Tuesday, November 24, 2009

Korban

Salam..
Dah agak lama tertunggu-tunggu kasuttanpastokin masukkan entry yang baru, rasa ketagih untuk membaca dan memahami pemikirannya...yelah junior perlu berguru dengan senior...

Cuti sekolah telah bermula..mungkin bagi yang tidak berada dalam alam persekolahan lagi, cuti sekolah tidak membawa apa-apa makna, bagi ibu bapa pula inilah masanya untuk bersama anak-anak sama ada untuk bercuti atau melapangkan masa berkualiti dengan anak-anak. Bagi saya, tentu sahaja cuti sekolah amat dinanti.. he..he..walaupau masih ada tugasan yang perlu dilangsaikan sekurang-kurangnya cuti sekolah memberi ruang dan kelapangan untuk diri sendiri.

Sempena Aidiladha yang bakal kita sambut pada hari Jumaat ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya...semoga hari ini membawa erti dalam hidup kita dan merupakan satu titik tolak untuk memperbaiki diri kita...sejauhmana kita sanggup berkorban?

Saya harap, ini entry yang ringan yang setiap ahli keluarga bolehlah nyatakan pemahaman tentang korban dan sejauhmana kita sanggup berkorban..... Ayuh tulislah sesuatu

6 comments:

Shahri said...

korban??? emmm.. menyembelih binatang (domestic animals)sebagai simbol pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. Orang yang kaya mengorbankan sebahagian hartanya untuk diagihkan kepada fakir miskin. marilah kita menghayati peringatan dari Rasullah S.A.W bahawa "tangan diatas lebih baik dari tangan dibawah" . Pada yang tidak berkemampuan cukuplah sekadar menginsafkan diri mohon kepada Allah semoga diterimanya segala amal ibadah kita dan akhirnya kita akan memperoleh Husnul Khatimah, akhir yang baik dan dapatlah kehidupan kita diberkati dan diberi ketenangan dan diselamatkan dari segala malapetaka kerana dosa-dosa yang pernah kita lakukan sengaja ataupun tidak sengaja. Kesimpulannya, erti sebuah pengorbanan itu adalah luas dan terpulang kepada individu tersebut untuk menghayatinya...
SELAMAT HARI RAYA HAJI untuk semua semoga kita dapat meraikannya bersama keluarga tercinta.

Anonymous said...

hebat arie sekarang. tak pernah lak dengar dulu pendapat-pendapat macam tu. ni la kelebihan anak no.3, mudah adopt persekitaran. teruskan rie, banyak kita nak dengar cite dari ko. macamne jaga anak kecik. kuat nangis ke macan jelan masa bayi dulu.

suria said...

Lewat petang ini sementara menunggu suamiku balik dari opisnya, aku memerhatikan anak-anakku..mereka semakin membesar...
Aku bertanyakan beberapa soalan kepada mereka:
KENAPA KITA NAK PERGI CINI HARI JUMAAT INI?
ADAM:Hari Raya
AQIS:Hari Raya
ALYA: ?????
IMAN:ZZZZZ..ZZZ

HARI RAYA TU APA?
ADAM:Adam tahu..Adam tahu..Hari Raya..ee..hari raya yang kat TV orang sembahyang di masjid tu..
AQIS:Hari raya..hari raya cina...
ALYA:Ish...Ish...huk..huk..
IMAN: zzzz..zzzz..zzzz

HARI RAYA HAJI TU HARI RAYA APA?
ADAM: em..tak ingat..ooo yang Wak Cini pergi tu kan lepas tu balik bawak buah kurma...
AQIS: Hari raya..hari raya..kan Aqis cakap raya Cina...
ALYA:Haiye..aiyeh..(marah sebab berebut jajan dengan kakaknya)
IMAN:zzz...zzz..

APA YANG ORANG BUAT PADA HARI RAYA?
ADAM:Sembahyang sunat..lepas tu makan ketupat
AQIS:Orang main bunga api, kita orang buat ketupat
ALYA:Pakai baju baru, baju cantik
IMAN:zzzz..zzz..

KENAPA SEMASA HARI RAYA KITA BALIK KAMPUNG?
ADAM:Sebab tak seronok raya satu keluarga je, kena raya dengan embah dan keluarga yang lain. Nanti dapat duit raya..
AQIS:Boleh minum air sirap, air strawberi, makan nasi himpit..
ALYA:Adam nak le le (gula-gula)
IMAN:zzz.zzz..zz.
AQIS: Kalau tak balik kampung nanti dosa, sebab tak sayang embah...
IMAN:KUNG..KUNG..KUNG(batuk daaa)

Anak-anak ibarat kain putih kitalah yang mencorakkan...
Adam 7 tahun, Aqis 5 tahun, Alya 3 tahun, Imsan 9 bulan...

halimi sakijan said...

SERBA SEDIKIT BERKENAAN IBADAH KORBAN.

Ibadah korban bermaksud menyembelih haiwan seperti kambing atau lembu sesudah solat sunat Aidiladha sehingga hari tasyrik iaitu hari ketiga sesudah 10 Zulhijah.
Ia merupakan amalan tradisi para nabi sejak Adam hingga Nabi Muhammad s.a.w.Baginda Rasulullah sendiri dalam sebuah hadis telah mengungkapkan, orang-orang yang tidak melaksanakan ibadah korban sedangkan dia berada dalam keadaan mampu, maka jangan dekat kepada kami yang melaksanakan ibadah ini. Dalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah dari Zaid bin Arqam, pernah seorang sahabat bertanya kepada baginda:
‘‘Wahai Rasulullah, apakah erti korban ini?” ujar sahabat.

‘‘Itulah sunah daripada nenekmu Ibrahim,” jawab Rasulullah.

‘‘Apakah keuntungan korban itu untuk kita?” tanya sahabat lagi.

‘‘Tiap-tiap bulunya merupakan satu kebaikan (hasanah),” jawab Rasulullah.

Menurut Syafii hukum korban adalah sunat muakad yang sangat dituntut kepada mereka yang mampu termasuk para hujjaj (jemaah haji) yang berada di Mina dan terutama umat Islam yang berada di kampung halamannya sendiri, kerana ia amalan yang sangat dikasihi Allah pada hari nahar (Hari Raya).
Di dalam al-Quran disebut tentang pengorbanan dua orang anak Adam. Anak pertama memberi korban dengan tulus ikhlas atas dasar niat untuk mematuhi perintah Allah s.w.t. dan mendekatkan diri kepadaNya. Sementara anak yang lain juga berkorban tetapi tidak berdasarkan ketulusan hati dan usaha sungguh-sungguh untuk mendekatkan diri kepada Allah. Oleh itu korban anak yang pertama diterima di sisi Allah manakala anak kedua tidak diterima oleh Allah.
Allah berfirman dalam surah Al- Maidah ayat 27 yang bermaksud: Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Haabil dan Qaabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang antaranya (Haabil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qaabil). Berkata (Qaabil): “Sesungguhnya aku akan membunuhmu.” (Haabil) menjawab: “Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.”
Praktik ibadah korban ini kemudiannya diteruskan oleh Nabi Ibrahim sebagaimana firman Allah dalam surah As-Shaffat ayat 102.Maka takala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengan-Nya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku. Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyebelihmu; maka fikirkan apa pendapatmu? Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintah kepadamu; insya-Allah,ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.
Mengapa Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih Ismail kemudian membatalkan dan menebus dengan kibas? Ini bukan hanya ujian untuk kedua-duanya, bukan juga hanya untuk membuktikan ketabahan keluarga Ibrahim tetapi juga untuk menjelaskan kepada siapa saja bahawa tiada sesuatu yang mahal untuk dikorbankan bila panggilan Ilahi telah datang. Inilah bukti iman sejati. Akan tetapi harus diingat bahawa pembatalan tersebut bukan kerana manusia terlalu mahal untuk berkorban atau dikorbankan kerana Allah, tetapi ia dibatalkan demi kasih sayang Allah kepada manusia... SEKIAN HALIMI

Shahri said...

Kelahiran permata hati sulung ini juga mengingatkan kita kepada PENGORBANAN emak yang melahir dan menjaga kita. Alhamdulilah Fitri dah 2 bulan tidur malam dah consistent. Tidak kerap berjaga lg seperti bulan pertama kelahirannya. Maka dengan itu, bapaknya boleh tidur lena.

kasuttanpastokin said...

minggu sudah dlm perjalanan ketempat kerja, seorang pendengar sinar pagi menceritakan kenakalannya menyembelih anak ayam semasa raya korban. keluarga kami dulu bukan orang senang, kehidupan kami sangatlah sederhana. seringkali aidiladha menjelang adalah kenalan yg bertanya bapak ' korban apa tahun ni jan...' ayam vaye... jawab bapak ringkas. anak ayam dan ayam, bukan hewan yg termasuk dalam kategori korban yg dinyatakan oleh arie(?)dan dielaborate emi, dikalangan adekberadek emi lah yg bersekolah ugama. kerana itulah ulasannya macam imam kg. pasir panjang.

kalau kau renung hidup ini, ianya adalah kerja, makan, tidur dan korban! korban pula, samada kau mengorbankan diri atau kau dikorbankan. masa aku peringkat rendah dan awal menengah, nurilah yg selalu aku korbankan. kalau mak minta aku kekedai, selalunya arahan itu akan ku pindahkan kepada nuri. beliau dgn jengkel atau rela akan melaksanakan. aku kan anak no.3, banyaklah akalku; lagipun aku abang! sebab itu nuri kini lebih berdikari. akulah yg mendidiknya secara tidak sengaja. mengenai emi ada yg ingin ku ceritakan, tetapi bukan berkaitan korban. oleh itu biarlah aku reserved dilain tahun.

korban bukan sahaja menyembelih hewan sebagaimana yg disyariatkan. pada hematku yg tak sekolah agama dan tak pernah dapat pingat dari mana-mana negeri, korban adalah berkaitan dgn hati dan perasaan! sila gunakan empaty mu bagi memahami perasaan nabiallah Ibrahim as semasa diperintah utk menyembelih anakndanya yg tungal nabiallah Ismail as. bagaimana rasamu utk berpisah dgn anak seorang yg lahir setelah usia lanju. bukankah kita malah berfikir, biarlah kita sahaja yg terkorban dari tega melihat anak kesayangan dikorbankan. akhir dari peristiwa itu adalah penggantian dgn kibash yg besar serta menafaat bagi penduduk mekah.

kerana itulah ku katakan korban sentiasa mengikuti kita dalam kehidupan ini. seumpama bayang-bayang ia akan menjelma pabila cahaya hidayah menyinarimu. setiap perobahan yg akan terjadi dalam dirimu akan adalah pengorbanan yg perlu kau tunaikan. itupun tergantung kepada kekuatan dalamanmu. ah... terlalu sufi ungkapanku ini malah membinggungkan.
oleh kerana kita sentiasa mencari perobahan, terutamanya dalam hidup; dari miskin kepada kaya, dari kaya kepada jutawan; korban sentiasa kita lakukan. seperti juga tuntutan syariat, bukan semua hewan boleh dikorbankan, begitu juga dalam hidup ini. bukan semua perkara kita wajar korbankan. keluarga, anak, maruah, ibubapa! adalah diantaranya yg tidak boleh kau korbankan dalam menghadapi pancaroba hidup ini.

sesunguhnya hidup ini singkat maka berusaha keras bagi mengisinya dgn tuntutan syariat adalah juga satu korban.
wasalam.

sg.puloh

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification