assalamualaikumbismillah-irrahman-irrahiselawat dan salam buat Rasulullah sawsejak sampai melaka ana telah menanam semangat untuk berjogging pada waktu petang dan pagi seperti selalu. basikal kenalah dilupakan selama 2 hari ini. ana menginap di seri costa. berhampiran menara taming sari. menara itu kami kunjungi dgn berjalan kaki pada petang itu. mulanya kami nak menaikinya sekeluarga, tetapi apabila mengetahui tiketnya rm20.00; kami membatalkan. 20 ringgit utk seorang dalam jangkamasa 7 minit, terasa tidak berbaloi. kami terus ke dataran pahlawan bersebelahan. ianya kelihatan modern dan tidak tinggi. semasa balik kami sedar diatas bumbungnya terdapat padang berumput. esok ana akan berjogging disitu. begitu azam ana.semalam meeting berakhir...