Arafah merupakan salah satu Masyair (tempat ibadah) haji diluar Tanah Haram Makkah. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang utama. Siapa yang meninggalkan nya maka hukum nya adalah seperti tidak melakukan haji. Rasulullah SAW telah bersabda maksud nya "Haji itu adalah Arafah".
Tiada ibadah khusus yang perlu dilakukan semasa di Arafah sebalik nya kami hanya menanti didalam khemah masing-masing sehingga masuk nya waktu zohor. Dan selepas gelincir nya matahari maka khutbah arafah pun dibacakan. Saya cuba sedaya upaya untuk menghayati nya kerana ia dibacakan dalam bahasa melayu. Dan ketika12 perkara yang menjadi intipati khutbah Rasulullah SAW yang juga dikenali sebagai Wasiat Rasulullah dibaca kepada umum ia sangat menyentuh hati ini.......
Setelah selesai khutbah dibacakan kami dinasihatkan untuk bedoa kepada Allah sepanjang waktu Asar sehingga lah terbenam nya matahari. Daripada Ibn Umar Rasulullah SAW telah bersabda maksud nya;
"Wukuf yang kamu lakukan pada hari Arafah sesungguh nya Allah SWT turun ke langit dunia (paling bawah) dan berbangga-bangga dengan kamu kepada malaikat dengan firman nya."Hamba-hamba ku datang dari segenap pelusuk yang jauh, dalam keadaan tidak terurus dan berdebu-debu tubuh mereka, semata-mata mengharapkan syurga Ku, jika mereka datang dengan dosa sebanyak bilangan pasir, titisan hujan atau buih di lautan nescaya aku akan hapuskan kesemua nya. Allah swt berfirman "Keluarlah kamu dari Arafah dengan dosa yang telah diampunkan daripada kamu dan bagi sesiapa yang yang kamu meminta ampun untuk mereka".
Saya dan isteri menghamparkan tikar plastik dibawah pohon diluar khemah.Kami duduk sepanjang petang itu dengan mengadap kiblat sambil berdoa memohon keampunan atas segala kesalahan serta dosa-dosa yang telah kami lakukan sepanjang usia kami samaada dosa kecil mahupun dosa besar, yang tersembunyi dan yang nyata.....mendoakan kesejahteraan anak-anak kami ..adik beradik kami..saudara mara kami, kedua ibu bapa kami ..semua orang -orang muslimin dan muslimat orang-orang yang mengirimkan doa kepada kami....sehingga lembayung senja merah terbit dikaki langit dan awan hitam berarak lesu diiringi dengan air mata kami yang mengalir deras di pipi ... ia adalah waktu yang sangat syahdu....sayu dan menggetarkan kalbu ..kami mengharapkan segala doa dan permintaan kami diterima oleh Allah... Subhanallah.. Allohuakbar....kami memohon keampunan mu Ya Allah. .....
Bas mula bergerak membawa jemaah ke Mudzalifah sebelum maghrib tiba. Kali ini ia agak teratur dan diurus dengan baik. Walaubagaimanapun ia masih mengikut no giliran seperti yang telah ditetapkan. Jarak dari Arafah ke Mudzalifah tidak lah jauh dan bas yang disediakan oleh muasasah adalah sebanyak 7 buah berulang alik untuk maktab kami.
Kami bertoak ke Mudzalifah setelah kemah mula dikemaskan dan kapet mula digulung. |
0 comments:
Post a Comment