Thursday, August 30, 2012

[Tutorial] Memuat naik gambar di Photobucket


Assalamualaikum dan salam kemerdekaan kepada semua pengunjung blog ini. Kali ini saya akan ajarkan cara-cara memuat naik (upload) gambar ke photobucket dan meng"embed"kan slideshow album gambar tersebut ke dalam entry.

Mula-mula kita akan masuk ke laman web photobucket.com, homepagenya adalah seperti diatas. Kemudian:

1. Lalukan tetikus anda ke perkataan "sign in"

2. Kemudian, anda akan dibawa ke album utama seperti ini dan anda sudah boleh memuat naik gambar dengan klik pada button "upload" seperti di gambarajah di bawah:

3. Kemudian, anda akan dibawa ke laman memuat naik. Anda boleh memilih untuk memuat naik gambar tersebut ke mana-mana album yang sedia ada ataupun anda boleh create album baru, seperti di bawah:

4. Setelah anda memilih album mana yang anda hendak masukkan gambar tersebut, anda bolehlah memilih samada anda ingin memuat naik gambar dari komputer, atau facebook (abaikan) atau dari mana-mana laman web.

5. Untuk memuat naik gambar dari komputer, klik button:

6. Untuk memuat naik gambar dari mana-mana laman web, masukkan URL imej (bukan URL laman web tersebut) ke dalam ruangan yang disediakan seperti gambarajah di bawah:

7. Selesai anda memuat naik gambar anda, anda bolehlah melihatnya di albumnya dengan menekan mana-mana button yang membawa anda ke album berkenaan.

8. Di album tersebut, anda ada banyak pilihan untuk berbuat apa sahaja dengan album tersebut:
Anda boleh memuat turun (download) album tersebut, anda boleh share album tersebut ke mana-mana sahaja dan sebagainya. Untuk memuat turun satu-satu gambar, lalukan tetikus anda ke gambar tersebut.

9. Untuk meng"embed" slideshow album tersebut, anda perlu pilih album mana yang anda ingin kongsikan slideshow tersebut.
klik "all album" untuk memilih album

10. Dan "pop-up" ini akan muncul. Anda bolehlah memilih album mana yang ingin anda kongsi.

11. Setibanya anda disana, anda boleh memuat turun(download) album tersebut. Untuk meng"embed" slideshow ke dalam entry, klik "see more" dalam kotak "share this album"

12. Dan "Pop-up" ini akan muncul. Klik tab "Get link code".

13. Kemudian, "copy" HTML code di bawah perkataan "Embed album slideshow". Klik "advanced options" untuk mengubah saiz slideshow album tersebut.

14. Di ruangan editor di blogger, klik tab "Edit HTML" untuk editor lama atau tab "HTML" untuk editor baru seperti dibawah:
editor lama

editor baru

15. Isikan HTML code yang anda copy tadi ke dalam ruangan yang disediakan. Itu sahaja, mudah kan?

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification