Friday, August 24, 2012

[Tutorial] Sebelum Anda Menulis Entry...


*Update: saya tambah satu lagi anak bawah button corat-coret, iaitu "Kongsi"

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan selamat hari raya. Kesekian kali, saya akan memberi tutorial yang saya kira "essential" untuk kepentingan blog ini.

Kalau anda lihat, di atas ada beberapa button di "tabbed bar" tersebut. Apakah tujuan diadakan tab-tab tersebut? Saya jawab dengan satu lagi soalan, "Pernahkah anda mendengar dan mengaplikasikan fungsi "label" dalam sesebuah entri?" Saya lihat di blog ini, penyumbang/penulis utama tidak seorang pun yang menggunakan label fungsi label tersebut. Mungkin mereka tahu tetapi ianya leceh untuk diendahkan. Memang kalau tiada label ianya tidak memberi kesan keatas blog, tetapi fungsinya adalah untuk membuat entri-entri disusun dengan lebih kemas. Ianya akan lebih memudahkan pembaca untuk membuat rujukan. Untuk membangunkan web, perkara paling penting adalah dari segi navigasi. Navigasi dalam konteks ini adalah untuk "memandu" pengunjung untuk "jalan-jalan" di blog ini. Apabila pembaca berasa sukar untuk menavigasi dalam sesebuah laman web, ianya akan menyukarkan pembaca dan berkemungkinan mereka tidak akan melawat lagi.

Dengan adanya label, ianya seumpama dokumen-dokumen anda yang disusun di dalam fail-fail tertentu mengikut kategori yang tertentu. Jadi, bagaimana untuk memasukkan label dalam setiap entri? Mudah, saya sertakan gambarajah untuk membantu anda memahami.

Apabila anda klik "New Post" anda akan dibawa ke entri editor. Ada dua jenis editor, editor lama dan editor baru, seperti gambar diatas. Saya akan terangkan kedua-dua sekali. Saya masih menggunakan eeditor lama manakala abah dan paman nok menggunakan editor baru. Untuk editor baru;



Manakala, untuk editor lama;



Kalau tak nampak, seperti sedia maklum, klik sahaja gambar tersebut untuk dibesarkan. Mudah bukan? Setakat ini, saya hanya nampak ada satu entri sahaja yang menggunakan label dan ianya ditulis oleh abang Nahar masa dia tulis entri pasal hari keluarga tahun lepas, lepas tu dah tiada lagi entri yang berlabel. Ada satu lagi label, tapi tak di"publish" entri tersebut, iaitu entri bibik sham. Jadi, untuk membuatkan blog ini lebih kemas, digalakkanlah untuk meletakkan label. Dan disebabkan blog ini dah ada "tabbed button" kat atas tu, maka lebih moleklah kalau label-label tersebut dinamakan seperti button-button diatas. Untuk penerangan button-button diatas:

Home:
Tak boleh usik

Business:
Tak confirm lagi, boleh tukar kalau nak. Ada dua(2) anak bawahnya, "promosi" dan "peluang". So, kalau nak letak label bolehlah tulis "Promosi" @ "Peluang".

Corat-Coret:
Ini pun tak confirm lagi. Tapi disebabkan kat blog ini banyak yang suka menulis untuk merefleksikan idea dan pandangan mereka, saya rasa label ini sesuai. Bawah corat-coret ini ada tiga(3) anak, "Borak Kosong", "Pengalaman Peribadi" dan "Sudut Pandang". Bolehlah letak label "Borak Kosong" @ "Pengalaman Peribadi" @ "Sudut Pandang".

Gallery:
Ini tak boleh usik jugak. Sebab button ini akan redirect anda ke "PKSS Photobucket Profile"

Pengumuman:
Yang ini penting untuk anda letak label, saya rasa. Sebab abah yang suggest "Pengumuman" ni. So, kalau ada pengumuman, bolehlah letak label "Pengumuman" di entri tersebut. So, ahli-ahli boleh check kalau ada pengumuman. Seperti entri ini.

Resipi:
Ini pun belum confirm lagi. Tak pernah pulak ada sesiapa post entri pasal resipi kat sini kan? So, kalau ada idea untuk tukar label ni sangatlah dialu-alukan. Kalau tak ada, saya buang button tu nanti.

Tutorial:
Yang ini label seperti entri ini. Kalau ada ahli lain nak tulis tutorial pun tak salah.

Agama:
Ahli-ahli yang giat menulis disini banyak menulis entri-entri keagamaan. Jadi bolehlah mereka melabel entri mereka agar mudah dirujuk di kemudian hari. Dibawah agama ada dua(2) anak, itu pun belum confirm lagi. Kalau nak tambah tak ada masalah. Ianya adalah "Tazkirah dan "Feqah".

Sign In Blogger:
Ini di"suggest" Paman Nok yang biasa sign in di navigation bar di blogger default templete. So, tak ada masalah, dan button ini tak bolehlah nak diusik/diedit. Kalau nak log in ke akaun blogger, bolehlah klik button ini. Kalau dah log in, anda akan dibawa ke dashboard anda selepas anda klik button tersebut.

Itu sahaja kali ini, maaf kerana entri ini sangat panjang. Tetapi ini adalah supaya tujuan asal blog ini diberi nafas baru tidak lari, iaitu membuat ianya lebih kemas dan teratur. Tetapi saya tak memaksa anda untuk melabel entri anda. Sekian, Wassalam.

dari,
K-tea.

2 comments:

anonymus said...

Paham la sikit...
Nak masuk gambar dlm galery je yg blom paham.

Infinitesane 2.0 said...

gambar tu tutorial lain nanti...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification