Thursday, December 31, 2009

CABARAN PERTAMA

Sebenarnya hampir saban masa semenjak pertengahan tahun ini aku sentiasa berdoa kepada Allah supaya dibukakan hati ku, memberi jemputan kepada ku untuk mengunjungi Makkah dan diberi peluang beramal ibadat di hadapan Kaabah. Semakin dekat waktu keberangkatan semakin gairah aku rasai...tak sabar rasanya nak berangkat......disamping ada juga perasaan takut dan gelisah masih silih berganti....

Lantaran turun sahaja dari tangga kapal terbang Saudi Air yang besar itu aku secara rasminya telah menjejaki bumi Arab ini. Bumi para Rasul dan Nabi, para Ambia dan Syuhada yang mengembang dan gugur mempertahankan Agama Islam sehingga kita dapat menikmati nya sekarang dengan aman. Subhanallah......
Berbaris untuk melepasi Imigresen..Tak pernah ku bayangkan kami terpaksa berbaris yang tidak panjang sekitar 20 orang sahaja dihadapan ku untuk satu-satu barisan tetapi telah mengambil masa sekitar 3 jam....menunggu giliran ku untuk dicop pengesahan kemasukan kami ke Arab Saudi. Ramai yang mengeloh namun bagi kebanyakkan orang ini adalah perkara yang biasa malah agak cepat kerana biasa nya mengambil masa yang lebih lama. Dan mereka yang telah biasa mengatakan inilah cabaran pertama menuntut kesabaran diri yang tinggi apabila masuk ke bumi Arab ini. Kadangkala semasa Umrah bulan Ramadhan pernah berlaku mendarat jam 4 petang dan boleh masuk melepasi imigresen jam 7 pagi esok hari......dan ada yang pengsan kerana menunggu terlalu lama.......Mengikut pemerhatian ku pegawai imigresen ini keseluruhannya bekerja sambil lewa...tidak serius dan dedikasi dan banyak berbual sesama sendiri dan meninggalkan kaunter sesuka hati.......dan kita yang nak berurusan terpaksa lah mendiamkan diri dan melihat sahaja gelagat mereka yang mana rata-rata mereka ini masih muda muda belaka. Dengan ertikata lain mereka menganggap kita ini dengan apa cara sekalipun tetap memerlukan mereka.....untuk memasuki bumi Arab....Wallahualam.

Sekitar jam 11 malam waktu tempatan kami bertolak menaiki bus ke Taif..dengan diketuai oleh Mutawif yang dilantik oleh Syarikat yang menguruskan pakej kami - Andalusia. Selepas sejam perjalanan kami berhenti di R&R untuk berehat dan makan sebelum meneruskan perjalanan ke Taif. Kami tiba di Taif sekitar jam 5 pagi dan memasuki Hotel GRAND BAHADUR AL-HADA dan diminta untuk meneruskan perjalanan semula pada jam 8 pagi. Ramai jemaah yang komplen kerana waktu yang diberi terlalu singkat maka akhir nya kami keluar dari hotel tersebut pada jam 10.30 pagi. selepas mandi solat subuh dan bersarapan namun kami tak dapat melelapkan mata pun.

Perjalanan kami diteruskan untuk ke Makkah namun sebelum sampai di Makkah kami melawat dahulu sekitar bandar Taif dan tempat-tempat bersejarah yang ada kaitan dengan Baginda Rasullullah SAW. Taif merupakan negeri atau wilayah dimana Nabi Mohammad SAW junjungan kita disusu dan dibesarkan. Diantara wilayah di Arab Saudi Negeri Taif ini merupakan yang paling subur dimana banyak aktiviti pertanian dijalankan seperti penanaman sayur, anggur dan delima. Kami sempat bersembahyang Jumaat di Masjid Abdullah Bin Al Abbas RA. Sahabat nabi yang banyak menulis hadis dan dimakam kan disitu . Dan dibawah pohon yang paling rendang diluar masjid tersebut terletaknya 12 orang sahabat Nabi yang wafat dan dikuburkan disitu.

Kami juga sempat melawat sebuah Muzium lama yang menyimpan pelbagai khazanah peralatan harian, senjata dan pakaian tamadun Arab zaman dahulu di Taif disamping dihidangkan dengan makanan nasi mandi-Nasi yang diletakkan dalam talam dengan lauk dan ulam persis nasi ambeng di tempat kita.Satu talam dimakan oleh 5 orang kami pun susah untuk di habiskan. Bagi orang Arab ia dimakan seramai 2 orang sahaja.

Perjalanan diteruskan ke kota Makkah dan dijangka tiba pada jam 7 malam. Di pertengahan jalan kami akan berhenti untuk Miqat atau berniat Ihram di satu tempat yang bernama Qarnul Al -Manazil. dan kami tiba disitu selepas Asar untuk menukar pakaian IHRAM.

Maka bermula lah episod baru dalam diri ku sebagai Muslim yang buat pertama kali memakai Ihram secara rasmi disini...perjalanan ke Makkah masih jauh lebih kurang 3 jam perjalanan lagi...Sebaik sahaja kami memakai Ihram dan menaiki bas kami berniat Ihram dan mula bertalbiah kerana kita diminta untuk bertalbiah sepanjang perjalanan ke Makkatul Mukarromah.....Aku bertalbiah mengikut arahan Mutawif......selepas 10 minit bertalbiah keadaan kembali senyap....ramai yang tidur dan ada yang meneruskan bertalbiah sendiri-sendiri termasuk aku antara lena dan jaga.........antara talbiah dan mimpi.......Labbaikalloh Humma Labbaik..Labbaikala Sarikala-kala baik Innal Hamda Wan nik mata Lakawalmulk La sarikalak....

Memasuki kota Mekah .....(sambungan)

2 comments:

suria said...

Subhanallah..Apa lagi yang kita cari dalam hidup ini kalau bukan keredhaan Allah..Tapi sebagai manusia biasa yang imannya senipis kilit bawang atau mungkin lebih rapuh dari itu, tuntutan dunia menjadi keutamaan..bersyukurlah kepada yang diberi petunjuk...
Mampukah aku melaksanakannya? Kenapa nurani dan zahir ini terlalu berat istiqamamahnya untuk patuh dan sujud kepada-Mu, ...

salbiah said...

best gak bce pengalaman2 cani.. sambung lg paman... =)

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification