Wednesday, December 12, 2012

CABARAN DI MUZDALIFAH

Kami tiba di Mudzalifah sekitar jam 9 30 malam. Ia dikira agak awal kerana bas yang pertama dijadualkan untuk bertolak ke Mina ialah selepas tengah malam, kami,dimaklumkan selepas jam 11 25 malam. Setiba nya disini kami melihat seperti padang berpagar yang telah dipenuhi oleh manusia. Tiada tempat lagi untuk kami berhenti duduk dikawasan yang berdekatan dengan pagar keluar. Lalu kami terpakasa berjalan dicelah orang ramai yang duduk untuk mencari tempat yang sesuai dan agak jauh kebelakang. Akhir nya kami menemui tempat yang agak kosong tidak diduduki oleh orang. Rupa nya ia kawasan berbatu besar dan berlubang serta tidak selesa. Oleh kerana tiada pilihan kami memilih tempat itu dengan membentangkan tikar pelastik yang kami bawa.

Menurut sejarah ia dinamakan Muzdalifah kerana manusia mendatanginya pada permulaan atau tengah malam dan meninggalkan nya serentak. Disana manusia telah berada berhampiran dengan Mina. Dikatakan juga Adam AS dan Hawa telah ditemukan semula di Muzdalifah. Bermalam atau bermabit di Muzdalifah adalah salah satu dari wajib haji. Sesiapa yang meninggalkan nya maka diwajibkan membayar dam. Sesuatu yang mustahab (disukai) untuk mengikut contoh Rasulullah SAW dengan bermalam di Muzdalifah sehingga waktu fajar lalu menunggu sehingga hari siang baru lah beliau bertolak ke Mina.

Menjelang tengah malam  bas mula mengambil jemaah haji untuk ke Mina. Ada penjaga yang mengumumkan no bas yang perlu dinaiki jemmah haji bermula dengan no yang rendah dahulu. Para jemaah perlu menunggu giliran dan kali ini tidak ada jemaah yang menunggu di luar pagar. Kelihatan nya agak teratur dan tenang. Ia tidak seperrti apa yang telah diberitahu oleh KTS dahulu. Kami menanti giliran untuk menaiki bas mengikut no bas yang telah ditetapkan. Bagi mengisi masa kami mengutip anak-anak batu yang ada di padang ini sebanyak 70 biji atau lebih untuk melontar di Jamrah.

Memasuki 1/3 malam saya rasa sudah terlalu lama berada di sini. Mata mulai mengantuk tetapi keadaan persekitaran sangat tidak selesa. Tiada ruang untuk berbaring bagi melelapkan mata, ditambah lagi dengan bau hancing yang sangat menusuk hidung serta debu tanah yang menyesakkan pernapasan. Cuaca malam itu pula agak panas dan berbahang ditambah dengan kepanasan badan manusia yang ramai dan padat. Kelesuan mula menguasai diri kerana sudah memasuki hari kedua tidak mandi dan mengurus diri. Disini saya merasai tekanan yang amat sangat ditambah dengan keletehan serta tidur yang tidak cukup dan suasana persekitaran yang meloyakan. Bunyi orang batuk kedengaran merata-rata......masa bergerak dirasakan sangat perlahan .....bas yang mengambil jemaah baru beberapa buah sahaja yang berlalu......Ramai yang sudah mulai merungut ....saya cekal kan hati untuk tidak ikut serta merungut......


Jam 3 pagi ...belum separuh pun jemaah yang berjaya meninggalkan muzdalifah. Setelah diselidiki bas yang mengambil penumpang hanya lah 3 buah sahaja. Ia terpaksa berulang alik dari mina ke muzdalifah...begitulah seterus nya termasuk jalan jem yang perlu diharungi. Saya sempat menunaikan solat tahajud , taubat dan witir bagi mengisi masa yang ada. Yang lain dengan hal masing-masing kebanyakkan nya tidur dan berbual sesama sendiri sambil mengorek debu mengutip anak batu. Ia waktu yang sangat meresahkan......
Menjelang subuh hampir separuh yang berjaya dibawa keluar ke Mina. yang lain nya termasuk saya masih kekal disini. Kami solat subuh berjemaah dikawasan lapang yang berdebu. Usai solat subuh sehingga matahari mulai terbit jam 6.00 pagi kami masih belum berjaya keluar dari sini. Beralaskan biskut dan air mineral kami bersarapan pagi........giliran menaiki bas belum tiba..........badan semakin lesu dan letih....

Sekitar jam 7.00 pagi akhir nya kami berjaya dibawa keluar dari Muzdalifah menaiki bas ke Mina setelah peraturan menunggu bas mengikut giliran dimansuhkan. "Cepat-cepat kita dah lewat sesiapa sahaja boleh menaiki bas ...tak payah tunggu giliran..." arahan dari Muasasah....kebetulan kami memang sudah berada di tepi pagar keluar dan bas pun sampai.....masih ada 20 peratus lagi yang tinggal di sini ketika kami manaiki bas ke Mina....Alhamdulillah ia bagai berakhir sebuah penantian......

Akhir nya ada yang terlena didalam bas ke mina..

Jumpa lagi...




2 comments:

suria said...

Semalam kami menziarahi rakan kami yang baru pulang daripada menunaikan haji baru-baru ini. Katanya, kalau nak mengerjakan haji seelok-eloknya pada usia yg masih muda kerana kudrat sangat diperlukan dalam melaksanakan segala rukun dan amalan-malan lain...kami mengangguk...giliran kami? entahlah, kalau ikut giliran yg Tabung Haji berikan tahun 2038..wakyu itu usia kami sekitar 62 tahun...camna tu? Ya, Allah..aku berserah sepenuhnya kepada-Mu...berilah aku peluang dan kesempatan yang paling baik...

Anonymous said...

Sentiasa berdoa kepada Allah mohon hidayah Nya dan mohon dipercepatkan jemputan Nya..Insyaallah

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification