Pagi 11 Zulhijjah - Mina |
Disini kami hanya melakukan ibadah Melontar pada 11, 12 dan 13 yang dinamakan Hari Tasyrik.Kami bertolak ke Jamrah seawal pagi lagi selepas bersarapan pagi dengan rakan - rakan jemaah sebilik.Jemaah yang lain pergi sendiri atau bersama rakan masing-masing. Manakala Pehak Tabung Haji dan Muasasah hanya akan membawa rombongan selepas asar dengan alasan waktu itu adalah waktu yang sesuai, tidak panas dan tidak berasak-asak ketika melontar di Jamrah dan disediakan juru pandu arah. Namun demikian mereka tidak menegah mana-mana jemaah yang pergi sendiri atau pergi awal.
Kami bertolak bersama pasangan masing- masing. Ia bukan perjalanan yang sukar tetapi agak memenatkan kerana jarak yang agak jauh. Oleh itu stamina dan kesihatan yang baik terutama kemampuan untuk berjalan dengan jarak sekitar 5 - 6 km yang mengambil maa sekitar 2 jam adalah sangat penting. Bawalah air mineral bersama untuk menghilangkan dahaga disamping sentiasa berzikir atau bertahmid sepanjang perjalanan insyaallah kita tidak akan terasa letih. Minda perlu dikosongkan dan sentiasa bersikap positif, jangan mengeluh dan yang paling penting sentiasa bersabar dalam semua hal....tak kira hal yang kecil atau yang besar hal sendiri atau hal sesama pasangan masing-masing bahkan hal sesama manusia yang sangat ramai perlu diambil perhatian kerana hal-hal seperti ini boleh menimbulkan berbagai masalah disini.
Bersama rakan berlatar belakang dinding Jamrah |
Banyak perkara yang dapat dipelajari sepanjang berada di Mina samaada melalui pengalaman sendiri mahupun dengan cara pemerhatian kita. Ia lebih kepada hubungan sesama insan, soal tolak ansur yang menuntut komitmen diri yang sangat tinggi terutama didalam hal penggunaan tandas serta bilik air. Tandas dan bilik air perlu dikongsi bersama malah kami berkongsi dengan jemaah Indonesia yang sangat ramai termasuk lelaki dan wanita. Ia memang menguji kesabaran dan memerlukan disiplin yang sangat tinggi. Kita juga perlu bijak mengatur masa yang sesuai untuk penggunaan bilik air dan tandas. Kebiasaan nya gunakanlah selepas jam 2.00 pagi atau setidak nya selepas waktu puncak sekitar jam 10.00 pagi dan 2.00 petang ketika itu keadaan agak reda sedikit. Alhamdulillah saya tidak mengalami masalah didalam penggunaan tandas serta bilik air sepanjang berada di Mina. Keadaan tandas dan kebersihan nya juga pada musim ini adalah sangat baik. Saya tidak melihat botol-botol berisi urin manusia yang ditinggalkan merata-rata sekitar maktab atau dilorong-lorong lain dan rambut manusia serta pisau cukur terutama disekitar kawasan bilik air..sepertimana yang ditunjukkan didalam selaid TH dahulu semas kursus haji. Nampaknya kesedaran semua jemaah haji mengenai perkara ini adalah tinggi dan baik sekali.
Pemandangan sekitar Jamrah - Bahagian bawah |
Pemandangan di dalam trowong |
Jam 9.00 pagi kami menaiki bas pulang ke Mekah....saya pasti kali ini tiada niat yang tidak baik dihati para penumpang yang menaiki bas kami dengan harapan perjalanan kami tidak tergendala dan selamat tiba di Mekah tanpa masalah. Namun segala nya adalah atas kehendak Allah jua yang menentukan nya di pertengahan jalan bas kami tergendala juga hampir setengah jam gara-gara pemandu bas yang tidak sabar dan bergesel dengan kereta menyebabkan berlaku pertengkaran hangat diantara mereka......ia perbalahan antara penduduk tempatan...riuh nya sekampung .....akhir nya ia berlalu begitu sahaja selepas masing-masing mengucapkan Halal.. Halal...kami tidak tahu apa kesudahan nya dan yang pasti ia menjelaskan kepada kami mengapa kebanyakkan kereta dan kenderaan di sini kemik dan calar balar dibiarkan begitu sahaja.....
Jam 10 30 pagi kami selamat tiba di hotel. Ada rakan sebilik yang bergerak sekitar jam 8.00 pagi masih belum tiba gara-gara ada penumpang yang berkata " alah bertolak awal pun sampai jam 12 jugak".....benar akhir nya mereka tiba pada jam 12 tengahari selepas terlibat dengan jem yang sangat teruk......... Ibadah haji belum berakhir........ia masih menuntut kesabaran dan istiqomah yang sangat tinggi...
cabaran di Makah...
jumpa lagi..
0 comments:
Post a Comment