Sunday, August 12, 2012

MENSYUKURI NIKMAT NYA

 SUBUH 23 RAMADHAN 1433H

Assalamualaikum Kepada semua semoga dirahmati Allah SWT.
Hari ini sudah masuk hari yang ke 23 kita menyambut Ramadhan Al Mubarak. Jika di takdirkan malam tadi turun nya Lailatul Qadar ke bumi semoga kita semua akan memperolehi rahmat nya yang tak terhingga. Walau bagaimana pun marilah kita terus beristiqomah melakukan amal ibadah dan melipatgandakan nya sepanjang hari-hari yang masih berbaki agar suatu malam yang sangat istimewa fadhilat nya itu tidak terlepas dari kita. Wallohualam.

Subuh tadi saya keMasjid negeri untuk menunaikan solat. Kali ini saya pergi awal awal dari hari-hari biasa. Sebaik sahaja jam 5 pagi dengan niat untuk beriktiqaf. Sesampai sahaja di pintu pagar masuk masjid saya melihat banyak keenderaan telah diparkir dikiri kanan jalan besar, malah kedengaran azan sudah dikumandangkan. Hati terdetik awal nya azan atau jam saya yang terlewat. Setelah azan selesai dikumandangkan suatu pengumuman dibuat menyatakan ia adalah azan pertama subuh untuk peringatan. Ini lah pertama kali sepanjang saya mengunjungi subuh dimasjid ini azan pertama dikumandangkan. Ingatan ters membawa ke Masjidil Haram dimana disana azan subuh akan berkumandang sebanyak 2 kali.

Sebaik sahaja memasuki kawasan Masjid saya melihat sudah tidak ada parkir yang kosong. Dimana mana malah lereng bukit, bawah pokok setiap sudut telah dipenuhi dengan keenderaan. Motorsikal penuh diletakkan sehingga ke dalam longkang aliran air di tepi jalan masuk. Ish banyak nya kereta dalam hati saya ..sambil mencari cari ruang kosong yang sesuai untuk saya berhenti. Hampir tiada langsung malah kereta di parkir berlapis-lapis. Sambil memohon didalam hati kepada Allah untuk mendapatkan sedikit ruang bagi saya berhenti akhir nya disuatu sudut selekoh kereta saya terhenti kerana laluan yang sangat sempit. Waktu semakin suntuk "Bismillah hi Tawakkaltu Allah"...saya pun mengunci kereta dan berniat setelah selesai solat dan tazkirah saya akan keluar awal agar kereta saya tidak menghalang kereta orang lain untuk keluar.

Di ruang legar bawah sekitar masjid orang tidak banya kelihatan. Menaiki tangga ke ruang solat ditingkat atas dan sebaik sahaja berdiri dipintu masuk terlihat ruang solat didalam ...masyaallah sudah di penuhi oleh jemaah yang duduk berbaris mengikut saf. Penuh umpama menanti solat jumaat. Ia suatu suasana subuh yang agak luar biasa bagi saya di masjid ini.Kalau lah setiap subuh orang ramai seperti ini berjemaah disini Masyaallah...tidak dapat saya ucapkan...

Majoriti jemaah subuh ini adalah orang-orang muda. belia-belia dan tidak pasti datang dari mana. Apa yang pasti selepas solat subuh Tazkirah subuh istimewa akan disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus pendakwah yang sangat popular di Face Book. Punyai pengaruh yang sangat ramai dikalangan muda mudi dewasaini. Ini lah pertama kali saya mengikuti ceramah beliau secara terus. Orang nya simple, isu yang dibawa juga ringan dan biasa sahaja iaitu isu bersyukur kepada Allah atas nekmat yang di anugerahkan kepada kita. Kaedah penyampaian nya agak santai dan diselang seli dengan lawak bersahaja yang tidak keterlaluan. Hampir satu jam ..juga diselang seli dengan pengumuman untuk mengalihkan kenderaan yang menghalang laluan. Dalam hati jangan lah sampai nombor kereta saya yang diumumkan. Jemaah tidak berganjak dari tempat duduk. Alangkah cantik jika setiap subuh di masjid ini seramai ini dan biar ia kekal begitu sepanjang masa.....Alllohuakbar  .....rindu di Haram makin terasa......

Usai tazkirah saya cepat-cepat keluar menuju parkir takut-takut sudah ada pemandu yang menanti untuk melalui laluan yang telah saya blok tadi. Alhamdulillah Syukur kepada Allah dalam saya mencari keredhoannya saya tak mahu sampai menggangu dan menyusahkan lebih-lebih lagi menyakiti hati orang lain. Alhamdulillah Allah mendengar niat saya...

Nikmat Keluarga

Iftar semalam alhamdulillah saya dapat bersama adik beradik terdekat. Kami berkumpul di rumah saya yang kecil di SA. Walaupun dalam keterbatasan waktu  suasana ini sangat meriah dan mampu mengimbau waktu silam kita zaman kanak-kanak di PP. Saya sangat bersyukur kerana dianugerahkan ikatan keluarga dan hubungan adik beradik  ipar duai yang sangat akrab. Saya sentiasa berdoa agar kami dapat terus berkumpul sehingga ke Jannah.
Menu.......Nasi hujan panas Ayam tomato mereka tidak bersungut.... Allah ..Allah... nikmat Allah yang manakah yang kita dustakan...

                                     
Jumpa lagi..
Wassalam

2 comments:

mohdnasir said...

mengingatkan semula subuh-subuh di masjid agung.. masdidil haram. segar dan penuh semangat.

suria said...

Salam,
Terima kasih kerana sudi menjamu kami...syukur rezeki yang Allah beri..sedap masakan kak Ida..(semua orang dah tahu)

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification