Thursday, November 18, 2010

baraan

salamualaikum semua.
bismillah- irohman-irohim
selawat dan salam buat nabi junjungan Rasulullah saw

Allah hu akbar.. Allah hu akbar..
hari ini masih ada takbir. betapa syahdunya jika dapat bertakbir di tanah haram. kang mis dan nuri telah merasainya. tahun ini beliau bertakbir di cini, pun bersama kang mis dan kak ti. tentu feelingnya lebih sementelah kuburan orang tua kita disana. semuanya ketentuan ilahi, walaupun kami juga bercadang beraya disana. kalaupun tak dapat daging korban, dapat patin korban pun cukuplah. nuri bg tau pagi itu sedang tunggu baraan sampai.
raya walaupun sama, suasananya berbeza. disini lepas solat, bubar. mana yg ada sembelih korban, adalah aktiviti disurau atau di mejid. berziarah dan baraan, tidak kelihatan. lagi pun cuti hanya sehari. sedang bersiap utk ke rumah kang mis pp, seperti yg diceritakan dalam entry semalam; paman emi telepon kata kang mis nak ke rumah jelan dan datang rumah dia. perancangan pun kona 180 darjah dari utara ke selatan. dari pp ke pucong. tak ada apa dirumah emi, serupa macam tak raya. lagi lagi dia tak ada pergi menjemput kak oya. hebat kak oya sekarang, sejak balik mendaki bukit broga yg sudah banyak cemar tu, beliau macam bos besar, datang berjemput. kemudian dari itulah lebih kurang awal petang, selepas malaysia menang emas acara kirin berbasikal di sukan asia cina; kang mis sampai dgn sahri. dapatlah jumpa baby barunya. cucu analah tu.
bila sudah berjumpa banyaklah maklumat yg kita perolehi. sudah ramai mereka yg kita kenal dulu kini telah tiada, kembali kerahmatullah. walaupun ana telah ingat lupa kepada nama-nama mereka seperti mat jangut dsb, apa yg nyata masa telah berlalu. usia telah meningkat. tempoh kehidupan telah berakhir. kita juga begitu, hanya waktu yg menentukan. inilah perkara yg disembunyikan Allah, jika tidak; pasti kita akan bersedia sebulan dua sebelum mati. mengingatkan ini, kecut juga hati kita menyedari banyak kesalahan kita kepada Allah dan manusia serta amal yg masih kurang. tetapi semasa emi buka cerita pasal volvo s70 dan lain-lain model, siap buka internet mengenainya; ingatan terhadap kematian mula berkurang dan memudar. memang dunia ini sangat kuat tarikan motivasinya.
sempena hari korban tahun ini marilah kita menguatkan azam utk meningkatkan amal ibadah kita. menguatkan silaturrahim kekeluargaan. menguatkan mujahadah dan jihad terhadap sikap negatif dalam diri kita yg menjadi faktor penghalang kepada kejayaan kita. ana dapati banyak faktor dalaman telah mempengaruhi emosi dan tingkahlaku ana kearah yg negatif. ana sedang menganalisa dan mengkaji berpandukan buku buku kaunsling yg ana beli tempohari. sungguh ia menyakitkan .
hampir maghrib kami meninggalkan rumah emi. dgn kereta viva merah. entah bila pula dgn volvo s60 merah!
wassalam.

2 comments:

MG said...

ok lah tu ada cita-cita nak pakai s70. bukan mahal pun rembat je satu. Tapi aku dah belikan satu key chain lambang Mers.. dari China. Tak terbayang pulak volvo engko. Mers rasa nya lebih sinonim dengan engko. Cantik keychain tu nanti lah bila jumpa aku bagi engko.Tak dapat kereta keychain pun jadilah kan.

pe said...

oh tidak...
mers tetap dihati. volvo nie emi je yg pandai2 inrto.. jangan2 dia dapat comision kot.
20 parsen....

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification