Wednesday, October 20, 2010

matlamat/ pereksa dah abis

assalamualaikum whw
dengan nama Allah Yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang. dariNya segala pujian dan kepadanya segala permintaan. kita hamba dan Dia Tuhan. kita lemah dan kepadanya kita berlindung.
selawat dan salam buat Rasul Junjungan saw semuga selawat kita mendapat balasan dari para malaikat dan penghuni langit.

ana balik petang itu dapati farah sedang nonton tv. wajahnya tenang dan lega. nyata sekali tension sekian minggu telah terhakis dari rona wajahnya. ana tanya sudahkah ia jeritkan yahoo..... kerana hari itu pereksa pmr adalah hari terakhir. ade lah... jawabnya tanpa perasaan. semasa ana ambil pereksa srp [sama macam pmr- sijil rendah pelajaran] pada hari akhir kami telah jerit dgn berbagai jeritan bagi melepaskan perasaan tension. mungkin situasi dulu dgn kini berbeza. dulu kami jerit sepenuh hati, kini mungkin jerit perlahan pun dah lega dalam dada.

semasa hantar nuri ke klia setelah balik dari cina [ana dah cerita sebelum ini] ana terfikir satu perkara. apakah matlamat farah dalam mengambil pereksa pmr. oleh itu beberapa hari setelah pereksa tamat, ana tanya farah apa matlamat dia ambil pereksa. nak dapat 8A. jawabnya tegas. mungkin dia tahu ana suka kepada jawapan yg tegas. jawapan yg tegas menunjukkan keyakinan kita. ana suka ketegasan dan keyakinan. ini peribadi positif yg patut di pupuk semasa kita remaja. dgn dapat begitu banyak A apa yg farah nak. dia diam. mungkin mencari arah kemana ana nak bawa pertanyaan tersebut. atau tak faham soalan kerana soalan terlalu tinggi. adek beradik ana selalu keliru dgn perbualan ana kerana soalan tinggi begitu. kerana itu mereka sering mengangap ana negatif thingking!

soalan ana kepada farah terhasil dari maklumat yg ana dapat bahawa dia tidak isi borang utk masuk ke sekolah asrama jika dapat keputusan cemerlang. sedangkan borang itu telah dikeluarkan setelah tryle exm tempohari. ini bererti dapat 6A ke 8A ke tetap masuk tingkatan 4. berbeza pada jaman kak ti dan kang mis dulu, kalau tak pas srp, tak naik tingkatan 4. kena ulang. oleh itu mereka kena struggle. disini matlamat jelas, kena pas dan dapat sambung sekolah. kalau tak, stp - sementara tunggu pinangan. maknanya, pada peringkat srp sudah boleh menentukan future kita. sama ada kita drop-out dan cari kerja kilang atau sambung belajar dan ada harapan kerja kerajaan. tetapi pmr hari ni serupa macam akhir tahun persekolahan, tahun depan masuk tingkatan baru. adakah anak-anak kita yg seperti farah dikategoriekan sebagai berjiwa kecil. tidak bercita-cita. kalau dulu yes, sekarang, tidak semestinya.

bagaimanapun matlamat pmr beliau adalah 8A. utk siapa matlamat 8A di tingkatan 4 di sekolah yg sama. ana berpendapat ini sebenarnya matlamat ego kita sebagai ibu-bapa. beliau berhempaspulas selama ini bagi memenuhi matlamat ego mak-bapak. kerana kita sebagai mak akan ditanya oleh jiran semasa keputusan keluar kelak, berapa anak cik nah dapat pmr? dimana kita berasa sangat koman jika memberitahu keputusan setakat cukup makan sahaja. bagi cik gu seperti suria dan balkis, tentu lebih lagi penderitaan jiwa mereka kalau anak kurang cemerlang kerana cik gu sepatutnya dapat mengajar anak sendiri.

adakah kita bertindak bijak dan adil kepada anak-anak kita. soalan ini sangat berguna buat budak-budak kita seperti arie, jelan, nahar dan mungkin nurul yg telah ada stedy friend. mereka ada anak kecil yg perlu didikan dan di tunjuki jalan hidup. kita berharap mereka pandai sedari peringkat tadika. cemerlang pada setiap pereksa dan masuk u. mengapa? kerana kita miskin. pelajaran adalah harta yg boleh kita beri supaya mereka bakal senang. ini matlamat kita. kita pastikan matlamat ini diikuti. kita paksa mereka belajar. hantar tusyen. beli score-A dan berbagai lagi. tanpa kita sedari kita membentuk zombies dalam jiwa anak kita. dimana prinsip kebebasan. dimana pilihan. individu seperti ebal yg punya jiwa berontak pasti akan pilih jalan sendiri dari laluan pilihan kami. tandanya sudah mulai kelihatan. tetapi sabarlah kata ana dan minta beliau tamatkan pengajian sedia ada. sebenarnya pengajian yg dilaluinya adalah berkas-berkas pengalaman yg sangat berharga demi masa depan beliau. pengalaman ini akan terkumpul dalam kotak minda bawah sedar dan akan terbuka satu demi satu membantu menyelesaikan masalah yg bakal kita hadapi. bukankah ia sangat berharga.

kepada farah ana katakan supaya relax, jangan terlalu suspen dan tenang-tenang saja. matlamat sebenar adalah setelah ini. spm. pastikan pencapaian cemerlang kerana dgn itu akan dapat peluang yg baik ke peringkat lebih tinggi. lepas ini baru nampak future kita. bagaimanapun persediaan kena dari awal. tingkatan 4 sangat terkenal sebagai honeymoon year. form 5 struggle year. kita kena ubah sebaliknya. matlamat ini kena dihayati sepenuh jiwa sehingga tiada konsep paksaan. sehingga ada kesedaran dan inisiatif sendiri. setelah ini tugas kami hanya sebagai facilitator sahaja. anak-anak sepatutnya jangan dirosakkan emosinya sebelum peringkat itu. kita sering jumpa kanak-kanak periksa akhir tahun seperti ambl pereksa u. sedangkan tahun hadapan bertukar kelas juga. sepatutnya tenang dan ikuti perkembangan mereka. ingatkan pentingnya kelas A pada setiap tahun dgn cara berhemah dan kesedaran kendiri. bukan memaksa. memang persepsi dulu dapat no.1 terbaik. persepsi sekarang bukan nombor, tapi berapa A. biarpun no.10 tapi 8A, masih cemerlang. bukankah cara fikir kita telah berubah!

ana pun kena bersedia dgn emosi dan mental. walaupun apa keputusan farah, ana kena hadapi dgn tenag. pastikan dia tidak rasa guilty conscious dan terima dgn seadanya. hargai usahanya selama ini dan celebrate. kemudian ingatkan matlamat bagi tahap spm. apa yg perlu dilaksanakan berdasarkan pengalaman kita dan seniornya. semuga jiwa tenang akan dapat menguasai minda bawah sedar yg positif lalu menghasilkan tindakbalas positif juga. insyallah.

minggu lepas ana singgah rumah nuri. kami transit saja. tak sangka dia sedia makan malam ikan kembung goreng tepung. ana lantak dua ekor. kari kepala ikan dan sotong. banyak cerita positif dari cina yg dapat dipelajari dari lawatan beliau. ini juga dapat membuka minda. terima kasih dan selamat pulang ketempat asal. kami mengalu-alukan. kalau ada kompang memang kami berkompang sepanjang malam.

wassalam.

klang.

16 comments:

paman nok said...

Assalamualaikum
Cerita pasang kompang ni aku teringat arwah Kakik dngan kumpulan kompang nya di Pasir Panjang. Dulu arwah antara salah sorang pak dalang nya atau pengasas nya di kapung PP. Hampir tiap malam minggu dia pasti berlatih dengan kawan-kawan nya di kg tengah. Arwah memang saorang yang sangat tekun dengan pekerjaan nya dan boleh dikatakan obses dengan perkara yang dia suka. Awal-awal kumpulan kompang tu digiatkan semula di pasir panjang arwah sanggup merakamkan irama nya di kaset dan sering memainkan nya di rumah dengan radio nya yang ada player.Ada juga dia memberitahu ana kaedah irama dan bunyi kompang tu..ada nada tiga, lima tujuh dan macam-macam lagi.Tapi waktu itu ana tak ambil kesah pun hanya sekadar mendengar penerangan beliau dan tak menunjukkan sebarabf minat. Hingga lah pada satu malam ana tak ingat majlis apa di rumah kita ana mendengar kompang beduk beliau dan rakan-rakan nya di tengah malam sekitar jam 2 malam antara jaga dan lena ana mendengar irama kompang beduk tu sangat sedap, rancak dan meriah dan tak lama selepas itu majlis tersebut pun tamat. Barulah ana perasan kompang beliau sebenar nya mempunyai jalan penceritaan dimana permulaan nya agak slow tetapi diakhir nya irama nya rancak dan menghiburkan, rupa nya itulah kemenangan dan kejayaan dalam kesah penceritaan tersebut atau klimax kepada kesah yang diceritakan seolah olah seperti teater muzikal zaman sekarang. Sayang nya itulah kali pertama dan juga kali terakhir dapat aku mendengar dan menghayati kemerduan irama kompang jawa arwah bapak.kat mana kompang tu sekarang. Ada sapa-sapa yang tau atau simpan, kalau ada maklumat tu kompang tu aku nak simpan.
Kesah kompang engko ni telah mengingat aku kepada nya. Semoga roh nya dicucuri rahmat.Amin.

pe said...

sangat nostalgic.
seingat ana kompang terakhir di rumah pp yg ada ana terlibat adalah semasa puputan iqbal.
sehingga hampr subuh..

Anonymous said...

soalan saya...
PUPUTAN 2 ape???
hahaha...
sori bertanye...

Anonymous said...

majlis cukur jambul bang

Anonymous said...

ok...tq...
sj xnk ltk nama..nnti kantoi..
hahahaha...

paman Emi la said...

kau tula... masa aku kawin pu ada lagi kompang sampai pagi ... mungkin kau jer yang balik awal kot..

pe said...

ade hal..
lagipon tak nak gangu pengantin..
abis kenduri kita balik la..

pman nok said...

Haah memang Mat macam tu dia kan selalu balik awal majlis belum selesai dia dah cabut.. takut jalan jem...esok nya pulak kena kerja ..mesyuarat pulak tu tak leh tinggal..hehehehe dia kan Bos. apa lah engko Emi engko tu kerja sendiri lain lah BOS Sendiri lagi hebat.
Antara salah satu Motivasi Business orang China ialah: Tidak ada yang lebih memuaskan hati dan motivasikan mereka sebagai peniaga selain menjadi bos kepada diri sendiri dan orang lain.
Ok lah tu.

pe said...

setuju.. setuju.
memang lebih seronok jadi bos kepada diri sendiri dari jadi bos kepada oang lain..
ni pun dah rasa jemu jadi bos..
nuri kang balik sini asyek meeting.. meeting..
tua dalam bilik meeting.
ade ke cara nak kurangkan meeting..

paman nok said...

Tukar meeting tu jadi perjumpaan formal kat kedai kopi atau kedai mamak atau lawatan tapak, balik terus buat. Bagi arahan terus sambil kena teh dan roti canai. Tak ada guna nya buat perancangan cantik atas kertas jika nak dilaksanakan kena meeting banyak kali dan akhir nya tak pernah dijelmakan dalam bentuk tindakan. Sahabat China aku pesan kesilapan terbesar yang sering dilakukan oleh mereka yang mahu berjinak dengan perniagaan adalah menghabiskan terlalu banyak masa mengkaji dan menilai mengadakan meeting termasuk memikirkan risiko dan memprtimbangkan untung rugi. Apa yang diperlukan adalah tindakan selepas memikirkan strategi niaga yang baik. Masalah selalunya hanya akan muncul apabila ia telah dilaksanakan. Setengah dari masalah yang difikirkan itu sebenarnya tak pernah wujud dan berbeza daripada yang difikirkan sebelum ini. Kita tak perlu takut dengan masalah kerana masalah sebenarnya memberikan motivasi supaya menjadi lebih kuat dan cekap dan ia merupakan suatu cabaran yang perlu dilalui bagi menjadikan kita lebih kuat, berwibawa dan berkebolehan. Ini nasihat bagus untuk EMI yang menjadi BOS untuk diri sendiri.

pe said...

ikut mee nasihat tu
sangat berharga dan percuma, tak prlu bayar consultant fee.

paman n said...

Dia baca entah tidak. jauh aku merantau nak cari ilmu China berniaga ni. Nak harap China tempat kita susah lah kedekut dan tak kenal pun. Dia orang lagi friendly dan membantu. Orang China pandai berniaga bukan kerana mereka dilahirkan sebagai bangsa China tetapi mereka telah diwariskan dengan kepandaian berniaga dari satu jenerasi kesatu jenerasi sejak sekian lama nya. Jika dulu bapa nya berniaga air batu ditepi jalan, anak nya akan membuka restoran dan barangkali cucunya membuka kilang air dalam tin. Kita pulak jadi lain Kalau dulu bapa nya menjual ais krim anak nya sekarang makan di restoran orang lain dan cucunya rasa nya tak ada yang bekerja kilang, kira nasib baik jugak lah.
Sekadar renungan dan perkongsian idea.

pe said...

ye le..
berapa org lagi yg baca blig ni ye..
agaknya 4 org je kot,
engko
ebal
emie
aku.

menara gading said...

tak kesah lah
yang penting teruskan menulis sebab iakan menjadi warisan masa hadapan. Perjalanan hidup pandangan masakini insyaallah akan dibuka dan disemak semula oleh jenerasi akan datang sebagaimana kaum china merintis jalan perniagaan mereka yang bermula sejak bertaus-ratus tahun dahulu.
Aku ingat lagi Arwah bapak kita sebenar nya memang hebat seingat aku dia mencatatkan diari harian nya disebalik belakang kalendar cina yang ada gambar amoi lawa tu, lepas tu dibelakang buku resit kedai kayu wak misman yang tak digunakan lagi..Dicatatkan pendapat harian nya setelah tolak kos dan catatan aktiviti harian nya. Entah kat mana semua tulisan-tulisan beliau sekarang. Sayang kita tak menghargai nya tapi mungkin kita boleh kaji dan analisa pemikiran nya dan bentangkan didalam seminar persatuan keluarga kita.
Usaha engko mencetak blog ni dan disimpan didalam bentuk hard copy adalah suatu usaha yang sangat baik.Tak terfikir pulak aku. Elok juga kalau simpan dalam soft copy. Bila nak buat kolokium pemikiran TUAN HJ SAKIJAN?.Elok juga didokumen dan dibentangkan untuk dihayati oleh semua orang.

Anonymous said...

kite pun bacalh..tp xtau nk tulis ape..klu stkt tak formal punye penulisan bolehlah..yg tulis pjg2 ni xsmp lg..haha..jgn marah..

-nahar-

Anonymous said...

tak pe nahar
semua diterima
inikan tempat belajar.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification