Saturday, November 20, 2010

betapa indahnya suasana.







assalamualaikum

bismillah-irrohman-irohim.
selawat dan salam buat rasul junjungan Rasulullah saw.

bayangkan: pagi yg tenang. deruan ombak memburu pantai. jauh terbentang laut... membiru. dihujung ufuk kapal belayar. dibalik bukit, merah angkasa. mentari mula menampakkan dirinya. seperti semalam, ana jogging dipantai. laut masih pasang. hujung ombak menjilat hingga kepangkal pokok ketapang. semalam petang ketapang itu terlihat jauh dari gigi air. batu tembok kelihatan basah. hujan rupanya tadi malam. semenjak mengikut nasihat doktor sebulan yg lalu, alhamdullillah keadaan kaki semakin improve. sudah makin senang mendaki tangga pejabat dan pagi ini dah mula boleh jogging. semalam banyak walking dari jogging. betullah kalau dikatakan walking lebih ringan dan baik dari jogging. jogging ada hentakan pada sendi2. sendi tua macam ana pastinya membawa perasaan kurang selesa.

pantai yg ana gambarkan tadi seingat ana dulu lebih cantik. pasirnya lebih bersih dan airnya lebih jerih dan membiru. walaupun banyak penambahbaikan telah dilakukan oleh penguasa daerah, ana fikir mereka tidak kreatif. inginear memang begitu. tau buldose je. ana taulah, ana pun ada leluhor inginear. sepatutnya mintalah pandangan artis. mengapa ana membebel sangat ni! ana sangat tersentuh kalau tengok pokok ditebang. seolahnya keluarga ana disakiti and dikhianati. adakah patut, utk membina pejalan kaki dan dangau utk pengunjung berehat; pokok yg tidak berkaitan ditebang? bukan kecik, satu dua pemelok. tahukah kalian berapa puluh tahun ia jadi seperti itu? ini yg menjadikan lanskap pantai ini berubah. begitu juga pembangunan diatas bukit sebelah timur. mengapa patut pokok ditebang hingga ke pantai? sepatutnya pembangunan dikawasan rekriasi hendaklah minima penebangan. kalau diluar negara, terutama negara maju pasti perkara begini tidak akan berlaku. ironinya kalau kita keluar negara kita akan kagum dgn tempat pelancungan mereka yg terpelihara kemas dgn bangunan lama dan pokok2 beratus tahun. nuri patut cadang supaya inginear juga mendalami seni dan budaya. supaya pembangunan tidak mengorbankan khazanah dan jatidiri negara.

pagi ini ana jogging lebih jauh dari semalam hingga kehujung sebelah barat. ebal yg menemani mengikut sahaja. pertama dia juga kuatir utk membiarkan ana sendiri. ana tak berapa fit, kedua ada beberapa ekor anjing berkeliaran seperti anjing liar disebelah sana. pantai dibahagian tersebut lebih terjaga. nampak seperti ada bekas tayar trektor yg masih baru. mungkin beach operator berhampiran yg menjaganya. sepatutnya begitu. pantai dan laut adalah perniagaan
mereka. beach operator dibelah timur juga sepatutnya bertindak sama. walaupun pengunjung negara ini kurang berfikiran sivik, kebersihan adalah vital. hanya dgn cara ini kelesterian pantai peranginan akan dikekalkan. kalau dijepun, org2 tua akan beraktiviti secara sukarela membersihkan taman awam; tidak bolehkah org2 pencen dikawasan pantai bersukarela membuat perkara yg sama? seminggu 1 or 2 kali bersama beach operator. dimana hotel or chalet menyediakan peralatan dan refreshment. dapat juga pesara2 ini mengeluarkan peluh dan berbakti. sehingga kini kita masih gagal mengamalkan perkara baik ini sedangkan ianya dituntut oleh agama kita. ironinya penganut agama lain pula yg mengamalkan.

masihkah cucu ana dapat menikmati keheningan suasana pagi dipantai ini seperti datuknya suatu masa nanti. sukar utk dijangkakan sekiranya sikap dan pendekatan kita tidak berubah. ataukah pada masa cucu kita kelak, mereka tidak lagi berkelah di sini. perkelahan mereka dibuat di pantai kuta, bali or queensland beach di australia. mustahilkah? sewaktu ana kanak2, arwah bapak tak pernah membawa kami berkelah. ke morib dgn rombongan sekolah sudah sangat meriah dan mengesankan. kemudian bila sudah bekerja dan punya kenderaan, ana bawa keluarga ke PD. termasuk adek dan roskang, balik hari. masak pagi-pagi duduk bawah pokok, mandi laut; bilas ditempat mandi awam baru balik. malam baru sampai. seminggu anak-anak berubah kulit, dari putih jadi gelap. kemudian apabila stabil sikit, baru mampu menginap. itupun satu malam. kini dah mampu 2 malam, tetapi bilik tambah tilam. selalunya ebal yg tidur bawah. oleh itu tidak mustahil suatu waktu nanti ana berjoging di long beach island. pastinya dgn rasa sebal didada kerana sepatutnya pantai kita juga kekal cantik dan dapat menarik org luar mengunjunginya. bukankah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; lebih kita sukai...

pantai, laut, ombak dan senja sebenarnya sangat berkesan dalam jiwa ana.
wassalam.
p/s tahniah kpd emy/sham kerana dikurniakan baby leo-boy not lion boy.


















0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification