Sunday, November 28, 2010

sendirian & basikal

assalamualaikum

bismillah-irrahman-irahim
selawat dan salam buat Rasullulah saw

hai..
hari ini ana sendirian lagi. hari ke-2. istri dan anak-anak ke cameron highland. makan angin sempena cuti sekolah. memang beberapa minggu lepas setelah balik dari pd, bibik kalian kata bila lak nak ketempat sejuk. tahulah ana maksudnya kebukit, bukan luar negeri seperti usa atau cina. apabila nahar menyatakan ada seminar 2 hari di cameron pada hujung minggu, mata maknya terbuka, dan menjadi terbuka lebar bila turut mempelawa supaya ikut sama. farah dan saly, apalagi; melompatlah. sayang sekali ana tidak dapat ikut kerana ada beberapa program yg urgent pada minggu hadapan. tidak banyak masa yg boleh dienjoy. mereka pun berangkat pada pagi jumaat.
mulanya istri agak berat utk meninggalkan ana sendirian. macamana nak makan, sapa nak masak dsb. tetapi ana katakan, jangan risau; ada quarker oat dan roti gardenia sudah cukup. tetapi bila ana balik petang itu, ana dapati ada satu tong kueh penuh dgn keropok. dua hari ini itulah yg ana pepah semasa menonton tv. telah ana katakan bulan ini ana akan cuba mengawal makan utk menurunkan kadar gula ana. inilah ujian pertamanya. selain itu ana juga perlu excercise dgn lebih giat lagi.
sendirian sebenarnya tidak asing dalam kehidupan ana. semasa mula bertukar ke hulu selangor dulu, ana duduk sendiri di quarters hampir 1/2 tahun. masa itu nahar nak ambil preksa. selesai kan dulu baru menyusul. kemudian bila berkerja di tk. intan hampir tiga tahun, ana juga duduk sendiri dirumah sewa. hujung minggu baru balik. apalah sangat selama 2 hari sendiri. tetapi mengingat permainan semasa hari keluarga di pd yg bersejarah itu, ana dapati sukar sekali bagi ana utk hidup sendiri. betapa tidak, ular yg ana lukis begitu erat melilit pokok. kata suria ini menunjukkan ana sangat bergantung kepada istri! ana sudah lupa ular yg dilukis nuri. tetapi beliau juga akan hidup bergelandangan sendiri mulai bulan hadapan di shah alam. mujurlah membuat oat dan mengoreng telor tidak sukar, kalau tidak sudah pasti ana kebulur.
balik dari klinik semalam, ana terus kekedai basikal. oleh kerana bacaan gula yg telah menurun hasil dari excersise, maka doktor menasihatkan ana supaya bersenam dgn lebih intensif. beliau merupakan seorang cyclist. jadi tidak hairan kalau ia menggalakkan ana supaya berkayuh. ana bercadang menggunakan basikal bodo, tetapi kurang sesuai. ruang rumah terhad. ana ada cuba dgn basikal farah, basikal berusia 20 tahun. round keliling taman 3 kali. ok gak. kalau guna basikal yg ada gear, mungkin boleh pergi lebih jauh dan lebih selesa. tetapi sayang sekali basikal racing emi telah hilang selepas kenduri nahar tempohari. kalau tak boleh gak dibetulkan. harapnya janganlah emi tuntut gantirugi, bukan salah ana pun. kena curi. salahkan lah pencuri.
dikedai basikal, habis semua basikal ana belek. dari yg murah hingga yg paling mahal. kedai itu bukan canggih sangat, basikal yg dijual dari jenis biasa sahaja. tiada mountain bike dan basikal racing. tetapi ada gak yg agak pelik dgn tayar besar macam tayar moto. yg ana berkenan adalah yg paling mahal. dekat 1/2k. kecil saja basikal tu tetapi ringan kerana dibuat dari aloy dan gearnya model terkini. rasanya macam nak sambar, apakan daya datang dgn kereta; tidak boleh bawa balik. petang semalam semasa mengira duit utk tujuan itu, ana tanya pandangan saly. dia enginear mungkin ada maklumat lebih baik.
ana punya sikap tidak sabar dan tergesa-gesa. sejak baca buku psycho, ana telah mula belajar utk bertenang. lagi pun ana dah tua, tak kan nak mengikut nafsu ammarah semata. berusahalah utk meningkat ke lawwamah. kemudian barulah ke mutmainnah. itupun kalau ada umur. salah satu cara utk delay adalah mendapatkan pandangan orang lain. sebaiknya yg ahli/ ada ilmu dalam bidang tersebut. Rasulullah saw juga mengikut sahabat yg faham tanaman apabila hendak menanam kurma. ini contoh tauladan. kalau sebelum ini, ana banyak membeli barang berdasar kan keinginan/ nafsu, akhirnya tidak diguna atau diguna separoh jalan dan membazir sahaja. ana suka membeli wallet tetapi banyak wallet ana telah diguna oleh anak-anak. masih cantik lagi dan nampak elegant pula. sedangkan semasa ana guna dulu nampak out-of-date. masakan basikal yg nak ana beli berakhir seperti itu juga. farah jangan senyum!
saly kata agak mahal kalau basikal biasa. ana kata tidaklah biasa sangat, adalah ciri-ciri moden juga. rasanya sesuai dgn status pengurus. akhirnya dia setuju kalau ana beli tapi tunggu dia balik utk hantar kekedai tersebut. petang semalam ana rasa macam nak jalan kaki utk mendapatkan basikal tersebut. menjelang petang hujan turun. sejuk. keinginan walau masih membara, telah dapat diredakan. hari ini ahad, kedai tutup. terpaksalah ana bertenang. ini pun ana telah merancang utk balik cepat pada esok hari dan ajak saly kekedai basikal.
nampaknya ana masih belum banyak berubah. masih tak sabar dan tergesa-gesa. ana hanya dapat bersabar satu hari sahaja. masih banyak lagi yg ana perlu lakukan bagi mengatasinya. mujahadah dan tingkatkan kesedaran kendiri. ironinya ana dapati keluarga analah yg sangat sabar. sejak ke cameron tidak pun menghubungi ana. bibik kalian yg mulanya sedih nak meninggalkan ana, lagilah tak dengar suara. ana makan keropok dua hari ini pon tak di indahkan. memang dunia diciptakan begitu, supaya apabila kita sendirian didalam kubur, kita tidak akan bersedih kerana ditinggalkan.

wassalam.
klg.ahad sepi.

Saturday, November 27, 2010

aduhai... makanan.

assalamualaikum

bismillah-irahman-irahim.
selawat dan salam buat Rasulullah saw

setiap yg hidup memerlukan makanan. bekerja, berusaha yg kita lakukan adalah bagi memenuhi keperluan makanan. malah keperluan utama manusia 3. makan, pakai, perlindungan/ shalter. kemudian baru pelajaran atau barang mewah. selama ini kita makan apa yg disuguhi oleh orang tua kita. pisang, ubi rebus, batang keladi, gandul, gori, beton, gaplek, iwak sepat dan nasi. dengannya kita membesar. kemudian setelah kita berkemampuan dan memasuki era kemodenan; kita kenal kentuckey, mc-D, tong yam, see fot, tempura, burger, nugget, budu, kembung goreng tepung dipantai marang dll yg dulu tak pernah kita jamah. usah terperanjat, akan datang korang bakal mengenali makanan ini:- oat + air panas. makanan yg paling tidak sedap kerana anyep [ tiada gula, garam apalagi msg].
pengetahuan ana tentang makanan selama ini sangat terbatas. makan kerana lapar. makan utk dapatkan tenaga. makan utk membesar. semasa ana kanak-kanak ada kawan yg fizikalnya bengel je, rupanya baik sikit dari mereka yg kebuluran di Afrika. tapi perangai degil. setelah besar jumpa semula, masyallah, besar tinggi. mungkin masa kecik tak cukup zat sebab keluarga susah. itulah makanan yg ana tahu. utk kenyang, utk tenaga dan membesar. tanpa kita sedari bahawa makanan yg dimakan boleh mendatangkan mudarat jika tidak diurus dgn betul sewajarnya.
apa-apa pun dalam hidup kita perlu menguruskan dgn betul. manage properly. tidur dan jaga, perlu urus betul. 8 jam tidur, 8 jam kerja, 8 jam rehat, riadah, bermasyrakat, hobi, keagamaan. jangan asyik tidur saja sepanjang hari, sepanjang malam pula berjaga. itu kehidupan burung jampok/ burung hantu. manusia ada norma tertentu. lagi pula malam penuh dgn perkara buruk. pencurian, maksiat dan hantu juga keluar malam. emosi juga perlu diurus baik. jangan terlalu di ikutkan, ini dipanggil emosional. jangan pula langsung tiada emo, ini boleh jadi sadis.org yg tega membunuh adalah jenis ini. tetapi yg membunuh diri jenis emosional. agama juga perlu diurus sewajarnya. jangan terlalu extreme. memang kita resah melihat sekeliling. maksiat tidak terbendung. ana dapati kehidupan beragama tidak kompleks. yg penting Allah swt jangan di sekutukan dgn apapun. kalau ada salah/silap istighfar. kepada manusia jangan buat salah besar. kot-kot kita minta maaf, dia tidak maafkan. Allah juga tak maafkan. selain itu ikut hukum yg 3 iaitu, halal ambil, haram tinggalkan dan mubah. selalunya ana sangat marah geram dan sedih kerana agama dipermainkan. sebenarnya ini emosi dan nafsu. nafsu paling bawah = amarrah, manakala yg tenang adalah nafsu mutmainnah. ini ada dinyatakan dalam al-quran. mengapa org alim tetap tenang dalam apa juga keadaan, ini disebabkan beliau telah menguasai nafsunya ketahap yg tinggi. dan ini perlu latihan dimana latihan pertama adalah meleburkan marah dan belajar utk tersenyum.
setelah perkara yg terjadi kepada ana kini, baru ana sedar bahawa selama ini ana tidak mengurus makanan ana dengan betul. baru ana sedar bahawa nafsu amarrah terhadap makan jangan diturutkan. ana patut lebih tenang dalam makan. ukuran sedap bukan ukuran tepat. ukuran yg diberi oleh Rasulullah saw lebih tepat, makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang. selain itu makanlah bahan yg fresh/ segar dan murni. bukan bahan yg telah di awet atau ditambah bahan kimia. ana sering terpedaya dgn iklan dan rasa. chiken wing sejuk beku memang senang disedia dan sangat menyelerakan, tetapi sebenarnya tebal dgn pengawet, msg, pewarna dan gula.
dalam satu rencana yg ana baca mengenai makanan dinyatakan perkara berikut:
i. jika makan sate.... waw makanan kegemaran ana tu... janan lupa makan timun. makan sate bersama karbon selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen, yg boleh mendatangkan barah! manakala timun adalah anti-karsinogen.
ii. jika makan sebungkus mee segera spt maggie ke indon megie ke, pastikan jangan makan lagi selama 3 hari. ini disebabkan wax/ lilin yg disalut kepada mee berkenaan dalam proses pembuatannya boleh menyebabkan barah. lebih baik elakkan. terutama oleh student yg duduk sendiri.
iii. bagi mengurangkan kolestrol, makanlah kacang soya, kuaci, epal, mangga, kismis dan oat. kuaci juga ada zat besi yg baik utk darah. bagi pengidap darah tinggi seperti ana, lebih baik guna minyak bunga matahari.
lihatlah betapa lemahnya pengetahuan ana terhadap pemakanan. banyak sekali pantang larang yg telah ana langgar selama ini. sate, maggie dan makan segera telah memusnahkan kenikmatan hidup ana. kini makanan yg selama ini menjadi sahabat telah menjadi musuh. ana tidak boleh menyalami mereka lagi. malah ana akan membencinya. bagaimana perasaan kalian kalau terpaksa membenci seseorang yg kita sukai dan sayangi. kesakitan dan putus asa. aduhai... makanan.
pagi ini ana ke klinik. bagi bulan november. berita baik! bacaan gula turun. dari 12.6 bulan lalu kepada 9.4 memang sebulan ini ana control makan dan bersenam. dalam beberapa entry terdahulu telah ana ceritakan mengenai jogging dipantai dan dirumah. kali ini ana nak mengawal makan secara bersungguh-sungguh. itulah tadi yg ana katakan oat dan makanan segar. peralatan makan ana sekarang telah bertukar dari beras, periok dan belanga kepada oat dan heater buat air panas. senanglah bibik korang, tak payah nak masak nasi lain dan buat sayur bening. apa yg dapat ana katakan ada lah makanan yg tidak sedap! oleh itu, jagalah makanan korang dari sekarang. timbulkan minat buat mengetahui kaedah pemakanan yg betul dan sehat melalui pembacaan. kalian pasti akan tua seperti ana, tetapi kalian pasti tidak mahu makan oat anyep seperti ana.... aduhai.
wassalam.

klg. malam burung jampok.

Thursday, November 25, 2010

CATATAN PENGEMBARA





Assalamualaikum Semoga kita sentisa di rahmati Allah SWT. Solawat dan Salam kepada Nabi Muhammad SAW nabi besar junjungan kita.
Lawatan saya ke Cengdu China pada 9 - 15 nov 2010 merupakan lawatan akhir musim Autumn.
Cuaca dingin dan sangat menyegarkan. Di beberapa hari dalam minggu tersebut ada waktu nya angin bertiup dan sejuk nya terasa hingga kebas telinga dan kering bibir. Ini merupakan lawatan kali ke 3 ke sana dan kali ke empat ke China pada tahun ini. Secara tak langsung negara ini dah agak serasi dengan saya meskipun masih menghadapi masalah komunikasi dengan warga nya.

Di kebanyakkan kedai kecil dan gedung perniagaan mewah dan sederhana rata-rata menjual pakaian untuk musim sejuk. Coat berbulu dan tidak berbulu, sweater, jaket kulit dan kasut boot tinggi hingga ke lutut dijual merata-rata tempat. Hingga ke pasar malam dari harga yang murah hingga ke harga yang mahal. Barang-barang tersebut tidak lah saya beli kerana saya bukan bermastautin di negara empat musim tersebut. Dan tinggal dinegara kita tak memerlukan pakaian jenis tersebut. Kalau ke Cameron highland pun paling lama hanya bermalam selama 2 malam dan kesejukan nya tidak memerlukan pakaian tambahan.

Berjalan-jalan diwaktu pagi menyelusuri kaki lima kedai dan lorong-lorong sangat mengasyikkan. Dengan suasana hiruk pikuk keenderaan terutama bunyi horn dan kesesakan orang ramai menuju haluan masing-masing tidak mengganggu keselesaan kita menghirup udara segar dan dingin. Dengan kebersihan kaki lima yang dijaga dengan sempurna, tidak ada salakan anjing dan aroma asap cholok yang perlu kita hidu. Pohon-pohon maple dan pohon biloba yang banyak ditanam dikaki lima serta lorong-jalan telah bertukar warna daun dari hijau ke warna kuning dan choklet keemasan memberi suasana yang sangat menawan dan romantik. Berjalan hampir sejam tak terasa penat dan tidak mengeluarkan peluh.

Kebanyakkan kedai dan gedung pasaraya dibuka agak awal pada musim ini iaitu sekitar jam 8 pagi. Tetapi mereka tutup kedai seawal jam 5 - 6 petang. Paling lewat pun mereka tutup pada jam 9.00 malam kecuali restoran dan kedai buah-buahan kadangkala sampai lewat malam. Waktu malam di sini agak awal jam 6 petang dan matahari agak susah untuk kelihatan dan suasana tengahari tiada beza nya dengan suasana seperti waktu jam 7 pagi yang berkabus dan suram.

Lawatan kali ini saya sempat melawat kebeberapa buah kilang cetakan tekstil. Kehadiran kami disambut dengan ramah dan mereka dengan rela menerangkan proses - proses yang dijalankan satu persatu. Kalau anda berkunjung ke China jangan lupa membawa kad nama bagi yang ada kad nama. Mereka sangat appreciate kita kalau memberikan kad nama kita kepada mereka.
Dengan ada kad nama mereka beranggapan kita mempunyai urusan business atau berurusan dengan perniagaan dan mereka sangat menghormati nya dan menganggap kita saorang yang serius dalam perniagaan.

Di Cengdu Enjoyable Star Hotel merupakan hotel yang biasa saya tinggal. Selain dari kedudukan nya dikawasan yang tidak sesak dan selesa dengan harga yang sangat murah 220 Yuan kira kira RM 110 satu malam bersetatus 3 star ia berdekatan dengan restoran muslim. En Ilias keturunan Uigur dan isterinya merupakan tuanpunya restoran tersebut. Di bantu oleh saudara nya Solehah mereka sudah mengenali kami dengan rapat. Walaubagaimana pun masalah bahasa membataskan kami untuk berkomunikasi dengan mereka dengan lancar. Dia ada mengajak kami untuk ke kampung nya yang diberi nama Chin Khan iaitu 1 jam penerbangan atau 12 jam dengan memandu keenderaan dari Chengdu. Kampung nya kawasan pergunungan yang dipenuhi padang ragut kerana mereka membela kambing dan mempunyai salji bila tiba musim dingin. Majoriti kata nya penduduk kampung mereka berugama Islam Sunnah Wal Jamaah. Hari terakhir kami dijamu dengan ikan goreng dan ayam goreng sambil makan nasik paprik direstoren nya. Saya pula memberikan kopi segera 3 dalam satu yang masih berbaki untuk mereka. Puas mereka mencari tanda halal dalam uncang kopi tersebut. Logo yang terlalu kecil tapi memuaskan hati mereka akhir nya mereka menerima dengan senyuman tanda terima kasih. Ilias juga ada menyatakan kepada saya untuk saya tinggal di Cengdu menjadi Imam dan mengajar mengaji. Ahh terlalu tinggi tawaran itu dan saya hanya senyum mengenangkan siapa diri saya yang sebenar nya.

Saya juga berkesempatan untuk melawat pusat kajian dan pemuliharaan beruang panda yang terletak tidak jauh dari hotel kami sekitar 20 minit dengan menaiki teksi. Dengan bayaran tiket 64 yuan sekitar 32 rm kami melawat pusat pemuliharaan tersebut. Kawasan nya agak luas sekitar 2 jam berjalan kaki secara rileks untuk melengkapkan lawatan di sekitar pusat tersebut.
Disini di tempatkan panda-panda yang hidup bebas didalam kawasan yang berpagar tembok seperti zoo. Di dalam kawasan ini juga terdapat pusat penyelidikan panda untuk kajian peringkat Pasca siswazah iaitu PhD khusus untuk Panda. Terdapat 2 spesis panda di pusat ini. Panda biasa putih berbelang hitam dan satu lagi dipanggil red panda lebih mirip seperti rubah.
Pusat ini dijaga dengan sangatrapi, bersih dan dipenuhi berbagai tumbuhan seperti buluh dan pohon-pohon lain. Cuaca sejuk pagi minggu tersebut sangat menyegarkan dan pelancung tidak begitu ramai.

Lawatan kali ini telah melengkapkan lawatan saya ke Wilayah Sechuan ini dengan melihat haiwan yang menjadi ikon bandaraya ini iaitu panda. Haiwan ini juga satu satu nya spesis yang masih hidup dan hanya di temui di wilayah ini sahaja di seluruh negara china meskipun sejarah nya haiwan ini pernah mendiami hingga ke sempadan Vietnam satu masa dahulu.

Lawatan berulangkali ke negara ini memang memberikan banyak kenangan dan pengajaran kepada saya. Kerajinan warga nya dari usia muda hingga tua, kuat bekerja, ketekunan yang ditunjukkan, keramahan dan sikap membantu orang lain tolong menolong dan kejujuran mereka mengingatkan saya kepada menuntut ilmu lah hingga ke negara China benar-benar mengesankan meskipun hadis tersebut dinyatakan tidak soheh.

Saya kira setakat ini dahulu catatan pengembaraan saya barangkali untuk menutup tirai tahun 2010. Semoga catatan ini dapat kita kongsi bersama dan memberikan inspirasi kepada semua. Elok juga kalau ada pengalaman pengalaman lain yang dilalui oleh ahli-ahli agar dapat dikongsi bersama. Tidak semesti nya catatan pengembaraan keluar negara, malah catatan harian kita pun baik untuk di kongsi kerana pengalaman yang kita lalui setiap hari tidak akan berulang lagi dan tidak sama antara satu sama lain.

Jumpa lagi "Zei Jian" Wassalam.

Wednesday, November 24, 2010

TUMPANG BERTANYA...

Assalamualaikum semua...

kite nk tanyelh..nk ke cameron dr klang brp jam??
yg senang ikut mana??tapah ke simpang pulai??

Sunday, November 21, 2010

SALAM AIDIL ADHA

Assalamualaikum Segala Puji Bagi ALLAH SWT Solawat dan Salam kepada Nabi Muhammad SAW Nabi Besar junjungan kita semoga kita semua dirahmati Allah.
Selamat menyambut Aidil Adha. Tahun ini kami sekeluarga menyambut nya di Chini Pahang. Kami bertolak dari machang jam 5 30 petang hari selasa.Sempat juga aku tidur sekembali dari China pagi tu jam 10 pagi. Jalan raya disetengah tengah tempat agak panjang dengan konvoi kereta bergerak menuju ke Kelantan. Dan kami tiba di Chini pada jam 11 malam. Kang Mis dan Kak ti masih belum tidur kerana enunggu kami sampai. Ketupat plastik dan rendang daging serta sambal udang sudah siap dimasak dan terhidang untuk kami makan. Di Chini cuma ada ayun naim dan aman sahaja. Yang lain tak dapat cuti panjang untuk berhari raya. Kebetulan kami di Kelantan cuti selama 2 hari jadi adalah masa lebih untuk kami bercuti sekeluarga.

Pagi raya seperti biasa kami ke Masjid menunaikan solat Sunat Aidil Adha. Masjid Cini juga agak penuh tapi rasa nya tak sepenuh Raya Aidil fitri. Selepas solat kami pulang untuk menunggu baraan. Kali ini baraan tempat kang Mis adalah hentian yang terakhir sekali. Jadi hampir tengahari baru sampai giliran dan kebanyakkan ahli-ahli hanya minum sahaja kerana dah kenyang. Apa pun baraan tersebut tetap meriah.Masih ada lagi suasana hari raya dan membina hubungan rapat antara jiran-jiran di blok ini. Suasana ini perlu dikekalkan dan diteruskan oleh golongan muda. Tapi malang nya mereka yang masih setia adalah golongan peneroka generasi yang pertama. generasi kedua dah tak ada..kalau ada pun tak nak ikut serta. Nampak nya peratus aktiviti ini akan berakhir adalah sangat tinggi. Rasa nya tak lama lagi Chini pun akan jadi macam Shah Alam dan Kelang atau Pasir Panjang,

Petang itu selepas asar kami mengunjungi kubur arwah Hj Sakijan dan Hajjah Saamah. Kedua ibu bapa kita iaitu kakik serta embah korang semua. Mengirimkan fatihah dan mendoakan semoga roh mereka yang kita sayangi dirahmati Allah. Sempat lah kami menaburkan bunga rampai dan menyiram air diatas kubur mereka berdua. Ana dapat rasakan ketenangan mereka dialam sana. Semoga kita sentiasa mengingati mereka dan sedekahkan Fatihah kerana itu sahaja yang pasti sampai kepada mereka berdua. Amin.

Petang itu kami juga sempat melawat Tasik Chini. Tempat yang biasa kita lawati dahulu tiap kali kita ke Chini. Rasa nya dah bertahun juga tak kesana. Tasik Chini dah berubah. Resort yang dulu agak kurang terurus kini dah berubah wajah. Cantik dan moden. Jeti kayu telah di tukar kepada jeti batu. Tempat nya masih sama. Chalet juga telah diperbaiki dan berubah wajah. Agak moden dan menarik. Namun suatu perkara yang masih kurang menarik diresort ini adalah dari aspek penjagaan kebersihan. Nampak nya kita boleh mengeluarkan modal yang banyak untuk membina pasarana yang moden tapi sayang selepas ia siap dibina aspek penjagaan kebersihan seakan terabai dan tak masuk didalam kos operasinya. Sayang seribu kali sayang kesedaran terhadap kebersihan ini masih sangat rendah dan jauh terkebelakang dari negara negara lain yang pernah ana kunjungi. Di China sekalipun ana pernah lihat besi penghadang jalanraya dilap setiap pagi oleh pekerja yang ditugaskan- saorang mak chik dan setiap jalan raya di pancut dengan air dari lori tangki setiap malam untuk dibersihkan dari habuk dan lorong kaki lima kedai disapu waktu malam sebelum siang menjelang tiba.

Raya kedua ada korban di Masjid Chini. Kabar nya sebanyak 6 ekor lembu diserahkan oleh Dato Najib kepada mereka. Sekarang musim buah dah berlalu tetapi kehadiran kami telah disambut oleh buah Mangga kak Ti yang berbuah agak banyak didepan rumah. Buah nya besar-besar dan sudah tua serta sedia di petik. Apa lagi kami pun memperail buah tersebut untuk dimakan dengan kicap dan gula. WOW marvelous.

Raya kali ini kami di Chini, tahun depan tak tau lah raya kat mana. KTS dah beri isyarat untuk raya di Mekah. Insyaallah semoga dimakbulkan. Apa pun raya tetap raya walau dimana ia disambut dan bagaimana ia diraikan. Emi tahniah kerana mendapat baby baru lelaki sempena raha haji tahun ini. Pengumuman itu diberitahu kepada kami semasa kami berada di Cameron Highland. KTS pun sempat bercuti ke PD. Nampak nya dia dah sinonim dengan resort kat PD tu.
Insyaallah tahun depan kita boleh bercuti bersama.

Jumpa lagi wassalam





Saturday, November 20, 2010

betapa indahnya suasana.







assalamualaikum

bismillah-irrohman-irohim.
selawat dan salam buat rasul junjungan Rasulullah saw.

bayangkan: pagi yg tenang. deruan ombak memburu pantai. jauh terbentang laut... membiru. dihujung ufuk kapal belayar. dibalik bukit, merah angkasa. mentari mula menampakkan dirinya. seperti semalam, ana jogging dipantai. laut masih pasang. hujung ombak menjilat hingga kepangkal pokok ketapang. semalam petang ketapang itu terlihat jauh dari gigi air. batu tembok kelihatan basah. hujan rupanya tadi malam. semenjak mengikut nasihat doktor sebulan yg lalu, alhamdullillah keadaan kaki semakin improve. sudah makin senang mendaki tangga pejabat dan pagi ini dah mula boleh jogging. semalam banyak walking dari jogging. betullah kalau dikatakan walking lebih ringan dan baik dari jogging. jogging ada hentakan pada sendi2. sendi tua macam ana pastinya membawa perasaan kurang selesa.

pantai yg ana gambarkan tadi seingat ana dulu lebih cantik. pasirnya lebih bersih dan airnya lebih jerih dan membiru. walaupun banyak penambahbaikan telah dilakukan oleh penguasa daerah, ana fikir mereka tidak kreatif. inginear memang begitu. tau buldose je. ana taulah, ana pun ada leluhor inginear. sepatutnya mintalah pandangan artis. mengapa ana membebel sangat ni! ana sangat tersentuh kalau tengok pokok ditebang. seolahnya keluarga ana disakiti and dikhianati. adakah patut, utk membina pejalan kaki dan dangau utk pengunjung berehat; pokok yg tidak berkaitan ditebang? bukan kecik, satu dua pemelok. tahukah kalian berapa puluh tahun ia jadi seperti itu? ini yg menjadikan lanskap pantai ini berubah. begitu juga pembangunan diatas bukit sebelah timur. mengapa patut pokok ditebang hingga ke pantai? sepatutnya pembangunan dikawasan rekriasi hendaklah minima penebangan. kalau diluar negara, terutama negara maju pasti perkara begini tidak akan berlaku. ironinya kalau kita keluar negara kita akan kagum dgn tempat pelancungan mereka yg terpelihara kemas dgn bangunan lama dan pokok2 beratus tahun. nuri patut cadang supaya inginear juga mendalami seni dan budaya. supaya pembangunan tidak mengorbankan khazanah dan jatidiri negara.

pagi ini ana jogging lebih jauh dari semalam hingga kehujung sebelah barat. ebal yg menemani mengikut sahaja. pertama dia juga kuatir utk membiarkan ana sendiri. ana tak berapa fit, kedua ada beberapa ekor anjing berkeliaran seperti anjing liar disebelah sana. pantai dibahagian tersebut lebih terjaga. nampak seperti ada bekas tayar trektor yg masih baru. mungkin beach operator berhampiran yg menjaganya. sepatutnya begitu. pantai dan laut adalah perniagaan
mereka. beach operator dibelah timur juga sepatutnya bertindak sama. walaupun pengunjung negara ini kurang berfikiran sivik, kebersihan adalah vital. hanya dgn cara ini kelesterian pantai peranginan akan dikekalkan. kalau dijepun, org2 tua akan beraktiviti secara sukarela membersihkan taman awam; tidak bolehkah org2 pencen dikawasan pantai bersukarela membuat perkara yg sama? seminggu 1 or 2 kali bersama beach operator. dimana hotel or chalet menyediakan peralatan dan refreshment. dapat juga pesara2 ini mengeluarkan peluh dan berbakti. sehingga kini kita masih gagal mengamalkan perkara baik ini sedangkan ianya dituntut oleh agama kita. ironinya penganut agama lain pula yg mengamalkan.

masihkah cucu ana dapat menikmati keheningan suasana pagi dipantai ini seperti datuknya suatu masa nanti. sukar utk dijangkakan sekiranya sikap dan pendekatan kita tidak berubah. ataukah pada masa cucu kita kelak, mereka tidak lagi berkelah di sini. perkelahan mereka dibuat di pantai kuta, bali or queensland beach di australia. mustahilkah? sewaktu ana kanak2, arwah bapak tak pernah membawa kami berkelah. ke morib dgn rombongan sekolah sudah sangat meriah dan mengesankan. kemudian bila sudah bekerja dan punya kenderaan, ana bawa keluarga ke PD. termasuk adek dan roskang, balik hari. masak pagi-pagi duduk bawah pokok, mandi laut; bilas ditempat mandi awam baru balik. malam baru sampai. seminggu anak-anak berubah kulit, dari putih jadi gelap. kemudian apabila stabil sikit, baru mampu menginap. itupun satu malam. kini dah mampu 2 malam, tetapi bilik tambah tilam. selalunya ebal yg tidur bawah. oleh itu tidak mustahil suatu waktu nanti ana berjoging di long beach island. pastinya dgn rasa sebal didada kerana sepatutnya pantai kita juga kekal cantik dan dapat menarik org luar mengunjunginya. bukankah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; lebih kita sukai...

pantai, laut, ombak dan senja sebenarnya sangat berkesan dalam jiwa ana.
wassalam.
p/s tahniah kpd emy/sham kerana dikurniakan baby leo-boy not lion boy.


















Thursday, November 18, 2010

baraan

salamualaikum semua.
bismillah- irohman-irohim
selawat dan salam buat nabi junjungan Rasulullah saw

Allah hu akbar.. Allah hu akbar..
hari ini masih ada takbir. betapa syahdunya jika dapat bertakbir di tanah haram. kang mis dan nuri telah merasainya. tahun ini beliau bertakbir di cini, pun bersama kang mis dan kak ti. tentu feelingnya lebih sementelah kuburan orang tua kita disana. semuanya ketentuan ilahi, walaupun kami juga bercadang beraya disana. kalaupun tak dapat daging korban, dapat patin korban pun cukuplah. nuri bg tau pagi itu sedang tunggu baraan sampai.
raya walaupun sama, suasananya berbeza. disini lepas solat, bubar. mana yg ada sembelih korban, adalah aktiviti disurau atau di mejid. berziarah dan baraan, tidak kelihatan. lagi pun cuti hanya sehari. sedang bersiap utk ke rumah kang mis pp, seperti yg diceritakan dalam entry semalam; paman emi telepon kata kang mis nak ke rumah jelan dan datang rumah dia. perancangan pun kona 180 darjah dari utara ke selatan. dari pp ke pucong. tak ada apa dirumah emi, serupa macam tak raya. lagi lagi dia tak ada pergi menjemput kak oya. hebat kak oya sekarang, sejak balik mendaki bukit broga yg sudah banyak cemar tu, beliau macam bos besar, datang berjemput. kemudian dari itulah lebih kurang awal petang, selepas malaysia menang emas acara kirin berbasikal di sukan asia cina; kang mis sampai dgn sahri. dapatlah jumpa baby barunya. cucu analah tu.
bila sudah berjumpa banyaklah maklumat yg kita perolehi. sudah ramai mereka yg kita kenal dulu kini telah tiada, kembali kerahmatullah. walaupun ana telah ingat lupa kepada nama-nama mereka seperti mat jangut dsb, apa yg nyata masa telah berlalu. usia telah meningkat. tempoh kehidupan telah berakhir. kita juga begitu, hanya waktu yg menentukan. inilah perkara yg disembunyikan Allah, jika tidak; pasti kita akan bersedia sebulan dua sebelum mati. mengingatkan ini, kecut juga hati kita menyedari banyak kesalahan kita kepada Allah dan manusia serta amal yg masih kurang. tetapi semasa emi buka cerita pasal volvo s70 dan lain-lain model, siap buka internet mengenainya; ingatan terhadap kematian mula berkurang dan memudar. memang dunia ini sangat kuat tarikan motivasinya.
sempena hari korban tahun ini marilah kita menguatkan azam utk meningkatkan amal ibadah kita. menguatkan silaturrahim kekeluargaan. menguatkan mujahadah dan jihad terhadap sikap negatif dalam diri kita yg menjadi faktor penghalang kepada kejayaan kita. ana dapati banyak faktor dalaman telah mempengaruhi emosi dan tingkahlaku ana kearah yg negatif. ana sedang menganalisa dan mengkaji berpandukan buku buku kaunsling yg ana beli tempohari. sungguh ia menyakitkan .
hampir maghrib kami meninggalkan rumah emi. dgn kereta viva merah. entah bila pula dgn volvo s60 merah!
wassalam.

Xiamen, China Day 2 & 3

Assalammualaikum,

Maaf lambat sambung cite yg membosankan nie...byk plak keje kt pej lps blk 2..ni pg2 ni ade ms ckit..sambunglah cite ckit..

Hari ke-2,Hari Jum, Deepavali, tp kite knalh dgr forum yg dh dirancang iaitu Xiamen World Ocean Week Forum 2010 di Xiamen International Conference & Exhibition Center yg terletak di Xiamen International Seaside Hotel.

Ramai gak org yg dtg..kite dpt ddk dkt2 gak dgn stage so xlehlh nk tido..haha..yg menariknya klu org cina present mmg dia ckp cina, so knalah dgr earphone org tlg translate kan..huhu..letih nk phmkn..



Satu hari 2 kt cna dgr paper yg di present, lbh kurang 15 paper nk kna dgr..kematu telinga ni..haha..tp dptlh gak gagahkan dgr..alhamdulillah..mlm 2 ade konsert tp kite skip..xlrt dh..trs blk hotel n tido..klu d konsert pun bkn phm..

Hari ke-3, hari sabtu, pg ni hujan..blh thnlh sejuknya..pg 2 kami dijadualkan ke Xiamen University, ade lg paper nk kna dgr...5 paper lagi nie..selain 2 ade sign MoU antara COMI, Xiamen University & Korea Marine Institute(KMI)..

Baru 3 paper, kami dh disuruh blk ke hotel penginapan kami di Jingmin Central Hotel sbb ptg ni kami ade PLNG Forum plak dikalangan members PNLG..kite dpt slot last skali tuk present..mula2 gugup gak wpun dh siapkan skrip tp lps 2 dh selesa br tenang..pd pendapat kite oklh presentation 2..kt msia pun kite xpenah wt ni kn kt Luar NEgara..boleh dikatakan wakil malaysia gaklah..huhu..




Ptg 2..dr paper 1 smp 4 smuanya Dr. mahupun Prof. smp kt kite Mr. jer..haha...lawak pun..tp diaorg semua sempoi..baik..xberlagak..oklh..

Malam xde wt ape2..tdo jer..sbb sok nk berjalan...yahoo!!!!




Gambar Bersama Delegasi PNLG.



Wednesday, November 17, 2010

salam aidil-adha 1431H

Dengan nama Allah Yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Selawat dan salam buat nabi junjungan Muhammad Rasulillah saw.

Allah hu akbar, Alllah hu akbar.. Allah hu akbar.

ana baru balik dari solat di surau depan rumah. raya kali ini surau berkenaan dibuka lebih awal. raya yg lepas agak lewat, hingga kami menjangkakan tiada dibuat solat sunat raya disitu. menjelang 8.10 baru ada pengumuman. akhirnya kami solat juga disana. semenjak beberapa tahun ini ana dapati perubahan telah berlaku disurau kami. pertama, penguasaan pendatang bangla mengisi ruang solat hampir separoh tempat; dan bertambah ramai golongan muslimat bersama bersolat raya. kalau dahulu hanya kawasan dalam sahaja yg diperlukan buat mereka, kini suku dari ruang lantai surau telah dikuasai mereka.

surau kami tidak extreme. khutbah yg dibaca datang dari pejabat pemerintah. pengkhutbahnya masih muda dan datang dgn pakaian jubah hitam potongan arab. sorbannya diikat kemas ala pesantren. oleh kerana masih muda, penyampaiannya jelas, bacaan ayat al-quran tartil menyebabkan jemaah tenang. setengah penyampai yg sudah tua boleh meresahkan makmum. memang sekarang sudah ramai khatib dari kalangan orang muda. dari tempoh merdeka hingga kini memang sewajarnya telah ada pertukaran generasi. bayangkan kalau pada masa merdeka meraka berumur 20an, kini mereka sudah berumur 70an, memang patut bagi ruang kepada imam muda. lagupun bahasa melayu sudah banyak perubahannya, telah banyak asimilasinya. pengkhutbah tua mungkin akan mengeluarkan bunyi pelik atau tidak tepat pronounsationnya. ini meresahkan makmum. syukur, khatib hari ini tidak begitu.

lepas ini kami bercadang nak ke pasir panjang. ziarah satu-satunya leluhur terdekat. baru tadi telepon kerumah kang mis bertanya samaada beliau keluar atau tidak. katanya tidak kemana. itupun yang mengangkat telepon pada ingatan ana huda, tidak dapat mengingat ana. beberapa kali dia bertanya siapa yg bercakap. memang salah ana juga, tak pernah telepon kalau tak ada hal. tanya khabar jarang sekali.

sempena raya aidil-adha ini ana menyusun jari memohon kemaafan dan keampunan kepada semua keluarga. semuga bergembira dihari lebaran ini. nuri dan keluarga tentu sedang asyik menghadap ikan patin sehingga masage ana terlupa nak reply. semuga kita dapat berjumpa pada bulan depan. katanya nak potong burung adam.

wassalam.

Thursday, November 11, 2010

Family Day Keluarga Sakijan.

Assalammualaikum semua,
nak bagi satu cadangan nie, skrg ni Air Asia sedang bagi tiket murah, kite tgk ke K.K ade kosong lg tp dr bln julai-nov 2011.
tq.

Wednesday, November 10, 2010

Xiamen, China Day 1

Assalammualaikum,
Lama gak xtulis ape2 kt blog ni..tp leh dikatakan hari2 jenguk gaklah blog ni..tp xde bnda nk tulis pun..kite ni tulis kosong2 lehlh..ilmu mcm abh & paman nok mmg xdelh..

Tp hari ni kite nk kongsi ckit pengalaman masa menghadiri International World Ocean Week Forum 2010 dan PLNG Forum 2010 di Xiamen, China dari 4-9 Nov.

HAri pertama, 4 Nov, kite dijadualkan terbang pada pukul 9lbh, tp masa ambik tiket, org 2 ckp flight penuh..pelik gak sbb tiket 2 dh bli bkn tempah..tp xpelh sbb dia upgrade ke bisness class..giler xnk..on jelh..lgpun flight MAS ke Xiamen 2hr sekali..maybe 2 yg penuh..
Bisness Clas mmg best gilerlh..mkn sdp..kerusi best..dpt tv sndr..bile smp Xiamen cuaca agak berangin..sejuk tp xdelh sejuk sgt..kuar jer airport org dh tgu pegang nama..rs lawak pun ade..smp hotel rileks dlu..sbb mlm ade opening banquet kt hotel utama..kite ddk meja xhidang babi tuk muslim..tp halal??wallahu'alam..red wine hidang je atas meje..mkn ikan jer kite...jdlh..

Tiket Aku..

Flight Aku..

Hidangan Aku..

Meja Makan Aku..

Opening Banquet..

Sunday, November 7, 2010

Raya Haji Kat Mana

Assalamualaikum..
Selawat serta salam buat Nabi Junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan ahli keluarga serta sahabat baginda..
Maaflah sudah lama rasanya saya tidak menulis @ menyumbang sesuatu dalam blog ini..Kesibukan dengan rutin harian menyebabkan batasan waktu dan kekangan mencurah idea. Namun begitu, saya tetap setia mengikuti perkembangan terkini entry dalam blog ini. Syukurlah dalam keluarga ini ramai yang dikurniakan bakat dan kebolehan yang mampu memberi manfaat kepada ahli yang lain. KTS misalnya merupakan ahli pemikir yang hebat, idea yang dicurah jika direnung mampu memberi keinsafan dan kesedaran walaupun adakalanya bahannya cuma apa yang beliau lalui, perhatikan dan ditafsirkan. MG pula diuberi kesempatan dan peluang oleh-Nya untuk mengembara di bumi orang maka luaslah pandangan berbanding kami yang statik di sini. Mungkin kerana itu juga saya berasa sangat kerdil untuk menulis, ilmu tak setinggi mana, pengalaman pula cetek dan dangkal...barang kali tidak berharga untuk dikongsi apatah lagi dengan orang yang jauh lebih dulu makan garam. Silap aturan menampakkan pula kekurangan dan kelemahan diri.

MG, saya berpendapat kepulangan MG ke negeri kelahiran pasti membawa seribu kebaikan terutama kepada ahli keluarga ini. Maklumlah apabila ibu bapa telah tiada, maka punca untuk adik beradik sentiasa berkumpul jauh. Mungkin kepulangan ini akan menambahkan kekukuhan ikatah ukhwah dalam kalangan kita. Yakinlah setiap sesuatu yang ditakdirkan-Nya pasti ada hikmah di sebaliknya walaupun adakalanya kita rasa kesal pada mulanya tetapi suatu hari nanti pasti kita akan dapat merasai apa hikmah di sebaliknya. Itu cuma pendapat saya. Apapun saya percaya MG lebih arif akan hal ini.

Bercakap soal Raya Korban minggu depan..memang kami sekeluarga ada keinginan untuk berkumpul bersama dengan abang-abang dan kaka-kakak (antum/ente-ente)sekalian tetapi rasanya keadaan kurang mengizinkan. Bilangan hari cuti yang amat terhad di samping keadaan diri yang agak kurang selesa untuk melaksanakan perjalanan jarak jauh membatalkan hasrat kami untuk beraya di Chini. Memang rumah kekanda Miskiran dirasakan tempat paling strategik untuk kita semua berkumpul sempena raya kali ini tetapi keadaan pula kurang mengizinkan. Kami mungkin beraya di sini sahaja atau paling tidak pun kami menziarahi kakang di Pasir Panjang.

Insya-Allah jika dizinkan kita berkumpul lain kali, mungkin Desember ke..kalau ada rezeki bolehlah buat kenduri aqiqah @ kesyukuran (Adam mungkin nak bersunat)
Apapun kami sekeluarga memohon kemaafan dan semoga hari raya korban kali ini tetap memberi erti kepada kita semua dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing dan menganggapnya sebagai ibadah...(itupun pengorbanan juga). Hingga ketemu lagi..doakan kesejahteraan kami sekeluarga..

p/s: ada cadangan nama untuk nama baby kami yang baru? (mungkin selepas Hari Raya Haji)

Friday, November 5, 2010

BERTEMU DAN BERPISAH

Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh
Selawat dan Salam kepada Nabi Muhammad SAW Nabi junjungan besar kita semoga kita semua dirahmati Allah SWT.

Agak lama juga ana tidak memasukkan entry baru didalam blog kita ini. Lantaran kesebokan tugas dan ketiadaan fokus dan idea untuk diutarakan. Waktu ini di Universiti tempat ana bertugas sedang menjalankan peperiksaan akhir semester. Walaupun ana secara khusus nya tidak terlibat dalam mengawasi peperiksaan tersebut namun sebagai ketua jabatan ana bertanggungjawab memastikan penilaian kerja kursus dilaksanakan dengan sempurna. Ana pasti anak buah yang sedang menuntut di Universiti lain pun sedang menghadapi peperiksaan akhir semester ini. Semoga anak ana sendiri dan anak buah yang lain dapat menghadapi nya dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Isnin lepas rakan - rakan ana di Fakulti telah mengadakan jamuan perpisahan untuk ana. Terasa sayu juga bila ana diminta untuk menyampaikan ucapan dalam majlis makan tengahari itu. Ana menceritakan sedikit sebanyak sejarah awal kehadiran ana di Kelantan dan seterusnya perjalanan hidup sepanjang hampir 11 tahun di bumi Cik Siti Wan Kembe ini. Secara zahir nya ana suka tinggal di sini. Aman dan tenang serta tidak sebok dan tak ada tol yang nak kena bayar. Tetapi secara batin nya ana merindui untuk kembali ke negeri kelahiran ana sendiri. Bak kata KTS hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik hujan batu walaupun sakit tapi masih berada di tempat sendiri. Tapi ada rakan ana yang memberi ucapan balas mengatakan insyaallah ana akan ditimpa hujan batu permata di tempat sendiri. Betul juga sebab permata disebut batu permata bukan batu emas. Wallohualam.

Ana sendiri tidak pasti bagaimana keadaan tugas ana seterus nya di tempat sendiri nanti. Begitu juga kehidupan ana seharian dan kehidupan keluarga ana ditempat baru kelak. Anak -anak ana yang dah sebati dengan bahasa Kelantan walaupun kami tak makan budu yang bakal mempelajari dan mengadaptasi budaya Bandaraya yang pasti berbeza dengan budaya bandar Machang. Ahh.... biarlah masa dan keadaan yang menentukan. Rasa nya mereka sudah makin besar dan mampu berfikir dengan baik. Walau apa pun ana sudah bersedia zahir dan batin nya untuk pulang ke kampung halaman ana sendiri. Dan memulakan kehidupan semula di bandaraya. Ana yakin penghijrahan ini membawa kebaikan dan keberkatan untuk semua orang kerana ana juga banyak kali melakukan Istiqarah dan nampak nya Allah telah memudahkan lorongan ana untuk kembali ketempat sendiri.

Bertemu dan berpisah memang sesuatu yang sangat menyedihkan. Meskipun kekadang kita memang tidak ngam dengan sesaorang tetapi apabila saat perpisahan itu sampai memang terasa sebak juga dihati kita. Semalam kawan-kawan sekolah Arina juga telah mengadakan jamuan perpisahan untuk nya di KFC Machang sempena cuti hari mengundi di Galas Gua Musang. Ini belum lagi saat perpisahan dengan jiran-jiran tetangga yang sangat akrab dan pengganti saudara mara terdekat. Walaubagaimana pun itu lah makna kehidupan ini. Ia tidak akan kekal selama nya dan kita perlu bersedia untuk menghadapi nya. Dan bertemu dan berpisah merupakan proses dan perjalanan kehidupan kita.

Tengahari kelmarin ana menerima panggilan dari Kang Miskiran di Chini. Ceria bunyi nya namun dalam maksud panggilan nya. Dia bertanya khabar adik beradik nya kerana kata nya dah lama tak dengar kabar berita sejak raya hari itu. Sejak dari dulu selalu nya bila nak dekat Bodho (sambut hari raya) dia yang terlebih dahulu menghubungi ana sebelum adik beradik nya yang lain. "Raya Haji ni raya kat mana" kata nya. Ana terfikir bagaimana abang yang tua lebih concern kepada adik nya bertanya kabar dan sambut raya. Sedangkan ana yang sepatut nya menalipon nya memberitahu kemana ana nak raya. Ana tak ada keputusan nak sambut raya haji kat mana kerana belum buat mesyuarat. Insyaallah kalau ada rezeki mungkin ana raya kat Pahang. Tapi ana beritau dia ana balik dari China sehari sebelum raya haji. Ana tanya macammana yang lain-lain. Dia kata tak ada kabar berita dari yang lain. Semua senyap je sejak lepas raya hari tu. Dia ada meluahkan perasaan nya mengatakan tak mendapat sebarang berita. patut nya talipon lah bagi tau kabar cukup lah. Ini ada yang dapat cucu- cucu pun tak sampai kat dia. Kalau tak boleh lah ucap tahniah, hantar hamper ke buat kunjungan "muyi" ke..

Ana dah faham perasaan nya kerana dia semakin berumur. Sebagaimana dahulu kita masih punyai kedua orang tua kita, mereka tak perlukan wang ringgit dan kebendaan namun apa yang diharapkan ialah kunjungan ziarah dan ambik tau mengenai nya dan bertanya khabar sudah memadai. Apabila kita makin berumur kehidupan kita sebenar nya semakin sunyi dari anak-anak, adik beradik dan sedara mara. Tambahan lagi waktu tua bersama mereka ini sudah amat terbatas, sebab itulah walaupun dia ramai kawan-kawan namun kesuyian terhadap anak-anak dan sedara mara amat terasa sekali kerana bersama anak dan sedara mara adalah dua suasana yang berbeza dibandingkan dengan kawan-kawan.

Elok juga kalau raya haji ini kita dapat bersama.. tapi cuti sehari mungkin membataskan kemampuan kita untuk berkumpul bersama..apa pun kita masih boleh berhubung dengan teknologi yang ada, cuma masalah nya kita sering terlupakan orang-orang yang lebih tua dari kita ..

Wassalam.

Tuesday, November 2, 2010

pemikir

Dengan nama Allah Yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Selawat dan salam buat Rasulullah saw.

hari ini ana ada lunch dgn pengurus bank. beliau masih muda, bersemangat, punya motivasi tinggi. oleh kerana ana lebih berumur (bukan tua) beliau beri perhatian lebih bila ana bercakap. itu hormat namanya. nampak etika sosialnya sangat menyenangkan. oleh kerana makan, topik perbualan berbagai. dari hal kerja, sosial, berita semasa dan cerita-cerita merapu. kami berpisah dalam suasana ceria dan lega. memang pertemuan ini bukan hal kerja yg boleh berakhir dgn stress atau cemas.

petang ini, ana dapat masage beliau. ucap terima kasih kerana perbincangan tadi dan..... saya gembira dgn pendekatan en. ....., en. ..... seorang pemikir yg baik... sila beri tunjuk ajar... mulanya ana tak kisah. kata bebudak sekarang tak ambik pot. kemudian ana senyum dalam hati. tahukah kalian bagaimana senyum dalam hati? hati anda senyum tapi wajah anda biasa-biasa sahaja.

memang ana gemar baca buku. dari pembacaan telah melatih minda supaya berfikir dan menilai. ruang usia yg telah luas menyebabkan pandangan kita lebih tajam dan berbagai. perkara ini menjadikan kita lebih kritikal dan rasional. ini munkin yg menjadikan beliau itu tertarik dgn ana dan mengatakan ana sebagai pemikir. berat persepsi tersebut.

dalam pengalaman ana kita sering terlepas peluang yg ada disekeliling kita. seorang teman bercerita bagaimana ia membawa saudaranya berubat merata negeri dari johor, kelantan dan lain-lain. semasa berubat di kedah, bomoh kedah bagi tahu bahawa bomoh besar ada di kampungnya sendiri, mengapa pergi jauh. sangat ironis! bukan dinegeri malah di kampung sendiri. kadangkala kita berhadapan dgn masalah. kita pun mencari teman atau ustaz atau kiyai bagi mendapatkan panduan atau nasihat sehingga ketempat yg jauh. tanpa kita sedari dalam kelompok dan saudara mara kita sendiri ada yg berkemampuan dan berkeupayaan.

mengapa perkara tersebut boleh berlaku? ana berpendapat ini soal fokus. kita kurang memberikan fokus kepada persekitaran kita. orang dikeliling kita. ini disebabkan ianya berada dalam lingkungan kita. oleh itu tidak mustahil kawasan peranginan yg berhampiran rumah kita, kita tidak pernah sampai. tahu-tahu sahabat kita yg duduk dinegeri lain menceritakan betapa istimewa tempat berkenaan. selama ana balik ke sini sudah 2 tahun, bkt. malawati belum lagi ana panjat. pusat kelip-kelip di kg. kuantan juga belum ana singahi. sedangkan orang luar setiap minggu kesana. begitu juga orang-orang hebat dikalangan kita. kerana orang itu membesar bersama kita, sama busok bila bangun tido berbau ngences, kita jadi lupa bila dia sudah mempunyai keistimewaan. tetapi kalau kita fokus, mungkin kita dapat melihat kelebihan tersebut.

ana tak kata ana istimewa. tetapi dah adalah yg ingin dapatkan panduan kerana ana ada kualiti sebagai seorang pemikir katanya... susah gak ni.....

wassalam.

klang.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification