Wednesday, November 17, 2010

salam aidil-adha 1431H

Dengan nama Allah Yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Selawat dan salam buat nabi junjungan Muhammad Rasulillah saw.

Allah hu akbar, Alllah hu akbar.. Allah hu akbar.

ana baru balik dari solat di surau depan rumah. raya kali ini surau berkenaan dibuka lebih awal. raya yg lepas agak lewat, hingga kami menjangkakan tiada dibuat solat sunat raya disitu. menjelang 8.10 baru ada pengumuman. akhirnya kami solat juga disana. semenjak beberapa tahun ini ana dapati perubahan telah berlaku disurau kami. pertama, penguasaan pendatang bangla mengisi ruang solat hampir separoh tempat; dan bertambah ramai golongan muslimat bersama bersolat raya. kalau dahulu hanya kawasan dalam sahaja yg diperlukan buat mereka, kini suku dari ruang lantai surau telah dikuasai mereka.

surau kami tidak extreme. khutbah yg dibaca datang dari pejabat pemerintah. pengkhutbahnya masih muda dan datang dgn pakaian jubah hitam potongan arab. sorbannya diikat kemas ala pesantren. oleh kerana masih muda, penyampaiannya jelas, bacaan ayat al-quran tartil menyebabkan jemaah tenang. setengah penyampai yg sudah tua boleh meresahkan makmum. memang sekarang sudah ramai khatib dari kalangan orang muda. dari tempoh merdeka hingga kini memang sewajarnya telah ada pertukaran generasi. bayangkan kalau pada masa merdeka meraka berumur 20an, kini mereka sudah berumur 70an, memang patut bagi ruang kepada imam muda. lagupun bahasa melayu sudah banyak perubahannya, telah banyak asimilasinya. pengkhutbah tua mungkin akan mengeluarkan bunyi pelik atau tidak tepat pronounsationnya. ini meresahkan makmum. syukur, khatib hari ini tidak begitu.

lepas ini kami bercadang nak ke pasir panjang. ziarah satu-satunya leluhur terdekat. baru tadi telepon kerumah kang mis bertanya samaada beliau keluar atau tidak. katanya tidak kemana. itupun yang mengangkat telepon pada ingatan ana huda, tidak dapat mengingat ana. beberapa kali dia bertanya siapa yg bercakap. memang salah ana juga, tak pernah telepon kalau tak ada hal. tanya khabar jarang sekali.

sempena raya aidil-adha ini ana menyusun jari memohon kemaafan dan keampunan kepada semua keluarga. semuga bergembira dihari lebaran ini. nuri dan keluarga tentu sedang asyik menghadap ikan patin sehingga masage ana terlupa nak reply. semuga kita dapat berjumpa pada bulan depan. katanya nak potong burung adam.

wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification