dengan nama Allah Yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
selawat dan salam buat Rasul Junjungan saw.
waktunya tengah hari. ana sedang duduk mengadap semangkok sup. sup ekor lagi. memang agak aneh bagi lunch dgn sup. tetapi hari itu ketua kami melawat kawasan. memang kedai makan yg baik tidak banyak di pekan kecil ini. kedai sup ini pun baru buka dgn image yg agak baik. memang begitu kebiasaannya kalau ada ketua, kita ingin memenangi hatinya supaya kerja kita mudah. orang berniaga lebih lagi kalau berurusan dgn ketua jabatan. mungkin pergi ke restoran exsotic bagi mendapatkan daging landak atau ikan yg payah diperolehi. pada masa itulah handpon berdering dgn bunyi flute. memang ana suka ringtone tersebut. sayu dan syahdu terutama pada waktu malam.
suara istri dihujung sana. bang, tv rosak. langsong tak keluar api. masage terang dan jelas. bahasa anak-anak ana lebih padat. tv dah kong! kalau masage kata tak keluar gambar, boleh arah usik antenna ke, switch ke. ini dah kong. ok balas ana. balik kang kita tengok.
tv berkenaan ana beli semasa bertugas di kkb. kalau tak silap pada tahun 1998. harinya ana tak silap. hari jumaat. masa itu arwah mak dan bapak datang kerumah. tv singer yg sedia ada telah beberapa kali direpair menyebabkan layarnya tidak setabil. oleh itu selepas solat jumaat kami kekedai tv membeli yg baru. ade remota lagi. masa itu ade remote kira tv moden lah. harganya sekitar RM600.00. tu pun dah kira mahal berbanding gaji ana waktu itu kecil. ini pun kira kes nak ambil hati org tua la ni. tahun ini dah 12 tahun usia tv berkenaan. bagi barangan elektronik kira berbaloi. tv nahar yg dia beli semasa mula kerja 4 atau 5 tahun lalu, dah rosak. dia beli kerana ingin mengambil hati maknya yg kecik mata menonton tv 14''. dia beli 21''.
petang itu bila ana balik, memang betul tv dah kong. tutup switch dan hidupkan semula pun tetap tidak berfungsi. utk dibetulkan pada firashat ana sudah tidak ekonomik. pertimbangan ekonomi menunjukkan lebih baik diganti dari diperbetulkan. selalunya keputusan kita dibuat berdasarkan pengalaman. komputer riba ebal yg rosak kami betulkan habis 600. bawa balik guna seminggu hilang warna. then.... kong. tv ini dah 2/3 kali masuk workshop; adakah nak betulkan lagi.
malam itu kami tiada wayang nak ditonton. ingatkan bila tv dah tak ade, istri dan anak akan buat kerja rumah atau mengaji kalaupun tak berzikir. rupanya mereka buka internet dan tengok movie secara maya. ana, tutup lampu.. bom... tido.
satu perkara yg dapat ana pelajari bila rumah tiada tv, kita merasa hidup kurang sempurna. sunyi, kosong dan kehilangan semangat hidup. kita resah. ana rasa macam duduk dalam gua. betapa kuat pengaruh tv. tv dan berbagai barangan elektronik sangat mempengaruhi kehidupan kita. bagimana kalau dunia ini tanpa elektrik? ebal pernah memberitahu dari pembacaannya pada tahun 2013 matahari akan mengeluarkan letupan besar dipermukaannya. maklom matahari sudah tua. kesan dari letupan itu, barang-barang letrik tidak dapat digunakan lagi; ataupun digunakan secara tidak berkesan. ini bermakna tv sering terganggu. internet sering terputus atau tidak berfungsi. begitu juga dgn hand pone, kita hanya mendengar suara kita sahaja.
cuba bayangkan bagaimana kita melalui kehidupan pada masa itu. segalanya perlu dibuat secara bersemuka. berapa banyak masa yg diperlukan bagi menjemput datang kenduri kalau jemputan satu taman atau kampung. betapa sunyi rumah tiada radio dan astro. betapa penat menjadi suri rumah kerana kena basuh baju dgn tangan dan masak guna dapur semawa. kalian tahukah dapur semawa! dapur minyak tanah. begitu juga dgn lampu gasolin. ada lah kang yg terbakar muka kerana menyalakannya. kalau benarlah perkara tersebut berlaku, kita bakal kembali ke jaman penduduk gua.
maka esoknya ana pun pergi kekedai barangan elektrik bersama istri. macam-macam taukey kedai tunjuk model-model terbaru lepada istri. ana dapati taste istri juga telah berubah. maklum bonos akhir tahun utk budak sekolah dah diumum. pilihan beliau adalah model yg terkini. nak ambil hati istri punya pasal, ikutkan lah juga. mulanya ana nak upload gambar ana bersama tv berkenaan, tetapi masage ebal awal minggu ini menyatakan beliau nak balik; ana tak jadi up-load. biar dia balik dengan suspense. kadangkala dalam hidup ini kita perlu suprise dan suspense. barulah ade thrill.
jumpa lagi next time.
wassalam.
klang.
Thursday, October 28, 2010
tv / penduduk gua
1:02 PM
mohdnasir
3 comments
3 comments:
paman, kita kat sbah pun tak de tv.mula2 mmang rasa mcm dok dlm gua tpi lama2 dah biasa.seb bek ada broadbnd dpt jgak baca news.itula penggantinya.klu coverage x bgus tpaksa lupakan n cari apa2 kje yg blh dbuat utk sibukan diri.
siannya kak niah.
tapi itu mula je kan. lama2 biasa.
kalaupun kita balik ke jaman gua, akhirnya kita akan adopt situasi dan buat pembaikan.
oleh itu tak heranlah kalau pada masa ini kita ada terjumpa peradaban maju dalam hutan atau dalam laut. mungkin dulu juga sudah moden tapi kerana letusan besar diplenet, mereka terpaksa mundur kebelakang. benda-benda moden mereka tidak berfungsi dan terpaksa ditingalkan. akhirnya kita mencipta benda baru sesuai dgn keadaan semasa.
wallaha'lam.
wah suprised
HDTV ke
Tahniah.
Post a Comment