Sunday, August 19, 2012

Di Penghujung Ramadhan 2012

Assalamualaikum buat semua semoga di berkati Allah SWT.
Ramadhan sudah sampai ke penghujung nya. Begitulah ketentuan Allah SWT setiap yang bermula pasti akan berakhir. Bulan yang sangat istimewa kerana didalam nya terkandung pelbagai Rahmat, Pengampunan dan pembebasan dari Api Neraka sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah SWT.
Semoga kita semua memperolehi kebaikan, ganjaran dan barakah nya dengan amal ibadah yang telah kita tunaikan sepanjang bulan tersebut.

Malam tadi kami bertarawikh untuk kali terakhir nya bagi tahun ini di Masjid Negeri Selangor. Jika raya jatuh pada hari Ahad. Sepanjang bulan ini Masjid ini lah tempat saya menghabiskan waktu terluang disebelah siang. bertadarus dan beriktikaf. Buat sekian kali nya sepanjang hidup, ia sesuatu yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini. Kebetulan Ramadhan kali ini jatuh pada waktu cuti semester universiti maka banyak lah masa saya yang terluang dan saya gunakan sebaik mungkin. Manalah tahu masa akan datang saya tidak diberi ruang dan kesempatan seperti ini lagi.

Malam tadi doa penutup selepas solat witir dibacakan oleh imam dengan bahasa Melayu. Ini bermakna maksud doa yang dipohon telah difahami dengan jelas. Syahdu dan sayu memohon pengampunan dan moga diterima segala amalan yang telah dilakukan sepanjang bulan ramadahan ini. Kesimpulan nya saya mula merasai bagaimana sahabat Rasulullah SAW sedih dan menangis di penghujung Ramadahan. Ia sangat berkesan di hati. Ada sebak di dada, moga dipanjangkan umur untuk diberi kesempatan lagi di tahun hadapan.

Balik Kampung.
Kami sudah berhenti dari melakukan perjalanan ini. Sudah berpuluh tahun kami melakukan nya sebelum ini. Setiap kali meyambut lebaran kami pasti memandu beratus km untuk pulang ke kampung. Kini inilah kampung kami. Sudah tidak ada alasan utnuk kami ponteng bertarawikh termasuk meninggalkan ibadah wajib yang lain lantaran melakukan perjalanan yang panjang dan meletihkan. Kami hanya tumpang bersimpati kepada rakan dan jiran yang pulang ke kampung menyambut lebaran. Ia sesuatu yang melegakan...

Persiapan Raya

Sudah bertahun-tahun kami tak pernah membuat persiapan menyambut Hari Raya dengan memasak sendiri hidangan di rumah kami. Segala nya dilakukan samaada di rumah kedua ibu bapa dan kini bekas tinggalan rumah pusaka bersama ipar duai. Kali terakhir kami menyediakan persiapan masakan hari raya aidil fitri adalah semasa kami masih menetap di Beaufort dahulu. Kenangan silam menggamit memori. Suasana meriah ketika bersama kedua orang tua walau susah dan serba kekurangan namun meriah nya amat terasa dan mendalam. Zaman sekarang anak anak sudah mempunyai keistimewaan menentukan keperluan sendiri bagi menyambut hari lebaran.Terima kasih kepada Emi dan Syam yang memberikan hadiah sempena lebaran ini kepada kami sebagai tanda ingatan..Insyaallah kita akan dapat berkumpul bersama di Pasir Panjang.
Jumpa lagi
Wassalam...


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification