Assalamualaikum Semoga Semua kita dirahmati Allah.
Ia adalah jadual penerbangan yang telah diberikan kepada kami untuk keberangkatan ke Tanah Suci. Tarikh nya ialah 21 September dengan arahan medaftar di Kelana Jaya jam 1 30 pagi. Sudah tentu kami akan ke Kelana jaya beberapa jam lebih awal iaitu masih pada 20 Sept. Ikut hitungan hari ia sangat hampir tak sampai sebulan lagi. Allah .. Allah ...pantas nya waktu berlalu...terasa kemeriahan Eidul Fitri masih belum berakhir..Sambutan nya ditempat bertugas dengan rakan sekerja belum bermula lagi..
Kami bercadang untuk berangkat ke Mekah terlebih dahulu. Iaitu penerbangan yang mendarat di Jedah setelah separuh penerbangan atau di waktu yang hampir akhir. Dengan itu ia membolehkan kami kembali lewat ketanah air. Nampak nya rancangan kami tidak menjadi kenyataan. Walaubagaimanapun kami tetap akur dan bersyukur dengan jadual yang telah dipilihkan kepada kami. InsyaaAllah ada hikmah nya. Yang pasti saya akan ke Madinah dahulu untuk menziarahi makan Rasulullah Nabi Muhammad SAW junjungan kita dan para sahabat. Dan putaran nya sama seperti yang telah dilalui oleh KTS pada musim haji tahun lepas.
Semakin hampir keberangkatan ada debaran yang datang. Ia tidak sama seperti perjalanan ke luar negara seperti mana yang biasa saya alami. Ia saolah-olah seperti suatu permulaan perjalanan yang panjang. Persediaan nya menuntut ruang masa yang lama dari segi persiapan fizikal dan emosi serta kefahaman ilmu pengetahuan mengenai ibadah khusus. Yang lebih sukar adalah untuk menananamkan keyakinan bahawa segala-galanya kerana Allah Taala. Segala -gala nya kerana Allah Taala dan hanya bergantung keada nya semata-mata. Allah...Allah...dan tiada sekutu bagi Nya...
Fokus nya adalah untuk memperolehi Haji yang Mabrur...sudah pasti proses dan penilaian serta ujian nya sangat sukar. Allah pasti akan menguji kami..dan kami pasti akan diberi ujian tersebut..Ya Allah mudahkan lah kami menghadapi ujian mu disana nanti dan terimalah kami sebagai tetamu mu yang istimewa..yang sangat istimewa....Mengambil pengalaman dari orang -orang yang terdahulu telah pergi ke sana sedikit sebanyak dapat membantu menguatkan semangat kami dan membuat persediaana awal....Mulai hari ini selama dua hari kami akan berkursus haji perdana di Masjid negeri Shah Alam. Ia dalah kursus intensif dimana dikumpulkan semua bakal jemaah haji tahun ini dari seluruh negeri selangor berkumpul dan berpraktikal. Ia permulaan perjalanan kami yang semakin hampir...
Di tasik ini kami memulakan latihan fizikal selepas sebulan berpuasa. Semoga ia dapat membantu kami dalam perjalanan ke 5 kami nanti |
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55. Kami menyambut nya dengan mengibarkan bendera di hadapan rumah. Semoga semangat kemerdekaan ini meresap kedalam jiwa kita dan bebas dari dibelengu nafsu serakah yang jahat, bebas dari sikap malas dan iri hati, dengki mendengki, berburuk sangka dalam diri kita dan sentiasa ingin maju dan berjaya didunia dan yang lebih utama di akhirat. Sudah tiba masa nya persatuan kita ini mengorak langkah untuk maju kehadapan mencari kejayaan, kemajuan dan kekayaan demi kelangsungan zuriat haji sakijan saamah dimasa hadapan.
Wassalam
jumpa lagi.
0 comments:
Post a Comment