Pada tahun ini ada ura-ura untuk wukuf pada hari Jumaat. Ia berdasarkan kepada pembekuan oleh Kerajaan Arab Saudi terhadap penambahan quota jemaah haji dari seluruh dunia. Walaubagaimanapun ia tidak berlaku seperti yang diura-urakan dan sehingga tiba waktu nya ia kekal sepertimana yang tertera didalam kalendar kita - Wukuf pada hari Khamis. Wukuf adalah permulaan ibadah haji dimana kita perlu berniat haji dan memakai ihram dan berkumpul di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah.
Arafah tidak lah jauh dari Makah. Ia hanya sejauh 27 km sahaja. Kami dijadualkan untuk menaiki bas ke sana selepas Asar. Sehingga hampir maghrib bas yang dijanjikan belum tiba. Kami juga diarahkan untuk menunggu didalam bilik masing-masing dan turun menaiki bas mengikut tingkat dan nombor KT dan nombor bas.Kelihatan nya agar teratur dan sistematik. Sehingga selepas Isyak bas yang ditunggu baru tiba.
Ruang lobi hotel yang kecil semakin sesak dengan jemaah yang mula turun dari tingkat atas. Tiada petugas untuk memanggil jemaah mengikut tingkat dan KT. Jemaah yang awal turun mendapat nombor bas awal walaupun tinggal di tingkat atas sekali. Akhir nya kami yang masih percaya pada arahan asal akhir nya turun juga dan mendapat giliran bas no 40.
Berjam-jam kami menunggu giliran sehingga hampir jam 11 malam baru lah tiba bas bernombor 40. Dengan berpakaian ihram serba putih dan membawa beg kecil beroda kami menaiki bas tersebut ke Arafah. Keadaan bas tidak lah bagus sangat. Buruk dan uzur. Alhamdulillah asal boleh sampai dengan selamat cukup lah. Seketika kami bergerak jalan utama ke Arafah mengalami kesesakan yang amat sangat. Di tambah lagi dengan keadaan bas yang uzur dimana dari awal sudah dirasai akan ada masalah pada gear nya. Bas bergerak dengan tahap gear 1 dan 2. Sehingga ke suatu selekoh yang agak tajam dan menaiki bukit bas terhenti dengan bau hangait yang sangat kuat. Berkali kali di cuba untuk memasuki gear ...namum bas berundur ke belakang...kenderaan lain hanya membunyikan hon dan berlalu mencelah mencari ruang untuk kehadapan sedangkan bas kami menjerit dan berundur kebelakang setiap kali untuk memasukkan gear 1. kami hanya mampu berdoa agar tiada kemalangan yang berlaku ......keadaan sangat mencemaskan .. akhir nya setelah dicuba berkali-kali bas berjaya dipandu menaiki bukit....menuruni bukit pemandu cuba untuk mengalihkan gear tinggi supaya bas dapat dipandu dengan selesa...tetapi sekali lagi gear box tidak berfungsi dan akhir nya bas berhenti di tengah lebuh raya yang mana kenderaan lain di pandu dengan laju.......
Pemandu bas cuba membaiki namun akhir nya ia tewas dengan takdir.....kami tersadai di tempat duduk masing-masing dengan enjen bas masih berfungsi untuk mendapatkan penghawa dingin. Jam menunjukkan 12 tengah malam. pemandu bercakap dengan bahasa yang kami tidak fahami didalam telefon tapi saya yakin beliau cuba maminta bantuan dan melaporkan kerosakan bas yang dialami. hampir 1 jam sebuah trak tiba dan beberapa orang turun untuk memberi bantuan...akhir nya mereka juga berlalu tanpa berjaya mengubah keadaan. Dalam hati saya berdoa 'YaAllah jika didalam bas ini aku lah yang menjadi punca kepada musibah ini ampunkan lah aku....jika ada orang lain didalam bas ini yang bermulut celupar dan berniat buruk sangka dan pelbagai kesalahan yang mendatangkan kemurkaan mu lalu engkau berikan balasan ini ...aku mohon keampunan bagi pehak mereka semua...Ya Allah bantu lah kami...lancarkan perjalanan kami ke Arafah...hanya pada mu kami memohon dan meminta ...tiada sekutu bagi mu..Amin ya robbal alamin''.
Alhamdulillah tidak lama kemudian berhenti trak tunda di hadapan bas kami. Selepas bercakap seketika dengan pemandu ia mengundurkan trak dan memasang cangkuk pada bas kami dan mula menunda. Pada awal nya kami sangat gembira namun hanya selepas 5 minit dan melepasi lebuh raya trak penunda tersebut berhenti di tepi jalan dan melepaskan cangkuk tunda pada bas kami. Mereka berlalu pergi...rupa -rupanya mereka hanya mengalihkan bas yang bermasalah di lebuh raya supaya tidak mengganggui lalu lintas lain...
Hampir jam 3 pagi baru lah bas pengganti sampai ke tempat kami. Setelah semua menaiki bas tersebut enjin nya pula menghadapi masalah....ia tidak boleh di hidupkan......MasyaAllah......selepas dicuba beberapa kali dan diiringi doa serta harapan akhir nya bas tersebut berjaya dihidupkan dan kami menuju ke Arafah. Akhir nya selepas berpusing beberapa kali kerana tidak menemui lorong yang betul ke khemah jemaah malaysia kami tiba jam 4.00 pagi tatkala hampir semua jemaah haji yang lain telah tiba dan berehat......
Pagi di Arafah |
0 comments:
Post a Comment