Tawaf kedai adalah istilah biasa diguna pakai bagi jemaah haji yang merujuk kepada pergi membeli belah atau sekadar window shopping. Secara semulajadi nya ia tidak dapat dielakkan walaupun sekadar untuk membeli sedikit buah tangan. Aktiviti ini berlaku sebaik sahaja para jemaah sampai samaada di madinah atau makah. Kami juga tidak terkecuali cuma yang berbeza ialah kami tidak membeli belah sebagaimana orang lain memborong. Di dua bandar suci ini aktiviti jualan secara terbuka menyambut kita yang baru keluar pintu pagar masjid Ia umpama jualan lelong yang sangat meriah dengan suara herok pekok menawarkan harga yang rendah untuk menarik perhatian. Bagi laluan yang dilalui oleh jemaahMalaysia dan Indonesia para penjual menawarkan harga dengan bahasa Melayu yang mudah difahami.
Didalam kedai dan gerai-gerai pula mereka menyapa kita dengan berbahasa Melayu telo Indonesia. membeli belah disini tidak lah sukar. Tawar menawar adalah lumrah dan biasa nya mereka lebih senang berurusan dengan jemaah yang datang dari Malaysia. Kita tidak banyak kerenah ketika tawar menawar berlaku sekali dua dan terus beli tidak cerewet seperti jemaah yang lain. Mereka lebih selesa dan senang berurusan dengan kita dari Malaysia.
Kos sara hidup rasa nya agak tinggi sekarang. Dimusim haji harga barangan kabar nya dinaikkan berlipat kali ganda dari harga biasa. Sekeping roti canai harga nya 1 SR tanpa kuah. manakala kuah nya pula 10 SR untuk2 ketul ayam masak kari sebekas kecil. Manakala segelas air buah berharga 5 SR. Jika ingin menukar selera untuk makan nasi arab biasa berharga 15 SR untuk satu bekas pelastik biasa. Restoran D Saji yang terkenal dengan masakan malaysia terletak di menara As- Safa juga memberi harga yang agak mahal. Roti telur berharga 6SR. Oleh itu jika datang kesini pastikan anda membawa wang lebih sedikit untuk berbelanja sendiri. Jika tidak makanan yang disediakan oleh TH sudah memadai.
Dihadapan Masjid Jin - Ia tidak jauh dari maktab kami |
Rumah -rumah kediaman dibelakang maktab kami |
Disini kami sempat berkenalan dengan saorang pemandu teksi yang boleh berbahasa Melayu-Haji Husin. Asal usul bapa nya berasal dari Penang dan datang ke makah semasa zaman Sheikh Haji ketika jemaah dari Malaysia menaiki kapal laut. Bagi sesiapa yang inginkan khidmat beliau boleh lah menelefon beliau dengan memberikan nama hotel dan waktu ke Tanaim untuk bermekot bagi mengerjakan umrah. Kami biasa nya ke Tanaim pada jam 1.00 pagi. Bersama saorang rakan juga suami isteri (4 orang sekereta) dikenakan bayaran sebanyak SR 50. Ia lebih selesa dan selamat. Banyak cerita-cerita yang kami dengar mengenai orang-yang di rompak malah hilang sehingga tahap dibunuh ketika menaiki teksi untuk mengerjakan umrah. Secara pribadi saya tidak dapat mengesahkan samaada ia benar atau sebalik nya. Namun pehak TH juga ada memberi pelbagai nasehat dan perlu berhati-hati dan sentiasa berwaspada semasa berada di tanah suci ini terutama ketika menaiki kenderaan awam. Sentiasa bedoa dan memohon keselamatan kepada Allah SWT dalam semua perkara dan keadaan.
0 comments:
Post a Comment