini kerana akan bertukar kerja di Damansara awal Disember ini. Saya tidak pasti sudah berapa kali beliau bertukar kerja..

Di kala ramai graduan yang tamat pengajian dikatakan menganggur tidak mendapat pekerjaan kak oya nampak nya agak mudah bertukar pekerjaan dari satu syarikat ke satu syarikat yang lain. Kalau saya perhatikan beliau mempunyai soft skill yang baik seperti berinteraksi dengan orang lain dengan mudah dan confident mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta indipendent. Ciri-ciri ini baik juga untuk beliau menceburi bidang perniagaan atau keusahawanan. Apa pun kita doakan agar beliau berjaya dengan cemerlang dan mencapai impian yang diidamkan..

Sesiapa yang mempunyai maklumat ada nya rumah untuk di sewa sekitar shah alam boleh lah hubungi beliau. Setakat ini saya tak ada sebarang maklumat lagi.

Thursday, November 24, 2011

Jagalah Kesihatan

Minggu lepas Norasyikin datang ke rumah saya dengan keadaan sakit belakang. Tertunduk-tunduk dia berjalan dengan perlahan dan berhati-hati. Kata nya baru beberapa hari dia mengalami sakit tersebut dan keadaan makin teruk hingga tak mampu berjalan dengan sempurna. Dua tiga klinik dan hospital dia sudah pergi untuk membuat rujukan dan nasihat. Berbagai pandangan telah diberikan oleh doktor mengenai masalah penyakit nya. Akhir nya dia berurut dengan saorang tukang urut di Puchong Prima atas cadangan Pn Syamsiah. Hari Isnin kelihatan keadaan nya bertambah baik.

Menurut ceritanya sudah beberapa kali beliau jatuh ada yang jatuh tangga, ada yang jatuh masuk longkang..dan belioau buat tak tau aje selepas kemalangan yang menimpa. Akibat nya dengan keadaan kerja beliau yang sentiasa duduk mungkin urat-saraf tulang belakang nya menjadi tidak normal.

Saya pun sudah seminggu mengalami sakit ulser lidah. Jawa kata "Lumpangan" bila makan dan terkena masakan pedas aduh sakit dan pedih nya amat terasa. Sudah ke klinik dan biasa lah ubat cream sapu dan kumur-mulut yang dibekalkan. Ia merupakan penyakit yang sangat kecil tapi memberi kesan yang sangat mendalam. Sedikit sebanyak emosi kita terganggu. Mood untuk bercakap dan mengaji menjadi kurang. Perasaan cepat marah lebih mendominasi dari perasaan sabar serta sifat cool yang saya amalkan.. Akibat nya kuliah saya tidak berjalan lancar, pelajar saya ada yang jadi mangsa kemarahan saya. Subhanallah..Astagfirullah...aku memohon keampunan mu ya Allah....ternyata ia menguji kesabaran saya. Dan baru sedikit penyakit yang engkau berikan kepada ku pun sudah hilang pertimbangan saya. Sedangkan lebih banyak rezeki, kemudahan dan anggota lain badan masih berfungsi dengan baik tapi saya tidak mensyukuri nya...ternyata saya masih lagi insan yang sangat lemah iman nya...

Maka, ketika muda dan sihat, fikirlah untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat. Nanti biar ia bersesuaian dengan maksud hadis ini,

Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya, Allah Taala berfirman kepada malaikat penulis amalnya: “Tulislah juga untuknya amal-amal soleh yang biasa ia lakukan;” kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan ia hidup berkeadaan baharu – bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberikannya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya

Kak Oya jagalah kesihatan dan teruskan berurut untuk membetulkan urat saraf yang dah lari dari track nya.
Sudah beberpa hari KTS kembali dari Makkah teringin jugak nak ngajak beliau kena Teh Tarik mamak....dan roti canai ...tapi tak pasti samaada beliau sudah hilang rasa keletihan atau belum...Blog ini terasa sunyi tanpa nya.

Masih dikunjungi

Blog ini walaupun makin kurang ditulis (Malah hampir tiada langsung) oleh ahli persatuan kita saya dapati masih dikunjungi juga sekali sekala. Ia dapat diperhatikan dari ruangan shout mix yang disediakan. Ada beberapa komen terbaru disitu. Makna nya masih ada lagi insan-insan lain yang melawat dan membaca blog kita. Saya memahami nya dan berdoa agar ia akan meriah seperti dahulu...

Tuesday, November 22, 2011

Akhir Nya

Akhir nya.

Hari ini internet rumah saya berfungsi semula. Setelah 4 hari rosak akibat dipanah petir yang sangat kuat. Panahan petir tepat mengenai arial TV dan bumbung genting di sekitar arial hancur berderai pada petang Jumaat lalu. Terdapat juga beberapa dinding rumah yang berlubang akibat panahan petir tersebut. Pecahan batu dan simen dinding bertaburan di dalam rumah. Beberapa peralatan letrik seperti TV lama di dapur langsung tidak berfungsi. Astro receiver juga musnah dan sudah diganti baru tanpa sebarang charge. Talian telefon musnah yang melibatkan internet dan modem terbakar. Semalam modem sudah diganti baru dan hari ini ia sudah boleh berfungsi semula. Lampu dan kipas diruang tamu juga mengalami masalah akibat panahan petir tersebut. Terdapat kesan hangus hitam dipermukaan syiling.

Terima kasih kepada En Halimi Bin Sakijan kerana sudi membantu membuat kerja-kerja pembaikan di rumah saya terutama membaiki kerosakan talian letrik untuk kipas dan lampu di ruang tamu. Juga kepada beliau serta pekerja nya Azman yang membantu menukarkan kabel Telefon rumah saya malam isnin lepas. Juga tanpa sebarang Kos. Saya menganggap ia sebagai amal jariah semoga beliau dan pekerja nya mendapat rezeki yang lebih murah dan bertambah atas pertolongan ikhlas yang diberikan.

Saya bersyukur atas segala kejadian yang berlaku tempoh hari. Ini baru panahan petir dan peringatan Allah kepada saya. Alhamdulillah tiada kemalangan dan semua ahli keluarga saya selamat. Saya terbayang bagaimana kehidupan mereka yang di Palestin sentiasa diserang oleh Israil dan kediaman mereka runtuh dibom oleh puak zionis ini. Di negara negara lain yang sentiasa bergolak dengan tiada ketenteraman dan jaminan keselamatan. Alhamdulillah kita masih selamat di bumi negara kita yang dicintai ini. Subhanallah Alhamdulillah...

Akhir sebuah penantian

Malam Sabtu lalu 1.30 pagi Tuan Haji Muhammad Nasir dan Isteri telah selamat kembali ke tanah air setelah berada di Arab Saudi bagi mengerjakan Haji dan Umrah pada tahun ini. Alhamdulillah mereka selamat tiba seperti yang dijadualkan dan kami tidak menunggu lama di KLIA.

Dalam perjalanan pulang beliau berkereta bersama saya. Sempat lah beliau meluahkan perasaan dan pengalaman beliau sepanjang berada di sana. Saya cuba mengesan jika ada sebarang perubahan karektor beliau sebelum dan selepas pasca haji tetapi gagal.Apa pun konklusi nya setiap mereka yang pergi menunaikan Haji akan merasai pengalaman yang berbeza-beza mengikut takdir dan bahagian masing-masing. Sekurang-kurang nya beliau telah melaksanakan rukun islam yang ke lima maka secara sefer nya lengkap lah rukun islam beliau. Mabrur atau tidak...ia bukan urusan kita...hanya Allah SWT yang menilai nya...saya sampai dirumah sekitar jam 3.30 pagi. Saya mengharapkan agar Tuan Haji Nasir dapat mencoretkan pengalaman dan nasihat beliau kepada kita yang belum menunaikan haji ini supaya dapat dikongsi dan dijadikan panduan kita kelak.
Ahad petang saya berkesempatan menziarahi beliau di rumah nya. Siapa yang ada gambar kepulangan beliau di KLIA boleh upload untuk tatapan dan simpanan serta pendokumentasian kita....

Akhir nya Cuti Semester

Akhir nya cuti semester untuk Muhammad Arif berakhir. Sabtu lepas saya menghantar nya kembali mendaftar di kolej nya. Ia merupakan semester kedua. Hampir sebulan setengah beliau berada di rumah sahaja. Diawal cuti dahulu saya menasihatkan beliau untuk membuat sketches dan drawing untuk mengisi waktu lapang. Tapi itulah anak-anak sekarang sampai sudah tak nampak pun hasil nya. Dengan bahasa mudah tak buat pun. Waktu saya seperti beliau mengambil kursus art and design bila cuti semester saya pulang ke kampung. Mengisi ,masa lapang dengan membuat sketches dan drawing. Waktu itu loteng di rumah kakik di pasir panjang adalah bilik saya. Sering kali bila cuti semester saya akan dikunjungi oleh Roskang (Dr) Pensyarah di UPSI dan Yusuf Marsidin (Cekgu) Seni di Sek Dato Mustaffa Pasir Panjang untuk meminta saya menunjuk ajar mereka melukis atau paling tidak melihat saya melukis. Tapi anak-anak sekarang lebih senang melanjutkan masa tidur mereka sehingga tengahari dan melayan internet.....aduh berbeza nya generasi sekarang yang dipanggail Generasi "Y". Saya pun tak faham apa maksud nya.....apa yang pasti tabiat dan kelakuan mereka tidak seperti zaman saya...Generasi apa ye....waktu itu. Apa pun saya sentiasa berdoa agar anak -anak saya yang dikatakan generasi Y ini tidak lupa solat dan agama nya serta kedua ibu bapa serta keluarga. Dan sentiasa berusaha dengan penuh semangat utnuk maju dan berjaya di dunia dan akhirat.


Akhir nya

Kak tie pulang semula ke Chini petang semalam. Beliau ke sini semata-mata untuk menunggu adik nya pulang dari mengerjakan haji di tanah suci Jumaat lalu. Malah beliau juga telah sudi bermalam di Kelang sempena meraikan kepulangan mereka. Saya amat berbangga mempunyai kakak seperti beliau sanggup datang dengan menaiki bas dari Cini saorang diri dan pulang juga dengan menaiki bas hanya untuk bersama adik beradik. Tidak ramai yang sanggup berkorban seperti beliau. Terasa layanan yang saya berikan sepanjang beliau di rumah saya sangat tidak memuaskan. Maafkan saya kak tie.


Akhir nya Bola Sepak

Akhir nya dalam perlawanan Bola Sepak sempena sukan SEA di Indonesia Malaysia menjadi juara mengalahkan seteru ketat Indonesia dengan tendangan penalti 5-4 setelah seri 1-1 dalam masa tambahan. Saya berpeluang mengikuti siaran langsung. Ternyata pemain kita telah bermain dengan baik dan penuh semangat walaupun Indonesia telah mendahului 1-0 di awal minit permainan bermula.

Jelas sekali semangat melawan yang ditunjukkan oleh para pemain kita dan ia tampak berbeza dari perlawanan perlawanan sebelum ini. Semangat seperti ini lah yang perlu ada dikalangan rakyat kita malah keluarga kita khususnya tak kira dalam bidang apa sekalipun ia perlu diusahakan bersungguh-sungguh tanpa putus asa untuk mencapai kejayaan.

Friday, November 18, 2011

SAAT YANG DINANTI

Insyaallah awal pagi nanti 1.30 Tn Haji Mohammad Nasir Bin Haji Sakijan serta isteri akan tiba dari Jedah setelah menunaikan Ibadat Haji bagi musim ini. Semoga beliau dan isteri memperolehi hj yang mabrur. Begitulah doa semua orang yang pergi dan semua orang yang mendoakan pemergian mereka. Bila saya menunaikan nya kelak sudah pasti itulah doakan yang akan dilafazkan oleh saudara mara sahabat handai serta rakan-rakan saya.

Perubahan diri...saya tak pasti ia terlalu subjektif cuma saya mengharapkan beliau berjaya bermuhasabah diri dan mengubah sempadan keimanan beliau dari sebelum nya kepada yang lebih baik menurut syariat agama kita. Sudah tentu banyak pengalaman yang beliau lalui yang bermenafaat bagi panduan kita semua agar hati kita sentiasa subur dan azam kita sentiasa membara untuk berkunjung kesana bagi sama-sama mengubah sempadan keimanan kita dan memperteguhkan lagi rasa keimanan itu disanubari. Kita mengharap agar beliau tidak lokek untuk berkongsi pengalaman nya kepada kita semua dan mengalu-alukan coretan nya di dalam blog ini sekembali nya nanti. Insyaallah.

Tanya lah Ustaz

Pagi ini saya mendengar ceramah dari Ustaz Dr Zahazan di TV 9. Yang berkesempatan anda boleh tonton setiap hari dari jam 7 - 8 pagi. Sambil bersarapan bersama isteri ( anak-anak masih menyambung tidur setelah subuh - perkara ini yang saya masih gagal untuk saya mengubah nya). Beliau menyatakan mendidik anak bermula semenjak dari kecil lagi. Beliau menyatakan pada zaman Nabi Muhammad SAW dahulu ada saorang kanak-kanak diminta oleh Nabi untuk mempelajari Bahasa Yahudi. (Tak ingat nama nya) Insyaallah lepas ni saya akan bersedia dengan pen dan buku catitan, kanak-kanak ini berumur 10 tahun dan diriwayatkan kanak-kanak ini berjaya mempelajari bahasa yahudi tersebut dalam tempuh 2 minggu. Kita mempelajari Bahasa Inggeris semenjak tadika dan lepas universiti pun tidak dapat menguasai bahasa tersebut. Walau apapun moral nya pendidikan itu bermula semenjak anak-anak kita masih kecil lagi. Ia lebih mudah di bentuk dan lebih berkesan kerana masa itu neuron otak nya yang berbilion lebih cergas dan aktif serta lebih mudah menangkap dan memahami apa yang dipelajari.

Assalamualaikum....kedengaran nya ada orang yang memberi salam diluar pintu rumah saya antara jelas dan samar-samar..tenggelam diantara suara tv yang sedang saya tontoni... salam di ulang lagi kali ini terdengar suara kanak-kanak Saya bangun dan menuju kepintu hadapan. .Setelah membuka pintu tersembul 2 orang kanak-kanak yang memberi salam tadi ---Ah... Adam dan Balqis rupa nya. Tidak kelihatan siapa yang menghantar mereka. kata nya mama nya yang hantar dan terus ke sekolah...Bapa nya ada di rumah.. saya menjemput kedua dua adik beradik itu bersarapan bersama kami....di ruang tamu arip masih berlengkar melayan mimpi nya.. Aduh ...Anak-anak zaman sekarang...bagaimana masa depan mu nanti..

Cuti sekolah sudah bermula

Hari ini cuti sekolah akhir tahun yang panjang sudah bermula. Anak-anak sekolah akan bercuti selama hampir 1 bulan setengah. Secara umur nya saya masih mempunyai saorang anak yang bersekolah iaitu tingkatan 3. Saya masih tidak merancang untuk pergi bercuti dengan anak-anak sempena cuti sekolah ini. Ini bersebabkan saorang anak saya masih menghadapi peperiksaan SPM yang akan berakhir pada awal Disember nanti. Tumpuan dan sokongan perlu diberikan kepada beliau yang sedang berjuang untuk menentukan masa hadapan nya. Semoga beliau terus tekun dan tenang menghadapi saki baki peperiksaan yang sedang berjalan. Semoga Allah membantu nya menjawab soalan yang diberikan. Amin

Dan hari Sabtu ini juga Muhammad Arif akan mendaftar bagi memulakan pengajian nya di semester kedua program Diploma di Kolej Teknologi Tinggi Sepang kursus Rekabentuk Grafik.
Alhamdulillah semester lepas beliau telah lulus semua subjek yang diambil. Ketika makan malam petang semalam saya sempat menasihati nya untuk belajar dengan lebih tekun dan menanamkan azam untuk memperolehi gred point yang lebih tinggi sekurang-kurang nya 3.5 ke atas. Dan saya meminta beliau menyukai kursus yang diikuti bukan hanya sekadar untuk lulus periksa tetapi sebagai perkara yang perlu dihayati dan dipelajari dengan penuh minat. Saya benar-benar berharap agar beliau beristikomah dalam menimba ilmu serta tidak mensia-siakan peluang yang ada memandangkan beliau telah banyak membuang masa dan umur nya yang semakin meningkat. Ayuh anak ku berubahlah untuk masa hadapan yang lebih cerah dan selamat. Jadikan pengalaman lalu sebagai tauladan dan mengubah sempadan masa hadapan mu untuk menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Jangan lupa solat, sentiasa berdoa kepada Allah SWT memohon petunjuk dan hidayah di jauhi dari kawan-kawan yang membawa keburukkan serta mengambil kesempatan dari kelemahan kita. Dan ingat lah keluarga serta sentiasa menjaga nama baik keluarga.

Cuti sekolah ini juga tidak selaras dengan cuti di Universiti tempat saya mengajar. Ketika ini kuliah sedang berjalan dan akan berakhir pada penghujung bulan Disember. Oleh itu cadangan untuk bercuti agar sukar untuk dirancang. Kalau adapun hanya di hujung minggu. Lagi pun cuti sekarang kemana yang paling sesuai..musim tengkujuh sudah tiba..saban petang kita dilanda hujan.....apa pun saya cuba untuk merancang agar cuti hujung tahun ini tidak berlalu begitu sahaja...anak-anak harus diberikan pengalaman dan tanggungjawab yang berguna untuk masa hadapan mereka atau sekurang-kurang nya ada aktiviti yang dilakukan sempena musim cuti sekolah bagi perkembangan minda, kreativiti malah aktiviti menjana pendapatan ..siapa - siapa yang punya idea yang baik boleh lah kemukakan kepada saya...

Thursday, November 17, 2011

Tidak Berminat

Sudah 3 hari kuliah saya bermula untuk separuh semester lagi dan akan berakhir pada penghujung Disember ini. Wajah anak-anak murid saya yang mengikuti kuliah kelihatan berbagai-bagai ekspresi. Ada yang ceria ada yang takut-takut dan ada juga yang selamba. Tapi majoriti nya tidak berapa ceria malah ada yang tension. Dalam hati saya rasa sangat kasihan. Tetapi dalam satu segi saya tahu mereka tidak bersedia untuk berhadapan dengan saya kerana tidak melakukan tugasan yang saya amanahkan kepada mereka sebelum cuti yang lalu.

Seperti biasa saya akan memberikan kuliah dahulu sebagai mukadimah. Kemudian saya akan meminta setiap orang membawakehadapan menunjukkan kepada saya kerja-kerja kursus yang diarahkan. Dari situ saya akan menilai, memberi komen, kritikan dan biasa nya pelajar kena menerangkan kepada saya apa yang telah mereka hasilkan. Bahagian ini lah yang biasa nya mereka tidak melaksanakan tugasan seperti yang saya arahkan. Setengah nya tidak mencukupi, setengah nya buat sekadar ada dan tidak kurang juga yang dengan selamba memberitahu tidak buat apa-apa dengan alasan tidak faham dan tidak sempat dan tidak dapat sebarang rujukan.

Mengikut pemerhatian saya dari hasil kerja yang dibuat oleh anak-anak murid saya ini mendapati majoriti mereka sebenar nya tidak menanamkan minat yang mendalam terhadap bidang kursus yang diikuti. Mereka mengikuti bidang kursus ini tanpa memberikan minat yang sepenuh nya. Mereka tidak nampak hala tuju masa hadapan. Mereka sentiasa tertanya-tanya apa mereka akan jadi selepas bergraduan nanti.

Memang benar saya sendiri tidak dapat memberikan jaminan pekerjaan kepada mereka setelah tamat mengikuti kursus. Apa yang sering saya tekan kan kepada mereka ialah mereka perlu mencipta pekerjaan yang boleh mendatangkan sumber pendapatan mereka dengan kemahiran serta kreativiti yang telah diajarkan oleh pensyarah. Yang paling penting mereka mesti menanamkan minat yang mendalam terhadap kursus yang diikuti. Mereka perlu jatuh cinta dan bercinta dengan bidang tersebut. Selagi perasaan ini tidak terbentuk maka agak sukar bagi mereka untuk berjaya dengan cemerlang dalam bidang yang diceburi. Hakikat nya selepas kuliah tamat mereka pulang dan tidak kelihatan untuk mendalami bidang yang diikuti malah menambahkan pengalaman dengan mengunjungi rakan-rakan dari jabatan lain pun tidak kelihatan.Tidak seperti zaman saya dahulu dimana saya mengenali rakan-rakan dari jabatan yang lain yang menghasilkan produk yang berbeza-beza.

Saya menunjukkan beberapa sampel skaf yang saya beli dari China dan beberpa majalah berkaitan batik...bila diajukan soalan mereka tidak pernah melihat dan mengetahui kewujudan majalah tersebut....dan mereka melihat design skaf itu dengan pandangan mata yang kosong.. aduh sedih nya wahai anak murid ku pandanglah dengan mata hati dan mata jiwa.....anda akan menemui makna kehidupan. Saya teringatkan anak-anak saya yang sedang menuntut di IPTA cintailah kursus yang sedang anda ikuti....Ia merupakan suatu cabaran buat saya.

Khabar dari Mekah

Lewat petang semalam saya menerima sms dari saudara kita di Mekah Tuan Haji Mohammad Nasir dan Isteri. Mesej nya ringkas. "Skrg pkl 1.30. tngh bersiap, sok pg akn ke jedah. 18.11. jngka 11.30 pg brtlak blik, sana jam 4.30 ptg, smpi jan 1.30 mlm sabtu. No flight SV 5502."
Kepada sesiapa yang menunggu di KLIA itu lah jadual nya. Kalau ada pindaan akan di hubungi lagi.
Masa berlalu begitu pantas rasa nya baru sahaja mereka berangkat ke tanah suci dan nak kembali semula. Apa pun kita doakan moga mereka selamat kembali ke tanah air dengan haji yang mabrur. Insyaallah saya akan menunggu mereka di KLIA.

Selepas ini giliran kita pula yang belum menunaikan haji. Mulai hari ini tanamkan lah minat dan suburkan lah di dalam hati kita untuk sentiasa menanamkan cita-cita bagi mengunjungi rumah Allah dan menziarahi Rasulullah yang kita cintai. Jika tidak ia seperti anak-anak murid saya yang tidak tahu tujuan masa hadapan. Kabar nya bik Suria kita mendapat giliran perji hj pada tahun 2042 setelah mendaftarkan diri di Tabung Haji. Jenuh nak menunggu....mendaftar lah segera...giliran nya mungkin setelah anda berusia 60 tahun akan datang...

Monday, November 14, 2011

KEMBALI BERTUGAS

Seminggu saya bercuti.Cuti Rehat. Kebetulan ia nya sama dengan sambutan Eidul Adha. Hari ini saya memasuki pejabat agak lewat kerana menunggu rakan pulang dari Melbourne Australia yang ingin meminjam kereta untuk pulang ke kampung di Lumut Perak bagi menziarahi Ibu nya yang sedang sakit tenat. Pengajian nya di peringkat PhD hampir tamat. ikut kontrak biasiswa nya akan tamat pada bulan Mac tahun depan. Ia mengeluh mengenai kos sara hidup yang semakin tinggi di sana. Sebotol air mineral water ialah Aus D 3.00 bersamaan Rm 9.00. Bagi menampung kos sara hidup sekeluarga beliau terpaksa membuat kerja sambilan. Dahulu beliiau pernah menghantar kami sekeluarga ke airport di Pengkalan Cepa sebelum subuh untuk pulang kekampung semasa kematian ibu mertua saya.

SPM Bermula

Hari ini peperiksaan SPM bermula dengan kertas Bahasa Melayu. Muhammad Afiq akan menghadapi ujian akademik ini sehingga selesai. Ia merupakan suatu ujian yang bakal ditempuhi oleh semua remaja yang bersekolah. Ujian ini bagi menilai kebolehan pencapaian akademik setiap warga negara yang bersekolah Malang nya ia menjadi suatu kayu pengukur yang standard bagi menentukan masa hadapan remaja kita samaada layak untuk meneruskan pengajian atau memilih kursus yang bersesuaian dengan minat dan kerjaya mereka. Yang kecundang biasa nya akan mencari jalan hidup masing-masing.

Dalam erti kata lain peperiksaan SPM ini sangat penting. Alam pekerjaan pun memerlukan kelulusan minimum di peringkat ini. Saya tidak pasti bagi pekerja-pekerja warga asing yang bekerja di kilang kilang sekitar Shah Alam adakah pihak kilang menentukan aras kelulusan akademik mereka untuk diterima sebagai pekerja.

Apa pun kita doakan agar Muhammad Afiq dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan betul dan tepat. Ingat dan berdoa kepada Allah SWT memohon dipermudahkan, diberi idea dan ingatan yang baik serta diberi kelapangan hati, yakin dalm menjawab soalan dan Insyaallah akan memperolehi kejayaan yang cemerlang. Sebagi ibu bapa kami sentiasa berdoa dan mengharapkan agar beliau dapat menjawab dengan betul dan memperolehi kejayaan cemerlang. Kejayaan itu bukan untuk keluarga tetapi untuk masa hadapan beliau sendiri.Walaupun ia bukan pra syarat untuk penentu kejayaan dalam hidup tetapi jika kita berjaya dengan cemerlang kita akan mempunyai pilihan bidang kerjaya.

Mengunjungi Rakan Lama

Khamis lepas 10 hb Nov saya sempat menziarahi rakan lama di Hulu Langat Selangor. En Juhari Said. Beliau adalah pelukis sepenuh masa yangberkarya dibengkel dan tanah nya sendiri seluas 4 ekar setengah. Bengkel dan kediaman nya terletak agak jauh dipedalaman Hulu Langat jalan masuk nya bersebelahan dengan Institut Kemahiran Belia Negara Dusun Tua. Suasana nya sangat damai dan tenteram dengan dikelilingi dusun durian yang sedang berbuah serta kebun limau purut dan sedang mengusahakan tanaman Vanilla yang akan mengeluarkan hasil 2- 3 tahun lagi. Sekilo buah Vanilla di pasaran sekarang ialah RM 50.00 kata beliau.

Sepetang bersama nya banyak perkara yang kami bualkan. Dari kesah lama kami di itm tinggal di hostel seroja hingga isu-isu semasa serta perkembangan diri masing-masing. Menjadi pelukis sepenuh masa dan berjaya merupakan suatu perkara yang sangat jarang di capai oleh pelukis -pelukis di negara kita. Kebanyakkan mereka mempunyai kerjaya tetap samaada sebagai pensyarah atau guru. Beliau dikenali sebagai pelukis Seni Cetak didalam dan luar negara. Pameran beliau sering diadakan di galeri-galeri terkenal seperti di Paris Belanda dan jepun. Hasil karya beliau juga dikumpul oleh orang -orang ternama peminat seni dari seluruh dunia.

Sepanjang perbualan kami saya dapati beliau mempunyai Visi dan Misi yang sangat jelas terhadap apa yang beliau akan capai. Mempunyai keyakinan dan semangat yang sentiasa berkobar-kobar tanpa putus asa. Disiplin diri yang tinggi serta ikhlas adalah antara kunci kejayaan beliau. Mempunyai hubungan yang baik dan ramai diantara artis didalam serta diluar negara. Ini lah resepi yang membezakan orang yang berjaya dengan orang yang kurang berjaya seperti kita...maksud saya seperti saya.

Saya perlu mempunyai objektif dan misi yang jelas terhadap apa yang hendak saya capai. Didalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Ia perlu rialistik dan boleh diukur.
Kemudian ia perlu dibuatkan jadual aktiviti iaitu perkara-perkara yang perlu diakukan bagi mencapai objektif kita. Jadual harian ..mingguan..dan bulanan. Kemudian kita perlu berdisiplin untuk mengikuti jadual yang kita rangka bagi menuju objektif yang hendak dicapai. Tapi malang nya kita hanya lakukan sekerat jalan sahaja.....umpama hangat-hangat tahi ayam...betul kata perumpamaan orang tua kita dahulu. Saya perlu mengubah nya....

Sepetang bersama beliau saya pulang dibekalkan beberapa pokok bunga yang eksotik yang tumbuh di laman ladang nya iaitu Halia hutan (Tepus tanah) Helicornia "Sexy pink' dan satu lagi spesis helicornia jugak.. Saya bercadang untuk mengunjungi nya lagi bila ada kesempatan.....

Saturday, November 12, 2011

Seminggu Berlalu Tanpa Catatan

Seminggu berlalu tanpa sebarang catatan. Bagi saya ia merupakan suatu kegagalan yang sangat teruk. Ternyata saya masih tewas oleh keadaan persekitaran dan semangat diri yang sangat rapuh.
Keazaman untuk menulis dalam entry ini saban hari atau paling kurang 3 kali seminggu ternyata gagal dipenuhi sepanjang minggu ini.

Jumaat 4 Nov 2011 Yang Lalu

Hari Graduasi Mohammad Afiq di SMK SS 18 Hebat Shah Alam. Ia merupakan majlis meraikan para pelajar tingkatan 5 yang bakal menamatkan zaman persekolahan selama 11 tahun bermula dari darjah 1 atau seusia 7 tahun. Beliau telah memulakan zaman persekolahan nya di S K Hamzah Machang Kelantan dan bakal menamatkan zaman persekolahan nya di SMK SS18 Hebat ini setelah tamat menduduki peperiksaan SPM yang dijadualkan berkahir pada pertengahan bulan Dis ini.

Tidak ramai ibu bapa yang hadir dalam majlis graduasi ini mungkin ia diadakan pada waktu bekerja namun kemeriahan nya masih tetap dirasai terutama oleh calon-calon yang mengambil skrol graduasi dari guru kelas masing-masing. Sudah pasti yang lebih menggembirakan ialah pelajar-pelajar yang diistiharkan cemerlang dalam peperiksaan percubaan yang lalu. Tahniah kepada yang cemerlang dan Tahniah kepada semua pelajar yang bergraduasi.

Cemerlang akademik bukan lah penentu kepada kecemerlangankerjaya serta sekaligus kecemerlangan dalam kehidupan. Ada banyak lagi fasa -fasa sepanjang kehidupan kita jika ditakdirkan kita berusia panjang. Fasa sekarang hanya fasa dialam persekolahan. Anak-anak akan memasuki fasa yang seterusnya iaitu alam pendidikan tinggi atau alam pekerjaan. Kemudian fasa berumah tangga. Fasa membesarkan anak-anak dan seterus nya fasa sebagai orang tua. Apa pun setiap fasa yang kita lalui mestilah berlandaskan keimanan, kepatuhan kepada suruhan dan ajaran agama kita iaitu Islam sebagai panduan dan pedoman kepada kejayaan didunia dan akhirat.

Ahad 6 November 2011

Allohuakbar...Allohuakbar...Allohuakbar Walillah Hilham...
Kita menyambut Aidul Adha atau Hari Raya Korban bagi tahun 2011.
Kami sekeluarga menyambut nya di rumah sendiri. Bersolat Sunat Aidul Adha di Masjid Negeri Shah ALam. Ramai warga asing yang bersolat disini. Selepas solat mereka bergambar dihadapan dataran masjid mengabadikan kenangan.

Kita doakan agar semua umat islam yang sedang mengerjakan haji di tanah suci termasuk Saudara kita En Muhammad Nasir dan isteri memperoleh haji yang Mabrur. Amin. Sama-sama lah kita menghayati kebesaran dan hikmah disebalik berbagai peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS dalam kehidupan kita. Nahar dan isteri sertaadik beradik nya berkunjung ke rumah saya dengan membawa kurma serta kismis kiriman dari Mekah. Petang Halimi dan sekeluarga berkunjung ke rumah kami dengan membawa daging korban. Terasa juga kemeriahan nya.

Thursday, November 3, 2011

Perlu nya Ber Adab

Assalamualaikum

Petang semalam saya dikunjungi saorang calon PhD dari Universiti Sydney Australia. Tujuan nya untuk menemuramah dan mendapatkan maklumat mengenai batik dan penggunaan teknologi komputer didalam pengajaran dan pembelajaran subjek Budaya Melayu.

Calon tersebut saorang lelaki Melayu berperwatakan baik. Pertemuan petang itu sudah disusuli dengan panggilan telefon pada tengahari dan dipersetujui waktunya sekitar jam 2 45 petang. Kebetulan sesampai sahaja saya dipintu hadapan ofis calon tersebut baru sampai dan sedang berlegar-legar mencari bilik saya. Terus dia menyapa dan saya mempelawa nya masuk kedalam pejabat saya.

Saya menjemput nya duduk dihadapan meja. Beliau terus mengeluarkan kertas maklumat soal selidik dan menyerahkan kepada saya sambil memberitahu maksud kehadiran nya. Aduh terdetik hati saya...ish budak ni kalau ia pun bertanyalah khabar dulu...berilah saya sedikit ruang untuk bernafas dan duduk dengan selesa sebelum menjawab soalan yang dikemukakan..

Saya tidak menjawab pertanyaan yang dikemukakan kepada saya mengenai maklumat yang dikehendaki sebalik nya saya duduk dengan mencari keselesaan terlebih dahulu dan bertanyakan beliau bila kembali ke tanah air dan bertanyakan tempat beliau bertugas sebelum melanjutkan pelajaran. Beliau terdiam seketika dan mengendurkan keadaan. Sebelum ini saya lihat beliau sangat agresif dan menunjukkan kegairahan nya sebagai calon PhD dan dalam keadaan situasi yang mendesak.

Wahai anak muda walaupun dihadapan mu bukan saorang lulusan PhD (insyaallah suatu hari nanti) tetapi ada ilmu dan maklumat yang kamu perlukan, maka bertertiblah kamu untuk mendapatkan nya. Bina lah kepercayaan dan wujudkan lah suasana yang selesa diantara pemberi maklumat agar diskusi yang hendak diadakan berjalan dengan suasana harmoni dan baik.

Inilah kurang nya anak muda sekarang. Mereka perlu pandai membuka bicara, mempunyai rasa hormat menghormati, ada rasa rendah diri dalam ertikata nya melihat pengalaman diri yang masih kurang dibandingkan dengan orang yang lebih lama pengalaman walaupun kelulusan nya tidak sehebat kita. Adab menuntut ilmu ini perlu dipelajari dan dihayati serta di praktikkan terutama kepada anak-anak muda. kebolehan ini dipanggil "soft skill".

Di alam pekerjaan pun kebolehan soft skill ini menjadi penilaian kepada majikan untuk menerima kita sebagai pekerja disamping keterampilan diri dan kelulusan yang diperolehi. Kita tidak bekerja dengan menunjukkan kelulusan kita saban hari sebalik nya kita bekerja dengan perasaan, pengetahuan ,pengalaman, berkomunikasi dengan baik, komitmen yang tinggi, daya pujuk yang baik, dapat menyelesaikan masalah, dapat memberi keuntungan yang tinggi dan sebagai nya.

Sebab itu lah kita perlu beradab supaya kita dilihat mempunyai adab dan mengelakkan daripada bersikap biadab. Dan ia akan lebih menyenangkan kita bila berkomunikasi waima dengan orang yang tidak kita kenali sekalipun.

Pertemuan kami petang itu diakhiri dengan ucapan terima kasih dan seutas key chain menjadi cenderahati berlambangkan Australia. Made in China....
Saya mendoakan semoga beliau berjaya menamatkan pengajian nya dan bergelar Dr satu hari nanti Amin. Maaf hingga entry ini di tulis saya lupa nama nya.......

Wednesday, November 2, 2011

Kiriman dari Mekah

Semalam waktu pulang untuk makan tengahari terdapat sebuah bungkusan terletak didepan pintu rumah. Kelihatan nya seperti botol air yang agak besar didalam balutan plastik.
Setelah diteliti ianya memang sah botol plastik yang besar berisi air. Plastik nya mempunyai tulisan Arab dan alamat nya kepada saya Tertera nama pengirim nya ialah Mohammad Nasir. Sah ia adalah air zam-zam yang dikirimkan dari Makah 5 hari yang lalu.

Alhamdulillah air zam-zam kiriman dari KTS telah selamat diterima sebelum sambutan Hari Raya Aidil Adha. Insyaallah sesiapa yang datang berhari raya ke rumah nanti boleh dijamu dengan air zam-zam tersebut. Jemput lah datang ke rumah. Terima kasih KTS atas kiriman tersebut.Pasti nya sekarang mekah sudah semakin sesak. Masjidil Haram sudah pasti penuh dengan jutaan manusia. Cabaran KTS di sana juga makin bertambah. Semoga KTS dan isteri sentiasa dipermudahkan Allah.

Aidil Adha tahun ini kami sambut di Shah Alam sahaja. Biasa nya Aidil Adha tidak semeriah Aidil Fitri. Setelah solat hari raya tidak ada aktiviti ziarah menziarahi seperti mana Aidil Afitri. Kami masih belum merancang untuk kemana-mana walaupun ada satu hari tambahan cuti iaitu hari Isnin.

Walauapa pun Sambutan Aidil Adha perlu dihayati. Ia merupakan hari yang penuh dengan pengorbanan. Lambang ketaatan kepada Allah subhanahu Wataala. Kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada yang maha Esa. Kita perlu membaca sirah para nabi dan rasul untuk mendapatkan panduan dan pedoman hidup. Insyaallah saya sedang mencari kitab yang sesuai untuk dibaca.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification