Friday, October 23, 2009

mari kita doakan mereka

sewaktu aku menduduki PTK beberapa tahun lalu, aku telah menghubungi kak ti pada malam sebelum pereksa.'mimpi apa ni' mesra bunyi suaranya dari tengah hutan cini. kakti kepada aku suaranya sentiasa mesra. kalaupun dia tak puas hati atau mendongkol perasaannya, dia tak kan marah. marah kepada adeknya yang seorang ini, tak bererti langsung. ngetablek!
aku katakan aku nak ambik pereksa dan minta dia doakan supaya aku berjaya. aku percaya kak ti telah mendoakan aku kerana keputusan pereksa - aku lulus!

dalam hidup ini kita tidak bersendirian. hidup ini adalah satu rantai. keluarga sakijan-saamah adalah satu rantai. setiap orang adalah mata rantainya. semalam baru aku sedar ianya telah memanjang lagi. haikal bin sahri. selamat datang. semuga tangisanmu lebih kuat dari abahmu semasa bayi. anak sulong patut lebih kuat teriakannya, kerana kau akan menjaga adek-adek mu. kalau dapat lebih lagi dari paman adam mu dan kalau boleh kembangan idungmu lebeh besar darinya apabila kau marah atau tak puas hati.

setiap dari kita mempunyai hubungan telepatik yang tidak berjasad. kalau kita ada kembaran ianya lebih kuat daya sentuhnya. kerana itulah tatkala ebal dan pamannya sedang mengata aku dalam box-catting- aku boleh resah dan batuk-batuk. kalau martabat aku tinggi, aku malah dapat mendengarnya melalui bisikan kalbu!

memang seringkali kita kelelahan untuk ziarah atau tiada cerita untuk dikongsi, oleh itu kita tidak berhubung. lalu kita menyepi tanpa kabar. sesekali perayaan dan rumah terbuka, baru kutatap wajah mu dan ku renung mata mu. perhubungan selalu kita bataskan dengan hubungan fizikal semata. sedangkan kita boleh berhubung secara batin, secara dalaman!
aku mengingati mu ini pun satu bentuk hubungan dalaman- kalau telepatik mu cukip power; kau akan dapat merasainya. bukan ingatan sahaja hubungan dalaman; malah satu bentuk hubungan dalaman yang sangat kuat kuasanya adalah : doa.

kerana itulah aku minta doa kak ti kerana aku tahu betapa mapannya kuasa doa yang yang dipohonkan oleh orang yang menyayangi kita.

beberapa minggu lagi ku kira semester tahun ini akan tamat. beberapa orang dari ahli keluarga sakijan pula sedang menuntut di pusat pengajian tinggi. salybie di uitm, begitu juga zana. ebal pula di uthm, naim di polyteknik uo, arif dan huda, paman kurang pasti dimana. maaf !
pastinya meraka sedang memerah otak dan bersengkang mata belajar bagi menghadapi pereksa akhir. minggu lalu salybie beritahu tidak tidur selama 43 jam kerana menyiapkan projek dan tesis. hanya aku saja yang boleh tidur lena kalau pereksa dah dekat. suria jenis strugle, tentu dia tidak sealiran dengan aku.

anak-anak kita ini adalah generasi baru keluarga sakijansaamah yang akan menjenamakan semula keluarga ini. bakal memberi image berlainan. merekalah yang bakal mengenalkan keluarga ini dengan enginear, lecture, pilot, doktor, arkitek atau artis.malah munkin jutawan!
oleh itu jangan biarkan mereka sendiri-sendiri dalam mengalas tangungjawab berat ini. kita adalah sebahagian dari mereka. marilah kita hubungi mereka bagi menyatakan sokongan kita. sekurang-kurangnya secara dalaman.

bukankah telah ku katakan, doa adalah kuasa ampuh buat seorang insan. dari itu marilah kita sama-sama munajat kehadirat Allah swt semuga mereka semua beroleh kejayaan yang cemerlang, terang hati, mudah mengingat apa yang dipelajari. doakan juga agar kesihatan mereka terpelihara, emosi mereka tenang dan hati mereka tenteram. Amin!

aku sangat yakin dan percaya tiada doa yang ditolak. lagi-lagi kalau doa yang baik. tetapi kita tidak tahu doa siapakah diantara kita yang di makbulkan Allah swt. kerana itulah aku berharap semua dari kita melaksana kannya sebanyak mungkin dengan harapan diterimanya salah seorang dari kita. aku juga beerharap supaya ada diantara kita yang mempunyai ketahanan diri bagi melaksanakan puasa sunat atau solat hajat kerana ini juga mempunyai kuasanya yang tersendiri.

sumbangan ini tidaklah seberapa, tetapi sangat bermakna kepada mereka dan penjenamaan keluarga ini.
sesunguhnya: hidup ini pendek, marilah kita panjankan dengan zikir dan doa.

wassalam.

2 comments:

Ini Iqbal Nasir said...

Ini dah masuk crite ilmu tasawuf ke? hahaha...
ebal ada satu buku kitab ilmu perubatan kesufian...

mamatnasir said...

apa yg ingin aku sampaikan disini adalah bagi menjawab entry suria- salah siapa! ianya digarap mengikut saiz kasut aku.kajian menunjukkan masalah sosial juga berpunca dari rengangnya hubungan kekeluargaan. sebabnya berbagai, antara nya kerja. kita pun dah jarang amalkan makan ber
sama seperti entry nuri. kerana itulah kita patut
kembali kpd track yg disediakan Allah- agama dan kerohanian [doa].insyallah kalau kita mengikut jalan yang lurus; kita akan sampai dengan selamat dan tenang. hanya nasihat: kalau jalan lurus, jangan pandu laju; kuatir rempuh penghadang jalan!

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification