Wednesday, December 23, 2009

melaka bandaraya bersejarah

segalanya terjadi tanpa dirancang. memang kebiasaan kami akan bercuti pada akhir tahun. waktu itu cuti sekolah yang panjang dan ahli keluarga juga balik kerana cuti semester. sally tahun ini tamat pengajian; juga akan cuti panjang. nahar sebelum bekeluarga inilah waktu yg beliau dapat bersama adek beradek. waktu sebenarnya semakin pendek sedangkan tempat yg sesuai belum dimuktamadkan. tahun lepas kami ke langkawi, naik cabel car di gunong mt. cincang. tahun-tahun sebelum itu semasa aku di tk. intan kami sering bercuti di pulau pangkor. memandangkan makan agak susuh, kini tempat itu tidak lagi menjadi pilihan pertama.

minggu lepas aku telah mendapat arahan menjalankan tugas di melaka. tarikhnya pada 21 hb disember. oleh kerana aku tidak biasa dgn bandar melaka dan perlu berada pagi di sana maka aku merancang utk bermalam sehari sebelum. kawan yg tinggal di melaka telah ku minta bantuannya bagi mendapatkan penginapan. malangnya banyak hotel dan resort telah ditempah awal sehingga lepas krismas. mujurlah nahar telah berjaya mendapatkan hotel. dari situlah percutian akhir tahun keluarga ku dapat dilaksanakan.

mulanya kami membayangkan bandar melaka seperti bandar-bandar lain di negara kita. sebenarnya ia berbeza. pelancungan adalah produk melaka. kerana itulah apabila aku menjalankan tugas, keluarga yg turut serta telah melawat tempat-tempat bersejarah dan tempat-tempat pelancungan. begitu banyak tempat yg disediakan sehingga lewat petang masih ada yg belum dijejaki. sebelah malam setelah mandi kami sempat menyusuri sg melaka menaiki bot, kata mereka venice timur. suasana malam sangat mengasyikkan dgn lampu-lampu disepanjang tebing terutamanya rumah-rumah di kg. morten. tapi benarlah kata ramai orang, suasananya berjaya diceriakan; tetapi bau air sg. yg kurang menyenangkan masih gagal diatasi. kata nahar, sg. kallang lebih teruk dari itu telah dapat di jernihkan begitu juga dgn sg di korea. sepatutnya sg melaka bersih dan jernih kerana ianya produk pelancungan. wajarkah kita menjual produk yg berbau kurang menyenangkan!

sebagai warga yg patriotik, aku sayang negara ini. tetapi nampaknya masih ramai rakyat yg memandang dingin kepada pembangunan jatidiri. lainlah kalau kau pendatang. matlamat keberadaan kau hanyalah mengumpul dana sebelum kau larikan ke negara kau. dinegara lain yg menjadikan pelancungan sebagai produk negara, rakyatnya mempunyai kesedaran tinggi utk turut menjaga persekitaran dan suasana. mereka akan turut sama menjaga kebersihan kawasan dgn mempastikan sampah dan bahan kotoran tidak dibuang merata. tetapi disini tong sampah hanya hiasan semata.

sebagai bandar tua dan bersejarah, melaka banyak musium. musium samudra, tentera laut, kastam dan berbagai lagi. bandar yg telah lama wujud memang mempunyai banyak peninggalan. dimana lagi kalau tidak dilonggok di musium. aku memang sentiasa menghargai sejarah silam dan sesiapa yg tahan mengikut aku akan bertambah pengetahuannya dalam memahami salasilah negarabangsa. aku gemar berziarah ke musium. tapi sayang, ada beberapa musium pintunya telah terkunci! memanglah mengurus musium memerlukan dana, dan peminatnya dalam negera yg sedang pesat mengejar meterial amatlah kurang. kerana itu agaknya ia telah ditutup. mungkin sementara waktu.. tetapi sayang sekali aku tidak dapat menikmatinya pada kesempatan ini.

didalam ilmu sosiologi kehendak manusia telah di bentuk secara piramid. manusia akan memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum berupaya memenuhi keperluan yg lebih tinggi. orang-orang akan memenuhi keperluan makan minum dan tempat tinggal terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan rohani dan kejiwaan seperti seni, sastera dan renungan. kerana itulah kita kurang menghargai arts, tetapi menggemari artis kerana artis dipromosi secara kasar dan gosip. kerana itulah kita tidak menggemari musium dan tidak menjaga taman kerana jiwa kita belum cukup halus bagi memahami sesuatu yg seni dan keindahan. benarlah melaka telah mengesahkan kita bangsa bertamadun, tetapi dapatkah kita mempertahankannya. nampaknya kita seperti berada di pentas sandiwara.

kami balik semalam dgn fikiran berbagai. kagum dgn pembangunan pesat bandar melaka dan kesungguhan pemerentahnya. kesal kerana banyak musium tutup pintu. sedih kerana taman mini asean terbiar rumah-rumahnya yg dalam beberapa tahun lagi akan memudahkan produser pilem hantu dan seram membuat penggambaran dan terharu kerana layanan baik sahabat yg telah lama tidak bertemu.

disepanjang jalan balik aku terlena, memimpikan hang tuah lima beradek, taming sari dan puteri hang lee po. tahun hadapan kemana kita ye...



klg.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification