Menjelma cahaya subuh
Kumandang azan syahdu
Menusuk hati yang lama sendu
Gerak langkah
Seiring desir angin
Menyusur pasir putih
Melewati penghuni sepi
Di sana…
Kemboja segar berdiri
Tidak lekang zikir suci
Setia meniti hari
Korban diri layu menyembah bumi
Di sana…
kicau murai berterbangan
seakan mengucap salam
melabuh medan kesepian
meredah daratan keinsafan
Ayah…
Di sini aku berdiri
Berdiri anak yang sepi
Rindu menggamit hari
Tidak bisa dibendung lagi
Bapak…
Akulah bongsu tinggalanmu
Akulah yang masih mencari
Sisa-sisa keusangan
Sebuah kasih sayang yang abadi
Bapak…
Di sini aku masih
Menggenggam sebuah amanat
Amanat kasih kesumat
Yang pasti belum tersisih
Bapak…
Biar kita berpisah
Antara langit dan bumi
Hati anakmu masih di sini
Teguh melabuh hari
Bapak…
Di sini inginku sampaikan
Salam al-Fatihah buatmu
Dari anak-anak mu yang setia
Kami semua beradik.
Bapak…
Di sini kutaburkan
Bunga-bunga kerinduan
Kalam Yassin kuiringkan
Doa untukmu ketenangan
Bapak…
Terlerai sudah
Seribu kesyahduan
Bila terhampar segala kalimat
Anakku......
Bila kau sudah maju ke hadapan
Sesekali tolehlah ke belakang
Agar tidak kau lupa
Bagaimana susahnya menjadi
Seorang manusia berguna
Anakku......
Bila kau berjaya ke kemuncak langit
Sesekali pandanglah rumput di bumi
Agar tidak kau lupa
Tanah tempat asalmu
Anakku.....
Bila kau sudah mencapai segalanya
Janganlah kau mendabik dada
Kerana Tuhan itu Maha Berkuasa
Dalam sekelip mata kau akan menjadi
Seorang yang meminta-minta
Anakku.....
Apabila kau telah mendapat apa yang kau impikan
Bersyukurlah kerana Dia adalah segala-galanya
Jangan sekali-kali kau lupa
Bahawa semua itu hanya sementara
Anakku ......
Jika kau gagal mencapai apa yang kau impikan
Janganlah kau kecewa menyalahkan takdir
Kerana itu adalah sikap yang dibenci olehNya
Dan jadilah seorang manusia yang bertaqwa
Anakku.....
Hanya itu nasihat dari ku
Buat bekalan di hari depanmu
Doaku sentiasa mengiringimu
Insyallah keberkatan dunia dan akhirat bersamamu
2 comments:
Hebat jugak sajak engko ni. Engko memang menantu dan anak yang baik. Insyaallah kebaikan perlu di kekalkan.
Takziah dari kami di USA...sajak ngko memang sayu.
Post a Comment