Thursday, August 23, 2012

Tentang Gallery...


Baru-baru ni saya ditugaskan untuk memberi nafas baru dalam blog ini. Dan salah satu permintaannya adalah untuk mengadakan image gallery. Ini menimbulkan masalah kepada saya kerana blogspot/blogger.com ini adalah untuk orang menulis dan berkongsi penulisan, biasanya. Untuk membuat galeri, ianya agak sukar. Memang blogger menyediakan ruang untuk orang upload gambar, tetapi blogger tiada tool untuk membuat galeri. Jadi saya mencadangkan supaya dibuat (saya dah buat pun) akaun di image hosting site. Dan saya telah buat akaun di photobucket.com

Username: persatuankeluargasakijansaamah
Password: Tanya saya di chat facebook. Untuk keselamatan.

Anda sudah boleh klik butang "gallery" di bahagian atas sana dan anda akan terus dibawa ke profile page "persatuankeluargasakijansaamah". Di sana, anda boleh create new album, upload dan share kan gambar anda. Dan tiada limited storage walaupun anda hanya pengguna "free account" mereka. Ini adalah perbezaan premium akaun dan free akaun:
Klik gambar ini untuk dibesarkan

So, tak rugi apa-apa. Dan melalui album, anda boleh membuat slide show dan di"embed" di dalam entry, seperti ini:

Slide show di atas diambil dari akaun photobucket peribadi saya. Anda juga boleh men"download" seluruh album mahupun satu-satu gambar itu.

Macam mana? nak guna tak? Kalau tak nak, saya terminate sahaja akaun "persatuankeluargasakijansaamah" diatas.

p/s: Jangan respon kepada chatbox di profile page photobucket. Ia hanyalah iklan. Contoh seperti di bawah:

2 comments:

DANURI SAKIJAN said...

Elok di kekalkan Bal...tahniah

Nia-Ixara Studio said...

bia je bal...cntk lh 2...sng ckit aku nk ltk gmbr..sllu yg wt mls nk upload gmbr sbb byk2 lm nk tgu..haha..ok2...bgs...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification