Sunday, August 12, 2012

mari wangikan puasa kita.

segala puji bagi Allah yg telah menganugrahkan kebaikan yg amat besar kepada hamba-hamba Nya yg memasuki benteng saum [puasa]. selawat dan salam kepada Rasul Junjungan, Muhammad saw,pemimpin segala makhluk dan yg mempersiapkan sunnah buat panduan hidup yg diredai. begitu juga buat kaum keluarga dan para sahabat beliau.

i. sabda Nabi saw:
  ' puasa itu setengah sabar'
  ' sabar itu setengah iman'
 maka puasa adalah seperempat iman [ 1/4 iman] ia itu 1/2 dari  1/2 = 1/4. ini bermaksud puasa yg kita jalani dapat memperbaiki keimanan kita terhadap Allah swt. bagaimanapun diantara puasa dan iman mesti ada element 'sabar'. jika dalam berpuasa kita tidak dapat menahan sabar, atau tidak bersabar terhadap sesuatu cabaran atau dugaan, maka iman tidak bertambah atau kemanisan iman tidak dapat dirasa.
sabda Nabi ini juga memberi isyarat puasa bukan satu aktiviti yg cuma-cuma, atau kosong lohong yg tidak berisi. atau sesuatu yg rutin setelah sampai masanya. bahkan ianya adalah satu perkara,atau satu hal yg sarat dgn cabaran dan dugaan. cabaran dan dugaan itu adalah berkaitan hawa-nafsu dan makan minum seperti kelaparan dan kehausan, menahan keinginan pandangan, kata-kata dan fikir dari yg  dilarang serta kemalasan dan lagho.
     Puasa - cabaran + sabar =  iman

++  pagi semalam nuri  telepon. ajak buka dirumahnya. ana kata tak pasti kerana saly ada rancangan berbuka  dgn classmatenya petang itu. sejak masuk 55th pertengahan puasa ini, ana kurang selesa memandu malam. mata belor.. pastinya faktor umor dan kesihatan.
lewat asar emi datang dgn keluarga. memeng ana ada minta tolong check talian internet rumah. modemnya seringkali gagal berfungsi jika diguna bersama telepon. setelah diteliti rupanya masalah kabel. nilainya kata emi bari 4-5 ringgit. kalau ana panggil kontrektor telekominikasi mungkin puloh-puloh. masa nuri ada masalah telepon dulu, emi juga yg betulkan. dia bagi upah air sirap je. maka ana offer air sirap atau teh. katanya dia puasa. rupanya imannya masih utuh kerana beliau dapat bersabar dgn  cabaran dan dugaan ana. ana doakan semuga dia dapat kebaikan dan kelebihan. dalam bulan puasa doa lebih mahal dari wang ringgit.

ii. hadith..
   ' tiap-tiap perbuatan baik, pahalanya 10 kali, sampai 700 kali, selain dari puasa. maka puasa itu  bagi Ku dan Aku akan membalasinya.'

   ' syurga itu mempunyai pintu yg dinamai ar-rayyan, yg tidak memasuki pintu selain orang-orang yg berpuasa. dan dijanjikan berjumpa Allah swt pada balasan puasanya.'

 - hadith (maksud)
   ' orang yg berpuasa punya 2 kesenangan. kesenangan ketika berbuka dan kesenangan ketika berjumpa dgn tuhannya.'  [ seringkali juga kita dengar 'kesenangan' diganti dgn 'kegembiraan']

     Pahala - syurga - kesenangan/ kegembiraan. 

+++ dalam entry nuri pagi ni, kalian boleh lihat ana dalam majlis berbuka semalam dirumah beliau. sedangkan ana kata mungkin tak dapat datang. emilah yg telah mengubah kemungkinan itu. dia telah menawarkan diri utk membawa dan menghantar kami berbuka dirumah nuri. begitulah ketentuan takdir.

bagi hadith-hadith diatas, ianya memberi pengertian begini ;
hidup kita didunia ini adalah pelaburan. matlamat pelaburan adalah keuntungan.
manakala matlamat hidup didunia adalah kembali ke akhirat. kita pernah disana.
dunia ini sementara - akhirat kekal abadi.
diakherat hanya ada 2 tempat sahaja. syurga atau neraka.
kita memerlukan 2 tiket untuk memasukinya. 
tiket bagi memasuki syurga adalah pahala. tiket ke neraka adalah dosa.
jika tiket neraka lebih banyak dari tiket memasuki syurga, kita kena masuk neraka dulu utk membakar dosa-dosa kita sebelum dapat menggunakan pahala yg tinggal sebagai tiket memasuki pintu syurga. sewajarnya lah pada waktu itu kita hanya dapat menduduki tirisan-tirisan syurga sahaja kerana tempat yg baik-baik telah diduduki oleh mereka yg masuk lebih awal, tanpa melalui saringan neraka.
sementara kita hidup didunia, kita perlu mengumpul bekal utk hidup diakherat. kampung asal kita itu. didunia ini kita sedang merantau. dan apabila kita pulang, kita akan pulang sebagai perantau yg kaya atau pulangnya seorang yg miskin atau lebih parah sebagai seorang yg papa kedana. 
utk dapat pahala kita kena buat baik dan perkara-perkara baik. tinggalkan kejahatan dan perkara-perkara jahat. apa yg baik, apa yg jahat, telah dinyatakan dlm syariat. setiap kebaikan akan digandakan pahalanya  dari 10 kali hingga 700 kali gandaan. sebagaimana dinyatakan dalam hadith diatas.
sekiranya kita dijanjikan bonus oleh majikan kita dgn bekerja lebih  effisien, kita akan mencuba sedaya upaya kerana ianya merupakan keuntungan buat kita dan akan dapat menyelesaikan banyak keperluan  kita.
jika Allah menjanjikan pahala puasa atas Dia. pastinya lebih dari 700 kali ganda. bukankah puasa merupakan sesuatu yg exclusif bagi Allah swt buat kita. soalnya...
adakah sesuatu itu menjadi exclusif jika ianya tidak dilaksanakan dengan betul hingga menjadi sempurna. dimana kesempurnaan adalah mengikut syarat dan rukun. serta tuntutan spiritualnya.
puasa 22 hari yg berlalu ini mungkin banyak cacatnya. buroknya dan busoknya. ana tahu puasa ana banyak yg burok dan busok. [ya Allah ampunkan hambaMu yg lemah dan dungu ini- astaghfirullah..]
kalau kita pun tak akan bayar mahal kepada persembahan yg cacat, burok dan busok; apalagi Allah swt.
janji Allah swt, akan bayar beratus-ratus kali ganda bagi puasa hambaNya...tetapi tentulah bagi puasa yg baik, cantik dan wangi...
marilah kita wangikan puasa kita sementara masih ada waktu... sebelum fajar syawal.
selamat hari raya.. 
wassalam.

nota: hadith dirujuk dari Ihya' kitab no.2,ms.4-8.

2 comments:

DANURI SAKIJAN said...

Alhamdulillah Syukran tazkirah yang baik semoga PE dan pembaca memperolehi ganjaran dan harum aroma pahala nya.

suria said...

Salam..
Terima kasih KTS kerana masih sudi menyumbang entry... Ada inspirasi daripada maksud tersurat...Alhamdulillah.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification