Showing posts with label Pengalaman Peribadi. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman Peribadi. Show all posts

Saturday, September 1, 2012

KT 16

Assalamualaikum Semoga Semua kita dirahmati Allah.
Ia adalah jadual penerbangan yang telah diberikan kepada kami untuk keberangkatan ke Tanah Suci. Tarikh nya ialah 21 September dengan arahan medaftar di Kelana Jaya jam 1 30 pagi. Sudah tentu kami akan ke Kelana jaya beberapa jam lebih awal iaitu masih pada 20 Sept. Ikut hitungan hari ia sangat hampir tak sampai sebulan lagi. Allah .. Allah ...pantas nya waktu berlalu...terasa kemeriahan Eidul Fitri masih belum berakhir..Sambutan nya ditempat bertugas dengan rakan sekerja belum bermula lagi..

Kami bercadang untuk berangkat ke Mekah terlebih dahulu. Iaitu penerbangan yang mendarat di Jedah setelah separuh penerbangan atau di waktu yang hampir akhir. Dengan itu ia membolehkan kami kembali lewat ketanah air. Nampak nya rancangan kami tidak menjadi kenyataan. Walaubagaimanapun kami tetap akur dan bersyukur dengan jadual yang telah dipilihkan kepada kami. InsyaaAllah ada hikmah nya. Yang pasti saya akan ke Madinah dahulu untuk menziarahi makan Rasulullah Nabi Muhammad SAW junjungan kita dan para sahabat. Dan putaran nya sama seperti yang telah dilalui oleh KTS pada musim haji tahun lepas.

 Semakin hampir keberangkatan ada debaran yang datang. Ia tidak sama seperti perjalanan ke luar negara seperti mana yang biasa saya alami. Ia saolah-olah seperti suatu permulaan perjalanan yang panjang. Persediaan nya menuntut ruang masa yang lama dari segi persiapan fizikal dan emosi serta kefahaman ilmu pengetahuan mengenai ibadah khusus. Yang lebih sukar adalah untuk menananamkan keyakinan bahawa segala-galanya kerana Allah Taala. Segala -gala nya kerana Allah Taala dan hanya bergantung keada nya semata-mata. Allah...Allah...dan tiada sekutu bagi Nya...

Fokus nya adalah untuk memperolehi Haji yang Mabrur...sudah pasti proses dan penilaian serta ujian nya sangat sukar. Allah pasti akan menguji kami..dan kami pasti akan diberi ujian tersebut..Ya Allah mudahkan lah kami menghadapi ujian mu disana nanti dan terimalah kami sebagai tetamu mu yang istimewa..yang sangat istimewa....Mengambil pengalaman dari orang -orang yang terdahulu telah pergi ke sana sedikit sebanyak dapat membantu menguatkan semangat kami dan membuat persediaana awal....Mulai hari ini selama dua hari kami akan berkursus haji perdana di Masjid negeri Shah Alam. Ia dalah kursus intensif dimana dikumpulkan semua bakal jemaah haji tahun ini dari seluruh negeri selangor berkumpul dan berpraktikal. Ia permulaan perjalanan kami yang semakin hampir...

Di tasik ini kami memulakan latihan fizikal selepas sebulan berpuasa. Semoga ia dapat membantu kami dalam perjalanan ke 5 kami nanti






SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55. Kami menyambut nya dengan mengibarkan bendera di hadapan rumah. Semoga semangat kemerdekaan  ini meresap kedalam jiwa kita dan bebas dari dibelengu nafsu serakah yang jahat, bebas dari sikap malas dan iri hati, dengki mendengki, berburuk sangka dalam diri kita dan sentiasa ingin maju dan berjaya didunia dan yang lebih utama di akhirat. Sudah tiba masa nya persatuan kita ini mengorak langkah untuk maju kehadapan mencari kejayaan, kemajuan dan kekayaan demi kelangsungan zuriat haji sakijan saamah  dimasa hadapan.

Wassalam
jumpa lagi.

Monday, August 20, 2012

Hari Kemenangan

Alloh hu akbar.
  Alloh hu akbar..
    Alloh hu akbar....
kita menyambut hari kemenangan dgn seruan agung, semalam. sangat agungnya sehingga kebanyakan dari kita tidak dapat merasainya. siapa yg dapat merasainya.. alangkah bertuah. antara umat yg dapat merasainya adalah mereka yg sedih bila berpisah dengannya. sama seperti sahabat Rasulullah. mereka merindui akan kedatangan Ramadan... pada tahun akan datang.
subhanallah... ana belum merasainya..

i. seperti tahun-tahun lepas, seusai solat sunat aidilfitri kami bermaafan anak beranak. cucu juga dapat bersama. makin meriah. tahun ini duit raya naik seringgit. khutbah raya tadi menyatakan Allah menyukai yg ganjil. maka tahun ini nilainya ganjil. mengikut kesukaan Nya juga satu kebaikan, walau sedikit. sedikit hanya pada nilai, keberkatannya boleh berganda-ganda. mengikut pada niat, doa dan keikhlasan.

ii. setiap tahun nuri beraya di jenjarom.kampung bik ida. ana beraya di sementa. kampung wak sinah. ini kebiasaan kami sejak mak-bapak dah tiada. pmn emi pun begitu. di perak, kampungnya ana dah lupa. dulu ana pernah bekerja disana. sejak balik bando, ana lupe. sesuatu yg agak berbeza pada tahun ini ialah kami hanya beraya di 3 rumah sahaja. nenek jemah telah kembali kerahmatullah.seminggu kemudian anaknya istri alahyarham ustaz paidi pula menyusul. ini rumah yg dalam senarai ziarah kami saban tahun. semalam tutup.anak-anak alahyarhamah telah berhijrah keluar. kami hanya ziarah rumah mak dan bibik mon. menjelang tengahari, kami balik.

iii. saban tahun menjelang lebaran, mereka yg bekerja akan mengambil cuti panjang utk balik kampung berhari raya bersama keluarga. sehingga perlu diadakan giliran cuti.tahun ini dia,tahun hadapan org lain bagi mengisi hari-hari awal setelah cuti umum. mereka akan melupakan kerja pada hari berkenaan terutamanya pada 1 syawal. ini kesedaran agama. merayakan hari kemenangan dan melupakan sementara dunia. dunia kalau dikejar akan lari dari kita. kalau kita lari darinya, dunia akan mengejar kita...
semalam sepupu bekerja.tak dapat cuti.....

nampaknya raya tahun ini banyak perubahan kepada kami.ana tidak tahu samaada tahun hadapan kita masih dapat mengekalkan teradisi begini.. yg pastinya rumah yg bakal diziarahi makin sedikit.
kalau nuri menceritakan sesuatu yg segar dalam ziarah rayanya, ana nampak sebaliknya.
pusingan dunia dan kehidupan mungkinkah begitu...
wallohualam...

selamat hari raya...maaf zahir bathin.
dari ana dan keluarga.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification