Sunday, November 7, 2010

Raya Haji Kat Mana

Assalamualaikum..
Selawat serta salam buat Nabi Junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan ahli keluarga serta sahabat baginda..
Maaflah sudah lama rasanya saya tidak menulis @ menyumbang sesuatu dalam blog ini..Kesibukan dengan rutin harian menyebabkan batasan waktu dan kekangan mencurah idea. Namun begitu, saya tetap setia mengikuti perkembangan terkini entry dalam blog ini. Syukurlah dalam keluarga ini ramai yang dikurniakan bakat dan kebolehan yang mampu memberi manfaat kepada ahli yang lain. KTS misalnya merupakan ahli pemikir yang hebat, idea yang dicurah jika direnung mampu memberi keinsafan dan kesedaran walaupun adakalanya bahannya cuma apa yang beliau lalui, perhatikan dan ditafsirkan. MG pula diuberi kesempatan dan peluang oleh-Nya untuk mengembara di bumi orang maka luaslah pandangan berbanding kami yang statik di sini. Mungkin kerana itu juga saya berasa sangat kerdil untuk menulis, ilmu tak setinggi mana, pengalaman pula cetek dan dangkal...barang kali tidak berharga untuk dikongsi apatah lagi dengan orang yang jauh lebih dulu makan garam. Silap aturan menampakkan pula kekurangan dan kelemahan diri.

MG, saya berpendapat kepulangan MG ke negeri kelahiran pasti membawa seribu kebaikan terutama kepada ahli keluarga ini. Maklumlah apabila ibu bapa telah tiada, maka punca untuk adik beradik sentiasa berkumpul jauh. Mungkin kepulangan ini akan menambahkan kekukuhan ikatah ukhwah dalam kalangan kita. Yakinlah setiap sesuatu yang ditakdirkan-Nya pasti ada hikmah di sebaliknya walaupun adakalanya kita rasa kesal pada mulanya tetapi suatu hari nanti pasti kita akan dapat merasai apa hikmah di sebaliknya. Itu cuma pendapat saya. Apapun saya percaya MG lebih arif akan hal ini.

Bercakap soal Raya Korban minggu depan..memang kami sekeluarga ada keinginan untuk berkumpul bersama dengan abang-abang dan kaka-kakak (antum/ente-ente)sekalian tetapi rasanya keadaan kurang mengizinkan. Bilangan hari cuti yang amat terhad di samping keadaan diri yang agak kurang selesa untuk melaksanakan perjalanan jarak jauh membatalkan hasrat kami untuk beraya di Chini. Memang rumah kekanda Miskiran dirasakan tempat paling strategik untuk kita semua berkumpul sempena raya kali ini tetapi keadaan pula kurang mengizinkan. Kami mungkin beraya di sini sahaja atau paling tidak pun kami menziarahi kakang di Pasir Panjang.

Insya-Allah jika dizinkan kita berkumpul lain kali, mungkin Desember ke..kalau ada rezeki bolehlah buat kenduri aqiqah @ kesyukuran (Adam mungkin nak bersunat)
Apapun kami sekeluarga memohon kemaafan dan semoga hari raya korban kali ini tetap memberi erti kepada kita semua dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing dan menganggapnya sebagai ibadah...(itupun pengorbanan juga). Hingga ketemu lagi..doakan kesejahteraan kami sekeluarga..

p/s: ada cadangan nama untuk nama baby kami yang baru? (mungkin selepas Hari Raya Haji)

6 comments:

kts said...

as salam,
tahniah akan dapat baby baru. strategy yg baik kumpul baby dalam jarak usia tidak terlalu jauh. ini akan membentuk hubungan akrab dan toleransi dikalangan adek beradik. mengikut kajian, waktu kritikal dalam pembentukan peribadi dan tingkahlaku bermula pada usia 2 th hingga 10 th. perhatian dan didikan yg sangat ketat atau longgar akan memberi kesan kpd mereka. chegu tau hal ini. nama yg sesuai adalah yg baik-baik maknanya, kerana nama juga akan beri kesan saikology. raya haji tahun ini ana pun semacam dgn antalah. cuti sehari sempat ke pp je kut. dis nanti wak pun nak sama potong adam punya burung.

Anonymous said...

assalamualaikum... ini dri keluarga dri chini..
abah cakap raje aji tahun 2010 semua djemput hadir d pahang untuk berkumpul. itu sahaja haram maklum...

Anonymous said...

haram maklum??

Anonymous said...

jadikanlah halal benda baik janganlah diharamkan.

paman em said...

ape dah jadik nie kak oya....
baru sekali naik bukit broga dah pening..yg halal jadik haram.. macamne nak naik gunung kinabalu..

ayun said...

ha,yang tulis tu aman la...kt cini da ade stemex da.kalo nak pakai berukban pon bole..da ade line 4g kat cini ni...hahaha..masuk ladang sambil kait buah sawit da boleh video call org kat bandar.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification