Thursday, August 9, 2012

Assalamualaikum kpd semua.

Selawat dan salam buat Rasulullah dan keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda.
Dari hari ini genap 10 hari lagi kita akan menyambt Raya Puasa. Bodho kata mak masa ana duduk rumah di pasir panjang 40 tahun dulu.  biasanya tepat, kerana sejak beberapa tahun ini anak bulan tak pernah mis utk lahir pada petang 29 ramadan. harapnya tahun ni pun begitu. kalau berubah, ini memberi kesan kpd raya haji tahun ni yg dijangka pada hari jumaat, 26 okt. ana sedih kerana kita terlepas peluang mendengar cerita dan suasana haji akbar yg bakal dialami nuri dan ida. cerita haji biasa kita dah tau dari kang mis dan ana sendiri.
Dalam entry nuri telah diulas fadilat dan keuntungan 10 mlm terakhir ramadan.
Dallam realitunya, ramai yg tak sabar menanti berakhirnya bulan ramadan. baki 10 hari lagi ini semakin melegakan. semalam ustaz menceritakan di jaman Rasulullah, para sahabat bersedih kerana ramadan akan berakhir. jaman kita ini, ramai gembira ramadan akan berakhir. betapa jaman kini telah terbalik 360 darjah.
Mengapa ye ini terjadi.
Sebenarnya puasa bukan menyeronokkan. bukan mudah. buukan saja berlapar sepanjang siang, tetapi urusan sahur menyukarkan. kena masak pagi-pagi, mengejutkan anak-anak, tak cukup tidur, tergesa-gesa utk kerja dan berbagai lagi perubahan dalam rutin harian. setelah 11 bulan monotonus, selesa dgn rutin, perubahan amat menyesakkan fikiran. rupanya agama Islam meminta penganutnya sentiasa berubah. paradime-shift. ianya merupakan konotasi populer beberapa tahun lalu. sebenarnya Rasulullah telah mengajar anjakan paradigma 1433 tahun lepas. kita saja tak mengamalkan malah merasa kesukaran kerananya.
Apapun yg berlaku disekeliling kita akan kita beri erti berdasarkan persepsi/ tanggapan dan fokus kita. semasa ana kecil dan duduk kampung serta jarang kemana-mana, bulan ramadan adalah bulan rehat mengaji, makan free yg enak dan berganti baju baru. ini tanggapan seorang anak kecil yg serba kekurangan. hari ini anak tak mengaji dirumah, makan enak jaman dulu setiap hari dan baju baru tak sempat pakai dah beli baru.
Kalau puasa adalah agama dan harian kita adalah kerja, kita akan menentukan fokus dimana. kalau agama maka kita akan tumpu pada aktiviti puasa. tadarus, terawih, zikir dsb. jika kerja, aktiviti puasa akan berkurang. majoriti kita akan mencari kewangan lebih bagi persediaan raya . nak balik kampung banyak  nak guna duit, persiapan dan duit raya anak-anak sedara. sekarang dah jadi trend, ang pau. macan tahun baru cina pulak. oleh itu kita kena kerja lebih, buat o-time atau berniaga sambilan. kerana itulah ramai org muda mis aktiviti masjid kerana cari duit lebih berbanding otai mcm nuri yg dah stabil. sementelah pula dlm peroses nak kemekah. sudah pastilah fokusnya masjidil negeri walaupun agak jauh dari rumah beliau.
memperbaikinya  mungkin begini;
pertama betulkan kesedaran - sedar dan sentiasa ingat bahawa bulan ramadan adalah satu bulan yg istimewa yg penuh dengan keberkatan, keredaan dan keampunan. adakah kita pernah berbuat salah, menipu dan melakukan benda burok. pasti ada. balasanya neraka. apinya dari batu-batu. pernahkah kita melihat batu terbakar. besi terbakar ada utk buat keris dan tiang-tiang. itu pun sudah sangat panas. nak bakar batu tentu lebih panas lagi. api lilin pun kita dah melepoh, api yg bakar batu tentu buat kita cair. subhanallah!!! 
pada  bulan ini, sekali kita istighfar, digandakan berkali ganda. hari dan bulan biasa kurang sikit. kalau kita melabur rm1 [seringgit] dapat seringgit dgn melabur rm1 dapat seribu ringgit, tentu kita pilih seribu. bulan ini kita dapat banyak mengapa lepas peluang.
kedua betulkan fokus kita - ibadat lebih utama dari kerja. kerja rutin harian. kita pernah paksa diri utk kerja lebih, fikir kerja lebih, masa kerja tak tentu atau travel sana sini cari work diluar daerah. bulan ini mari kita lebih zikir, lebih merenung, lebih tadarus dan solat sunat. kalau selama 11 bulan lepas fikiran kita sarat dgn kerenah  kerja bagaimana kalau kita lapangkan selama sebulan ini khususnya 10 hari ini dgn mengingat Allah swt. dimana sekali kita menggingat Allah, Allah akan mengingat kita dihadapan para malaikat yg sangat ramai. dipadang mahsyar nanti dimana tiada tempat berharap selain pertolongan Allah swt, ingat Nya kpd kita bukankah satu nikmat.
subhanallah...
sebenarnya ana sedang mengingatkan diri sendiri..
kerana ana pun sedang re-alighment kesedaran dan fokus utk 10 hari mendatang.
wassalam.

4 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah KTS telah menyambung semula entry nya...saya pasti ramai yang ternanti nanti tulisan beliau..masih ada aura..aura...?

DANURI SAKIJAN said...

Kehidupan manusia ini ada beberapa fasa. Bermula fasa kanak-kanak kemudian fasa remaja dan belia, diikuti fasa dewasa dan akhir nya fasa warga emas atau tua.
saya sedang melangkah ke fasa yang terakhir dalam circle kehidupan manusia. Baru terasa fasa-fasa yang telah dilalui berlalu tanpa banyak meninggalkan kesan rohani yang melekat dijiwa malah rugi begitu sahaja.
Kita diberi tempoh sehingga mencapai umur 40 tahun untuk menjadi benar-benar dewasa dan berubah. Usia itu telah 10 tahun saya tinggalkan masyaallah..kalau setiap tahun ada 83 tahun ganjaran Lailatul Qadar apabila di darab dengan 10 ia sudah menjadi 830 tahun ganjaran nya. Sebab itu para sahabat menangis apabila Ramadhan akan sampai ke penghujung nya dan kalau boleh biar lah setiap bulan adalah bulan Ramadhan...Kiralah jika usia anda masih muda sekitar 20 an atau 30 an...anda bakal menjadi jutawan di akhirat dengan ganjaran bersamaan ribuan tahun.... Masyaallah... Ia hanya sekadar nombor tetapi sangat signifikan..

pe said...

Ana rasa ana masih blom banyak brubah.
Masih teraba-raba dlm kegelapan...

MG said...

Serupa lah aku pun mungkin baru dapat cahaya batang mancis....akan padam kalau tak dialihkan ke lilin atau pelita...atau boleh juga membakar jari sendiri..subhanallah..
mari kita mohon keampunan nya..moga ramadhan yang masih bersisa ini kita semua mendapat hidyah dari Nya ..walaupun cahaya yang remeng- remeng.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification