Monday, August 20, 2012

Hari Kemenangan

Alloh hu akbar.
  Alloh hu akbar..
    Alloh hu akbar....
kita menyambut hari kemenangan dgn seruan agung, semalam. sangat agungnya sehingga kebanyakan dari kita tidak dapat merasainya. siapa yg dapat merasainya.. alangkah bertuah. antara umat yg dapat merasainya adalah mereka yg sedih bila berpisah dengannya. sama seperti sahabat Rasulullah. mereka merindui akan kedatangan Ramadan... pada tahun akan datang.
subhanallah... ana belum merasainya..

i. seperti tahun-tahun lepas, seusai solat sunat aidilfitri kami bermaafan anak beranak. cucu juga dapat bersama. makin meriah. tahun ini duit raya naik seringgit. khutbah raya tadi menyatakan Allah menyukai yg ganjil. maka tahun ini nilainya ganjil. mengikut kesukaan Nya juga satu kebaikan, walau sedikit. sedikit hanya pada nilai, keberkatannya boleh berganda-ganda. mengikut pada niat, doa dan keikhlasan.

ii. setiap tahun nuri beraya di jenjarom.kampung bik ida. ana beraya di sementa. kampung wak sinah. ini kebiasaan kami sejak mak-bapak dah tiada. pmn emi pun begitu. di perak, kampungnya ana dah lupa. dulu ana pernah bekerja disana. sejak balik bando, ana lupe. sesuatu yg agak berbeza pada tahun ini ialah kami hanya beraya di 3 rumah sahaja. nenek jemah telah kembali kerahmatullah.seminggu kemudian anaknya istri alahyarham ustaz paidi pula menyusul. ini rumah yg dalam senarai ziarah kami saban tahun. semalam tutup.anak-anak alahyarhamah telah berhijrah keluar. kami hanya ziarah rumah mak dan bibik mon. menjelang tengahari, kami balik.

iii. saban tahun menjelang lebaran, mereka yg bekerja akan mengambil cuti panjang utk balik kampung berhari raya bersama keluarga. sehingga perlu diadakan giliran cuti.tahun ini dia,tahun hadapan org lain bagi mengisi hari-hari awal setelah cuti umum. mereka akan melupakan kerja pada hari berkenaan terutamanya pada 1 syawal. ini kesedaran agama. merayakan hari kemenangan dan melupakan sementara dunia. dunia kalau dikejar akan lari dari kita. kalau kita lari darinya, dunia akan mengejar kita...
semalam sepupu bekerja.tak dapat cuti.....

nampaknya raya tahun ini banyak perubahan kepada kami.ana tidak tahu samaada tahun hadapan kita masih dapat mengekalkan teradisi begini.. yg pastinya rumah yg bakal diziarahi makin sedikit.
kalau nuri menceritakan sesuatu yg segar dalam ziarah rayanya, ana nampak sebaliknya.
pusingan dunia dan kehidupan mungkinkah begitu...
wallohualam...

selamat hari raya...maaf zahir bathin.
dari ana dan keluarga.

1 comments:

DANURI SAKIJAN said...

mana gambo raya..up load lah kat sini

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification