Saturday, December 4, 2010

semakin jauh








assalamualaikum



bismillah-irrahman-irrahi
selawat dan salam buat Rasulullah saw


sejak sampai melaka ana telah menanam semangat untuk berjogging pada waktu petang dan pagi seperti selalu. basikal kenalah dilupakan selama 2 hari ini. ana menginap di seri costa. berhampiran menara taming sari. menara itu kami kunjungi dgn berjalan kaki pada petang itu. mulanya kami nak menaikinya sekeluarga, tetapi apabila mengetahui tiketnya rm20.00; kami membatalkan. 20 ringgit utk seorang dalam jangkamasa 7 minit, terasa tidak berbaloi. kami terus ke dataran pahlawan bersebelahan. ianya kelihatan modern dan tidak tinggi. semasa balik kami sedar diatas bumbungnya terdapat padang berumput. esok ana akan berjogging disitu. begitu azam ana.

semalam meeting berakhir agak cepat. cuaca juga agak baik. setelah balik kebilik, ana bersiap dgn seluar treck; mengajak farah dan bibik sinah kesana. waw... ana berjogging disana. diatas padang dataran pahlawan. melaka lagi. bulan sudah di pantai pd. sekarang di melaka. yg akan datang ? ramai dikalangan kita yg telah sampai ke melaka, tetapi berapa orang yg telah berjogging disana. ana percaya ana seorang saja. dulupun kalau ana kemana-mana ana hanya duduk dalam bilik sahaja. sejak akhir-akhir ini sahaja baru ana berexcercise. dulupun ana macam kalian juga.

sebenarnya bukan senang kita nak menghadapi suasana keliling dan tekanan emosi semasa kita berjoging ditempat orang. nak keluar rumah dan melakukan perkara jarang seperti mencabut rumput atau menyapu laman pun kita selalu concern terhadap penampilan, inikan lagi nak berjogging dalam keadaan naif. sebenarnya tahukah kalian mereka yg berada disekeliling kita tidah kisah pun mengenai kita. segalanya hanya perasaan sahaja. musuh kita sebenarnya diri kita. bukan orang lain.
malam itu sekali lagi kami ke menara tamingsari. kalaupun tiket 20 ringgit, ana fikir farah dan emaknya patut merasai. ana bila-bila lagi ada peluang ke melaka dan menaikinya. sementara ana menanti dikerusi panjang sambil memerhatikan beca yg dihias cantik, farah telepon bagitahu tiket setengah harga. 10 ringgit sahaja. apa lagi, ana pun terus meluru masuk. untung tak naik semalam. pemandangan malam melalui pletform berpusing memang mengasyikkan. tak berenti-renti ana ambik gambar. satu yg diatas tu adalah gambar hotel yg ana menginap. ana ambil kerana salbiah tak ikut sama. dia hanya melambaikan tangan dari tingkap sahaja. walaupun tidak lama ana rasa ianya satu pengalaman yg agak menarik juga. memang negeri ini sudah semakin maju sekarang. memang pelancungan telah dapat diexploit dgn sangat baik oleh pemerentahnya.
pagi ini kami bertolak ke kelang. semuga jumpa lagi. wassalam.
seri costa.


2 comments:

Anonymous said...

PAMAN HOW ABOUT sri costa ? is't good? kami sekeluarga plan nak bercuti ke melaka dan sri costa dlm senarai... balqis

pe said...

baguslah melawat dlm negeri.
sricosts bagus dan bersih. dekat pusat bandar. la famosa, menara tamingsaru dan sungai boleh jalan kaki sahaja. disadvantage, bilik agak kecil. x ade peti ais dlm bilik dan parking terhad. kena bayar sendiri.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification