"Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?" (Surah Al-Rahman ayat 36)
Catitan ini ku tulis selepas kembali nya saya dari mengerjakan Umrah dan Ziarah. 17 -29 Dis 2009 1muharram 1431H - 11 Muharram 1431 H. Perasaan bersyukur teramat sangat ku panjatkan kepada Allah SWT kerana telah memberi kesempatan menunaikan Umrah dan Ziarah dengan diberikan Tufik dan hidayah yang tidak terhingga sehingga hati kami begitu berat dan masih merindukan rumah mu Baitullah. Namun tuntutan terhadap urusan dunia ini juga merupakan satu tanggungjawab yang wajib diuruskan sehingga akhir hayat dan kami kembali semula ke bumi machang ini untuk melaksanakannya.
Catitan ini juga ku tulis bagi menggambarkan perasaan kami dan sebagai motivasi kepada mereka yang belum pernah menjejak kaki ke bumi para ambia ini. Dan catitan ini hanyalah catitan peribadi dari saorang hamba nya yang daif dan dungu tentang Agama dan sering membuat dosa dan menzalimi diri sendiri dengan pengetahuan yang sangat terhad dan cetek terhadap agama Islam itu sendiri.Astaghfirullah, Subhanallah, Alhamdulillah.
Mengapa Umrah?. ...tidak Haji?...
Ini soalan pertama yang sering ditanyakan kepada ku...Jawapannya mudah. Haji itu wajib tetapi dalam keadaan sekarang kita perlu tunggu giliran dan giliran ku masih belum sampai. Umrah juga wajib bagi yang sudah berkemampuan dan boleh dilakukan bila-bila masa. Sebenarnya keinginan untuk mengerjakan Umrah telah lama terpendam.Sejak tiga tahun dahulu sebaik sahaja aku dinaikkan pangkat kepada Pensyarah Kanan. Namun jemputan nya tiba hanya dalam 2 bulan sebelum berangkat dimana hati ini telah nekad untuk tidak mahu memikirkan sebarang urusan yang boleh membantutkan rancangan dan cuba mencari ketenangan yang abadi kerna makin lama ditangguhkan hati ini makin resah, gundah dan semakin banyak perkara-perkara yang tidak menyenangkan hati yang ku hadapi. Sedangkan sebelum itu terlalu banyak perkara yang perlu dibuat dan difikirkan sebelum betul-betul berani membuat keputusan untuk meningalkan segala hal urusan dunia, keluarga kerjaya dan sebagai nya.
Subhanallah.........
Sebulan lagi nak berangkat perasaan yang berbagai-bagai ku rasai. Takut dengan pelbagai balasan keatas dosa-dosa yang telah dilakukan, masih tidak hafal doa-doa yang panjang dan banyak ....ditambah pula dengan berbagai syarat peraturan yang perlu diikuti jika dilanggar akan menyebabkan ibadat kita terbatal malah boleh di kenakan dam....walaupun membuat Umrah...Masyaallah....Lalu bertanyalah kepada ustaz-ustaz yang ada di kampus ini mencari tip-tip dan panduan disamping mencari kekuatan rohani....dan sedikit keimanan...yang memang senipis kulit bawang pun barangkali tak ku punyai....Akhir nya Ustaz kata disitu bukan tempat pembalasan tetapi tempat untuk kita menyucikan jiwa..Insyaallah pohon kemudahan dan petunjuk sebelum pergi berangkat....Bangun malam buat sembahyang taubat... tahajud...dan hajat.....Dan itu lah yang aku praktikkan saban malam disamping sebenarnya itulah latihan awal sebelum kita ke Tanah Suci......
Aku dan isteri berangkat ke KLIA dari Airport Pengkalan Cepa dalam hujan gerimis selepas subuh 17 Dis 2009 dan tiba di KLIA jam 9 30 pagi. Emmi sudah menunggu di sana lalu masih ada urusan dunia lagi yang belum diselesaikan. Terus menuju ke Bangunan Canselori UiTM Shah Alam untuk sesi penggambaran bagi penyelidik-penyelidik UiTM (Nampak nya nama ku sudah tersenarai sebagai salah saorang penyelidik di Universiti ini). Ia bagi dimasukkan dalam profil buku penyelidikan Universiti. Sesi Fotografi tamat jam 11.30 terus ke rumah emi untuk bersiap ke KLIA kerana perlu berkumpul pada jam 1 petang.
Jam 4 30 petang kami terbang dengan Saudi Air ke Jeddah....penerbangan mengambil masa lebih 8 jam. Rombongan kami dianggotai seramai 200 lebih orang jemaah atau 5 bas. Kami transit di bahrain namun tidak turun sebelum meneruskan perjalanan ke Airport Jeddah dan tiba disana sekitar jam 7.30 malam. 17 dis 2009 1 Muharram 1431 H. Kami menyambut tahun baru Hijrah tahun ini di bumi para ambia. Semoga sambutan Maal Hijrah ini menjadi titik tolak mengubah sempadan keimanan kami. Amin...
Di airport Jeddah dugaan pertama yang kami tempuhi.... (sambungan bahagian 2).
Wednesday, December 30, 2009
TRAVELOG UMRAH DAN ZIARAH
4:27 PM
DANURI SAKIJAN
No comments
0 comments:
Post a Comment