Monday, December 31, 2012

Tawaf Widak - Tawaf Selamat Tinggal

Assalamualaikum semoga kita semua di berkati Allah swt.
Hari ini adalah hari terakhir untuk kita berada di tahun masihi 2012. Bermakna kita sudah sampai ke penghujung hari dalam kalender masihi dan esok insyaallah kita semua akan bernafas di tahun baru 2013. Bermakna juga umur kita semakin menjadi pendek untuk terus kekal di dunia ini dan zahir nya ia bertambah banyak dari segi angka nya.

Begitu juga catatan perjalanan ibadah haji kami semakin hampir untuk sampai ke nokhtah nya. Meskipun sudah ada respon dari pembaca menyatakan pengakhiran entry ini didalam komen yang lepas namun saya berhasrat untuk menamatkan nya sebaik sahaja mendarat  di KLIA.

TAWAF WIDAK

Kami diarahkan untuk melaksanakan tawaf widak oleh TH pada 4 Nov 2012 jam 3.00 pagi. Ini bermakna kami sudah tidak berkesempatan untuk menunaikan solat subuh di Masjidil Haram kerana sebaik sahaja selesai tawaf widak kami perlu segera meninggalkan Tanah Haram dan dilarang untuk bergambar, membeli belah, membayar hutang bersukaria dan lain-lain. Begitulah beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi.

Tawaf Widak adalah tawaf selamat tinggal dan ia merupakan suatu kemestian kepada penduduk Makah yang akan keluar meningglkan Makah. Bagi jemaah haji seperti kami keberangkalian tawaf widak sebagai tawaf selamat tinggal untuk kali terakhir adalah sangat tinggi. Entah berkesempatan lagi atau tidak bagi kami untuk datang mengunjungi Baitullah ini dimasa akan datang. Namun kami tetap berdoa agar ia bukanlah kali terakhir untuk kami berada disini dan kami memohon agar diberi peluang untuk kami datang lagi dimasa akan datang.

Selesai tawaf dan solat sunat kami terus berjalan keluar Masjidil Haram untuk pulang ke Maktab bagi menaiki bas yang dijadualkan bertolak ke Jedah pada jam 6.00 pagi. Kali ini saya tidak berasa terlalu sedih ketika meninggalkan Masjidil Haram. Barangkali kerana telah biasa dan tinggal agak lama disini dibandingkan semasa berziarah mengerjakan umrah dahulu. Tetapi perasaan sayu tiba-tiba hadir menusuk kalbu sebaik sahaja bas mula bergerak meninggalkan maktab dan lambaian para jemaah yang masih tinggal di lobi hotel mengiringi kesedihan ini. Baru lah terasa perjalanan ini sudah tidak berpatah balik dan bumi MakkatulMukarromah ini bakal di tinggalkan selamanya.

Saya menoleh keluar tingkap bas. Menara jam masih tetap berdiri gagah dan secara perlahan-lahan ia semakin rendah  ...rendah dan menghilang disebalik bangunan bangunan dihadapan nya...........ia lenyap bersama deraian air mata yang tak dapat dibendung......bayangan jalan-jalan yang dilalui ke masjidil haram saban hari diwaktu siang dan malam..suara penjual barang dagangan dikaki lima ,,suara keset mengaji alquran di gerai..gerai ...dan suara jemaah lain memanggil Haji..Haji...datang silih berganti...kesesakan di masjidil haram dan penuh nya dataran kaabah   ahhh...segala nya hadir dalam bayangan ingatan yang sukar untuk dipadam......apa pun saya memohon keampunan mu ya Allah sepanjang keberadaan saya disini jika ada perlakuan saya yang menjadikan dosa keatas diri saya mohon di ampunkan.......dan saya memohon agar haji kami adalah haji yang mabrur...bas  bergerak menuju Jeddah dengan lancar...

MADINATUL HUJAJ
Kami tiba di Madinatul Hujaj pada jam 10.00 pagi. Ia merupakan tempat transit bagi jemah haji Malaysia yang akan pulang ke tanah air pada keesokan hari. Ada 2 blok bangunan salah satu nya mempunyai 4 tingkat sebagai asrama penginapan. Satu lagi umpama gudang yang menempatkan bagasi dan untuk check in sekali oleh syarikat penerbangan.
Bersantai di Madinatul Hujaj -Teransit 1 malam sebelum berangkat pulang

Kami hanya berehat sahaja untuk menunggu penerbangan pulang yang dijadualkan keesokan hari pada jam 11 pagi. Ada sebuah gerai yang menyediakan masakan ala Malaysia sepeti soto, sate dan ABC disini. Kami sempat merasa bagi menghilangkan kerinduan kepada makanan kita yang sudah lama tidak dikecapi. Harga nya ...agak mahal juga..tetapi tiada pilihan  ..boleh lah....

Tiada sebarang tekanan disini kecuali ketika  cek in bagasi. Bagi mereka yang mempunyai bagasi melebehi 25 kg ia dikatakan akan dicaj mengikut lebihan kg. Bagi yang memasukkan air zam-zam sekali didalam bagasi akan disuruh untuk dikeluarkan..dan berbagai-bagai lagi versi yang boleh dan tak boleh dibawa semasa menaiki pesawat. Akhir nya tiba masa chek in tiada satu pun beg yang perlu dibuka setelah discan dan di timbang....yang melebihi had atau yang melebihi saiz yang dibenarkan untuk dibawa sebagai Hand Carry  segala nya tidak diteliti oleh petugas yang bertugas...segala nya mudah.......

Setelah selesai isyak hampir semua jemah haji telah merehatkan diri dikatil masing-masing..Kesemua mereka  tidak sabar untuk menunggu hari esok ..penerbangan pulang ke tanah air. Jam 2.00 pagi kami telah dikejutkan untuk bersiap ke lapangan terbang. Jam 4.00 kami bertolak ke lapangan terbang. Bas kami tiba agak lewat, Setelah solat subuh diairport kami terus berbaris dikaunter chek in dan terus ke kaunter imigresen. Jam 11.00 pagi Kapal terbang kami berlepas ke KLIA ..kali ini ia hanya pesawat Air Asia X yang disewa oleh TH.....
Bording Hall .menunggu pesawat untuk pulang

Penerbangan pulang ketanah air mengambil masa 8 jam..Meskipun pesawat agak kecil dibandingkan ketika kedatangan kami dahulu namun penerbangan kami dalam keadaan yang selesa. Tiada ribut atau hujan serta mendung yang kami tempuhi. Masing-masing melayan perasaan sendiri namun barangkali 1/3 dari jemaah yang menaiki pesawat ini mengalami batuk. Dan penerbangan ini cukup sinonim dengan  bunyi mereka yang batuk sepanjang penerbangan hingga ke KLIA.  Entah beberapa kali saya telena dan terjaga sambil memikirkan bagaimana saya selepas Pasca Haji ini...apakah perubahan yang berlaku pada diri, mampukah saya mengekalkan ibadah seperti mana di Tanah Suci.saya berharap agar ada perubahan positif yang dapat mengubah sempadan keimanan saya selepas ini..Insyaallah...Alhamdulillah akhir nya kami selamat tiba di KLIA jam 12.15 malam. Ia tercepat hampir 1 jam 1/2 dari jadual yang sepatut nya. Setiba nya di KLIA teringat kata-kata Prof Kamil .."Hj jangan lupa sampai sahaja KLIA lakukan solat syukur...dan lihatlah berapa ramai yang melakukan nya".....benar ketika semua jemaah ceria menunggu bagasi masing-masing saya dan beberapa orang jemaah sahaja yang menuju ke surau yang terletak bersebelahan dengan tempat menunggu bagasi...jemaah yang mengikut kami tak sampai pun 10 orang......kami adalah jemaah yang terakhir keluar dari ruang ketibaan ....Emi dan Syam sudah menunggu kami di muka pintu ....Kami pulang ke rumah menaiki kereta emi...sebagaimana beliau menghantar kami ke Kelana Jaya ...terima kasih kepada semua yang menunggu kami terutama KTS dan keluarga di KLIA...

Akhir nya kami ingin memohon kemaafan kepada semua yang membaca blog ini jika sepanjang entry saya ada yang terguris di hati, ada yang terasa dan tersinggung..Saya memohon keampunan tiada terniat pun di hati saya hanyalah pengalaman saorang hamba Allah yang daif dan serba kekurangan yang mencari keredhaan ilahi bagi mengubah sempadan keimanan diri..yang baik jadikan lah tauladan yang buruk hanya datang dari saya dan jadikanlah sempadan.

Sekian Wassalam
Selamat Tahun Baru 2013.













Friday, December 28, 2012

Hari Hari Terakhir Di Makah

Kami mempunyai masa selama 1 minggu sahaja lagi sebelum keberangkatan pulang ketanah air setelah kembali dari Mina. Ada sesuatu yang menggusarkan kami didalam perkara keberangkatan pulang ini. Isteri telah uzur dan tidak boleh melakukan ibadah tawaf dan sai sekaligus belum boleh melengkapkan ibadah haji. Oleh itu ia merencatkan mood kami untuk berkemas tatkala jemaah lain sudah mula menimbang bagasi masing-masing takut melebihi had berat yang dibenarkan.

Jika keuzuran ini berlarutan sehingga melepasi jadual waktu pulang maka kami dinasihatkan untuk menangguhkan penerbangan pulang ke tarikh yang lain oleh pehak tabung haji. Tiada jalan lain selain dari berdoa dan memohon kepada Allah agar keuzuran ini dapat diakhiri dengan segera sebelum keberangkatan kami pulang.

Saya melakukan tawaf haji sendirian 2 hari setelah kembali dari Mina sebaik sahaja selesai solat asar. Pada awal nya ia tidak lah terlalu ramai namun memasuki pusingan ke tiga dan seterus nya keadaan semakin sesak dan padat. Akhir nya saya tersepit ditengah tengah pusaran manusia tatkala ada berbaki 4 pusingan lagi. Jemaah lain bertolak tolak dan berhimpit ....dalam keadan itu saya hanya pasrah dengan menjaga segala peraturan bertawaf dan akhir nya saya berjaya menamatkan 7 pusingan dalam tempoh hampir 1 jam setengah dengan rasa penat yang amat sangat. Kaki menggeletar dan hampir krem ..Saya tidak mampu meneruskan sai dan sebaik selesai solat isyak saya terus pulang ke maktab. Ia adalah suatu pengalaman bertawaf yang sangat hebat dimana sebelum ini saya tidak pernah mengalami nya.

Mereka adalah pengapit saya di Mina jiran kanan dan kiri.
Keesokan pagi setelah selesai menunaikan solat subuh saya melakukan ibadah sai juga bersendirian. Tamat 7 pusingan bersai maka selesai lah ibadah haji saya dengan melaksanakan segala rukun dan wajib haji. Ia mengesahkan gelaran  HAJI keatas diri saya. Akhir nya pada Jumaat berikut nya setelah isyak saya menemankan isteri untuk mengerjakan tawaf haji dan bersai sekaligus mengesahkan beliau sebagai saorang HAJJAH yang sebenar. Saya mengucapkan tahniah kepada beliau sebaik sahaja selesai solat sunat syukur. Hampir jam 1.30 pagi kami  berjalan pulang ke Maktab penginapan. Keesokkan pagi setelah selesai solat subuh kami meraikan bersama di Restoran De - Saji milik Felda di Menara hotel As Safa..untuk bersarapan menu Malaysia...teh tarik dan roti canai.. Pulang ke maktab baru lah kami mula mengemas beg untuk di bawa pulang dimana bagasi akan dibawa terlebih dahulu ke jedah pada malam itu. Kami akan ke Jedah hari berikut nya selepas subuh.

Secara halus nya dengan selesai ibadah haji semangat untuk pulang ke tanah air semakin meruntun kalbu. Ramai yang tidak sabar untuk menunggu tarikh keberangkatan pulang ke tanah air. Akibat nya semakin ramai yang kecundang untuk berjemaah di Masjidil Haram. Ada juga yang sebelum ini sentiasa tidak sehat dan tidak larat berjalan namun selepas selesai musim haji mereka kelihatan sehat dan bertenaga serta tak sabar-sabar untuk pulang. Di lobi maktab semakin ramai yang bersantai dengan pelbagai perbualan yang rancak diselang seli dengan ketawa sesama rakan.....Alhamdulillah saya masih beristiqomah dan belum tewas dengan godaan persekitaran serta nafsu sendiri....berjemaah di masjidil haram masih dapat dipertahankan...hingga kesaat terakhir saya di sana..
Jemaah semakin berkurangan
Jumpa lagi.










Wednesday, December 26, 2012

Hari - Hari Tasyrik 11-12 dan 13 Zulhijjah

Pagi 11 Zulhijjah - Mina
Selama 3 hari berikut nya kami berada di Mina.
Disini kami hanya melakukan ibadah Melontar pada 11, 12 dan 13 yang dinamakan Hari Tasyrik.Kami bertolak ke Jamrah seawal pagi lagi selepas bersarapan pagi dengan rakan - rakan jemaah sebilik.Jemaah yang lain pergi sendiri atau bersama rakan masing-masing. Manakala Pehak Tabung Haji dan Muasasah hanya akan membawa rombongan selepas asar dengan alasan waktu itu adalah waktu yang sesuai, tidak panas dan tidak berasak-asak ketika melontar di Jamrah dan disediakan juru pandu arah. Namun demikian mereka tidak menegah mana-mana jemaah yang pergi sendiri atau pergi awal.

Kami bertolak bersama pasangan masing- masing. Ia bukan perjalanan yang sukar tetapi agak memenatkan kerana jarak yang agak jauh. Oleh itu stamina dan kesihatan yang baik terutama kemampuan untuk berjalan dengan jarak  sekitar 5 - 6 km yang mengambil maa  sekitar 2 jam adalah sangat penting. Bawalah air mineral bersama untuk menghilangkan dahaga disamping sentiasa berzikir atau bertahmid sepanjang perjalanan insyaallah kita tidak akan terasa letih. Minda perlu dikosongkan dan sentiasa bersikap positif, jangan mengeluh dan yang paling penting sentiasa bersabar dalam semua hal....tak kira hal yang kecil atau yang besar hal sendiri atau hal sesama pasangan masing-masing bahkan hal sesama manusia yang sangat ramai perlu diambil perhatian  kerana hal-hal seperti ini boleh menimbulkan berbagai masalah disini.
Bersama rakan berlatar belakang dinding Jamrah

Banyak perkara yang dapat dipelajari  sepanjang berada di Mina samaada melalui pengalaman sendiri mahupun dengan cara pemerhatian kita. Ia lebih kepada hubungan sesama insan, soal tolak ansur yang menuntut komitmen diri yang sangat tinggi terutama didalam hal penggunaan tandas serta bilik air. Tandas dan bilik air perlu dikongsi bersama malah kami berkongsi dengan jemaah Indonesia yang sangat ramai termasuk  lelaki dan wanita. Ia memang menguji kesabaran dan memerlukan disiplin yang sangat tinggi. Kita juga perlu bijak mengatur masa yang sesuai untuk penggunaan bilik air dan tandas. Kebiasaan nya gunakanlah selepas jam 2.00 pagi atau setidak nya selepas waktu puncak sekitar jam 10.00 pagi dan 2.00 petang ketika itu keadaan agak reda sedikit. Alhamdulillah saya tidak mengalami masalah didalam penggunaan tandas serta bilik air sepanjang berada di Mina. Keadaan tandas dan kebersihan nya juga pada musim ini adalah sangat baik. Saya tidak melihat botol-botol berisi urin manusia yang ditinggalkan merata-rata sekitar maktab atau dilorong-lorong lain dan rambut manusia serta pisau cukur  terutama disekitar kawasan bilik air..sepertimana yang ditunjukkan didalam selaid TH dahulu semas kursus haji. Nampaknya  kesedaran semua jemaah haji mengenai perkara ini adalah tinggi dan baik sekali.

Pemandangan sekitar Jamrah - Bahagian bawah
Disebelah luar kemah penempatan jemaah haji terdapat ramai para peniaga mengambil kesempatan menjual barangan masing-masing. Ada jemaah yang datang dari selusuh pelusuk dunia membentang kan hamparan kain dan menjual barang-barang dari negara mereka. Ia sangat menarik meskipun kita dibataskan oleh keupayaan untuk bertutur namun proses jual beli boleh dilakukan dengan bahasa isyarat dan kalkulator sahaja. Apa yang menarik penggunaan bahasa Melayu indonesia sangat meluas dan mudah difahami oleh para penjual tersebut. Mereka yang berkhemah di tepi-tepi jalan serta lorong juga ramai. Dan pada waktu malam mereka yang tidur hanya beralaskan kotak dan berselimut ...ada yang tidur bersebelahan timbunan sampah yang berbau busuk dan berbumbungkan langit...Masyaallah. Saya bersyukur masih punya tempat berteduh walaupun sempit dan makan yang disediakan mengikut jadual serta bilik air yang sempurna walau pun perlu berkongsi.....ia nekmat Allah yang tidak perlu didustakan.....Alhamdulillah.....

Pemandangan di dalam trowong
Hari ke 13 kami bertolak untuk melontar sebelum waktu subuh. Subuh kami adalah di jamrah dan kami boleh melontar untuk hari yang ke 13 selepas subuh. Jemaah haji yang lain dari Malaysia juga di arahkan untuk bergerak sebelum subuh ke Jamrah ini kerana bas yang akan membawa kami ke Mekah akan berlepas jam 7 pagi. Selesai melontar kami menunggu giliran untuk menaiki bas. Seperti biasa memang menjadi budaya orang kita soal menaiki bas ini masih tidak berdisiplin ..berebut dan tidak sabar.....walaupun sudah di tarbiahkan selama hampir 40 hari di tanah suci ..ia masih kekal begitu.....

Jam 9.00 pagi kami menaiki bas pulang ke Mekah....saya pasti kali ini tiada niat yang tidak baik dihati para penumpang yang menaiki bas kami dengan harapan perjalanan kami tidak tergendala dan selamat tiba di Mekah tanpa masalah. Namun segala nya adalah atas kehendak Allah jua yang menentukan nya di pertengahan jalan bas kami tergendala juga hampir setengah jam gara-gara pemandu bas yang tidak sabar dan bergesel dengan kereta menyebabkan berlaku pertengkaran hangat diantara mereka......ia perbalahan antara penduduk tempatan...riuh nya sekampung .....akhir nya ia berlalu begitu sahaja selepas masing-masing mengucapkan Halal.. Halal...kami tidak tahu apa kesudahan nya dan yang pasti ia menjelaskan kepada kami mengapa kebanyakkan kereta dan kenderaan di sini kemik dan calar balar dibiarkan begitu sahaja.....
Jam 10 30 pagi kami selamat tiba di hotel. Ada rakan sebilik yang bergerak sekitar jam 8.00 pagi masih belum tiba gara-gara ada penumpang yang berkata " alah bertolak awal pun sampai jam 12 jugak".....benar akhir nya mereka tiba pada jam 12 tengahari selepas terlibat dengan jem yang sangat teruk......... Ibadah haji belum berakhir........ia masih menuntut kesabaran dan istiqomah yang sangat tinggi...

cabaran di Makah...
jumpa lagi..





Thursday, December 20, 2012

10 ZULHIJJAH 1433 - MINA

Mina pagi 10 zulhijjah

10 Zulhijjah kebiasaan nya kita menyambut Hari Raya Korban atau  Eidul Adha.di tanah air dengan takbir dan tahmid.

Kami tiba di Mina sekitar jam 8.00 pagi. Tiada sambutan hari raya disini. Ia seperti hari hari biasa dan kebetulan ia juga jatuh pada hari jumaat. Juga tiada sembahyang jumaat didirikan. Takbir juga tidak kedengaran. Dalam erti kata lain ia tiada sambutan hari raya korban untuk kami.
Kami memasuki kemah yang telah disediakan dengan mencari no petak. Agar sukar juga kerana petak yang disediakan untuk kami berada di tengah-tengah kemah. Sebaik menjenguk kepala kedalam kemah ia kelihatan sudah dipenuhi oleh para jemaah yang tiba awal. Akhir nya dengan kerjasama semua pehak secara berinsut-insut dan mengecilkan ruang kami melabuhkan badan yang hanya muat-muat untuk berbaring secara lurus sahaja. Itu lah ruang yang diperuntukkan untuk setiap jemaah haji..ia mengingatkan kita tentang ruang yang ada di dalam liang lahat yang hanya cuma seluas tubuh badan kita sahaja. Kepala bertemu kepala dan kaki bertemu kaki dengan yang lain ....Subhanallah....saya tetap bersyukur kerana masih ada ruang untuk berteduh dan merehatkan badan.....alhamdulillah....

Kami menanti untuk melontar Jamratul Qubra. Pada hari ini jemaah haji hanya akan melontar di jamratul Qubra sahaja dan setelah selesai boleh membuka ihram selepas bertahalul awal. Pengumuman di buat oleh pehak Tabung Haji kepada semua jemaah Malaysia untuk berehat di kemah masing-masing terlebih dahulu. Pehak Tabung haji akan membawa rombongan jemaah dari Malaysia pada petang nanti sekitar jam 6.30 petang bagi menunaikan ibadah melontar. Untuk ketika ini kami dinasehatkan supaya berehat dikemah masing-masing dan tidak mendedahkan diri dengan cuaca panas di luar kemah bagi mengelakkan sebarang masalah kesihatan.

Pada awal nya kami akur dengan arahan tersebut tambahan lagi dikabarkan juga keadaan di Jamrah ketika itu sedang sesak dengan orang ramai untuk melontar. Namun sejam kemudian sudah ada beberapa orang jemaah haji yang memasuki kemah kami dan menukar pakaian ihram kepada pakaian biasa (seluar dan baju) yang berjahit. Sekaligus mereka menjadi perhatian orang ramai dan menjadi tumpuan untuk bertanyakan pelbagai soalan...terutama keadaan di jamrah ketika itu dan berapa jauh jarak dari kemah kami dan lain..lain.
Secara umum nya jarak dari kemah kami ke jamrah ialah sekitar 5 km dan mengambil masa 2 jam pergi dan balik. Ia terpaksa melalui 2 terowong dalam keadaan jalan mendaki ketika pergi dan menurun ketika balik. Perlu membawa bekalan air secukup nya dan makanan ringan jika perlu kerana tiada air disediakan sepanjang perjalanan pergi dan balik ketika melontar. Dalam cuaca panas digalakkan membawa payung untuk mengelakkan panas yang melampau. Ketika ini kata mereka keadaan didalam terowong agak sesak tetapi masih boleh bergerak dan pergerakan hanya dalam keadaan sehala ketika pergi dan balik. Dengan erti kata lain ia selamat dan tidak bertembung sesama sendiri diantara yang pergi dan balik.

Sejam kemudian beberapa orang lagi jemaah sudah kembali dari melontar dengan pergi sendiri tanpa bantuan tabung haji. Mereka membawa cerita yang agak meyakinkan mengenai perjalanan dan suasana di Jamrah. Kata nya di Jamrah orang tidak ramai ...boleh pilih tempat untuk melontar ....terowong juga tidak di penuhi oleh jemaah haji.....mudah lah dan lega bila telah selesai melontar....haji ikut je papan tanda dan ia bergerak secara sehala.....

Ia sangat menyakinkan kami. Akhir nya keputusan diambil selepas solat zohor kami bertolak ke Jamrah secara berkumpulan bersama pasangan-masing-masing. Cuaca masih panas. 500 meter selepas perkemahan kami memasuki trowong yang pertama. Secara pandangan mata biasa waktu itu tidak ramai jemaah haji yang menuju ke Jamrah kebanyakkan mereka bergerak secara kumpulan dengan pemegang bendera atau papan tanda di hadapan. Kami mengorak langkah dengan  selesa menyertai mereka dengan membawa uncang berisi anak batu. Kebanyakkan kumpulan bergerak dengan diketuai oleh saorang mutawif yang bertakbir dan bertahmid malah ada yang membawa alat pembesar suara. Kami tidak mempunyai ketua..bergerak sendiri dan mangikut mana-mana kumpulan dari negara-negara lain yang bertakbir serta bertahmid. Suasana agak meriah ...

Melepasi satu terowong kami melalui laluan yang terbuka. Disebelah kanan kami bukit batu yang didiami oleh para jemaah yang tidak mempunyai tempat tinggal dan hanya mendirikan kemah sementara. Hampir 500 meter kami memasuki trowong yang kedua..jarak nya hampir sama seperti trowong yang pertama cuma ia semakin berada diparas yang tinggi.....hampir 1 jam perjalanan akhir nya sebaik sahaja keluar dari trowong yang kedua tersergam sebuah kompleks yang besar berada dihadapan mata. Kompleks Jamrah. Ia setinggi 4 tingkat dan kami menuju terus ke tingkat 3.

Ia merupakan sebuah bangunan yang sangat besar dan luas serta lapang seperti padang bola. Di tengah-tengah nya terdapat sederetan tiang yang yang dikelilingi kawah terbuka. Ada 3 tiang yang berjarak agak jauh antara stu sama lain. Di kawah ini terletak nya Jamratul Sugra atau kecil, jamratul Wusta atau tengah dan Jamratul Aqobah (besar) yang terletak dihujung sekali.

Kami terus menuju ke jamrah yang paling hujung (Aqobah). Ternyata pada hari itu keadaan memang sangat lapang. Kami tidak perlu berebut dan berkejar-kejar untuk melontar. Selepas memilih kawasan yang sesuai kami pun melontar kedalam kawah tersebut sejumlah 7 anak batu yang kami bawa  satu perstu dengan penuh yakin. Selesai melontar kami mencari sudut yang selesa untuk bertahalul awal. Alhamdulillah selesai bertahalul kami mengucapkan tahniah antara satu sama lain. Tubuh badan terasa ringan seolah-olah baru terlepas dari suatu beban yang sangat berat.
Sebaik melepasi trowong kedua pulang ke kemah..perasaan yang sukar digambarkan.

Kami meneruskan perjalanan pulang ke kemah. Ia merupakan suatu perjalanan pulang yang sangat santai..dengan minda yang kosong...kami sampai ke kemah melewati jam 4.00 petang....tatkala majoriti jemaah kita masih berihram dengan menjaga segala pantang larang dan menunggu ketika yang sesuai untuk pergi melontar kami telah selesai dengan suatu rasa yang sangat syahdu dan sukar untuk dinyatakan.

Akhir nya ia suatu menifastasi yang dapat dizahirkan bagi meruntuhkan ego saorang hamba disisi Allah.SWT.


 

Jumpa lagi..

20/12/2012  Ia hanya sekadar tarikh. Tiada yang signifikan.

Wednesday, December 12, 2012

CABARAN DI MUZDALIFAH

Kami tiba di Mudzalifah sekitar jam 9 30 malam. Ia dikira agak awal kerana bas yang pertama dijadualkan untuk bertolak ke Mina ialah selepas tengah malam, kami,dimaklumkan selepas jam 11 25 malam. Setiba nya disini kami melihat seperti padang berpagar yang telah dipenuhi oleh manusia. Tiada tempat lagi untuk kami berhenti duduk dikawasan yang berdekatan dengan pagar keluar. Lalu kami terpakasa berjalan dicelah orang ramai yang duduk untuk mencari tempat yang sesuai dan agak jauh kebelakang. Akhir nya kami menemui tempat yang agak kosong tidak diduduki oleh orang. Rupa nya ia kawasan berbatu besar dan berlubang serta tidak selesa. Oleh kerana tiada pilihan kami memilih tempat itu dengan membentangkan tikar pelastik yang kami bawa.

Menurut sejarah ia dinamakan Muzdalifah kerana manusia mendatanginya pada permulaan atau tengah malam dan meninggalkan nya serentak. Disana manusia telah berada berhampiran dengan Mina. Dikatakan juga Adam AS dan Hawa telah ditemukan semula di Muzdalifah. Bermalam atau bermabit di Muzdalifah adalah salah satu dari wajib haji. Sesiapa yang meninggalkan nya maka diwajibkan membayar dam. Sesuatu yang mustahab (disukai) untuk mengikut contoh Rasulullah SAW dengan bermalam di Muzdalifah sehingga waktu fajar lalu menunggu sehingga hari siang baru lah beliau bertolak ke Mina.

Menjelang tengah malam  bas mula mengambil jemaah haji untuk ke Mina. Ada penjaga yang mengumumkan no bas yang perlu dinaiki jemmah haji bermula dengan no yang rendah dahulu. Para jemaah perlu menunggu giliran dan kali ini tidak ada jemaah yang menunggu di luar pagar. Kelihatan nya agak teratur dan tenang. Ia tidak seperrti apa yang telah diberitahu oleh KTS dahulu. Kami menanti giliran untuk menaiki bas mengikut no bas yang telah ditetapkan. Bagi mengisi masa kami mengutip anak-anak batu yang ada di padang ini sebanyak 70 biji atau lebih untuk melontar di Jamrah.

Memasuki 1/3 malam saya rasa sudah terlalu lama berada di sini. Mata mulai mengantuk tetapi keadaan persekitaran sangat tidak selesa. Tiada ruang untuk berbaring bagi melelapkan mata, ditambah lagi dengan bau hancing yang sangat menusuk hidung serta debu tanah yang menyesakkan pernapasan. Cuaca malam itu pula agak panas dan berbahang ditambah dengan kepanasan badan manusia yang ramai dan padat. Kelesuan mula menguasai diri kerana sudah memasuki hari kedua tidak mandi dan mengurus diri. Disini saya merasai tekanan yang amat sangat ditambah dengan keletehan serta tidur yang tidak cukup dan suasana persekitaran yang meloyakan. Bunyi orang batuk kedengaran merata-rata......masa bergerak dirasakan sangat perlahan .....bas yang mengambil jemaah baru beberapa buah sahaja yang berlalu......Ramai yang sudah mulai merungut ....saya cekal kan hati untuk tidak ikut serta merungut......


Jam 3 pagi ...belum separuh pun jemaah yang berjaya meninggalkan muzdalifah. Setelah diselidiki bas yang mengambil penumpang hanya lah 3 buah sahaja. Ia terpaksa berulang alik dari mina ke muzdalifah...begitulah seterus nya termasuk jalan jem yang perlu diharungi. Saya sempat menunaikan solat tahajud , taubat dan witir bagi mengisi masa yang ada. Yang lain dengan hal masing-masing kebanyakkan nya tidur dan berbual sesama sendiri sambil mengorek debu mengutip anak batu. Ia waktu yang sangat meresahkan......
Menjelang subuh hampir separuh yang berjaya dibawa keluar ke Mina. yang lain nya termasuk saya masih kekal disini. Kami solat subuh berjemaah dikawasan lapang yang berdebu. Usai solat subuh sehingga matahari mulai terbit jam 6.00 pagi kami masih belum berjaya keluar dari sini. Beralaskan biskut dan air mineral kami bersarapan pagi........giliran menaiki bas belum tiba..........badan semakin lesu dan letih....

Sekitar jam 7.00 pagi akhir nya kami berjaya dibawa keluar dari Muzdalifah menaiki bas ke Mina setelah peraturan menunggu bas mengikut giliran dimansuhkan. "Cepat-cepat kita dah lewat sesiapa sahaja boleh menaiki bas ...tak payah tunggu giliran..." arahan dari Muasasah....kebetulan kami memang sudah berada di tepi pagar keluar dan bas pun sampai.....masih ada 20 peratus lagi yang tinggal di sini ketika kami manaiki bas ke Mina....Alhamdulillah ia bagai berakhir sebuah penantian......

Akhir nya ada yang terlena didalam bas ke mina..

Jumpa lagi...




Monday, December 3, 2012

Hujung Minggu Yang Bahagia

Hujung minggu lalu merupakan hari yang paling bahagia kepada ahli  kita iaitu Khairul Anwar Bin Hj Miskiran. Sekali seumur hidup (tapi masih ada kekosongan lagi bagi mereka yang berkemampuan dan berlaku adil) telah selamat diijabkabulkan dan menjadi suami isteri yang sah pada malam Ahad di Maran Pahang bersama pasangan nya ...maaf tak ingat nama nya. (Allohuakbar)....ternyata usia sudah semakin banyak dan Allah mula menarik nikmat mengingat kepada saya tambahan lagi dengan kemalangan kecil di kepala  pada tengahari di rumah cini......menjadi penyebab yang Allah telah takdirkan......maaf Ayun tak ingat nama orang rumah ko.

Majlis resepsi di rumah pengantin perempuan diadakan sebelah siang Ahad. Saya hanya sempat melihat dan berkongsi suasana serta rasa melalui gambar-gambar yang diupload kan kedalam FB sahaja. Elok juga jika gambar-gambar itu di photo bucket kan dalam Blog kita ini sekurang-kurang nya untuk menjadi simpanan dan rujukan masa akan datang. Secara tidak langsung ia boleh dijadikan dokumentasi dan rujukan silang dimasa hadapan oleh anak cucu kita.

Untuk saya memang tidak ada sekeping gambar pun yang dirakam melalui sebarang lensa kamera. Entah lah anak-anak saya nampak nya tidak sensitif dan menunjukkan kegairahan (passion) didalam hal rakam merakam ini meskipun arwah Kakik nya dulu pernah berkerjaya sebagai Juru Foto dan punyai kedai gambar sendiri. Saya sendiri semenjak ke makah dan pulang dari mengerjakan haji tempohari belum datang minat untuk merakam foto, ..tidak seperti ketika menunaikan umrah dahulu. Suatu ketika dahulu saya sangat berminat dengan bidang fotografi ini. Dan salah satu subjek semasa menuntut di ITM dulu adalah fotography. Ketika itu pengambilan gambar masih menggunakan filem dan operasi nya secara manual, tidak seperti sekarang secara digital dan mudah serta boleh di lihat terus imej nya Ia juga boleh diedit dengan perisian Adobe Photoshop dan lain-lain dengan mudah melalui komputer. Malah saya masih menyimpan kamera SLR Nikon FM2 dengan lensa yang panjang dan lensa biasa sebagai kenang kenangan.

Sekali lagi saya sekelurga tidak dapat bersama meraikan majlis resepsi yang sangat istimewa dan meriah. Sudah beberapa kali kami terlepas "moment" itu lantaran perkara-perkara lain yang perlu diurus dan tak dapat  dielakkan. Insyaallah pada minggu hadapan dirumah cini kami akan bersama. Kami mendoakan semoga Ayun dan isteri menjadi pasangan yang dikurniakan kebahagiaan oleh Allah di dunia dan di akhirat. Perkahwinan adalah suatu amanah dan tanggungjawab yang di berikan oleh Allah kepada kita untuk menjadi peminpin atau ketua rumah tangga. Rumah tangga boleh menjadi Syurga dan ia juga boleh bertukar menjadi neraka di dunia ini. Mohon dengan berdoalah kepada Allah agar sentiasa di beri hidayah dan petunjuk serta kesabaran dalam membina rumahtangga yang bahagia hingga ke Jannah.

Tahnih dan Selamat Pengantin Baru.

Wednesday, November 28, 2012

HARI ARAFAH

Arafah merupakan salah satu Masyair (tempat ibadah) haji diluar Tanah Haram Makkah. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang utama. Siapa yang meninggalkan nya maka hukum nya adalah seperti tidak melakukan haji. Rasulullah SAW telah bersabda maksud nya "Haji itu adalah Arafah".

Tiada ibadah khusus yang perlu dilakukan semasa di Arafah sebalik nya kami hanya menanti didalam khemah masing-masing sehingga masuk nya waktu zohor. Dan selepas gelincir nya matahari maka khutbah arafah pun dibacakan. Saya cuba sedaya upaya untuk menghayati nya kerana ia dibacakan dalam bahasa melayu. Dan ketika12 perkara yang menjadi intipati khutbah Rasulullah SAW yang juga dikenali sebagai Wasiat Rasulullah dibaca kepada umum ia sangat menyentuh hati ini.......

Setelah selesai khutbah dibacakan kami dinasihatkan untuk bedoa kepada Allah sepanjang waktu Asar sehingga lah terbenam nya matahari. Daripada Ibn Umar Rasulullah SAW telah bersabda  maksud nya;

"Wukuf yang kamu lakukan pada hari Arafah sesungguh nya Allah SWT turun ke langit dunia (paling bawah) dan berbangga-bangga dengan kamu kepada malaikat dengan firman nya."Hamba-hamba ku datang dari segenap pelusuk yang jauh, dalam keadaan tidak terurus dan berdebu-debu  tubuh mereka, semata-mata mengharapkan syurga Ku, jika mereka datang dengan dosa sebanyak bilangan pasir, titisan hujan atau buih di lautan nescaya aku akan hapuskan kesemua nya. Allah swt berfirman "Keluarlah kamu dari Arafah dengan dosa yang telah diampunkan daripada kamu dan bagi sesiapa yang yang kamu meminta ampun untuk mereka".

Saya dan isteri menghamparkan tikar plastik dibawah pohon diluar khemah.Kami duduk sepanjang petang itu dengan mengadap kiblat sambil berdoa memohon keampunan atas segala kesalahan serta dosa-dosa yang telah kami lakukan sepanjang usia kami samaada dosa kecil mahupun dosa besar, yang tersembunyi dan yang nyata.....mendoakan kesejahteraan anak-anak kami ..adik beradik kami..saudara mara kami, kedua ibu bapa kami ..semua orang -orang muslimin dan muslimat   orang-orang yang  mengirimkan doa kepada kami....sehingga lembayung senja merah terbit dikaki langit dan awan  hitam berarak lesu  diiringi dengan air mata kami yang mengalir deras di pipi ... ia adalah waktu yang sangat syahdu....sayu dan menggetarkan kalbu ..kami mengharapkan segala doa dan permintaan kami diterima oleh Allah... Subhanallah.. Allohuakbar....kami memohon keampunan mu Ya Allah. .....

Bas mula bergerak membawa jemaah ke Mudzalifah sebelum maghrib tiba. Kali ini ia agak teratur dan diurus dengan baik. Walaubagaimanapun ia masih mengikut no giliran seperti yang telah ditetapkan. Jarak dari Arafah ke Mudzalifah tidak lah jauh dan bas yang disediakan oleh muasasah adalah sebanyak 7 buah berulang alik untuk maktab kami.
Kami bertoak ke Mudzalifah setelah kemah mula dikemaskan dan kapet mula digulung.



Tuesday, November 27, 2012

KE ARAFAH - CABARAN HAJI BERMULA

Pada tahun ini ada ura-ura untuk wukuf pada hari Jumaat. Ia berdasarkan kepada pembekuan oleh Kerajaan Arab Saudi terhadap penambahan quota jemaah haji dari seluruh dunia. Walaubagaimanapun ia tidak berlaku seperti yang diura-urakan dan sehingga tiba waktu nya ia kekal sepertimana yang tertera didalam kalendar kita - Wukuf pada hari Khamis. Wukuf adalah permulaan  ibadah haji dimana kita perlu berniat haji dan memakai ihram dan berkumpul di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah.

Arafah tidak lah jauh dari Makah. Ia hanya sejauh 27 km sahaja. Kami dijadualkan untuk menaiki bas ke sana selepas Asar. Sehingga hampir maghrib bas yang dijanjikan belum tiba. Kami juga diarahkan untuk menunggu didalam bilik masing-masing dan turun menaiki bas mengikut tingkat dan nombor KT dan nombor bas.Kelihatan nya agar teratur dan sistematik. Sehingga selepas Isyak bas yang ditunggu baru tiba.
Ruang lobi hotel yang kecil semakin sesak dengan jemaah yang mula turun dari tingkat atas. Tiada petugas untuk memanggil jemaah mengikut tingkat dan KT. Jemaah yang awal turun mendapat nombor bas awal walaupun tinggal di tingkat atas sekali. Akhir nya kami yang masih percaya pada arahan asal akhir nya turun  juga dan mendapat giliran bas no 40.

Berjam-jam kami menunggu giliran sehingga hampir jam 11 malam baru lah tiba bas bernombor 40. Dengan berpakaian ihram serba putih dan membawa beg kecil beroda kami menaiki bas tersebut ke Arafah. Keadaan bas tidak lah bagus sangat. Buruk dan uzur. Alhamdulillah asal boleh sampai dengan selamat cukup lah. Seketika kami bergerak jalan utama ke Arafah mengalami kesesakan yang amat sangat. Di tambah lagi dengan keadaan bas yang uzur dimana dari awal sudah dirasai akan ada masalah pada gear nya. Bas bergerak dengan tahap gear 1 dan 2. Sehingga ke suatu selekoh yang agak tajam dan menaiki bukit bas terhenti dengan bau hangait yang sangat kuat. Berkali kali di cuba untuk memasuki gear ...namum bas berundur ke belakang...kenderaan lain hanya membunyikan hon dan berlalu mencelah mencari ruang untuk kehadapan sedangkan bas kami menjerit dan berundur kebelakang setiap kali untuk memasukkan gear 1. kami hanya mampu berdoa agar tiada kemalangan yang berlaku ......keadaan sangat mencemaskan .. akhir nya setelah dicuba berkali-kali bas berjaya dipandu menaiki bukit....menuruni bukit pemandu cuba untuk mengalihkan gear tinggi supaya bas dapat dipandu dengan selesa...tetapi sekali lagi gear box tidak berfungsi dan akhir nya bas berhenti di tengah lebuh raya yang mana kenderaan lain di pandu dengan laju.......

Pemandu bas cuba membaiki namun akhir nya ia tewas dengan takdir.....kami tersadai di tempat duduk masing-masing dengan enjen bas masih berfungsi untuk mendapatkan penghawa dingin. Jam menunjukkan 12 tengah malam. pemandu bercakap dengan bahasa yang kami tidak fahami didalam telefon tapi saya yakin beliau cuba maminta bantuan dan melaporkan kerosakan bas yang dialami. hampir 1 jam sebuah trak tiba dan beberapa orang turun untuk memberi bantuan...akhir nya mereka juga berlalu tanpa berjaya mengubah keadaan. Dalam hati saya  berdoa 'YaAllah jika didalam bas ini aku lah yang menjadi punca kepada musibah ini ampunkan lah aku....jika ada orang lain didalam bas ini yang bermulut celupar dan berniat buruk sangka dan pelbagai kesalahan yang mendatangkan kemurkaan mu lalu engkau berikan balasan ini ...aku mohon keampunan bagi pehak mereka semua...Ya Allah bantu lah kami...lancarkan perjalanan kami ke Arafah...hanya pada mu kami memohon dan meminta   ...tiada sekutu bagi mu..Amin ya robbal alamin''.

Alhamdulillah tidak lama kemudian berhenti trak tunda di hadapan bas kami. Selepas bercakap seketika dengan pemandu ia mengundurkan trak dan memasang cangkuk pada bas kami dan mula menunda. Pada awal nya kami sangat gembira namun hanya selepas 5 minit dan melepasi lebuh raya trak penunda tersebut berhenti di tepi jalan dan melepaskan cangkuk tunda pada bas kami. Mereka berlalu pergi...rupa -rupanya mereka hanya mengalihkan bas yang bermasalah di lebuh raya supaya tidak mengganggui lalu lintas lain...
Hampir jam 3 pagi baru lah bas pengganti sampai ke tempat kami. Setelah semua menaiki bas tersebut enjin nya pula menghadapi masalah....ia tidak boleh di hidupkan......MasyaAllah......selepas dicuba beberapa kali dan diiringi doa serta harapan akhir nya bas tersebut berjaya dihidupkan dan kami menuju ke Arafah. Akhir nya selepas berpusing beberapa kali kerana tidak menemui lorong yang betul ke khemah jemaah malaysia kami tiba jam 4.00 pagi tatkala hampir semua jemaah haji yang lain telah tiba dan berehat......
Pagi di Arafah
Ia suatu pengalaman yang manis, Allah awal-awal lagi telah menguji kesabaran kami terutama saya sendiri....benarlah seperti cerita yang biasa kita dengar dari mereka yang pernah ke sana ...jaga mulut dan niat .....perjalanan yang mengambil masa 1 jam boleh menjadi 5-6 jam.........penyebab nya mungkin saorang tetapi kesan nya dirasai oleh semua orang.......Allah Maha mendengar.Maha Bijaksana.....ia tidak memberi semudah nya ........Allohuakbar.......




Monday, November 26, 2012

TAHNIAH


Sempena Konvokesyen Universiti Teknologi MARA yang ke 77.
Tahniah diucapkan kepada:

1. Nur Salbiah Bt Mohammad Nasir
     Dianugerahkan  IJAZAH SARJANA SAINS KEJURUTERAAN AWAM (PEMBINAAN)

2. Syazana Bt Danuri
     Dianugerahkan : IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEPUJIAN (SAINS BIOMOLEKUL)

Semoga kejayaan mereka akan menyemarakkan lagi semangat ahli persatuan yang lain untuk mencapai kejayaan bukan sahaja di bidang akademik tetapi dalam memperbaiki tahap dan kualiti kehidupan kita di dunia dan akhirat.

SYABAS dan Syukur kepada Allah SWT.






Saturday, November 24, 2012

Menunggu Wukuf


Semakin hampir hari wukuf masjidil haram semakin sesak dengan jemaah yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Ia boleh dilihat dengan jelas didataran Kaabah dimana mereka yang bertwaf semakin padat dan rapat hingga ke tangga pada setiap masa. Begitu juga dikawasan Sai mereka yang melakukan ibadah ini juga semakin sesak dan padat terutama di tingkat 1 dan tingkat bawah sekali (underground). Ruang dalam masjid juga semakin padat dan jika lambat datang untuk bersolat sudah pasti tiada ruang untuk masuk kedalam. Akhir nya naik lah ke tingkat atas. Ia agak selesa tetapi sudah tidak nampak kaabah, - kurang feeling nya.

Mengikut pemerhatian saya kebanyakkan jemaah haji memenuhi ruang dibahagian pintu masuk utama masjidil haram. Ini menyebabkan seolah - olah masjid telah penuh dan sukar untuk dimasuki kerana kita terpaksa melangkah barisan orang ramai. Lebih-lebih lagi ketika solat Jumaat. Datang lah 3 jam lebih awal. Jika lewat petugas yang ada dipintu masuk masjid akan menutup laluan masuk dengan pita merah atau kuning berbelang hitam. Hakikat nya didalam masjid masih ada lagi ruang untuk solat. Jika kita pergi saorang atau berdua tiada masalah utnuk mencari ruang solat yang selesa. Cari lah jalan untuk memasuki nya walaupun terpaksa melalui pintu di tingkat atas dan turun semula kebawah melalui tangga sebelah dalam. Itulah penting nya kena explore masjidil haram sewaktu masih lapang diawal-awal minggu kehadiran kita, atau ketika mengerjakan umrah jika ada kesempatan. Ia banyak membantu semasa musim haji.

Di dataran juga begitu. Semakin hampir hari wukuf sekitar dataran dan bahagian luar masjidil haram dipenuhi dengan jemaah haji. Di bawah bangunan, dilereng bukit, ditepi laluan utama masjid dipenuhi dengan hamparan serta khemah - khemah yang didirikan oleh mereka. Ramai juga yang tidak mempunyai khemah sebalik nya menghampar kotak kotak untuk dijadikan alas tempat duduk atau tidur dimalam hari beralaskan beg sendiri. Subhanallah.....Syukur kepada Allah kita ada hotel untuk tinggal, ada tilam empok dan bilik air sendiri tanpa berkongsi..ada tempat untuk berteduh dan tidur dengan selesa.....dan makanan yang telah disediakan... Alhamdulillah kita ada TH yang menguruskan segala nya - itu pun ramai yang komplen tidak puas hati dengan pengurusan TH...Masyaallah kalau lah kita seperti mereka yang datang dengan sebuah beg semata-mata menyahut panggilan Allah  ...saya tak dapat bayangkan ...mungkin saya tak sekuat mereka......
Disini mereka berehat dan melelapkan mata

Benarlah. Allah telah memerentahkan Nabi Ibrahim AS untuk menyeru umat islam supaya datang ke Kaabah sebaik sahaja ia selesai didirikan oleh Nabi Ibrahim dan anak nya Nabi Ismail. Peringkat awal dahulu ia mungkin hanya di sahut oleh sebilangan kecil umat yang mampu sampai walaupun dengan menaiki unta yang kurus tetapi kini seruan itu telah disahut oleh jutaan umat dari seluruh dunia, datang dengan berbagai  cara sama ada yang tua atau muda, miskin atau pun kaya sehat atau sakit semua nya datang dengan satu tujuan menyahut Panggilan Nya dan menjadi tetamu Nya bagi mengerjakan Ibadat Haji yang merupakan rukun Islam yang ke 5. Ia merupakan kemuncak kepada segala ibadah kita dan melengkapkan rukun islam yang kita anuti.Tahun ini saya dan isteri termasuk didalam kelompok jutaan umat yang menerima jemputan Nya. Terasa kami begitu kerdil umpama titik putih di tengah jutaan titik-titik putih yang lain....

Disinilah bilik mereka
Disini mereka tinggal

 Semakin hampir hari wukuf keadaan menjadi sangat sesak samaada masuk atau keluar dari masjidlharam. Kita perlu banyak bersabar menunggu giliran keluar dipintu utama malah untuk melepasi dataran dan memasuki lorong untuk pulang ke hotel juga perlu bersaing dengan ribuan jemaah yang lain. Kabar nya ketika solat jumaat didirikan jemaah diluar masjid melempah sejauh melebihi hampir 500 meter hingga ke jalanraya. Seminggu sebelum wukuf juga hujan turun seketika disini sejurus hampir memasuki waktu maghrib. Hujan sangat dinanti-nantikan bagi penduduk dan para jemaah haji. Ia merupakan suatu rahmat dari Allah meskipun ia turun hanya seketika. Ia cukup untuk menghilangkan kemarau setahun. Selepas hujan suasana nya nyaman dan sangat mendamaikan. Ramalan nya kami akan berwukuf di musim hujan. Ia tidak menghairankan kerana pernah terjadi suatu ketika dahulu wukuf berlaku serentak dengan hujan lebat menyebabkan banjir besar berlaku di Arafah.





Friday, November 23, 2012

Berbahasa Melayu

Tawaf kedai adalah istilah biasa diguna pakai bagi jemaah haji yang merujuk kepada  pergi membeli belah atau sekadar window shopping. Secara semulajadi nya ia tidak dapat dielakkan walaupun sekadar untuk membeli sedikit buah tangan. Aktiviti ini berlaku sebaik sahaja para jemaah sampai samaada di madinah atau makah. Kami juga tidak terkecuali cuma yang berbeza ialah kami tidak membeli belah sebagaimana orang lain memborong. Di dua bandar suci ini aktiviti jualan secara terbuka menyambut kita yang baru keluar pintu  pagar masjid  Ia umpama jualan lelong yang sangat meriah dengan suara herok pekok menawarkan harga yang rendah untuk menarik perhatian. Bagi laluan yang dilalui oleh jemaahMalaysia dan Indonesia para penjual menawarkan harga dengan bahasa Melayu yang mudah difahami.

Didalam kedai dan gerai-gerai pula mereka menyapa kita dengan berbahasa Melayu telo Indonesia. membeli belah disini tidak lah sukar. Tawar menawar adalah lumrah dan biasa nya mereka lebih senang berurusan dengan jemaah yang datang dari Malaysia. Kita tidak banyak kerenah ketika tawar menawar berlaku sekali dua dan terus beli tidak cerewet seperti jemaah yang lain. Mereka lebih selesa dan senang berurusan dengan kita dari Malaysia.

 Kos sara hidup rasa nya agak tinggi sekarang. Dimusim haji harga barangan kabar nya dinaikkan berlipat kali ganda dari harga biasa. Sekeping roti canai harga nya 1 SR tanpa kuah. manakala kuah nya pula 10 SR untuk2 ketul ayam masak kari sebekas kecil. Manakala segelas air buah berharga 5 SR. Jika ingin menukar selera untuk makan nasi arab biasa berharga 15 SR untuk satu bekas pelastik biasa. Restoran D Saji yang terkenal dengan masakan malaysia terletak di menara As- Safa juga memberi harga yang agak mahal. Roti telur berharga 6SR. Oleh itu jika datang kesini pastikan anda membawa wang lebih sedikit untuk berbelanja sendiri. Jika tidak makanan yang disediakan oleh TH sudah memadai.


Dihadapan Masjid Jin - Ia tidak jauh dari maktab kami
Biasa nya kami akan berjalan keliling hotel sekitar jam 8.00-10.00 pagi untuk meluaskan pandangan dan tidak terperuk didalam hotel sahaja. Sambil melihat keadaan sekeliling dan mencari pandangan segar dan melihat gelagat jemaah lain, kami menyelusuri gerai-gerai yang berdekatan sambil memakan ais krim atau membeli buah-buahan. Dan itulah juga peluang untuk berjalan bersama isteri sambil bersantai kerana diwaktu lain banyak beriktikaf di masjid dan tinggal dibilik yang berasingan. Oleh itu komunikasi antara suami isteri di tanah suci juga sangat perlu dijaga kerana disini segala kemungkinan boleh berlaku. Perasan menjadi sangat sensitif dan ia juga sebahagian dari ujian Nya kepada kita.

Rumah -rumah kediaman dibelakang  maktab kami



Disini kami sempat berkenalan dengan saorang pemandu teksi yang boleh berbahasa Melayu-Haji Husin. Asal usul bapa nya berasal dari Penang dan datang ke makah semasa zaman Sheikh Haji ketika jemaah dari Malaysia menaiki kapal laut. Bagi sesiapa yang inginkan khidmat beliau boleh lah menelefon beliau dengan memberikan nama hotel dan waktu  ke Tanaim  untuk bermekot bagi mengerjakan umrah. Kami biasa nya ke Tanaim pada jam 1.00 pagi. Bersama saorang rakan juga suami isteri (4 orang sekereta) dikenakan bayaran sebanyak SR 50. Ia lebih selesa dan selamat. Banyak cerita-cerita yang kami dengar mengenai orang-yang di rompak malah hilang sehingga tahap dibunuh ketika menaiki teksi untuk mengerjakan umrah. Secara pribadi saya tidak dapat mengesahkan samaada ia benar atau sebalik nya. Namun pehak TH juga ada memberi pelbagai nasehat dan perlu berhati-hati dan sentiasa berwaspada semasa berada di tanah suci ini terutama ketika menaiki kenderaan awam. Sentiasa bedoa dan memohon keselamatan kepada Allah SWT dalam semua perkara dan keadaan.


Penjual buah dibawah jejantas laluan kami.  Jualan nya ditinggalkan sahaja disitu pada waktu malam tanpa sebarang pengawasan. Memasuki fasa haji dia hilang sehingga kami balik.  Hajat nak membeli delima beliau untuk dibawa pulang tidak kesampaian.








Thursday, November 22, 2012

Menjadi Tetamu Nya yang istimewa


5 baris dari Kaabah -Zohor dan Asar
Seringkali apabila duduk bersebelahan dengan jemaah dari negara kita didalam saf pasti soalan pertama yang akan ditanyakan ialah "Haji KT berapa?" kemudian dikuti dengan " Tinggal di maktab mana,  ooo jauh tu...  kami duduk di maktab......lebih kurang 500 meter sahaja 15 minit nak masuk waktu pun sempat lagi, boleh ulang alik setiap waktu". Lantas saya menjawab "Alhamdulillah dekat tu". Selepas memberi salam dan berdoa mereka ini akan beredar dan pulang ke maktab masing-masing. Kami tidak pernah berjumpa lagi sehingga bertemu jemaah yang lain dan soalan yang sama berulang lagi......

Maghrib dan Isyak di minggu awal
Saya cuba belajar melihat sesuatu kejadian  yang berlaku atas diri  melalui sudut pandangan sisi yang berbeza dari kebiasaan kita melihat. Umpama nya kedudukan maktab kami yang agak jauh dari masjidil haram. Seawal lagi ketika  turun bas dari Madinah tidak ramai yang mengucapkan syukur sebalik nya ayat pertama yang terkeluar ialah - "alah jauh nya dari masjid"  walaupun menara jam nampak sangat jelas dan jarum waktu juga boleh dibaca dengan terang. Dalam hati saya bersyukur kerana ditempatkan di maktab yang agak jauh. Bukankah setiap langkah kita berjalan menuju masjid itu akan dikira pahala nya, dan semakin jauh semakin banyak langkah sudah tentu semakin banyak ganjaran nya...Allohuakbar...Ia juga memberi peluang kepada saya untuk beriktikaf lebih lama didalam masjid...

Sebelum pemergian ke Tanah Suci saya sering memohon untuk menjadi tetamu Allah yang sangat istimewa. Saya berpendapat untuk menjadi tetamu nya  yang istimewa sudah tentu kita perlu menunjukkan kemampuan kita yang istimewa. Perlu berdamping dengan Nya sekerap mungkin...seakrab mungkin ..malah serapat mungkin...dan perlu berada didalam rumah nya selama mungkin. Maktab yang jauh kedudukan nya dari Masjidil haram memungkin kan saya untuk melakukan perkara sedemikian. Saya perlu pergi lebih awal, dan saya perlu berada di dalam masjid selama mungkin, bertawaf, melakukan solat -solat sunat dan membaca al-quran bagi mengisi masa yang senggang diantara satu waktu dengan waktu yang lain.
Bahagian Atas masjid-Lebih ramai yang tidor dari membaca quran
Ketika umrah dahulu hotel kami hanya lebih kurang 50 meter sahaja dari Masjidil Haram. Ia terletak dibelakang Hotel Hilton. Ketika kunjungan kami baru-baru ini hotel tersebut dan bangunan disekitar nya telah dirobohkan dan menjadi padang jarak padang terkukur menunggu pembinaan baru pembesaran masjidil haram yang lebih teratur. Ketika itu setiap waktu selepas solat kami akan pulang ke hotel untuk berehat dan pergi semula sebaik sahaja hampir masuk waktu solat. Dan kebaikkan nya kami boleh datang ke dataran kaabah pada bila-bila masa terutama selepas waktu tengah malam. Namun pengisian untuk beriktikaf lebih lama di dalam masjid tidak dapat kami tunaikan lantaran tergoda dengan jarak hotel yang sangat dekat. Allohuakbar..

Di hadapan pintu utama King Abdul Aziz. Dahulu ia pintu  mauk kami ketika umrah
Dihadapan hilton
Kali ini saya benar-benar berazam. Beriktikaf selama mungkin di dalam masjid. Solat 5 waktu berjemaah setiap hari tanpa gagal. Peluang yang datang mungkin untuk kali terakhir sepanjang hayat. Ia menuntut pengorbanan yang tinggi. Godaan nya besar. Cabaran nya juga hebat. Semua nya datang dalam berbagai cara. Keadaan persekitaran, cuaca, rakan sebilik, kepenatan dan keletihan, malas, rasa tak sedap badan, demam sakit dan berbagai-bagai lagi.Allahhuakbar..saya sentiasa memohon kepada Allah supaya sentiasa diberi hidayah, kekuatan, kesihatan,keazaman dan kemudahan untuk beribadah kepada nya hanya semata-mata kerana Nya. Lilla Hi Taala.....



Ruang sai bahagian atas
Sai-Safa dan marwah pandangan luar
Pembesaran Masjidil Haram disebelah kiri

Wednesday, November 21, 2012

MAKATUL MUKAROMAH-HARI-HARI YANG DILALUI

Assalamualikum Moga para pembaca blog ini di rahmati Allah SWT.

Hotel Massat Al-Hariri (Maktab 93 Tabung Haji)
Saya tidak menyedari bahawa hotel kami terletak bersebelahan dengan tanah perkuburan Maala yang sangat terkenal dengan keluasan nya. Setiap hari seawal jam 2.30 pagi saya melalui jalan bersebelahan dengan perkuburan ini untuk ke Masjidil Haram bersebelahan tembok yang tinggi dan menjadi tanda tanya saya untuk beberapa hari apa sebenar nya disebalik tembok tersebut.
Laluan harian ke masjidil haram. Sebelah tembok ini menjadi tanda tanya selama 3 hari

Akhir nya tanda tanya tersebut terjawab setelah hampir 3 hari. Apabila saya menaiki lift kebumbung hotel untuk menemankan isteri menyidai kain basuhan maka perkuburan ini dapat dilihat dengan jelas sekali. Disini juga terletak nya makam Saidatina Khadijah isteri Rasulullah yang pertama. Jasad nya dikuburkan di sini dan ia boleh dikenali dengan mudah kerana hanya ada sebatang pokok sahaja yang tumbuh menghijau dan disitulah letak nya makam Saidatina Khadijah. Dibahagian lain tidak ada sebatang pokok pun yang tumbuh atau ditanam dan hanya batu-batu sahaja menjadi penanda batu nesan. Kabar nya sesiapa yang meninggal dunia dan di solatkan di Masjidil Haram akan dikuburkan disini. Ia masih digunakan sehingga sekarang.

Ini lah Perkuburan Maala pandangan dari atas
Hotel kami terletak hampir 1 km dari masjidil Haram. Secara metrik jarak nya ia agak jauh jika dibandingkan dengan hotel-hotel lain yang disewa oleh tabung haji. Ramai juga jemaah yang mengeluh kerana jarak yang agak jauh dan terpaksa berjalan kaki dengan sedikit mendaki bukit disekitar laluan masuk pintu utama sebelah Marwah. Dengan berjalan kaki ia mengambil masa hampir 20 minit dari hotel penginapan dan melebihi 1200 langkah. Ia cukup untuk membakar lemak lemak dibadan dan mengeluarkan peluh meskipun berjalan pergi ke masjidil haram diawal jam 2.30 pagi.


Inilah laluan kami setiap hari. Gerai ini baru sahaja siap selepas seminggu kami tiba.
Keadaan akan menjadi lebih mencabar disebelah siang hari terutama untuk berjalan ke masjidil Haram bagi menunaikan solat Zohor dan Asar kerana ketika itu cuaca sangat panas berbahang dan berdebu dengan sinaran matahari yang cerah dan menyilaukan mata. Ditambahkan lagi dengan nasihat dari pehak tabung haji yang meminta para jemaah menjaga kesihatan serta mengelakkan dari panas matahari yang terik dan mudah terkena batuk serta demam ..akhir nya ramai jemaah haji yang kecundang untuk menunaikan solat 5 waktu secara berjemaah di Masjidil haram.

Laluan kami di lihat dari atas hotel
Laluan ke pintu masuk Marwah ,Pembesaran Masjidilharam sedang rancak dijalankan

Monday, November 19, 2012

Marhaban - Makkatul Mukarromah

Kami bertolak ke Makah dengan menaiki bas selepas solat Asar. Beg besar kami sudah pun di hantar sehari sebelum itu dengan menaiki lori ke hotel tempat penginapan kami di Makah. T kasih tabung haji atas pengurusan ini. Ia memudahkan para jemaah haji tanpa perlu mengheret beg yang besar dan banyak dari satu tempat ke satu tempat.

Dengan berpakaian ihram kami bertolak menuju ke Makah lewat Asar. Hati terasa sayu dan kesedehan yang tak terucap tiba-tiba menerjah ke dalam hati lalu menjadi sebak dan mengalirkan air mata tatkala bas berpusing betul-betul di sebelah masjid Nabawi. Sekaligus ingatan yang sangat jelas selama sembilan hari kami mengunjungi makam Rasulullah dan para sahabat datang berbayang-bayang,  beriktikaf didalam nya dan solat disekitar makam samaada di hadapan , tepi kanan, kiri, belakang dikesemua waktu tengah malam, subuh tengahari dan petang...Allah huakbar...ia terlalu akrab..dan ketentuan Allah kami akur untuk meninggalkan nya...dengan harapan agar dapat mengunjungi nya lagi suatu masa nanti...

Bas bergerak pantas dan selesa. Kami berhenti di Bir Ali untuk bermikat dan berniat ihram. Bir Ali terletak kira-kira 10 km dari madinah. lebih kurang 1/2  jam kemudian bas meneruskan perjalanan. Hari semakin gelap ketika kami memulakan perjalanan semula. Kami bertalbiah seketika. Di kaki langit kelihatan banjaran gunung ganang yang tandus dan berbalam balam lalu muncul bulan yang berwajah bulat cerah menunjukkan wajah nya di kaki langit.Ia kelihatan sangat indah sekali persis sedang mengiringi perjalanan kami ke Makah. Perlahan-lahan suara orang bertalbiah semakin perlahan..perlahan dan dan akhir nya senyap.Kami akhir nya dibuai mimpi.......dalam perjalanan yang panjang dan memenatkan........

Bulan terbit di kaki langit mengiringi perjalanan kami ke Makah
Hampir 8 jam akhir nya bas memasuki kota Makah. Dari jauh kelihatan menara jam yang sangat besar tersergam indah saolah-olah menyambut kedatangan kami. Ia boleh di lihat dari jarak 10 km. Jam besar menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam ketika kami melihat nya buat pertama kali. Akhir nya kami sampai ke maktab penempatan kami melewati jam 1.00 pagi. Hotel Massat Al Hariri merupakan maktab no 93 yang disewa oleh tabung haji. Kami di sambut mesra oleh beberapa orang kakitangan tabung haji serta wakil Muasasah yang berbangsa Arab (sedikit sedikit boleh berbahasa Melayu indon) dengan memberikan sedikit cenderahati berupa gula-gula arab dan tasbih setiap saorang. Kami menaiki lift menuju bilik yang telah ditetapkan setelah mendengar beberapa taklimat dari petugas tabung haji. Arahan nya mudah sahaja mereka meminta semua jemaah haji berehat di bilik masing-masing dahulu, esok pagi selepas subuh mereka akan bawa ke masjidil haram untuk tawaf dan sai umrah serta bertahalul.

Hotel kami -Maktab 93
Didalam bilik saya menyatakan kepada rakan-rakan untuk ke masjidil haram bagi mengerjakan tawaf dan sai terus tanpa mengikut tabung haji. Hampir kesemua rakan sebilik seramai 5 orang bersetuju untuk mengikut idea saya. Mereka bersama pasangan masing-masing kecuali saya kerana isteri mengalami keuzuran sarie  sebaik sahaja sampai ke Makah berjalan menuju ke masjidil haram lewat jam 2 pagi. Dalam hal ini pengalaman pernah mengerjakan umrah dahulu banyak membantu dan memberi keyakinan kepada saya untuk mengerjakan umrah tanpa bantuan dari tabung haji. Akhir nya tidak sampai 2 jam kami selesai mengerjakan umrah dan terus beriktikaf sehingga subuh di dataran. Alhamdulullah Allah telah mempermudahkan nya....jam 6.00 pagi sampai kembali ke hotel ketika ramai jemaah lain sedang menunggu petugas tabung haji untuk pergi ke masjidil haram bagi menunaikan ibadah umrah.

Melihat mentari terbit dari atas bumbung hotel

Menara jam dari atas bumbung hotel kami



Jumpa lagi..

Thursday, November 15, 2012

9 Hari di Madinah

Ia suatu jangka masa yang agak lama jika dibandingkan dengan kunjungan kami kali pertama dahulu diakhir 2009 hanya lebih kurang 3 hari sahaja. Kali ini saya berazam untuk menghabiskan masa saya selama mungkin untuk beriktikaf didalam masjid yang penuh barakah ini yang dijanjikan ganjaran 1000 x ganda bagi setiap solat dan kebaikan yang kita lakukan.

Alhamdulillah saya turun dari hotel seawal 2.30 pagi dengan tujuan untuk mendapatkan ruang solat di saf hadapan sekali. Ada ketika nya ruangan yang sedikit itu penuh lebih awal lagi dan saya terpaksa akur dengan keadaan. namun kebiasaan nya ia tidak mengecewakan. Itu lah pengerbonan yang perlu dilakukan bagi mendapatkan keistimewaan berada di saf paling hadapan. Mengapa saf hadapan ? ia suatu soalan yang tak dapat saya jelaskan selain dari mendapat kepuasan rasa dan keseronokan beribadah yang saya sendiri rasai. Apa yang pasti disini orang berebut rebut untuk mendapatkan saf yang paling hadapan biarpun terpaksa berlaga lutut sendiri ketika sujud dan duduk..Masyaallah. Ia tidak berlaku di tempat kita..

Usai solat subuh sekitar jam 6.00 pagi kami mencari sarapan sebelum pulang semula ke hotel. Bagi jemaah haji Malaysia sarapan pagi tidak disediakan. Hanya makan tengahari dan malam sahaja disediakan di tingkat 1 ruang makan hotel. Ketika itu cabaran nya sangat besar. Oleh kerana kedudukan hotel yang berdekatan dengan masjid maka selesai solat zohor dan isyak secara serentak jemaah akan balik ke hotel dan berlakulah kesesakan untuk meniki lift dan mengambil makanan.
Disituasi ini terserlah tabiat orang kita yang kebanyakkan nya akan berebut-rebut untuk saling dahulu mendahului tanpa mengira orang lain. "Beratur  dan sabar" ..ia saolah-olah hilang dari kamus kehidupan kita..subhanallah ia menuntut kesabaran yang sangat tinggi. Hakikat nya tiada orang yang tidak mendapat makanan dan tiada orang yang tidak dapat menaiki lift. Tapi saya seringkali menggunakan tangga untuk balik kebilik yang terletak di tingkat 5. Ia suatu latihan fizikal yang baik.......

Sarapan pagi di bawah pohon kurma sebelah kiri  pintu masuk utama. Banyak pilihan makanan  tapi kos nya semakin mahal


Saya banyak menghabiskan masa di masjid ini dengan membaca quran, Duduk merenung kedalam diri sendiri mengimbas masa-masa silam kehidupan yang saya lalui. Seringkali berada berdekatan dengan makam Rasulullah dan sahabat, membayangkan ketika zaman-zaman mereka dahulu para sahabat berada di pangkin ahli suffah sambil berbincang dan berbicara mengenai syiar islam....dan seketika azan dilaungkan oleh bilal serta membayangkan Rasulullah yang berjalan keluar dari rumah nya  menuju kemimbar untuk mengimamkan solat..ia....disitu lah ia berlaku....Subhanallah terasa syahdu dan air mata  mengalir tanpa disedari. hanya solawat dan doa sahaja yang mampu diucapkan...terasa ia begitu hampir........

Masjidil Nabawi masih belum berubah sejak kehadiran kami 2 tahun lalu. Kabar nya ia akan dibesarkan dan hotel-hotel yang berdekatan dengan nya akan dirobohkan bagi menampung jemaah sekitar 4 juta orang dalam satu-satu masa berbanding sejuta pada masa kini. Pembinaan nya akan dimulakan dalam masa yang terdekat. Jika ada rezeki dan izin Allah SWT kita akan dapat menyaksikan nya pada masa akan datang. Dibahagian luar didataran masjid terdapat tangki - tangki air yang berpaip dengan air sejuk dibina sekitar masjid.Namun ia hanyalah air untuk minuman sahaja dan bukan nya air zam-zam. Ramai jemaah yang terkeliru dang menganggap ia adalah air zam-zam. Di sini air zam-zam masih disediakan didalam tong yang disusun secara berbaris di setiap laluan pejalan kaki didalam masjid sahaja.

Alhamdulillah saya juga sempat berpuasa disini. Ia suatu pengalaman yang baru. Berpuasa disini tidak seperti yang dibayangkan dalam cuaca yang panas dan kering..sebalik nya dengan kurma 3 butir yang diberi oleh saorang hamba Allah yang tidak dijangka serta segelas air zam-zam ketika menunggu solat subuh ...Masyaallah ia memang puasa tahap ke 3 tertinggi.....apa yang boleh saya nyatakan lebih letih tidak berpuasa daripada berpuasa. Sebab itu lah kebanyakkan peperangan di zaman Rasulullah dahulu berlaku pada bulan puasa...sudah pasti ada hikmah nya.....alhamdulillah saya diberi peluang untuk merasai dan menghayati nya....

Dua kali juga saya sempat bersolat jumaat dimasjidil nabawi ini. Kali kedua ini saya pergi lebih awal hampir 2 jam sebelum waktu nya. Keadaan didalam masjid sudah sesak dan dipenuhi oleh para jemaah namun masih ada ruangan disebelah dalam untuk kita yang datang secara bersaorangan atau berdua. Masjid ini akan dipenuhi oleh bukan sahaja jemaah haji dan umrah tetapi oleh penduduk tempatan disekitar masjid untuk menunaikan solat jumaat. Pada waktu waktu yang lain para penduduk tempatan dikabarkan jarang sekali yang solat disini. Mereka lebih suka solat dimasjid yang berdekatan dengan tempat kediaman mereka sahaja.

Sabtu 29 Sept 2012 kami dijadualkan untuk berangkat ke Tanah Suci Makah selepas solat Asar sekitar jam 4.00 petang. Kami dinasihatkan untuk ziarah Widak pada sebelah pagi. Saorang diri sekitar jam 9 00pagi saya menuju Raudah untuk menunaikan solat Duha seperti biasa. Alhamdulillah pagi itu Duha saya dihadapan mimbar Rasulullah. Saya berdoa agar kunjungan ini bukan kunjungan yang terakhir saya dan berharap agar saya dapat datang lagi bersama anak anak saya suatu hari nanti jika diizinkan Allah. Saya melewati makam Rasulullah, makan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar dengan rasa sebak dan lenangan air mata yang tak dapat ditahan sambil menuju keluar melalui pintu Babul Baqi....selepas solat asar kami menaiki bas menuju ke Makah. Sekali lagi ketika bas mula bergerak air mata ini mengalir tak semena-mena. Ia tidak seperti kali pertama kunjungan saya dahulu pergi tanpa rasa....kali ini ia terlalu dekat..terlalu sayu....sembilan hari disini dengan setiap hari bersama nya bagaikan pergi meninggalkan kekasih yang sangat dicintai....bas meluncur pergi tanpa perasaan samar-samar menara masjidil nabawi semakin mengecil jauh ditinggalkan di belakang....berakhirlah ziarah kami di kota yang penuh barokah ini.......

Kami sempat menziarahi Jabal Uhud ini kali ke 2 kami ke sini
Peniaga di jabal Uhud mereka cuba mengelak dari dirakam oleh kamera
Menjadi tetamu Prof Kamil  penulis buku trevelog haji mengubah sempadan keimanan                                   
..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification