Wednesday, August 8, 2012

SALAM RAMADHAN

 LAILATUL QADAR

Assalamualaikum Semuga kalian semua sentiasa di rahmati Allah.
Alhamdulillah Ramadhan telah memasuki sepertiga perjalanan nya. Malah malam ini akan bermula nya fasa terakir iaitu 10 malam terakhir sebelum menjelang Syawal.
Diperingkat permulaan kedatangan nya ia disambut dengan sangat meriah. Kebanyakkan Masjid dikunjungi oleh para jemaah untuk menunaikan solat Isyak dan Solat Sunat Tarawikh dengan berbondong-bondong ramai nya. Di pertengahan nya jumlah pengunjung semakin berkurangan. Bagi Masjid yang melakukan Tarawikh 20 rakaat penyusutan jemaah selepas 8 rakaat sangat ketara. Yang tinggal hanya 20 % lebih kurang.
Mulai malam ini kita sudah memasuki fasa terakhir Ramadhan. Ia sering dikaitkan dengan ketibaan suatu malam yang sangat istimewa iaitu Malam Lailatul  Qadar. Malam dimana ia dinilaikan sebagai malam seribu bulan iaitu bersamaan dengan 83 tahun 3 bulan. Ini bermakana setiap amal ibadah serta amal kebaikan saorang hamba Allah yang beragama Islam akan diberi ganjaran bersamaan 83 tahun. Keistimewaan ini hadir hanya sekali dalam setahun dan ia dianugerahkan hanya dalam bulan Ramadhan sahaja. menurut riwayat carilah dalam 10 malam terakhir dan agak specific lagi diriwayatkan juga dalam malam yang ganjil. Wallohualam.
Saya berpendapat kita tak perlu mencari Lailatul Qadar. Sebalik nya kita perlu menpersiapkan diri untuk menunggu ketibaan nya yang memang pasti akan datang ke bumi ini. Saorqng ustaz dalam Rancangan Tanya lah Ustaz di TV 9 yang bersiaran setiap hari dari jam 7 - 8 pagi dari Masjid Negeri Selangor menyatakan -gandakan lah amalan kita dalam 10 hari terakhir Ramadahan. Jika tidak mampu buatlah amalan seperti biasa. Jika tidak mampu juga lakukan lah  ibadah yang wajib dan jangan lah melakukan maksiat. Masyallah ganjaran yang akan diberikan oleh Allah bersamaan 83 tahun dimana umur kita pun barangkali tidak sampai sebanyak itu. Insyaallah saya mendoakan agar kita semua beristiqomah didalam ibadah kita dan memperolehi ganjaran sepertimana yang dijanjikan oleh Allah SWT.

TAG LINE BLOG

Membuka blog kita ini secara tak sedar tag line nya sudah bertukar dari Getuk Pisang Tempe Goreng kepada Getuk Pisang Ubi Godok.
Saya rasa sudah agak lama tag line dan wajah blog kita dialammaya ini tidak dibuat sebarang pengubahsuaian. Pendapat saya baik juga jika Muka wajah blog kita ini diberi wajah baru agar ia kembali segar dan kelihatan up to date. Gambar gambar yang menghiasi paparan atas juga mungkin sudah agak lama dan perlu gambar gambar terbaru. Berkunujung kepada Blog Infinitesane ia sudah mengalami perubahan. Ia agak segar dan menarik dengan pelbagai paparan pautan serta butang yang boleh di link kepada pelbagai perkara. Ruangan sembang didalam blog kita juga sudah ditamatkan perhidmatan nya. oleh itu sesiapa yang mahir dalam pembangunan blog boleh lah menyumbang untuk diadakan pelbagai feature yang menarik agar blog kita kembali segar dengan wajah baru dan padat dengan pelbagai pautan atau pelbagai butang maklumat, seperti butang resepi, butang peristiwa semasa, peluang perniagaan, hebahan maklumat dan pelbagai lagi yang difikirkan sesuai serta menepati konsep persatuan ini.

Pencapaian Ahli Yang Dibanggakan

Kita juga sering terlupa untuk mengucapkan tahniah dan ucap selamat kepada ahli-ahli persatuan kita melalui blog ini. Sehingga kini ramai ahli ahli kita yang telah mencapai pelbagai kejayaan termasuk mengubah haluan kerjaya kehidupan masing-masing.
Beberapa entry yang lalu telah diisi dengan slot pengembaraan Nahar ke Negara Korea. Meskipun ia adalah tugasan rasmi namun dengan gambar serta penulisan pengalaman beliau ternyata ia sangat menarik dan memberi pelbagai maklumat yang dapat dikongsi bersama serta membanggakan kita semua.

Saudara Sahari Misbah Khulmunir juga sudah menceburi bidang perniagaan sepenuh masa dengan membuka restoran Yong Tau Fuu di Pasaraya Maidin Ipoh. Ia juga suatu yang sangat membanggakan dan kita sentiasa mendoakan agar beliau berjaya dalam perniagaan tersebut serta dapat memperkembangkan lagi dengan membuka cawangan yang lain Insyaallah. Adalah sangat menarik jika pengalaman beliau dapat dikongsi bersama dengan kita didalam blog ini beserta gambar gambar dan kesah suka duka menjadi saorang usahawan.

Sudara Halimi juga sudah bertahun menjadi usahawan sepenuh masa. Kejayaan beliau juga perlu dibanggakan kerana dapat bertahan sehingga sekarang. Tahniah dengan Alphad baru beliau semoga beliau terus berjaya dan dapat membantu orang lain mencari rezeki yang halal. Resepi kejayaan beliau elok jika dapat dikongsi bersama terutama generasi muda ahli persatuan ini.

Tak lupa juga Kak Oya ahli kita yang paling glamour sudah kembali ke kampung halaman diCini. Kabar nya sedang berjinak-jinak dengan perniagaan secara Online. menawarkan peralatan dan pakaian untuk si kecil. Elok jika ia juga diwar-warkan didalam blog ini agar kita dapat berkongsi pendapat serta idea dan seterus nya dapat mengembangkan lagi perniagaan tersebut. peluang ada dimana-mana yang penting kemahuan kita dan kemampuan kita bertindak serta mengurus.

Kesempatan ini juga tidaklupa untuk kita meraikan ahli ahli yang berjaya dalam pengajian masing- masing Saudara Khairul Naim yang memperolehi Diploma dari Politeknik nya, mungkin agak terlewat untuk dicatatkan disini kerana ia diterima pada bulan April yang lalu.
Yang terbaru tahniah diucapkan kepada Cik Salbiah Mohd Nasir yang telah berjaya menamatkan pengajian nya dalam bidang Kejuruteraan di peringkat Master Degree..Ia suatu pencapaian yang sangat dibanggakan dan menambahkan ahli yang berkelulusan tinggi. tidak dipastikan samaada beliau telah bersedia untuk memasuki pasaran pekerjaan atau mahu terus menyambung pengajian ke peringkat Kedoktoran PhD. Begitu juga dengan Cik Syazana Danuri baru menamatkan pengajian peringkat Sarjana Muda Sains -Bio Molikul. Ini juga suatu bidang yang sangat mencabar - dengan kerja-kerja makmal serta perkara yang berkaitan dengan saintific. Juga tidak pasti samaada beliau ingin mencari pasaran kerja atau mahu terus menyambung pengajian lagi keperingkat yang lebih tinggi.

Begitulah kita meraikan anak-anak dan saudara kita yang berjaya dalam pelbagai bidang dan kerjaya. Dengan paparan seperti ini kita harap ia akan menjadi inspirasi kepada ahli-ahli yang lain. Semoga sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini kita sama-sama doakan mereka dan kita semua sentiasa berjaya di dunia dan di akhirat.

Jumpa lagi Wassalam.

3 comments:

Anonymous said...

mitos malam lailatul-qadar selalu dikaitkan dgn perkara pelik dan ganjil. umpamanya pokok sujud, air kolam beku dan mcm-mcm lagi.
tetapi realitinya dlm bulan ramadan pasti kita akan melalui malam tersebut. samaada kita melihat benda ganjil or tidak. oleh itu kalau setiap malam kita beribadah, pasti kita akan dapat. selalunya kita terleka, maka 10 mlm terakhir ini adalah peluang terakhir buat kita. lebih cantik kerana Nabi saw memberi petanda dan motivasi buat ikutan umatnya.

Infinitesane 2.0 said...

Yeay! sebab promote infinitesane kat sini. sebenarnya banyak free templete yang best2 kat internet tu, search je kat google, pastu adjust sikit je...klu nak mintak tolong ebal buatkan boleh je, tp kena kasi content kat ebal la...mksudnya pengisian dan susunatur blog ni...

MG said...

Ok nanti raya kita bawak bincang dan usulkan pasal penjenamaan baru blog kita ni..

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification