Friday, November 5, 2010

BERTEMU DAN BERPISAH

Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh
Selawat dan Salam kepada Nabi Muhammad SAW Nabi junjungan besar kita semoga kita semua dirahmati Allah SWT.

Agak lama juga ana tidak memasukkan entry baru didalam blog kita ini. Lantaran kesebokan tugas dan ketiadaan fokus dan idea untuk diutarakan. Waktu ini di Universiti tempat ana bertugas sedang menjalankan peperiksaan akhir semester. Walaupun ana secara khusus nya tidak terlibat dalam mengawasi peperiksaan tersebut namun sebagai ketua jabatan ana bertanggungjawab memastikan penilaian kerja kursus dilaksanakan dengan sempurna. Ana pasti anak buah yang sedang menuntut di Universiti lain pun sedang menghadapi peperiksaan akhir semester ini. Semoga anak ana sendiri dan anak buah yang lain dapat menghadapi nya dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Isnin lepas rakan - rakan ana di Fakulti telah mengadakan jamuan perpisahan untuk ana. Terasa sayu juga bila ana diminta untuk menyampaikan ucapan dalam majlis makan tengahari itu. Ana menceritakan sedikit sebanyak sejarah awal kehadiran ana di Kelantan dan seterusnya perjalanan hidup sepanjang hampir 11 tahun di bumi Cik Siti Wan Kembe ini. Secara zahir nya ana suka tinggal di sini. Aman dan tenang serta tidak sebok dan tak ada tol yang nak kena bayar. Tetapi secara batin nya ana merindui untuk kembali ke negeri kelahiran ana sendiri. Bak kata KTS hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik hujan batu walaupun sakit tapi masih berada di tempat sendiri. Tapi ada rakan ana yang memberi ucapan balas mengatakan insyaallah ana akan ditimpa hujan batu permata di tempat sendiri. Betul juga sebab permata disebut batu permata bukan batu emas. Wallohualam.

Ana sendiri tidak pasti bagaimana keadaan tugas ana seterus nya di tempat sendiri nanti. Begitu juga kehidupan ana seharian dan kehidupan keluarga ana ditempat baru kelak. Anak -anak ana yang dah sebati dengan bahasa Kelantan walaupun kami tak makan budu yang bakal mempelajari dan mengadaptasi budaya Bandaraya yang pasti berbeza dengan budaya bandar Machang. Ahh.... biarlah masa dan keadaan yang menentukan. Rasa nya mereka sudah makin besar dan mampu berfikir dengan baik. Walau apa pun ana sudah bersedia zahir dan batin nya untuk pulang ke kampung halaman ana sendiri. Dan memulakan kehidupan semula di bandaraya. Ana yakin penghijrahan ini membawa kebaikan dan keberkatan untuk semua orang kerana ana juga banyak kali melakukan Istiqarah dan nampak nya Allah telah memudahkan lorongan ana untuk kembali ketempat sendiri.

Bertemu dan berpisah memang sesuatu yang sangat menyedihkan. Meskipun kekadang kita memang tidak ngam dengan sesaorang tetapi apabila saat perpisahan itu sampai memang terasa sebak juga dihati kita. Semalam kawan-kawan sekolah Arina juga telah mengadakan jamuan perpisahan untuk nya di KFC Machang sempena cuti hari mengundi di Galas Gua Musang. Ini belum lagi saat perpisahan dengan jiran-jiran tetangga yang sangat akrab dan pengganti saudara mara terdekat. Walaubagaimana pun itu lah makna kehidupan ini. Ia tidak akan kekal selama nya dan kita perlu bersedia untuk menghadapi nya. Dan bertemu dan berpisah merupakan proses dan perjalanan kehidupan kita.

Tengahari kelmarin ana menerima panggilan dari Kang Miskiran di Chini. Ceria bunyi nya namun dalam maksud panggilan nya. Dia bertanya khabar adik beradik nya kerana kata nya dah lama tak dengar kabar berita sejak raya hari itu. Sejak dari dulu selalu nya bila nak dekat Bodho (sambut hari raya) dia yang terlebih dahulu menghubungi ana sebelum adik beradik nya yang lain. "Raya Haji ni raya kat mana" kata nya. Ana terfikir bagaimana abang yang tua lebih concern kepada adik nya bertanya kabar dan sambut raya. Sedangkan ana yang sepatut nya menalipon nya memberitahu kemana ana nak raya. Ana tak ada keputusan nak sambut raya haji kat mana kerana belum buat mesyuarat. Insyaallah kalau ada rezeki mungkin ana raya kat Pahang. Tapi ana beritau dia ana balik dari China sehari sebelum raya haji. Ana tanya macammana yang lain-lain. Dia kata tak ada kabar berita dari yang lain. Semua senyap je sejak lepas raya hari tu. Dia ada meluahkan perasaan nya mengatakan tak mendapat sebarang berita. patut nya talipon lah bagi tau kabar cukup lah. Ini ada yang dapat cucu- cucu pun tak sampai kat dia. Kalau tak boleh lah ucap tahniah, hantar hamper ke buat kunjungan "muyi" ke..

Ana dah faham perasaan nya kerana dia semakin berumur. Sebagaimana dahulu kita masih punyai kedua orang tua kita, mereka tak perlukan wang ringgit dan kebendaan namun apa yang diharapkan ialah kunjungan ziarah dan ambik tau mengenai nya dan bertanya khabar sudah memadai. Apabila kita makin berumur kehidupan kita sebenar nya semakin sunyi dari anak-anak, adik beradik dan sedara mara. Tambahan lagi waktu tua bersama mereka ini sudah amat terbatas, sebab itulah walaupun dia ramai kawan-kawan namun kesuyian terhadap anak-anak dan sedara mara amat terasa sekali kerana bersama anak dan sedara mara adalah dua suasana yang berbeza dibandingkan dengan kawan-kawan.

Elok juga kalau raya haji ini kita dapat bersama.. tapi cuti sehari mungkin membataskan kemampuan kita untuk berkumpul bersama..apa pun kita masih boleh berhubung dengan teknologi yang ada, cuma masalah nya kita sering terlupakan orang-orang yang lebih tua dari kita ..

Wassalam.

3 comments:

kts said...

assalamualaikum.
dalam sejarah hidup ana tak ada perpisahan yg menyedihkan. sebab ana tak selalu berhijrah jauh atau lama dalam tugas. paling jauh pun diperak. kerana ana sendiri tanpa membawa keluarga, bertukar semula ke selangor, memang sangat dinantikan. oleh itu sepanjang ucapan perpisahan, ana senyum memanjang. happy. dapat balik jumpa bini. sewaktu ana di kkb pejabat ana telah mengadakan majlis perpisahan pada awal bulan, sedangkan ana bertukar pada akhir bulan. dalam ucapan, ana katakan bahawa mereka tentu sangat gumbira kerana ana bertukar; sebab itu buat majlis cepat. mereka tergamam. sebenarnya masa dah peck. tetapi memang ana ada masalah perhubungan disana. hidup tak selalunnya indah. ini kisah lain. tak de kena mengena dgn entry MG. bagaimanapun selamat kembali. walaupun tak ade kompang yg mengalu-alukan kami tetap berkompang dalam hati dan roman muka kami ceria menyambut kepulangan. percayalah, banyak kebaikan yg bakal ente sumbang utk family ini dan nasihat yg bakal diberi. karisma pemimpin keluarga memang ada pada ente.
selamat berangkat ke cina. nahar masih belum balik lagi dari cina. katanya ade seminar seminggu di xianmen. ana pun tak tahu kat mana tu.

selamat hari raya haji. raya depan mungkin ana raya kat mekah. insyallah.

MG said...

Xiamen terletak di wilayag Fujian. Dia dikenali juga dengan nama Amoy. Bandar di sebelah Tenggara tepi laut kira ada pelabuhan dan bertentangan dengan pulau Taipei. Bandar ini juga besar dan pesat membangun digemari oleh china-china seberang laut.Tahniah, ada jugak anak buah yang sampai ke Tanah Besar China ni selain ana. Semoga beliau dapat menambahkan pengalaman terutama berada di negara orang.Lepas ni boleh lah dia ceritakan sikit pengalaman nya di sana dalam blog ini.
Dahulu ana amat kagum dan berbangga dengan KTS sebab dialah satu-satu nya keluarga yang dapat melangkah kaki ke Oversea. Philiphine, kemudian ke Jepun. Poskad nya dari Jepun masih ana simpan sampai sekarang. Dan dalam diam sebenar nya ana menyimpan cita-cita suatu hari nanti ana pasti akan sampai ke luar negara juga seperti mana beliau. Alhamdulillah hajat itu dimakbulkan tuhan.
KTS alhamdulillah dah ada hasrat untuk beraya ke Mekah tahun depan. Semoga hasrat murni ente dimakbulkan Tuhan. Giliran aku pun tahun depan, mungkin kalau dah ketentuan nya kita akan beraya bersama di sana. Siapa tau Insyaallah.

kts said...

setakat ini yg keluar negara atas urusan kerja atau jabatan. mana tau yg akan datang ada yg mampu keluar negara atas urusan sendiri atau perniagaan. oleh itu keluar negara bukan lagi satu previlage.
best kalau ente pergi juga tahun depan. boleh kita baraan sama.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification